Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,776
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 6

Aku tekad untuk mulakan kehidupan baru. Kehidupan seorangusahawan. Jadi aku bangun pukul 6.40 pagi. Aku tekad setiap pagi mesti aku akanbangun awal dan mencari bahan bacaan untuk perniagaan aku.

 

Aku mula buka YouTube dan cari perkongsian ilmu perniagaan.Sini aku mula nampak yang aku perlu ada label produk. Perlukah aku buat stickeruntuk produk aku?

 

Masalah aku buat masa ni, bajet aku cuma mencukupi untuk kospengeluaran sahaja. Jadi aku pun terus cari yang paling murah untuk aku buatlabel. Akhirnya aku jumpa, lagi ringkas lagi senang. Tak perlu guna AdobePhotoshop. Guna Microsoft Word saja. Cuma dia punya hasil biasa saja lah.

 

Jadi aku cari nama yang senang orang ingat. Aku letak namaKunyah sebagai nama label produk. Aku design secantik yang aku reti. Lepas tuaku pergi ke kedai printing. Aku beli sticker putih dan minta print label akuatas sticker putih tadi.

 

Yeaaahhh akhirnya aku ada label sendiri. Aku dapatlah dalam9 keping label dalam 1 sticker putih. Aku print dalam 20 keping. Aku balik rumahterus aku potong satu per satu dan aku lekat. Lepas tu aku ambik dalam 10 pekbiskut coklat aku. Aku bawa ke kedai sebagai hadiah untuk semua orang.

 

Aku sampai di kedai terus Pyan datang dan menegur aku denganpenuh gembira.

 

Pyan :" Waduuuhhhhh, sobat aku udah bersemangat yaaarini."

 

Loqman :" Hahahahahaha semangatlah sangat. Pyan ok takaku buat label macam ni."

 

Pyan :" Haa ok lah macam ni. Cantik Loqman. Biasanya 1peket ini berapa harga? "

 

Loqman :" Sebelum ni aku jual sepeket Rm 1."

 

Pyan :" Ishhhh ko ni. Jangan jual terlalu murah. Tak patak pa itu dulu. Sekarang ko mau jual sepeket ni berapa? "

 

Loqman :" Hmmm mungkin Rm 1.50 kot."

 

Pyan :" Pendapat aku lah Loqman, lepas ko cuba buatyang kita rasa berbaloi harga Rm 2. Mungkin biskutnya panjang sikit, bungkusanada perubahan sikit dan sticker ini kita kasi cantik lagi."

 

Loqman :" Haah betul juga. Tapi yang ni stok lama. Akuingat mau kasi jalan dulu. Sayang pula kalo aku tak cuba jual."

 

Pyan :" Betul juga. Bagi saya satu itu."

 

Aku pun terus bagi sepeket. Terus Pyan koyak dan rasasekeping. Bila Pyan mula gigit biskut coklat tu, terus dia terdiam dan tengokaku.

 

Pyan :" Ishhhh ko ni Loqman. Biskut coklat ko ni dahmasuk angin lah. Cuba ko rasa."

 

Aku pun rasa sekeping dan memang betul biskut tu dah masukangin. Dalam hati aku, aduhai banyak biskut aku yang dah lemau ni. Kalau akutahu, aku tak lekat lagi sticker atas plastik biskut coklat aku. Rugi aku macamni."

 

Loqman :" Yelah Pyan. Dah masuk angin. Aku minta maafyaa Pyan. Aku rasa baik aku buang semua ni."

 

Pyan :" Eh janganlah buang Loqman. Kita makan sajaberdua. Sayang rezeki nak dibuang. Apa yang boleh kita kunyah,jadi kita kunyah.Kalo dah tak boleh sangat baru kita buang."

 

Loqman :" Hehehe, yelah yelah."

 

Pyan :" Loqman, ko jangan menyerah kalah tau dalamperniagaan. Ya mungkin pada permulaannya ko susah. Lama kelamaan mesti jadibagus. Aku rasa seronok tengok usaha ko Loqman."

 

Loqman :" Terima kasih Pyan. Ko selalu ada di sisi aku.Ko selalu percayakan aku. Terima kasih banyak banyak Pyan."

