BIBIRKU terus mekar dengan senyuman manis tatkala melihat kelibat Afwan dan Raifa datang menyambutku.
“Selamat pagi, Aynaa!” Sapaan Afwan mengundang sengihan aku.
“Sel-”.
“Kenapa kau tak pergi tapak perhimpunan lagi? Dah tahu datang awal, merayap buat apa?” Tak sempat aku nak membalas, suara garau Affan terlebih dahulu memotong bicaraku.
Aku hela nafas.
Apa sebenarnya masalah dia?
“Aku tunggu Aynaa datang. Bukan merayap”. Bidas Afwan hairan.
Raifa yang berada disisi Afwan turut kebingungan. Usah dikatakan mereka berdua bingung. Aku sendiri pun tak mampu hendak meneka tingkah lakunya. Pelik yang amat!
“Pergi masuk kelas sekarang”.
“Aynaa, jom lah”. Raifa menggamit aku.
Baru aku hendak melangkah, Affan dulu - dulu memegang lengan aku yang berlapik baju.
Aku pandang hairan wajahnya.
“Kau orang pergi dulu”.
“Tapi Aynaa?” Afwan mula kerut dahi.
“Aku nak jalan dengan Afwan dan Raifa”. Kataku tak puas hati. Sebelum - sebelum ini, mana ada Affan mahu sibuk nak tahan aku. Kenapa sekarang dia hendak menyekat aku?
“Aku protector dia. Walid sendiri kata yang Aynaa tanggungjawab aku. Jadi kau berdua tak layak untuk mempersoalkan apa yang aku buat”. Bicara Affan buatkan bibir aku terkunci.
Betul.
Aku sememangnya menjadi tanggungjawab Affan. Sepenuhnya, ketika diluar pemantauan mama, papa, walid dan ummi.
Afwan raup perlahan rambutnya.
“Tak apa ke, Aynaa?” Serba salah nadanya menyoalku.
“Ap-”.
“Dia takkan apa - apa dengan aku. Aku protector”. Tekannya.
Afwan nampak mengalah dengan si abang kembar. Raifa pandang aku serba salah. Tersepit agaknya.
Aku tahu...
Pilihan walid adalah muktamad.
“Jom Raifa”. Afwan tarik Raifa meninggalkan aku.
Aku hela nafas.
Tangan Affan yang memegang aku direntap kasar.
“Kau tak dengar cakap aku. Aku dah kata jangan rapat dengan Afwan. Kenapa kau degil sangat? Kau memang tak pandai bersyukur langsung bila aku setuju nak jadi protector kau”. Marahnya.
Aku pandang wajahnya.
“Aku ingat kau main - main”.
“Tak ada istilah main - main bila aku cakap tentang Afwan!” Herdiknya.
“Dia adik kau”. Aku pandang geram wajah Affan.
Apa masalah dia ni?!
“Adik aku pun boleh jadi pesaing aku. Kau tak tahu apa yang aku rasa Aynaa Hannani. Kau pergi masuk ke dalam dewan sebelum aku mengamuk pada kau. Aku tak nak kau rapat dengan Afwan. Faham?!”
Aku ketap gigi.
Tak balas jawapannya aku terus melangkah pergi.
Lantaklah dia nak mengamuk sekalipun.
Mentang - mentang dia tahu aku simpan perasaan pada dia, dia ingat dia boleh mempermainkan aku.
Dalam mimpi dia!
+++
“AYNAA, aku minta maaf sebab tinggalkan kau dengan Affan. Kau sendiri pun tahukan? Dia tu jenis yang pandai perangkap orang dengan ayat dia. Silap - silap, aku pula yang kena marah dengan walid nanti”. Katanya serba salah tatkala aku melabuhkan punggung ditempatku.
Aku senyum nipis.
“Tak apa. Aku sendiri faham. Terima kasih tau kau tolong tebalkan muka untuk paksa The King dan Rayyan kirimkan baju untuk aku. Nanti aku hantarkan kat rumah kau. Aku dah basuh baju tu”. Kataku.
Raifa sengih.
“Tak payah. Aku bagi je kat kau. Kau tu dah macam kakak aku sendiri. Takkan aku nak berkira? Satu lagi, aku tak tebalkan muka untuk minta mamat gila tu kirimkan baju yang aku bagi pada kau. Aku cuma pertaruhkan nombor telefon aku. Penat nak mati bila aku kena layan perangai senget dia! Nak ajak aku kahwin. Gila mamat tu”. Raifa membebel pada aku seperti biasa.
Aku gelak.
“Okey lah tu, dia sukakan kau dan ada niat nak halalkan kau”. Pujukku.
Raifa juih bibir.
“Ayyan tu gatal! Lepas buka topik tentang kahwin dia terus melencong hal malam pertama. Euw, memang tak lah aku nak balas mesej dia. Menggelikan!”
Aku tersengih.
Zayyan.
Ketika dia dengan aku kelmarin, punyalah serius. Garang aje.
Aku punyalah takut dengan dia.
Nasib baik Rayyan ada menjadi perantaraan. Kalau Rayyan tak ikut agak - agaknya memang aku dah lari naik bas.
