Home Novel Komedi/Romantik Komedi Miss Hantu Laksa
Miss Hantu Laksa
Nurul Shamin
6/10/2018 11:11:24
10,802
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Prolog

PROLOG

“Dan bila puisi pun berlagu ia menyatakan tentang hatiku”

Gadis puisi Nora Najwa.Itulah salah satu gelarannya sewaktu dibangku sekolah.Gadis puisi yang suka lagu jiwang ini juga ternyata kuat makan tapi takut gemuk pula.

“Kau tahukan aku tak boleh makan belacan,”Najwa mengomel.Habislah pipi dia merah-merah kena garu.Laksa punya penangan.
“Ala…Aku tak tahu pula mak aku letak belacan dalam laksa ni.Kau pun satu.Makan tak ingat dunia.Dua pinggan kau rembat,baru kau bising”bebel pula Syida.
“Ni mesti kau tak pernah tolong mak kau masak kan.Tu kau tak tahu mak kau letak belacan kan,”bidas pula Najwa.Habislah mukanya yang comel digaru-garu.Isunya dalam belacan kan ada udang.Dia alah udang.Asal makan pasti mukanya merah biji-biji.Makin digaru makin terasa gatal.
“Aku kan tak minat laksa sangat.Aku bukan Miss Hantu Laksa macam kau pun,”salah satu gelaran si gadis puisi yang digelar Syida.
“Kau ni.Sebab kau lah.Aku dah kena garu-garu macam ni”rungut Najwa dengan reaksi yang manja.
“Aku juga yang salah.Tapi kelakar juga.Dah macam beruk aku tengok kau.Tergaru-garu,”Syida ketawa sekadar mengusik.Bertambah tajamlah jelingan Miss Hantu Laksa.
“Beb…bibir kau dah macam Angelina Jolie la.Seksi,”usik Syida lagi.
“Kau ni mulut puaka betul,”bidas Najwa pula.Terus dia membelek bibirnya yang seksi bak Angelina Jolie tu.
“Dah kenapa korang dua bising-bising kat dapur ni,”tegur Mak Ani masuk mencelah.
“Ini mak Miss Hantu Laksa kita ni alah belacan,”
“Lah…Mak Ani tak tahulah pula,”terus Mak Ani duduk di kerusi meja makan bersama Najwa dan Syida.
“Tak da apa lah.Sikit je ni Mak Ani,”jawab miss hantu laksa tersengih-sengih.Tangannya pula digaru-garu.
“Yang kau ni bertuah betul.Bukan nak tolong,”bebel Mak Ani kepada Syida.
“Syida tolong gelak je Mak Ani tau tak,”
“Auww…Mak ni suka cubit orang tau,”cubit Mak Ani singgah menyegat di lengan Syida.
“Padan muka.Sakit tak,”usik pula Najwa.Kali ini giliran Najwa pula ketawakan Syida.Merah padan muka Syida.
“Mak tengok ni Najwa ketawakan orang.Cubit dia pula mak,”
“Auww…Mak…,”jerit Syida.Nada suaranya manja saja.
“Haa…Tau sakit.Najwa dah tergaru-garu.Kau nak aku cubit dia pula,”bebel Mak Ani sekali lagi.
Ketawa Najwa lagi.Puaslah hati dia tengok Syida dah kena cubit.Terbalas juga geramnya tadi kena ketawa.Siap main mata lagi dengan Syida.Pakej dengan isyarat tangan tanda bagus lagi.
“Kurang asam betullah kawan baik aku ni,”kata Syida dengan nada yang geram.
“Mak Ani saya balik dulu ye.Nak cari ubat,”lepas salam Najwa terus keluar ikut pintu dapur.
“Woi…Tak reti basuh pinggan ke,”jerit Syida dengan selambernya.
“Tolong la basuh dapat pahala.Aku kan tetamu.Bye…”balas Najwa dan terus berjalan sesudah menyarung selipar.Senyum dia sampai ke telinga.Berjaya dia kenakan Syida hari ni.
“Woi,ambil pinggan ni balik basuh rumah kau,”jerit Syida sekali lagi.Berdiri di muka pintu sambil mencekak pinggang.Tangan kanannya pula memegang pinggan laksa yang dimakan Najwa tadi.Dah la belum basuh.Tinggal gitu saja.
Najwa senyum siap lambai tangan lagi sebelum masuk ke dalam rumahnya.Mereka berjiran.Rumah pula sebelah menyebelah.
“Nasiblah dapat kawan baik dan jiran yang tak bertauliah,”rungut Syida sendiri.Dialah gadis selamber badak.Malu tolak tepi.
“Dah.Kau tak malu ke riuh.Masuk,”Mak Ani bersuara.Letih dia dengan kerenah puteri bongsunya itu.Kadang-kadang kelakar pula tak bertempat.Buat apa main redah saja.
“Baiklah tuan puteri,”