 

Pyan :" Sama sama Loqman. Haa apa lagi, cium pipi akusekali."

 

Loqman :" Hahahaha memang tak lah nak cium pipi ko. Dahlah aku mula kerja aku ni."

 

Pyan :" Hahahaha yelah yelah Loqman."

 

Aku yang tadi rasa kecewa,kini jadi bersemangat. Aku punkerja macam biasa. Setelah aku dah sampai rumah, aku pun tanpa membuang masaambil keluar buku catatan dan nota pemasaran yang dah sedia ada.

 

Aku pun mula membaca dan mengkaji apa yang boleh aku bagibiskut coklat aku tu bila bila masa pun sesuai untuk makan. Banyak aku kaji,kadang sampai aku tertidur. Hari demi hari aku berusaha mencari jawapan untukperniagaan aku.

 

Aku buat checklist untuk permasalahan biskut coklat aku. Akuakui yang aku memang tak pandai nak buat sistem agen dan dropship. Yang niantara permasalahan utama aku.

 

Jadi setelah berfikir panjang dan berserta dengan nota notakajian aku, adalah lebih baik aku buat pre order dulu. Sebelum aku buka preorder,aku belajar buat ayat memukau pelanggan untuk membeli produk aku.

 

Setelah aku yakin yang aku dah mahir menulis ayat ayatpukau, terus aku rajin update di media sosial aku. Di laman Facebook, instagramdan twitter. Memang aku bersungguh dalam perniagaan.

 

Berkat berusaha tanpa kenal erti penat dan jemu, yaperniagaan biskut coklat aku mula mendapat sambutan. Ada yang borong untukmajlis perkahwinan. Ada yang beli untuk jamuan Hari jadi dan macam macam lagi.

 

Bersungguh sungguh juga aku curi curi masa untuk menyiapkantempahan. Kalau terlalu sibuk, aku terpaksa minta cuti. Bila seorang diri yanguruskan kesemuanya, rasa penat tu memang tak boleh dibawa bincang.

 

Ada kelebihan dan kekurangan bekerja seorang diri. Yangsenang kita nampak, kelebihannya untung bersih kita seorang dapat rasakesemuanya. Keburukannya rasa penat dan kelam kabut.

 

Bila kita berniaga ni, kita kena faham. Ada hari kita lahorang yang paling sibuk. Ada hari kita lah yang paling tak ada orang. Akusetiap hari buat iklan. Ada tempahan ka tak da tempahan ka setiap hari aku buatiklan. Setiap malam aku belajar banyak perkara tentang pemasaran.

 

Cuma kadang tu aku pelik. Ya duit boleh jadi senang masuk.Duit juga boleh senang keluar. Duit juga boleh jadi lambat nak masuk tapi nakkeluar tu tersangatlah senang. Sebagai seorang usahawan yang tak nak mengalah.Aku diuji dengan banyak ujian.

 

Pernah aku dapat tempahan dalam kuantiti banyak. Aku dahsiap semuanya dengan sempurna. Tapi orang tu tak muncul. Aku telefon berpuluhkali tak dijawabnya. Aku mesej dia, tak ada reply. Akhirnya aku kena block.

 

Jangan ditanya kesedihan aku masa tu. Aku tak merancang pununtuk berduka. Akhirnya aku terpaksa cari jalan untuk habiskan jualan biskutcoklat dalam masa terdekat. Aku risau biskut aku jadi masuk angin. Jadi macammacam promosilah terpaksa aku buat. Itu pun tak habis aku jual.

 

Aku rasa sedih sangat. Aku juga pernah ditipu olehpelanggan. Di suruh aku macam macam tapi bayar separuh lepas tu menghilang. Akupunyalah berusaha mencari pelanggan tu. Akhirnya aku yang sakit hati.

 

Aku pernah dalam perjalanan menghantar tempahan pelanggan.Aku terlibat dengan kemalangan. Langgar lari pula tu. Habis rosak tempahanbiskut coklat aku. Aku rugi sangat bila jadi macam ni. Motor kena baiki, lepastu aku kena pergi klinik untuk cuci luka.

