Home Cerpen Keluarga LARA HATI NIK AZIZAH
LARA HATI NIK AZIZAH
Nurul Shamin
28/1/2019 09:09:32
1,764
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

CERPEN : LARA HATI NIK AZIZAH

NAMA PENULIS : NURUL SHAMIN ABDU GHANI

                     Nik Azizah mengambil angin di halaman depan Teratak Bonda.Dia cuma duduk beralaskan kerusi roda.Sudah lama dia disahkan lumpuh setelah terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.Sudah hampir setahun dia menjadi penghuni di rumah warga emas Teratak Bonda.Anak-anaknya sendiri menghantarnya ke sini kerana masing-masing sibuk bekerja dan tidak dapat menguruskannya.Jauh di sudut hatinya dia cukup merasa terkilan. 

                     “Opah…Opah buat apa kat sini ?”tegur seorang jururawat bernama Madina.

                     “Puas saya cari Opah.Rupanya kat sini.Kejap lagi Opah kena makan ubat,”ujar Madina lagi setelah Nik Azizah mendiamkan diri.

                    “Madina nak dengar satu cerita tak ?”Nik Azizah memegang tangan Madina yang duduk di hadapannya.

                    “Nak tapi Opah kena janji.Opah kena makan ubat nanti,”

Nik Azizah tersenyum dengan pujukan jururawat di hadapannya itu.

                   “Dulu opah ada seorang abang.Nama dia Nik Safuan.Dia banyak berkorban untuk opah,”

                   “Abang opah masih ada lagi ?”tanya Madina.

                   “Lepas saja opah lari ke bandar.Kami dah terpisah.Opah tak tahu dia masih hidup atau tidak,”

                  “Nik Safuan banyak berkorban untuk opah.Maklumlah kami cuma dua beradik sahaja.Hidup kami yatim piatu selepas ibu dan ayah tiada.Hanya dia tempat opah bergantung,”cerita Nik Azizah sambil mengenangkan masa lalunya.


                 “Sabarlah Safuan…Azizah.Allah lebih sayangkan mereka,”Pak Hamid menepuk bahu Safuan.Majlis tahlil baru sahaja selesai.Nik Safuan dan Nik Azizah baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka.

                “Maimon…Bawalah budak-budak ni duduk dengan kamu,”saran Pak Hamid.Berharap Mak Su Maimon dapat meringankan beban mereka dua beradik.Lagi pula mereka anak suadara dia juga.

               “Kenapa pula saya.Budak-budak ni dah ada rumah sendiri,”

               “Kamu satu-satunya waris keluarga mereka.Siapa lagi kalau bukan kamu.Mereka ni anak saudara kamu juga,”

               “Saya pun ada anak yang nak dibela.Pandai-pandailah budak-budak ni nak hidup.Dah besar panjang dah kan,”

               “Tak apalah Pak Hamid.Mak Su.Kami boleh jaga diri sendiri.In shaa Allah, saya akan jaga adik saya baik-baik,”ujar Nik Safuan.Dia masih lagi diselubungi kesedihan.Melihat adiknya Nik Azizah yang tertidur di atas riba Mak Jiha,hatinya menjadi sayu.

               “Kesian budak-budak ni Maimon.Mereka masih belajar.Tak kan kamu tak kesian,”Mak Jiha pula bersuara.Tangannya lembut membelai rambut Nik Azizah.

               “Saya balik dululah Pak Hamid.Mak Jiha,”Mak Su Maimon terus keluar menuruni anak tangga tanpa bersalam dengan Mak Jiha.

               Pak Hamid dan Mak Jiha sama-sama terdiam.Kesal dengan sikap Mak Su Maimon.

               “Safuan,”panggil Mak Su Maimon.

Nik Safuan bingkas bangun menuruni anak tangga menyahut panggilan Mak Su Maimon.

               “Nah ambil duit ni buat belanja,”Mak Su Maimon menghulurkan wang kertas sebanyak dua ringgit kepada Nik Safuan.

               “Terima kasih,”ucap Nik Safuan.

