Home Novel Kisah Hidup Opahku
Opahku
Farid Yang
21/10/2020 09:38:09
22,924
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Surat 1

 

Opah

7/11/2007

 

CucundaAhmad Farid, didoakan selamat dan sihat sepanjang masa. Surat cucunda selamatditerima pada 6/11/2007. Terima kasih. Gembiranya hati pah dengar Farid sihat.

 

Orangdi Malaysia macam biasa. Keluarga kita di hari raya tempoh hari, maknya masihbuat juga jamuan untuk keluarga. Macam biasa, kawan-kawan Ija ramai datang.Begitu juga budak-budak entah daripada mana. Kata mereka, mereka balik kampungdaripada Kuala Lumpur. Balik rumah pah-pah mereka. Mereka tengok rumah maknyaterbuka, terus datang. Isya rajin melayan.

 

Pahmacam biasa sejak Farid tak ada, susah sikit. Tunggu emaknya. Ana rajin jugateman. Masak itu memang pah masak tetapi Ana, Ija macam biasa, bukannya hendakmakan. Tak lama lagi sekolah cuti panjang. 17/11 hingga tahun 2008.

 

Pahwalaupun Farid jauh di mata, di hati pah tak pernah lupa. Pah sentiasamendoakan sihat dan selamat. Farid kata sekarang musim sejuk. Pakailah manayang patut. Tanamkan semangat orang boleh, kita pun boleh. Tentang ada orangputih yang mabuk-mabuk, janganlah dekat. Di Malaysia, orang sibuk denganAngkasawan Negara Dr Sh. Muzaffar Shukor. Beginilah jika seseorang itu yangtetap dijanjikan Allah. Tak siapa dapat meramalkan untuk terkenal di seluruhdunia, tetapi mesti yakin pada diri sendiri.

 

Bersama-samaini pah sertakan resepi

 

8ketul ayam, bersih, lumur garam, kunyit, goreng kuning angkat

3butir cili masak atau serbuk cili

tumbuk

6ulas bawang merah

3ulas bawang putih

1inci halia

 

hiris

3ulas bawang merah

2ulas bawang putih

2inci halia

 

2buku bawang besar potong bulat

Airsejuk 1 cawan

Sostomato ¼ cawan

Kulitkayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

 

Tumisbawang hiris, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang. Kuning, masuk air,tomato sos, ayam, garam dan gula. Pekat, masuk bawang besar, kacau-kacau.Angkat.

 

PakEtehnya macam biasa naik gunung. Pah pesan jika Farid hendak melawat atauberjalan, biarlah berkawan. Jangan seorang. Carilah kawan yang sesuai.Tunggulah dahulu habis musim sejuk. Lama Farid di sana carilah kawan beraparamai. Taklah kira lelaki atau perempuan. Kadang-kadang bila kawan dah ramai,kita dapat juga bertukar-tukar resepi atau cara-cara fikiran yang menambahkanpengetahuan. Akhir kata, pah doakan Farid sentiasa gembira, tenangkan hati danselamat belajar. Jika diizinkan Allah, pah akan tetap membalas surat Farid bilapah terima. Akhir kata, salam kasih daripada pah untuk Farid dan salam untukkawan Farid. Terima kasih ingatkan pah.

 

PAH

 

Aku suka melancong. Melancong gayabackpacking. Pada tahun pertama aku di England, aku cuba melancong sendirian.Tetapi aku cuma beritahu kepada keluarga kecilku sahaja. Entah bagaimana opahkutahu dan menjadi risau. Maka, atas nasihat beliau, aku pun tidak jadi melancongpada musim sejuk tahun berkenaan. Pertama kali berjauhan dengan keluarga.Persediaan ke England hanya sebulan lebih sahaja. Aku pergi tanpa mengenalimana-mana kawan. Aku bukan dari program A level yang ada persediaan yang lama. Opahaku risau samada aku boleh menyesuaikan diri di sana ataupun tidak. Ditambahlagi, bertolak ke England semasa bulan puasa. Raya di England. Lebihlah lagikesedihannya kerana tidak beraya bersama. Selalunya pada hari raya pertama,semua ahli keluarga besar akan bertandang ke rumah kami untuk makan laksa ataumee kari. Kemudian opah akan beri duit raya. Setiap sampul raya akan terteranama cucu-cucunya. Selepas habis sesi beri duit raya, barulah sesi bergambar.Baju raya opah sangat unik. Fesyennya, fesyen lama. Kolarnya lebar. Ada sorangtukang jahit sahaja di kawasan kampung itu yang boleh menjahit fesyen begitu. Padasebelah malamnya, kami sekeluarga akan beraya di rumah opah pula. Sejujurnya,aku berbelah bahagi setiap kali perlu ke sana pada malam raya. Mengapa? Keranapakcik-pakcikku suka bermain mercun. Ayahku ada sakit jantung tapi entahmengapa ada pakcik-pakcikku yang masih tidak faham bahasa walaupun telahdiberitahu beberapa kali. Aku masih teringat lagi, perbualan terakhir rayabersama opahku adalah ketika adikku meminta kebenaran untuk bertunang. Aku ingatopah akan menentang, rupanya opah membela adikku. “HIsh, mak kamu dulu punsama, nak kahwin tak nyempat-nyempat!”

 

P/S: makcik pertama namanya Mak We Dee,pakcik pertama namanya Pak Ngah, kemudian ibuku, kemudian makcik kedua namanyaMak Chor, diikuti pakcik kedua Pak Mat, diikuti Pak Eteh dan akhir sekali PakEkal.

Previous: Intro
Next: Surat 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farid Yang
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham