Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 23




LAURA menjadi resah. Dia asyik berjalan ke hulur dan ke hilir dari tempat ruang tamu itu. Semakin dia cuba untuk bertenang, semakin resah dibuatnya. Hatinya semakin tidak tenang. Jantungnya pula semakin berdegup laju, seolah-olah baru sahaja berlari pecut di padang. Resahnya semakin menjadi-jadi. Bukan disebabkan benda lain yang dia risaukan. Dia risaukan hanyalah papa dan mamanya yang masih lagi tidak pulang ke rumah. Itu yang membuatkan Laura menjadi tertekan kerana memikirkan kedua-dua orang tuanya itu.

          Laura mula melihat skrin telefon pintarnya berkali-kali tanpa rasa jemu dan membuatkannya semakin risau kerana hari pun sudah semakin gelap.

          “Aku nak call siapa lagi?” Laura hanya memikirkannya sahaja.

          “Aku mana kenal kawan papa dengan mama. Ada juga diorang bagitahu nama kawan-kawan diorang kat aku. Tapi… aku lupa. Ishhh!” Laura memikirkannya lagi lalu dia mula merungut sahaja.

          “Takkanlah aku nak keluar malam-malam macam ni. Dahlah aku sorang je kat rumah ni.” Laura hanya mampu bercakap bersendiria nsahaja di tengah-tengah ruang tamunya itu sambil melihat jam di skrin telefon pintarnya itu yang menunjukkan pada jam 9.30 malam.

          “Diorang tak ingat ke hari ni birthday anak tunggal dia.” Rungut Laura.

          “Jangan jangan….” Laura terfikir seketika.

          “Ehh! Takkanlah. Takkan papa dengan mama nak buat surprise kot. Dari pagi lagi sampai sekarang tak balik-balik.” Fikir Laura lagi.

          “Kalau diorang nak buat plan sekali pun, takkan ambil masa yang lama. Ishhh, apa ni!” Rungut Laura lagi lalu dia mula berasa resah.

          “Please! Jangan buat Laura nangis.”

          Tiba-tiba pancaran cahaya muncul dari telefon pintarnya itu. Laura terkejut seketika lalu terus melihat kaca skrin di telefonnya dan dia melihat panggilan mamanya yang muncul di muka skrin telefon Laura itu. Laura hanya menekan pantas untuk menjawab panggilan mamanya itu dengan wajahnya yang sangat gembira sekali.

          “Hello, Mama! Mama kat mana? Laura call Mama Papa tak angkat pun. Mama dengan Papa kat mana?” Soal Laura.

          “Hello.”

          “Maaa.”

          “Hello.”

          “Mama ke ni?” Bingung Laura apabila mendengar suara mamanya yang agak lain sedikit.

          “Cikkk…”

          “Ehh! Hello! Mama!” Laura mengerukkan dahinya apabila mendengar suara yang bukan dari suara mamanya itu.

          “Maaf, cik.”

          “Jap! Awak ni siapa? Ni nombor mama saya ni, kan? Dari mana awak dapat nombor ni?” Soal Laura lagi lalu dia mula naik berang apabila suara perempuan lain yang memanggil panggilannya dan bukan mamanya di talian itu.

          “Maaf, cik. Mak dan ayah cik sekarang berada di hospital. Ayah cik dalam keadaan koma dan sekarang ayah cik berada di bilik ICU.”

          “Apa.”

          Laura merebahkan dirinya lalu terduduk di atas lantai. Dia seakan-akan terkejut apabila menerima khabar yang paling perit dan sukar dijangka olehnya sendiri. Laura terkaku. Dan tergamam dengan berita yang disampaikan oleh salah seorang jururawat di hospital itu.

          “Cikkk… cik…”

          Laura hanya mampu mendengarkannya sahaja dan telefon pintarnya itu masih lagi dipegang olehnya.

          “Cik, harap cik tabah dan tolong ke hospital dengan segera.”

          Laura memejamkan kedua-dua belah matanya tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Badannya hanya mampu terkaku. Air matanya mula mengalir.