Masuk saja ke dalam rumah,Najwa meluru masuk ke dalam mencari ubat alahannya.Mujurlah ada ubat makan dan ubat sapu.Nasib alahan tu tak serius.Belacan punya angkara.Sudah banyak kali kena alahan pun,miss hantu laksa tak pernah serik makan laksa.Laksa utara.Hari-hari makan pun boleh.Asalkan laksa.Pernah dulu ibunya Mak Nab pun pernah membebel.
“Hari-hari makan laksa.Esok lusa kahwin kebulur la laki kau tak makan nasi,”bebel Mak Nab.
“Orang lain pun makan juga tapi tak la sampai hari-hari.Tak jemu ke,”bersambunglah bebel Mak Nab seharian tu.
“Kak Ngah asyik makan je.Nanti gemuk.Dah macam dugong dah,”si bongsu pun turut membahan kakaknya.Najmi Najmi.Riuh la dapur ketika itu.
“Kak Ngah bukan dugong la.Kak Ngah duyung.Duyung kan cantik,”kali ni giliran Najwa pula bersuara.Asyik kena bahan saja.
“Kak Ngah pasti ke duyung tu cantik.Kalau ye pun kak Ngah duyung,adik tengok rupa dungong ada lah,”ketawalah Najmi terbahak-bahak dapat kenakan Najwa.
“Duyung la sangat.Mana ada duyung makan laksa,”kali ni Mak Nab pun join nak membahan Najwa.
“Mak ni…,”masam mencuka la muka Najwa kena bahan dengan usikan Najmi dan Mak Nab.

Tersenyum Najwa bila teringatkan semua tu.Semua pasal laksa.Hantu laksa betul.Selesai saja sapu ubat alahan,Najwa turun ke dapur untuk mengambil air masak.Ubatnya dibawa sekali.Dah sapu krim,terpaksalah Najwa menahan kukunya daripada menggaru.
Masuk saja ke dapur,Najwa terus ke sinki dahulu untuk membasuh tangan sebelum makan ubat.Almaklumlah kebersihan kenalah dijaga.
“Hai…Macam aku kenal ja pingan ni.Rumah aku mana ada pinggan corak ni.Ni mesti kerja Syida,”
“Kurang asam betul lah minah ni.Boleh pula dia hantar pinggan aku makan laksa tak berbasuh tadi,”
“Bertuah punya jiran,”bebel Najwa seorang diri sambil membasuh pinggan laksa tadi.
Selesai basuh pinggan.Pinggan laksa tadi letakkan di atas meja makan.Sebentar lagi dia akan pulangkan.Terpandang satu ‘sticky notes’ yang melekat di atas meja.

‘Dah basuh nanti.Lap bagi kering.Hantar balik pinggan tu.Okay beb.Sayang kau.Mmuaahh’

“Syida Syida…Tak senonoh betul kawan baik aku,”tersengih Najwa baca ‘sticky notes’ tu.Baginya perangai Syida susah di jangka.Pada dia Syida dan Muhammad kawannya yang paling baik.Walaupun kadang-kadang tu mereka berdua ni menyakitkan hati.

Muhammad pula lepas tamat pengajian,dia menyambung tugas ayahnya membuka kelas mengaji al-quran.Tak sangka mamat jiwang dulu dah bergelar ustaz sekarang.Ustaz romantik lulusan dari Mesir.Apa yang penting Muhammad juga pencinta puisi.Tersenyum lagilah Najwa bila teringatkan semua tu.

“Korang dua rasa,zaman sekarang ni antara cinta dan jodoh mana yang korang pilih,”tanya Muhammad sewaktu di gerai laksa tempoh hari.
“Buang tabiat ke kau tanya kitorang soalan ni,”belum apa-apa Syida mencelah.Kurang berminat sikit Syida jika berkaitan soal cinta.
“Pada aku dua-dua penting.Kalau tak bercinta macam mana nak dapat jodoh kan,”
“Aku pilih jodoh.Jodoh yang harus aku cintai.Di mana cinta tak seharusnya aku miliki,”
Tersenyum Najwa mendengar kata-kata mamat jiwang di hadapannya itu.Boleh cair kaum hawa kalau berborak dengan Muhammad.Mujurlah hatinya masih beku.
“Makan laksa ni boleh kenyang ?”tanya Muhammad lagi sambil menunjukkan tiga mangkuk laksa di hadapan mereka bertiga.Entah apa pula kata-kata yang akan terpacul dari mamat jiwang karat tu.
“Bolehlah.Dah aku hantu laksa.Mestilah kenyang,”
“Makan laksa boleh kenyang tapi melihatmu aku belum puas,”
“Woi geli la.Kau ni ustaz.Mahram mahram,”
“Aku gurau ja lah,”
“Bergurau pun kena jaga batas.Kau dengan kitorang bukan mahram.Buatlah senonoh sikit,”berapi juga kata-kata Syida ni.Merah padan muka Muhammmad.
“Sebut apa ?”tanya Syida sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Muhammad.
“Astaghfirullahal adzim,”ucap Muhammad berulang kali.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurul Shamin