 

Sedar tak sedar, beginilah perjuangan aku dalam perniagaanhampir 3 tahun. Sepanjang hampir 3 tahun, aku dah tak sehangat bercinta denganAdaania. Aku sibuk mencari dan kumpul duit untuk berkahwin. Dia pula sibukdengan kerja sebagai seorang cikgu di sekolah.

 

Pernah Adaania mesej dan tanya kewangan aku. Aku gagalkumpul disebabkan banyak faktor. Aku cuma berjaya kumpul dalam Rm 2200. Nakkahwin apa banyak ni. Lama kelamaan Adaania persoalkan aku, kenapa aku masihbekerja sebagai pelayan lelaki di kedai makan. Sepatutnya aku yang ada ijazahdalam bidang perniagaan kerja dengan gaji yang setimpal.

 

Namun aku berdegil, aku terlalu yakin yang aku bolehberjaya. Akhirnya aku yang jadi tertekan. Duit nak kahwin tak cukup, janjidengan Adaania dalam 2 tahun lepas tu kahwin tapi dah lajak jadi 3 tahun.Itupun belum ada apa apa sinar untuk berkahwin.

 

Aku bertambah tekanan lagi bila cikgu cikgu sekolah diaasyik cakap " betul ka ni jodoh Adaania? Kalau jodoh mesti dipermudahkanbab berkahwin. Rasanya dia bukan jodoh Adaania. Tinggalkan dia je Adaania. Adayang bagi bagus dan sesuai."

 

Ada pula cikgu cikgu di sekolah dia cuba padankan dengankawan kawan diorang. Ada pula mak cik Adaania cuba padankan dengan seriousmereka. Aku jadi tersepit masa tu. Akhirnya keadaan jadi bertambah tenang bilaAdaania mula ugut aku.

 

Adaania ugut minta putus. Aku bersungguh sungguh memujukuntuk beri lagi masa. Akhirnya Adaania pun beri syarat dan aku hanya diberimasa dalam 4 bulan. Aku jadi bingung dan takut kalau Adaania tinggalkan aku.

 

Aku jadi pendiam dalam beberapa hari. Aku cakap sekadarperlu sahaja. Aku jadi tak ada selera nak makan bila memikirkan bab kenatinggal. Bila aku baring, aku tak boleh bayang kalau bukan aku yang ada di ataspelamin sebelah Adaania.

 

Pyan cuba pujuk aku dan nak tahu apa masalah aku. Aku cumabercerita yang Adaania nak tinggalkan aku. Pyan pun tak ganggu aku. Mungkin diarisau aku marah kat dia nanti. Bila dia nampak macam aku dah mula boleh tenangsikit, terus dia tanya apa permasalahan sebenarnya.

 

Selepas aku bercerita tentang aku dan Adaania terus Pyanbagi pendapat.

 

Pyan :" Loqman, aku rasa ada baiknya ko berhenti cepatkerja ini dan cari kerja yang gaji tinggi. Ko masih ada masa dan peluang untukkahwin dengan Adaania. Ko balik rumah terus cari kerja di internet."

 

" Aku yakin ko boleh dapat. Ko masih ada peluang untukkahwin dengan Adaania. Nanti udah dapat kerja baru, terus cepat-cepat ko jumpaAdaania. Ko bincang semula syarat tadi dan tunjuk ko punya slip gaji. Aku yakindia akan bagi tambahan masa."

 

Jadi bila aku dah sampai di rumah,terus aku hantar resumeaku di portal cari kerja. Kalau ikut Pyan, dia suruh aku minta kerja kosong dikilang. Katanya lumayan gaji kerja kilang tambah tambah ada ijazah. Aku punhantar resume di kilang yang ada jawatan kosong.

 

Hampir sebulan tidak ada memberi respon. Cuma beberapatempat sahaja yang memberi maklum balas yang mereka dah terima resume aku. Akujadi gelabah. Aku cuba hubungi Adaania ,tapi dia tidak jawab. Aku mesej Adaaniauntuk menjelaskan usaha aku yang terbaru,dia tidak membalas.