               Pak Hamid yang melihat dari atas rumah hanya mengelengkan kepala.

               “Malam ni Mak Jiha dengan Pak Hamid tidur sini boleh ye,”pinta Mak Jiha.

               “Boleh Mak Jiha.Terima kasih banyak tolong kami dua beradik ni,

“Tak ada apalah.Kamu berdua ni dah macam anak kami.Apa kata kamu dengan Azizah tinggal je dengan kami,”

“Biarlah kami tinggal kat sini.Lagi pun saya tak nak susahkan Pak Hamid dan Mak Jiha.In shaa Allah saya boleh jaga Azizah,”ujar Nik Safuan dengan tenang.


Ketika ini Nik Azizah sudah mula mengalirkan airmatanya.Jururawat Madina segera memeluknya.Madina tahu kesedihan Nik Azizah sudah lama terpendam.

“Selepas itu bermulalah kehidupan kami yang susah.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Abang opah terpaksa tanggung hutang arwah ayah,”cerita Nik Azizah lagi.

Madina tekun mendengar cerita kisah hidup Nik Azizah.


“Dah seminggu ibu dan ayah meninggal.Nanti petang kita ziarah kubur ibu ayah ye abang,”pinta Nik Azizah.

Nik Safuan hanya mengangguk.Dia tidak banyak bercakap dalam seminggu ini.Pagi ini Nik Safuan hanya mengoreng cucur bawang untuk di makan bersama air teh.Mereka sama-sama bersarapan sebelum dia menghantar Nik Azizah ke sekolah.

“Ni duit belanja sekolah hari ni.Abang tunggu kat luar,”Nik Safuan meletakkan duit saku sebanyak seringgit di atas meja makan.

“Abang,”panggil Nik Azizah yang melihat abangnya melangkah berjalan ke luar.Dia mengambil wang saku itu.Beg digalas.Cepat-cepat dia mengikut abangnya ke depan.

Enjin motor dihidupkan.Itulah satu-satunya motor peninggalan arwah ayahnya.Nik Safuan memakai topi keledar.Dia turut menghulurkan satu lagi topi keledar kepada Nik Azizah.

“Abang…Boleh tak adik nak minta duit lebih,”

Nik Safuan mengangguk.Dia menghulurkan seringgit lagi kepada Nik Azizah.Satu-satunya adik kesayangan dia.Soal duit dia tidak pernah berkira.Walaupun wang simpanannya semakin hari semakin berkurangan.Banyak perbelanjaan yang harus dibayar.Dia akan berjimat cermat sementara mendapat pekerjaan baru.

“Terima kasih abang.Adik janji, adik akan belajar rajin-rajin,”


“Zaman opah dulu seringgit pun dah rasa banyak.Boleh beli macam-macam.Nik Safuan tak pernah berkira dengan opah,”

“Lepas saja hantar opah masa tu.Dia terus ke pekan cari kerja.Sejak dari tu dia dah berhenti sekolah,”cerita Nik Azizah lagi.Kali ini dia lebih tenang sedikit bercerita.


“Abang dah dapat kerja,”cerita Nik Safuan kepada Nik Azizah.Tengahari ini mereka makan bekalan makanan yang dibawa Mak Jiha.Nasi, kari kepala ikan dan ayam goreng.Berselera sungguh dua beradik itu makan.

“Abang dapat kerja apa,”tanya Nik Azizah.

“Pembantu kat kedai makan je,”

“Ohh…”tiada reaksi gembira dari adiknya Nik Azizah.Nik Azizah sekadar tersenyum hambar.

Selesai makan Nik Safuan berehat di ruang tamu rumah.Bersandar di dinding kayu.Banyak yang harus dia fikirkan.Jika ibu dan ayah merekamasih  ada sudah tentu dia tidak serabut seperti ini.

Kesal dengan sikapnya yang kuat melawan cakap ibu dan ayahnya dulu.

“Safuan…Esok lusa kalau ibu dan ayah dah tak ada.Kamu jagalah Azizah tu elok-elok.Didiklah dia,”pesan ibunya sebelum mereka terlibat dalam kemalangan.

