Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
53,766
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16
"Amaran? amaran apa?" soal Lyssa kehairanan. Berkerut sedikit keningnya.

"Jauhkan diri kau daripada Ummu Sibyan.!!" sahut Zainar.

"Kenapa? dia tak pernah sakitkan aku pun?" Lyssa membalas.

"Lyssa, aku sekadar menjalankan arahan sewaktu aku merasuk kau dulu..tapi kalau masih berdegil untuk berjumpa Lukha, aku tak boleh jamin keselamatan diri kau ..Ummu Sibyan bukan makhluk yang boleh dibuat kawan Lyssa!"...

"Arhhhggg..mengata dulang paku serpih!!" Lyssa menempelak.

"Lyssa..dengar cakap aku, lihat keadaan diri aku.." sekoyong-koyong Zainar menjelmakan dirinya di hadapan mata Lyssa. 

"Huhh? apa jadi dengan separuh lagi badan kau?" soal Lyssa dalam kejutan bilamana matanya tertangkap imej sebenar tubuh Zainar. Separuh terbakar?! Jelas-jelas Zainar bukan manusia kerana mustahil untuk manusia masih berkeupayaan untuk bercakap dalam keadaan separuh terbakar seperti itu. Bau hanyir darah tiba-tiba sahaja memenuhi ruangan bilik kecik Lyssa. 

"Ini apa yang aku dapat Lyssa! kerana membantu Lukha!!" 

"Apa kau fikir keadaan kau tidak lebih kurang sama dengan aku?"

"Kenapa pulak aku perlu percaya cakap kau? aku tak kenal kau siapa, dan aku malas nak kenal kau siapa..jadi baik kau berambus dari sini!"

"Lyssa..dengar, kehadiran Ummu Sibyan dalam hidup kau akan hanya memporak perandakan kehidupan kau yang memang dah rosak!!" 

"Jauhkan diri kau daripada dia!"

"Arghhh...aku tak nak dengar!! dan aku tak nak percaya! yang merosakan hidup aku adalah kau!! Iblis tak guna!! berambus kauuuuuuu!!!!!. Tinggi melengking laungan Lyssa sewaktu menghalau Zainar.


Jeritan Lyssa yang tiba-tiba itu segera didengari oleh Mak Tok dan Tok Ayah. Bergegas keduanya menuju ke bilik Lyssa.


"Lyssa? kenapa Lyssa? kenapa?!!

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.