 

Aku tak nak putus asa, aku pun geledah balik kesemua barangdan buku aku dengan harapan aku jumpa jawapan. Aku cuba membelek buku catatandengan harapan aku jumpa cara untuk dapatkan Rm 10 000 dalam masa terdekat.

 

Tengah aku seluk tangan masuk dalam beg untuk pen, aku dapatrasa ada kad yang tengah aku pegang. Bila aku tarik keluar, rupanya name cardRiyadh. Aku tengok name card ni, aku terus termenung sekejap. Adakah yang nijawapan aku?

 

Dalam masa yang sama aku terfikir, kalau Riyadh ni tipu akulagi macam mana? Tapi kalau aku ikut Riyadh mungkin ada harapan juga untukdapat Rm 10 000. Sanggup ka aku kehilangan Adaania?

 

Hampir sejam aku memikir benda ni. Untuk kali ni akuterpaksa buat tindakan berani mati demi Adaania. Apa nak jadi jadilah. Akuhubungi Riyadh untuk tanya pasal pelaburan. Aku kena betulkan keadaan sebelumterlambat.

 

Jadi aku pun terus hubungi Riyadh untuk tanya pasalpelaburan.

 

Loqman :" Hello Riyadh. Aku nak tanya pasal pelaburan.Masih on lagi tak?

 

Riyadh :" Halo halo Hero. Aduuuhhh, kenapa lambatsangat ko nak join. Hero, yang 5 ribu tu dah penuh Hero.

 

Loqman :" Alaaaaaaa aku terlepas dah. Hmmm ok tak palah bro."

 

Riyadh :" Hero, Hero. Kalo ko betul betul nak ada 1lagi slot pelaburan masih  kosong. Tapi 7 ribu. Labur sekarang lepas 3bulan confirm dapat balik dalam 15 ribu. Kalo ko betul betul nak. Dalam masa 3Hari ke bagi 7 ribu ko kat aku.

 

Loqman :" 15 ribu dalam 3 bulan? Ko jangan main kan akuRiyadh!"

 

Riyadh :" Macam ni lah Loqman, kalo ko nak ko serah kataku 7 ribu dalam 3 hari ni. Cakap banyak pun tak da guna. Kalo ko tak naksudah. Peduli apa dengan ko.

 

Loqman :" Ok ok aku in! Serious 3 hari!

 

Riyadh :" Aku nak cash tau! Nak bank in semua aku takterima. Macam mana aku terima cash macam tu juga lagi 3 bulan ko dapat cash 15ribu.

 

Loqman :" Ok aku jumpa ko lagi 3 hari.

 

Bermulalah episod aku mula buat kerja gila yang aku sendiritidak tahu apa kesudahan nanti. Aku mula susun strategi untuk cari 7 ribu dalam3 hari ni. Sasaran pertama aku. Aku kena ambil cuti dalam 3 hari.

 

Keesokan hari terus aku jumpa boss aku dan mohon cuti 3hari. Boss aku akhir akhir ni tak suka dengan sikap aku yang asyik ambil cuti.Setelah bersungguh aku merayu, dia benarkan.

 

Jadi aku pun terus ambil geran motor dan pergi cari kedaimotor yang boleh beli motor aku. Hampir 3 jam aku cuba cari kedai motor yangboleh aku jual motor. Akhirnya baru aku ingat. Ada kawan kawan aku yang baikimotor di Padang Jawa. Diorang ada buat jual beli motor.

 

Aku kenal sangat geng motor sini. Pemilik kedai nama Razman.Razman ada 3 orang pekerja Ijoy, Olan dan Joe. Mereka semua ni sahabat baik.Terus aku cari mereka di kawasan Padang Jawa. Bila aku sampai di kedai motorsini, terus Olan dan Joe sambut aku.

 

Aku pun nyata hasrat aku yang aku nak jual motor. Diorangsuruh aku duduk sebentar sebab Razman keluar. Dalam masa 20 minit, Razman punsampai ke kedai.

 

Razman :" Haahhh sahabatku Loqman, ada apa datangsini."

 

Loqman :" Sebenarnya, aku nak jual motor. Aku perlukanduit. Terdesak ni."

 

Razman :" Terdesak? Ko kalah judi ke apa Loqman?"

