3,726
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
PROLOG
NUR FASHA DANEA. Dia pujaan hati Muhammad Shahir.

Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Bagi Fasha, cinta tidak memberi apa-apa keuntungan. Wang merupakan nadi kehidupan. Fasha mahu bekerja keras untuk menjadi orang kaya. Bercinta perlukan wang. Pergi dating bukan guna air liur, tetapi duit. Minyak kereta, tol, makan, segala macam duit. Jadi untuk apa bercinta sekiranya membuang duit sahaja?

Shahir pula lain ragamnya. Walaupun ada wanita yang menyukainya, tetapi Fasha juga yang dikejar. Prinsip Shahir, berkasih biar pada seorang wanita saja. Berbekalkan kreativiti dan inovatif sebagai Guru Prasekolah, ada saja inisiatif yang digunapakai untuk mengorat Fasha. Lagi Fasha jual mahal, lagi dia berusaha untuk membeli cinta Fasha.

Tetapi, perlukah bercinta dua puluh empat jam sehari? Setiap manusia ada tanggungjawab yang perlu digalas dan masalah yang perlu diatasi. Bila Shahir hilang dari pandangan, Fasha mula menanggung rindu. Tetapi bila Shahir muncul, Fasha rasa menyampah yang amat. Shahir pula tidak berputus asa untuk mencuri hati Fasha.



Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.