“Aynaa!” Ceria suara Afwan menegurku.
Beg galasnya diletak di atas kerusi bersebelahanku dan kemudiannya, dia melabuhkan punggung disisiku. Sama seperti kebiasaan.
“Kau pergi mana?”
“Melepak kat kafe lepas tu kena halau dengan pengawas. Aku rasa kau mesti cun kalau jadi pengawas sekolah. Tapi kau tak nak”.
Aku hela nafas.
Bukannya aku tak mahu.
Tapi aku segan bila semua mata memandangku. Pipi aku ni tak boleh kawal bila dia bertukar merah. Semestinya bila bertukar merah akan mengundang siulan nakal pelajar lelaki dan sepasang mata helang milik Affan akan merenung aku dengan begitu tajam. Sangat menakutkan.
“Hi, ma queen”. Aku pandang wajah serius Zayyan yang melangkah masuk ke dalam kelas. Dia terus melabuhkan punggung bersebelahan Raifa yang sudah tarik muka.
Aku simpul senyum melihat Raifa.
“Aynaa”.
Aku kembali tumpukan perhatian pada Afwan yang memandangku.
“Kau masih tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau tak nak jadi pengawas?”
“Kalau aku jadi pengawas, nanti kau takkan dengar cakap aku. Kau kan bad boy terulung yang paling degil?” Aku senyum senget pandang Afwan yang sudah tergelak.
Telinganya memerah.
“Ak-”.
Bum!
Tersentak.
Pandangan rakan sekelasku terus tertumpu pada tong sampah hitam yang sudah tergolek masuk ke dalam kelas.
Aku telan liur apabila melihat Afwan meraup wajah.
Aku tahu kalau Afwan bereaksi begitu pasti melibatkan seorang Affan.
“Aynaa Hannani!” Herdikan itu buatkan satu block yang riuh menjadi sunyi.
Gulp, habislah aku.
Hilang kekuatan aku tatkala Affan melangkah masuk ke dalam kelasku. Pandangan bengisnya buatkan aku kecut perut.
Kenapa dia mengamuk?
Mama, Aynaa takut!
+++
BERKERUT dahiku apabila tanganku ditarik kasar oleh Affan. Aku tak mengerti kenapa dia bertindak begitu drastik dengan menarikku keluar dari kelas sebaik sahaja masuk dengan wajah bengisnya.
Tiada seorang pun yang berani menghalang termasuk Raifa.
“Affan!”
Langkah kami mati tatkala Afwan melaung abang kembarnya.
Affan genggam tangan aku dan aku dibawa ke belakang tubuhnya. Tindakkan Affan seolah - olah mahu menjauhkan aku dari adik kembar dia sendiri.
Baguslah, sekarang ini aku lagi yang menjadi topik utama antara adik dan abang ini. Selepas itu, gosip liar pun mula tersebar. Ada yang menuduh aku mengambil kesempatan dan sengaja mempecah - belahkan hubungan erat yang terjalin itu.
“Berambus”.
“Kau jangan buat Aynaa macam itu. Dia perempuan”.
“Dia adalah tanggungjawab aku. Apa - apa yang terjadi pada dia adalah tanggungan aku. Aku protector dia. So, kau jangan nak menyibuk!” Ucap Affan garang.
Aku sendiri takut dengan wajah serius dia.
“Kau salah guna tanggungjawab kau. Jangan disebabkan kau benci tengok dia senyum, kau sakitkan dia. Aynaa perempuan muslimah. Jangan musnahkan imej dan maruah dia sebagai seorang muslimah”.
Sumpah aku katakan bahawa aku sangat tersentuh dengan bait bicara Afwan.
Sebak dada bila dia masih tak berhenti untuk membela aku.
“Kau dan aku kembar. Lahir pada hari yang sama cuma waktu yang berbeza. Kau jangan pura - pura tak faham apa yang aku rasa!”
“Aku faham, Affan. Tapi Aynaa tak faham. Kesiankan dia. Kau seksa dia”.
Rayuan Afwan buatkan aku tahan air mata daripada tumpah.
Baiknya Afwan.
Affan pandang aku.
Tangan aku terus dilepaskannya. Lantas dia berlalu pergi dari situ meninggalkan aku.
Aku terkedu.
Dia pergi macam itu aje selepas Afwan pujuk dia? Sungguh, aku tak mampu hendak menerima keadaan ini!
“Kau okey, Aynaa?” Soalnya risau.
Aku angguk.
“Pergelangan tangan kau merah. Affan genggam tangan kau kuat sangat. Kau jangan bencikan dia. Dia tengah marah. Dia tak sedar apa yang dia buat”. Aku hanya mengangguk apabila mendengar bicara Afwan.
Aku maafkan Affan.
Aku faham dia tengah marah. Tapi aku tak faham kenapa dia marah sangat.
“Jom aku bawa kau pergi bilik rawatan”.
Tanpa membantah, aku hanya ikut langkah Afwan.
Buat - buat tak nampak ajelah mata - mata yang memerhatikan aku dan Afwan. Tahu sangat mereka mahu mencari berita ‘hangat’ untuk dijadikan topik utama bergosip!