Dia pernah mencuri duit ibu dan ayahnya.Berdosa rasanya bila teringatkan semua itu.Nik Safuan mengesat airmatanya.Dia tidak mahu satu titik pun airmatanya di lihat Nik Azizah.

“Safuan…,”jerit Mak Su Maimon dari luar rumah.Lekas-lekas Nik Safuan berjalan menuruni anak tangga.

“Ye mak su.Ada apa mak su datang ni,”tanya Nik Safuan.Hairan juga dia.Mak Su Maimon tidak akan datang rumah mereka tanpa sebab.

“Mak su datang nak kutip hutang ibu ayah kau,”

“Bila masa pula ibu dan ayah saya ada hutang dengan mak su,”

“Ibu ayah kau hutang dengan mak su pun kau tak tahu ?”

Nik Safuan mengelengkan kepala.Dia benar-benar tidak tahu hutang yang di maksudkan ibu saudaranya itu.Suara mak su yang kuat turut mengejutkan Nik Azizah.Nik Azizah mengintai di muka pintu.

“Mak su tak kira.Kau kena bayar hutang arwah ibu ayah kau tu.Tak banyak pun.Lima ratus ringgit je,”

Terduduk Nik Safuan di atas tangga.Dia langsung tidak tahu menahu tentang hutang itu.

“Kalau kau tak mampu.Apa kata jual je tanah kebun arwah ayah kau tu kat mak su,”saran Mak Su Maimon.

               Tak terlintas di fikirannya untuk menjual tanah pusaka itu.

“Nanti saya bayar hutang mak su tu bulan-bulan.In shaa Allah saya mampu,”

“Baiklah,”riak wajah Mak Su Maimon hambar sahaja.Niat asalnya inginkan tanah kebun itu.Bukanlah hutang yang dia inginkan.Dia akan memujuk anak saudaranya itu lagi.

“Tak pa Mak Su balik dulu,”

“Abang ada duit ke nak bayar hutang tu ? Jual sajalah tanah kebun.Kita boleh dapat duit banyak,”senyum Nik Azizah sambil melemparkan pandangan ke arah Mak Su Maimon yang sedang berjalan pulang meninggalkan halaman rumah mereka.

Nik Safuan hanya berdiam.Tak mungkin untuk dia menjual tanah.Nik Azizah masih mentah.Masih belum mengerti.Semakin bertambah beban fikirannya.

“Kalau abang jual tanah kebun tu.Kita dapat duit.Boleh kaya,”bahas Nik Azizah lagi.

“Pernah ke abang menoreh pokok getah kat kebun kita tu ? Nak menoreh pun abang tak tahu.Baik abang jual,”

“Kau tak payah nak ajar aku.Kau masuk dalam sekarang,”tengking Nik Safuan sambil menunjukkan jari telunjuk ke dalam rumah.Nik Azizah masuk ke dalam dengan wajahnya yang masam mencuka.


“Masa tu opah kena marah.Itulah kali pertama dia tengking opah.Esok tu dia minta maaf balik.Opah tahu banyak beban yang dia kena tanggung.Tapi opah buat-buat tak tahu,”sambung Nik Azizah lagi.

“Macam mana kehidupan opah lepas tu ?”

“Di sebabkan bebanan hutang.Hidup kami makin hari makin susah.Ada saja orang datang minta hutang.Katanya arwah ayah banyak berhutang.Opah dah tak dapat duit belanja sekolah dah.Elektrik pun tak ada masa tu.Pakai pelita minyak tanah je,”


Nik Safuan baru sahaja selesai mengoreng nasi.Nasi goreng telur tanpa garam dan perasa.Itu saja yang mampu disediakan oleh Nik Safuan.Nik Safuan memasukkan nasi goreng itu ke dalam bekas makanan.Bekal untuk Nik Azizah rehat nanti di sekolah.

Waktu rehat Nik Azizah makan di kantin.Dia mengeluarkan bekal makanan yang dibawa.Nasi goreng telur.