 

Loqman :" Tak lah, aku nak kahwin dalam masa terdekatni. Tu yang aku kena cari jalan."

 

Razman :" Dah kenapa terdesak tetiba macam ni Loqman?Tarikh ko kahwin bila?"

 

Loqman :" Tarikh belum ada lagi, Razman."

 

Razman :" Eh ko ni, tarikh kahwin tak da tetibaterdesak bagai. Ko pergi buntingkan anak dara orang ke apa? Ko jangan main gilaLoqman. Mahu bapa dia tahu mampus ko nanti."

 

Loqman :" Ishhhh tak lah! Aku sentuh dia pun tak, kotolonglah jangan kusutkan kepala aku. Tolonglah. Aku ada banyak benda nakmemikir. Aku pening kepala sangat sangat ni. Tertekan pun ada."

 

Razman :" Apa kata ko cerita kat aku betul betul, apasebenarnya terjadi."

 

Jadi aku pun bercerita dari awal sampai ke akhir tentangsituasi dan perasaan sayang aku dekat Adaania. Selepas selesai berceritakesemuanya termasuklah pelaburan aku dengan Riyadh.

 

Dari raut wajah Razman, aku nampak dia simpati dengankeadaan aku. Cuma dia tanya aku beberapa soalan tentang pelaburan ni.

 

Razman :" Loqman, yang pelaburan kawan ko ni betul ke?Aku pun tak pernah dengar lagi. Offer baik tu."

 

Loqman :" Yer betul Razman,kalo tak takkan aku sampaisanggup datang nak jual motor ni. Labur 7 ribu lepas 3 bulan dapat 15 ribu.

 

Razman :" Huiishhh lumayan juga pelaburan ni. Cepatsungguh dapat hasil. 15 Ribu banyak tu."

 

Loqman :" Yer memang banyak. Motor ni berapa ko nakbeli ni. Harga cantik sikit Razman. Motor Lagenda ni aku jaga elok."

 

Razman :" Jap, kawan kawan aku tengah check tu. Joe!Macam na weeyhh, berapa kita boleh bagi kat kawan kita."

 

Joe :" Bolehlah harga adik beradik Rm 1300. Kalo lebihlagi minta maaf. Memang tak boleh Razman."

 

Razman :" Ok macam ni aku tolong ko cukupkan 4 ribu.Tapi ada syarat."

 

Loqman :" Serius lah nak tolong? Ok apa syaratko?"

 

Razman :" Ooooo senang syarat aku, masa bulan ke 4lepas ko dapat duit ko semua ko bayar aku extra 500 ringgit. Amacam boleh?

 

Loqman :" Ooooo faham faham,kira aku pinjam ko 4 ribunanti bayar balik 4 ribu lima ratus. Betul? "

 

Razman :" Yaaa betul! Amacam on?"

 

Loqman :" On tak da hal."

 

Razman :" Ok sekarang aku tengok geran ko semua. Kalosemua dokumen cukup, thumbprint sini terus boleh tukar nama kat sini. Tak payahko nak pergi JPJ."

 

Loqman :" Waaahhh, lagi senang kerja aku. Bagusbagus."

 

Razman :" Esok ko datang sini ambil cash 4 ribu yer."

 

Selepas mendengar tawaran Razman, aku pun rasa lega dan taksabar aku nak jumpa Riyadh. Aku nak bagi duit 7 ribu tu cepat. Moga dengan caraini, hubungan aku dengan Adaania menjadi baik.

 

Selesai semuanya, Razman pun meminta kawannya Olan hantaraku balik ke Pusat Komersial. Dia hantar aku sampai ke tempat kedai makan yangaku kerja.

 

Aku bungkus teh o ais dan balik ke rumah aku. Sampai sajaaku dalam bilik, terus aku duduk atas katil dan aku hubungi Riyadh.

 

Loqman :" Hello Riyadh, aku ni Hero. Esok jumpa aku.Pukul 3 petang macam tu. Aku nak bagi 7 ribu."

 

Riyadh :" Wooooooooo! Cergas my bro! Cergas! Macam nilah semangat orang berjaya. Tak takut macam orang lain. Orite my bro!"

