Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 27




KEADAAN menjadi gelap. Mula mencari jalan keluar. Tercari-cari di manakah pintu keluar. Sukar dilihatnya. Semuanya agak gelap. Tiada pun satu cahaya yang menembusi setiap kegelapan itu. Terus mencari dan mencari. Ada satu suara yang sedang bergema di sebelah telinga kanannya itu. Suara itu sedang memanggil-manggil. Seolah-olah, suara itu menyuruhnya pergi kepadanya. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk pergi ke arah suara tersebut. Dia mula mencari. Semakin dia mencari suara itu, suara itu semakin jauh dari pendengarannya. Dia tidak mahu kehilangan suara itu. Puas dia mencari. Dalam kegelapan yang sebegitu amat sukar baginya untuk mencari. Hanya mampu mendengar dan terus mendengar.

          Dia mula menyerah. Tetapi, hatinya tetap mengatakan ia belum berakhir lagi dan perlu meneruskan kehidupannya. Dan dia mula bangkit semula tanpa ada penyesalan dalam dirinya.

          Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu yang hampir dekat dengan dirinya itu. Dan muncul pula satu suara tangisan seorang perempuan yang teresak-resak tanpa diketahui kedudukannya itu. Tangisan itu semakin dekat dan semakin jelas didengari. Dia berasa suara itu seakan-akan pernah didengari olehnya.

          “Papa.” Suara itu mula bergema.

          Dia mula tersedar dan membuka kedua-dua belah matanya secara perlahan-lahan. Dan ada sedikit silauan yang memancar ke dalam matanya itu. Matanya menjadi kabur sedikit dan lama-kelamaan matanya nampak jelas apabila dia melihat sesuatu di sekelilingnya. Terang dan jelas. Tetapi, dia tidak boleh bergerak secara melulu. Kerana dipenuhi dengan wayar-wayar di bahagian badannya dan alat oksigen di mulutnya itu juga turut membebankannya untuk dia berbicara. Keadaannya terlalu lemah. Dia hanya mampu menoleh ke arah anak perempuannya itu sahaja.

          “Papa.” Laura memanggil dan air matanya mula mengalir.

          “Papa dah sedar. Laura rindu Papa.” Luah Laura kepada papanya itu.

          Encik Samsuri hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tidak mampu untuk dia berbicara. Matanya pun mula berasa berat untuk membukanya. Keadaannya sekarang agak lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya.

          “Papa, jangan banyak gerak ye. Kalau Papa nak apa-apa, bagitahu je kat Laura. Laura ada untuk Papa.” Laura memegang erat tangan papanya lalu mengukirkan senyuman kerana terlalu gembira apabila papanya sudah pun sedar dari koma.

           Ya. Sudah seminggu Laura menunggu papanya dari koma. Mamanya pula baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital, hanya cedera ringan sahaja di lengan kanan mamanya itu.

          Encik Samsuri ingin mengatakan sesuatu tetapi sukar baginya untuk bergerak dan bercakap. Hanya matanya sahaja yang mampu memberi isyarat kepada anaknya itu.

          Laura mula memerhati gerakan mata papanya yang asyik berkelip-kelip.

          “Papa. Papa nak cakap apa tu? Papa nak cakap something ke?” Laura cuba untuk memahami isyarat yang diberikan oleh papanya itu.

          “Iye, Papa.” Laura mencuba lagi.

          Encik Samsuri masih lagi memberi isyarat mata dan mulutnya mula tergerak sedikit untuk mengatakan sesuatu kepada anaknya itu.

          “Papa. Laura ada kat sini.” Laura memegang erat tangan papanya itu.

          “La, La, Laura.”

          “Ye, Pa.”

          “La.. Laura.” Panggil Encik Samsuri lagi dengan keadaan nada suaranya itu yang agak lemah sekali.

          “Ye, Papa. Laura kat sini.” Resah Laura seketika.

          “Ma.. Mama.”

          “Mama ada Pa. Mama baru je keluar wad.” Laura hanya mampu melihat wajah papanya sahaja.

