“SEJAK bila mamat tu masuk sama kelas dengan kita?!” Soal Raifa geram tatkala kami berdua pergi ke tandas bersama - sama.
Aku simpul senyuman manis.
“The King tu sanggup buat kerja gila demi kau”, Balas aku bersahaja.
“Aku rasa memang kena hantar mamat tu pergi tanjung rambutan. Orang yang tak waras je yang sanggup tukar course lepas setahun belajar”. Bebel Raifa.
“Kenapa kau tak hantar Zayyan ke dalam penjara hati kau je? Manalah tahu gila dia boleh terubat dengan cepat”.
“Aynaa! Kau jangan buat aku cekik kau”. Marah Raifa. Mukanya merah padam betul - betul nampak comel.
Patutlah Zayyan pantang kalau orang tengok Raifa!
Langkah aku mati tatkala melihat kelibat Affan yang tak jauh dari kami. Senyumanku mati tatkala dia berdua dengan seorang gadis yang tampak begitu cantik. Berambut coklat dan semestinya jauh lebih menggoda.
“Aynaa, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Raifa tepuk bahu aku.
“Ak-aku...” Tubir mata mula menghangat bila melihat Affan tarik pinggang gadis itu dan berlalu begitu sahaja.
Kekasih baru Affan?
“Aynaa, tolonglah lupakan abang kembar aku”. Pujuk Raifa lembut.
“Aku dah cuba Raifa. Tapi aku tak boleh”. Teresak - esak aku menangis di hadapan Raifa.
Aku memang sukakan Affan.
Bukan mudah hendak padam perasaan ini sekelip mata.
Raifa pandang sayu wajahku.
“Jangan bodohkan diri kau, Aynaa. Aku tak nak Affan mainkan perasaan kau. Kau tak nampak ke dia date dengan ramai perempuan? Kau nak jadi bodoh macam perempuan yang ada keliling pinggang dia tu?”
Aku geleng perlahan.
Raifa tekup lembut pipi aku. Air mata aku disekanya lembut.
“Kau istimewa, Aynaa. Perempuan seistimewa kau tak layak untuk lelaki yang tak pandai menghargai perempuan. Aku maksudkan apa yang aku katakan”. Tegas Raifa lagi.
Aku hela nafas perlahan.
“Janji dengan aku untuk terus mencuba lupakan Affan. Berhenti menangis sebab dia. Dia tak pernah layak pun dapat cinta kau”.
Aku kemam bibir.
Aku pandang wajah yang penuh mengharap Raifa.
“Aku janji”,
+++
PEMBELAJARAN berjalan seperti biasa. Apa yang tak biasanya bila Afwan ada kat sebelah aku. Aku harus akui bahawa dia seorang pelajar yang sangat pintar. Namanya pasti akan mendahului sesiapa sahaja di dalam carta pelajar.
Bad boy.
Charming.
Smart.
Tiga perkara itu sangat diutamakan oleh seorang Afwan. Aku sendiri pun pelik dengan perangai dia. Tetapi aku hanya layankan sahaja perangainya memandangkan memang dari kecil lagi dia dah jadi kawan baik aku.
Tapi masalah yang barunya apabila rakan sekelasku bagaikan tak puas hati melihat aku rapat dengan salah seorang kawan baik The King.
Aku faham, aku ni tak seperti Raifa yang sentiasa mempesona. Tapi takkanlah perkara itu terus menghalang aku untuk berkawan dengan Afwan?
“Aynaa, kau free tak malam ni?” Suara garau Afwan mematikan lamunanku.
“Ap-apa kau kata tadi?” Soalku semula.
“Kau ni berangan aje. Aku tanya kau free tak malam ni?” Soalnya lagi.
“Kenapa?”
“Aku nak study kat rumah kau. Jangan risau, aku datang dengan Raifa. Lagipun, bukan mama dan papa nak marah pun kan?” Soal Afwan sambil tayang sengih.
Aku hela nafas.
Memang mama dan papa aku tak marah.
Masalahnya kalau Raifa dan Afwan datang, mesti Affan akan datang juga.
Aku dah janji dengan Raifa untuk menjauhi Affan. Namun, kalau keadaan dah jadi begini, macam mana lagi aku nak mengelak?
Aduh, pening betul la!
“Afwan, boleh aku minta sesuatu tak?” Soalku sambil pandang wajahnya.
“Minta apa?”
“Kau boleh datang dengan Raifa. Tapi jangan bawa Affan sekali. Please?” Pintaku sambil pandang Afwan dengan penuh pengharapan.