          Suasana di ruang tamu itu menjadi suram.

          Air matanya hanya mampu mengalir. Dan terus mengalir tanpa berhenti.

          Bergenang air matanya lagi.

          Dia ingin sahaja mahu menjerit sekuat-kuat hatinya itu. Tetapi, hanya mampu terkaku. Namun, dia tersedar akan sesuatu perkara. Dan dia mula tersedar bahawa perkara yang dia alami memang realiti. Bukan bayangan.

          “PAPAAaa!!!” Jerit Laura sekuat hatinya itu.

          “MAMAAaa!!!” Jeritan Laura telah bergema di bahagian ruang tamu itu.

          Tangisannya semakin kuat dan dia mula meraung kerana masih tidak percaya apa yang telah terjadi pada kedua-dua orang tuanya itu.

          “HAAAAAAA…” Tangisannya semakin kuat.

          Laura tidak dapat menahan sebak lagi. Dia cuba untuk bangun. Tetapi kedua-dua belah kakinya menjadi lemah. Dia menjadi tidak tentu arah dan badannya menjadi longlai untuk bergerak. Hatinya tidak gental lagi.

          “Tukk.. tukk.. tukk..”

          “Laura.!!!”

          “Tukk.. tukk.. tukk..” Suara seorang wanita telah muncul di sebalik pintu rumah Laura sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah tersebut.

          “Laura! Buka pintu ni. Mama dengan Papa Laura kat hospital sekarang ni.” Sahut wanita itu yang berada di luar rumah Laura.

          “Hahh.” Laura tersentak seketika lalu terus menuju ke arah pintu untuk dibuka.

          “Laura.” Sahut wanita itu lagi setelah pintu rumah telah dibuka oleh Laura.

          “Aun.. Aunty Nora!” Laura mula mengingati nama kawan mamanya yang pernah dia kenali.

          “Ye, sayang. Ni Aunty Nora. Kawan Mama Laura.”

          “Aunty!!! Mama, Aunty!!!” Laura terus memeluk Aunty Nora dan dia mula menangis teresak-resak.

          “Ye, sayang. Tabah, nak.” Puan Nora turut mengalirkan air matanya itu.

          “Papa koma, Aunty.” Suara Laura menjadi serak akibat jeritannya tadi.

          “Aunty baru dapat tahu. Tu yang Aunty datang rumah.”

          “Aunty…” Laura tidak dapat mengatakan apa-apa lagi.

          “Jom, sayang. Kita pergi hospital.” Ajak Aunty Nora lalu dia memimpin tangan Laura untuk masuk ke dalam kereta.

          Puan Nora membantu Laura mengunci pintu rumah dan pagar sebelum mereka beredar dari kawasan rumah Laura.

          Puan Nora dan suaminya, Encik Nik yang sedang memandu hanya menumpukan pemanduannya untuk segera ke hospital. Perjalanan mereka untuk ke hospital mengambil masa 30 minit dari rumah Laura.

          Laura hanya berdoa dalam hatinya sahaja. Fikirannya hanya tertumpu pada mama dan papanya sahaja.

          “Laura. Tabah ye, nak. Kita doakan untuk mama dan papa Laura agar semuanya dalam keadaan yang selamat.”

          Laura hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Lalu dia melihat ke kaca tingkap kereta di sebelah kirinya itu. Dia melihat sinar malam dan pokok-pokok hijau yang berada di luar itu hanya berlalu pergi dan bersilih berganti dengan alam sekitar yang ada di situ.

          Sebak Laura.

          ‘Ya Allah! Selamatkanlah mama dan papa ku. Hindarilah mereka daripada bahaya. Aku tidak sanggup kehilangan mereka. Selamatkanlah mereka. Aku cuma ada mereka berdua je dalam hidupku ini. Tolong, jangan ambil mereka daripada hambamu ini. Tolong… tolonglah! Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua-dua orang tuaku dan dosa hambamu ini. Ya Allah…’

          Laura hanya mampu berserah.

 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.