          “Ma..”

          “Papa nak jumpa dengan Mama.” Tangisan Laura mula membanjiri wajahnya itu.

          Encik Samsuri hanya menganggukkannya sahaja.

          “Okay, Papa. Laura pergi panggil Mama kejap ye. Mama ada kat luar tu.” Laura mengelapkan air matanya lalu terus menuju ke pintu ICU untuk beredar dari situ.

          Laura terus mencari mamanya di kawasan tempat di mana orang yang ingin melawat dan menunggu giliran di hadapan ICU tersebut.

          Baru sahaja dia ingin memanggil mamanya, mamanya sudah menghilangkan diri dari tempat menunggu giliran di luar ICU itu.

          Puas Laura mencari. Tetapi, tidak menjumpai di mana-mana kelibat mamanya itu. Dia mula risau. Mamanya baru sahaja keluar dari wad. Sepatutnya, Puan Asyira perlu pulang berehat di rumah yang telah disarankan oleh Doktor Kamal. Malah, dia berdegil untuk berjumpa dengan suaminya itu sebelum dia pulang ke rumah.

          Runsing Laura sambil menggaru-garukan kepalanya itu sahaja.

          “Aduh! Mana mama ni? Dahlah tak sihat tu.” Laura masih lagi mencari-cari mamanya itu lalu hanya mampu tersandarkan dirinya sahaja di dinding hospital.

          “Aduh. Mama.” Bisik Laura sendirian.

          “Laura.”

          Laura terkejut lalu terus menoleh ke arah seseorang yang sedang memanggilnya itu.

          “Mama.” Terbeliak mata Laura apabila dia melihat mamanya yang sudah berada di belakangnya itu.

          “Kenapa ni? Papa macam mana?” Puan Asyira sedikit terkejut apabila dia melihat keadaan anaknya itu yang kelihatan gelisah dan tidak tenang.

          “Papa okay. Mama pergi mana? Puas Laura cari.” Laura hanya melihat keadaan mamanya itu sahaja.

          “Mama pergi toilet tadi.” Jelas Puan Asyira.

          “Ya Allah, Mama. Jantung Laura rasa nak tercabut dah, tengok Mama dah tak ada kat situ.” Laura mengurut-urut dadanya itu sahaja.

          “Mama pergi toilet kejap je. Ni, dah kenapa?” Jawab Puan Asyira.

          “Mama. Papa nak jumpa dengan Mama.”

          “Hahh.”

          Puan Asyira agak terkejut seketika apabila mendengar perkataan yang baru sahaja keluar daripada mulut anaknya itu.

          “Papa dah sedar.”

          “Sudah, Mama. Papa baru je sedar.” Laura mengeluarkan air matanya kerana terlalu gembira dengan khabar berita ini.

          “Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.” Puan Asyira menunjukkan tanda kesyukuran kerana suaminya itu telah pun sedar dari koma setelah seminggu mereka berdua berada di hospital.

          ‘Terima kasih, Ya Allah. Kami berasa sangat gembira dan bersyukur kepada-Mu. Terima kasih kerana berikan peluang kepada Laura. Terima kasih kerana berikan kesembuhan kepada mereka. Laura tak mampu untuk menanggung kesedihan lagi. Laura tak boleh hidup tanpa mereka. Terima kasih,’ Laura mensyukuri segala nikmat yang diberi.

          “Ye, Mama. Alhamdulillah.” Laura memeluk mamanya.

          “Mama pergi jumpa Papa sekarang.” Puan Asyira berasa gembira apabila mendengar khabar baik ini dan dia teruja untuk bertemu dengan suaminya itu.

          “Ye, Mama. Laura tunggu kat luar.”

          “Baiklah.”

          Puan Asyira terus memasuki pintu ICU dengan memakai pakaian keselamatan yang telah disediakan oleh pihak hospital ketika melawat di bilik yang berisiko itu.

          Dia sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupannya itu. Dan dia juga sangat bersyukur kerana suaminya itu sudah sedar daripada koma.

 

 

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.