 

Loqman :" Esok aku bagitau jumpa kat mana. Ok lah akunak rehat jap."

 

Riyadh :" Jumpa esok my bro! "

 

Lepas hubungi Riyadh, aku pun terus pergi mandi dan salinpakaian. Selesai semuanya aku terus baring dan tidur. Aku terlalu penat denganke sana ke sini hari ini.

 

Aku pun bermimpi. Mimpi yang pelik. Bertahun tahun aku takjumpa orang ni. Mimpi yang ada memori dulu. Aku mimpi jumpa bapa aku.

 

Pak Musa :" Loqman, haa ni motor untuk Loqman."

 

Loqman :" Huiishhh, biaq betoi bapa. Cantik ni!"

 

Pak Musa :" Haa lani macam mana Loqman? Suka tak?"

 

Loqman :" Ada ka Loqman tak suka, cantik ni bapa."

 

Pak Musa :" Seronok bapa dengar Loqman suka. Loqmananak bapa, pakai motor ni kat sana naa. Pi belajaq baguih baguih. Balik siniboleh kerja besaq besaq. Gaji Loqman pun baguih nanti."

 

Loqman :" Baik bapa In Shaa Allah. Loqman belajaqbersungguh sungguh. Loqman nanti dah berjaya, Loqman nak bawa mak dengan bapapindah pi dok kat rumah besaq. Lagi selesa bapa."

 

Pak Musa :" Haaihhh, tak payahlah Loqman. Dok sini pundah baguih. Kawan kawan pun baguih kat sini. Bapa tak berkenanlah bila dahberjaya, kita tinggai depa semua pi dok tempat lain. Dulu masa bapa susah, depadepa nilah dok mai tolong kita. Lagipun bapa rasa sayang nak tinggal tempat ni,Loqman."

 

Loqman :" Baik bapa, Kalo bapa suka dok sini baguihjuga. Sini ada kedai Pak Osman. Dia bancuh ayaq semua maneh elok. Minum punpuas hati."

 

Pak Musa :" Hang tak payah dok propa sangat, Ada kedaiPak Osman ka ada Maira? Bapa tengok Maira tu macam sesuai dengan hang. Tak pa,hang dah habih belajaq, hang kerja dulu bagi duit hang semua elok, baru hangmenikah dengan Maira."

 

Loqman :" Hehehehe, segan pula nak sembang bab menikahni dengan bapa. Pi mai pun awai lagi nak menikah semua. Bapa, terima kasihbanyak banyak naa untuk motor ni."

 

"Loqman tengok motor bapa dah lama sungguh. Tempatduduk motor boleh buka dengan senang. Butang hon dah tercabut, tempat cucukkunci motor pun dah longgaq."

 

Pak Musa :" Loqman, bapa tak pa naik motor lagu tu.Bapa tak kisah pun. Asalkan Loqman gembira dan berjaya, bapa sanggup buat apasaja Loqman. Bapa sanggup lalu susah senang seorang diri."

 

Aku masa ni terus rasa terharu dan terus peluk bapa.

 

Loqman :" Terima kasih banyak banyak yaa bapa."

 

Bapa aku senyum dan terus peluk aku.

 

Pak Musa :" Loqman, jaga motor ni elok elok tau. Yangni hadiah kasih sayang bapa dan mak untuk Loqman."

 

Terus aku terbuka mata. Aku pun bangun dari tidur dan tengokkiri kanan. Aku mula rasa sedih dan rindu dengan mak bapa aku. Aku mula menitisair mata. Jauh dari sudut hatiku, aku mengaku yang aku bersalah sebabtinggalkan mak bapa aku.

 

Tapi lama kelamaan aku berkeras hati. Aku paksa diri akuuntuk henti dengan rasa bersalah ni. Cukuplah dulu masa di universiti aku putusdengan Izyan. Nak jadi penyanyi pun tak boleh. Aku rasa geram sangat sangat.

 

Jadi aku mesti bersungguh sungguh berjuang demi cinta akuAdaania. Aku dah tak nak kehilangan cinta yang aku dah bina. Aku tak sabar nakserah duit aku kat Riyadh.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff