Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,182
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 4

Cerita dalam cerita 4


"Teh ni sama je macam makanan. Sebab yang minum tu manusia, maka ia akan dinilai berdasarkan 3 pancaindera utama. Lihat, bau dan rasa."

Firman memperbetulkan kedudukan telefon bimbit agar susuk Rashdan berada di tengah-tengah lensa kamera.

"Santapan mata, warna kena menarik. Hidung nak cium bau yang wangi. Tekak nak rasa yang sedap. Seimbang antara kelat teh, manis gula dan lemak susu. Itu je resepi teh yang sedap."


Enak sahaja Rashdan bersandar di meja penyediaan air. Kedua tangannya saling bersilang di tubuh.

"Laa, kalau senang macam tu, makcik tukang sapu pun boleh buat. Tak payah susah-susah nak rekrut team bancuh air."

Bulat anak mata Rashdan menjegil.

"Ha, cuba la buat. Barang-barang semua dah ada kat sini. Mari ke mari." Sebelah tangan yang bersidai di sisi tubuh Rashdan dah keluar melambai-lambai. 

Firman menggeleng dan mengundur beberapa langkah.

"Tengok! Tak berani! Ingatkan kau ni jantan sejati."

Pedas ayat kecaman Rashdan. Panas juga telinga Firman. Dipujuk-pujuknya hati supaya bersabar. Dia punya agenda tersembunyi.

"Mana boleh abang bagi teori lepas tu terus suruh saya buat. Kenalah bagi demo sekali. Itu baru betul nak mengajar."

Melenting jejaka tampan itu mendengar alasan Firman.

"Kepala hotak kau! Selalu kau menempek dekat dapur ni dah berapa puluh kali aku tunjuk. Kau nak aku ajar macamana lagi? Pakai rotan?"

Firman tayang sengih macam kerang kepanasan atas grill. Dia kena berlembut lagi.

"Eh, abang ni. Saya bukannya budak kecil nak dirotan bagai. Kalau cukup duit, dah nak meminang anak dara orang tu."


Lepas ketawa sikit-sikit, Firman cucuk jarum.

"Bang, buatlah demo ala-ala youtube tu. Step by step. Kan mudah saya study. Kalau lupa boleh ulang tayang balik."

Jari telunjuk Rashdan tepat menghala ke batang hidung Firman.

"Kau rakam ni nak upload ke youtube ke? Kau jangan cari pasal dengan aku, Fir. Aku tak suka nak cari glamour free macam ni. Tengok anak dara dok pandang aku macam kit kat pun aku dah geli-geleman."

Kali ini dua-dua tangan diangkat tinggi.

"Takde bang! Sumpah! Saya tak akan buat macam tu. Dah expert bancuh teh nanti saya padam la."

"Betul ni?" Jari telunjuk Rashdan masih menari-nari memberi amaran.

"Ya Allah, betul Bang. Abang nak saya junjung Quran ke?"

Muka Firman dah cuak. Hati dah mula berbisik resah.

'Habislah rancangan aku kalau Mamat ni tak setuju.'


"Daripada kau junjung Quran, baik kau hafal dan lekat kat dalam kepala tu. Hah, aku tunjuk sekali je. Lepas ni jangan harap aku nak layan permintaan kau ni."

"Yiiihaa!"

Kuat jeritan Firman. Sempat lagi dia gelek dan goyang tubuh ala-ala adegan romantis RajiniKanth tengah pikat heroin dalam kebun getah dengan latar lagu tamil.

Dah tentu panjang jelingan Rashdan melihat telatah rakan baiknya itu.


       -------¤¤¤¤¤---------


"Haah, saya ajar Syarina bancuh teh pakai rakaman video Abang la. Cerdik tak saya?"

Hujung cerita Firman membuatkan mulut Rashdan ternganga lama.

"Hai budak ni ... Aku dah rasa nak ramas-ramas kau macam santan!"

Melihat Rashdan bingkas bangun dari kerusi, Firman cepat-cepat menyorok belakang tubuh Rahim.


"Lain kali berterus terang la. Sempatla aku sapu Promade, tukar baju lagi elok bagi nampak smart sikit. Hadoi!! Punyala serabai aku hari tu. Buat malu aku je dekat Syarina."

"Pasal serabai tu lah kot Syarina jatuh hati, Bang."

Hanya kekekan ketawa sahaja lantang kedengaran. Pemilik suara masih bersembunyi di belakang kerusi Rahim.

"Mana kau tahu?"

"Pasal cerita tu saya tahu, bos. Saya nampak sendiri."

Tiba-tiba sahaja Syed menyampuk. Dia dan semua rakan sekerja yang lain baru sahaja tiba. Semua mata tertumpu ke arah lelaki yang berwajah seiras hero drama pukul 7 malam itu. Syed mengenyitkan sebelah mata. Tirai panggung masih belum dibuka tetapi pipi dan telinga lelaki itu dah merona merah. 


Previous: SE 3
Next: SE 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.