Kening Afwan bertaut.
“Kena-”
“Afwan Rafiqi bin Alfan Rafisqi dan Aynaa Hannani binti Firash Amril!” Suara Teacher Farhani mematikan bicara Afwan.
Ma...ti!
Pandangan kami bertaut.
Afwan urut batang lehernya dan dia tayangkan sengihannya pada Teacher Farhani yang tak ubah seperti singa betina yang sakit gigi.
“Apa yang kamu berdua bincangkan? Sampai tak ingat dunia?” Soal Teacher Farhani garang
Aku telan liur.
“Teacher say-”
“Kami sebenarnya bincang pasal wedding kami nanti. Lepas tu bincang nak ada anak berapa orang, nak buat rumah kat mana... betulkan Aynaa?” Rahang aku longgar tatkala mendengar bicara sinis Afwan.
Sudah semestinya kata - kata dia itu disambut dengan siulan nakal pelajar lelaki di dalam kelasku.
Pipi aku memerah.
Mana aku nak letak muka aku ni?
Aaaa, Afwan ni!
“Teacher nak dengar tak perancangan kami?” Soal Afwan sambil pandang bersahaja wajah merah Teacher Farhani.
“Ka..”
“Saya dan Aynaa cadang nak ada anak lima orang. Tiga lelaki dan dua perempuan. Kami nak tinggal dekat It-”.
“Stop! Saya tak mahu dengar. Kali ni saya maafkan kamu berdua. Selepas ini, jangan bincang lagi hal masa depan kamu dalam kelas saya”. Tegas Teacher Farhani.
Wajah aku semakin menghangat.
Afwan gelak.
“No worries, teacher. Lepas ni saya dan Aynaa akan bincang hal wedding kami senyap - senyap. Kan Aynaa?”
Afwan ni memang tak guna betul!
+++
TERIMA kasih sangat pada Afwan. Disebabkan dia, aku terus kena tuduh ada relay dengan dia. Penat aku nak cuba nafikan tapi semua orang takkan percaya sampai Afwan sendiri beritahu perkara yang sebenar.
“Comel juga kau dengan Afwan kan?” Raifa tiba - tiba tegur aku sambil gelak kecil.
Aku ketap bibir tahan rasa.
Lain tak bukan mesti nak menyakat aku. Macamlah aku tak kenal si Raifa ni!
“Betul ke kau dan dia dah rancang future? Aku tak sangka selama ni kau ada relay dengan Afwan. Aku ingatkan kau sukakan Aff-”,
“Aku tak ada hubungan dengan Afwan”. Aku pandang geram muka Raifa.
Raifa sengih.
“Aku tahulah. Sengaja nak usik kau. Bila pandang dua kali... kau sesuai juga dengan Afwan. Baik kau suka pada Afwan daripada kau sukakan Affan. Membazir masa je. Sekurang - kurangnya dengan Afwan, dia tentu akan balas balik perasaan kau. Tapi kalau dengan Affan kerja keras macam tu je”. Rungut Raifa.
Aku diam.
Sukakan Afwan?
Tak pernah wujud dalam kamus hidup aku.
Aku juga takkan sesekali gunakan Afwan untuk lupakan Affan. Afwan kawan baik aku.
“Kau tu macam suka aje duduk dengan The King”. Aku perli dia.
Sengaja tukar topik. Letih mahu berbahas tentang Affan. Letih dan sangat memedihkan hati aku.
Raifa juih bibir.
“Buang karan aje kalau aku suka mamat tu jadi tablemate aku”. Ujar Raifa geram. Dia peluk tubuhnya.
“Kau nak tahu tak Aynaa? Si Ayyan tu memang buat gila betul. Mana - mana budak lelaki yang nak tanya soalan kat aku semua dia halau. Dia suruh aku ajar dia seorang aje. Masalahnya, mamat tu cerdik macam Afwan!” Luah Raifa.
Aku gelak kecil.
Kawan - kawan Afwan memang pelik sungguhlah. Sama naik macam Afwan. Boleh sakit kepala aku dibuatnya.
“Apa pun, Afwan kata dia nak study kat rumah kau malam ni. Betul ke? Aku risau juga dia tipu aku. Bukan boleh percaya sangat dengan dia. Kadang - kadang otak ting tong”.
“Haah. Tapi kau jangan bawa Affan sekali tau”. Pintaku lembut.
Raifa senyum manis.
“Kau boleh harapkan aku!” Jawabnya bersama kenyitan mata.
Aku tersenyum nipis.
Lega.