“Boleh saya rasa nasi goreng awak,”

“Boleh.Jemputlah makan,”Nik Azizah menganggguk dan pelawa rakannya makan.Dia gembira rakannya masih mahu menjamah makanannya.

“Eee…Tak sedaplah.Macam mana awak makan.Nasi goreng awak tak rasa apa.Mesti awak orang susahkan,”

Nik Azizah tertunduk malu.Dia langsung tidak mahu menjamah nasi goreng.Dia bingkas bangun meninggalkan kantin dan meluru masuk ke kelas.Di kelas dia menangis teresak-esak.

Pulang sahaja dari sekolah Nik Azizah terus berkurung di dalam bilik.


“Esok tu opah tak pergi sekolah.Malu dengan kawan-kawan.Opah tetap tak putus asa pujuk Nik Safuan jual sahaja tanah pusaka tu.Opah tak nak hidup susah lagi,”

“Abang opah setuju tak ?”tanya jururawat Madina.

“Nik Safuan tetap tak setuju.Katanya itu tanah pusaka.Madina nak tahu tak ?”

“Siang sampai ke petang Nik Safuan kerja di kedai makan.Malam-malam pula dia pergi menoreh getah.Dari dia tak pandai menoreh sampailah dia dah tahu menoreh.Pak Hamid yang banyak tunjuk ajar.Tapi semua duit yang dapat tu cukup-cukup untuk makan dan bayar hutang.Hidup kami susah sangat.Semua ni berlarutan sampailah opah dah habis sekolah.Hidup kami tak ada perubahan,”


“Juallah tanah kita tu abang.Kita tak perlu susah-susah lagi.Abang pun tak perlu pergi menoreh malam-malam,”

“Apa pun jadi abang tak akan jual tanah tu,”tegas Nik Safuan.


Kali ini airmata Nik Azizah kembali berjuraian.Madina mengelap airmata Nik Azizah dengan tisu.Menepuk-nepuk bahu wanita tua itu.

“Opah sepakat dengan Mak Su Maimon curi geran tanah tu.Duit tu opah bawa lari ke bandar,”

“Lepas tu apa jadi ?”

“Mak Su Maimon tipu opah.Dia tinggalkan opah kat bandar.Dia bawa lari duit tu.Yalah masa tu opah baru umur 17 tahun.Masih mentah.Opah tak berani nak balik semula ke kampungi,”Nik Azizah mengalirkan airmata lagi.Kesal bila mengingatkan kisah lama.

“Nak hidup kat bandar tak ada duit.Terpaksa jadi pengemis di kaki lima.Nak cari makanan terpaksa selongkar tong sampah,”

Jururawat Madina turut mengalirkan airmata mendengar kisah hidup Nik Azizah.

“Kemudian barulah opah bertemu dengan suami opah.Tapi jodoh kami tak panjang.Kami berpisah.Bermulalah hidup opah sebagai seorang ibu tunggal.Nak membesar tiga orang anak.Alhamdulillah.Anak-anak opah semua kerja bagus tapi kurang masa nak jenguk opah.Semua sibuk,”

“Sabarlah opah.Walaupun mereka sibuk mereka akan tetap ingat opah.Opah kan ibu kandung mereka juga,”pujuk Madina.

“Mungkin ini balasan Allah.Opah tak pernah menghargai pengorbanan Nik Safuan dulu.Sekarang ni anak opah pula buat tak tahu dengan opah.Tak nak jaga opah.Opah rindukan Nik Safuan.Opah tak tahu dia masih hidup atau tidak,”luah Nik Azizah.

“In Shaa Allah.Ada rezeki nanti kita ajaklah anak-anak opah balik ke kampung opah,”

“Itu pun kalau mereka mahu.Anak-anak opah semua sibuk sebab tu mereka hantar opah kat sini,”

“Kalau opah tak datang sini.kita tak jumpa.Madina tak dapatlah nak kenal opah,”pujuk Madina.

Nik Azizah hanya tersenyum hambar.Dia juga rindukan anak dan cucunya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurul Shamin