Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terjatuh Hatiku Padamu
Terjatuh Hatiku Padamu
Zan Zarida
25/11/2019 19:33:11
17,819
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Blurb

Tajuk     : Terjatuh Hatiku Padamu

Kapsyen : Sekali berjumpa, rindu bertahun!

                 

Blurb:

 

Jantung Kamar pernah bergoncang saat pertama kali terpandang Nia Firdani. Meskipun bertemu secara tidak sengaja, perasaan yang hadir sungguh luar biasa. Siapa sangka ketika dia pulang dari outstation,gadis yang membuka pintu rumah emaknya adalah Nia!

 

“Boleh saya tahu, siapa awak?” Kamar sengaja menduga.

 

“Er…saya menantu Auntie Leha.” Nia yang kelam kabut membuka pintu segera menjawab pertanyaan lelaki yang tidak dikenalinya.

 

Seketika Kamar terpempan, namun tetap berlagak selamba.

 

“Maaf ya, auntie tak berapa sihat dan tak nak jumpa sesiapa. Ada apa-apa pesanan untuk dia?”

 

“Ada…takut awak yang tak sanggup nak sampaikan,” ujar  Kamar sambil mengukir senyuman.

 

“Boleh tak, jangan main-main? Cakap ajelah!” Nia membalas dengan jelingan tajam.

 

“Pesan kat Puan Sri, pandai dia pilih menantu!” tutur Kamar dan berlalu menuju ke keretanya.

 

Nia terlopong. Tadi dia cakap pembantu atau menantu? Akibat tersalah cakap,akhirnya dia terperangkap dan terjerat sendiri. Bagi Kamar pula, pertemuan ini bagai pucuk dicita ulam mendatang. Namun, berjayakah dia memenangi hati Nia padahal mendekati gadis itu saja sudah terasa bahangnya?

 

‘Jangan bawa jauh rindumu, nanti susah mengintai kasih!’ 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.