Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,783
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 13

Bila aku dah mula melangkah masuk dan duduk dalam komuter.Aku pun sandar di kerusi melihat gelagat penumpang lain. Ada yang pakaian nyabergaya sakan, ada yang biasa biasa saja.

 

Ada yang duduk dalam keadaan berkerut muka, ada yang tengahgelak ketawa. Tengah aku dok memerhati gelagat para penumpang. Tetiba akuternampak ada suami isteri tengah bertengkar dalam komuter.

 

Kuat juga pertengkaran sampai jadi tumpuan orang ramai.Setelah teliti mendengar, baru aku tahu rupanya sebab masalah kewangan. Yelah, dahkawen ada anak bini. Kewangan memang amat penting.

 

Setelah hampir 40 minit berlalu, komuter pun sampai kestesen Padang Jawa. Aku pun langkah keluar dari komuter dan naik jejantas untukkeluar dari stesen Padang Jawa.

 

Masa tengah berjalan melepasi kawasan parkir motor. Akumasih terimbau kembali saat aku bergelut dan bertumbuk di sini. Aku punya mampugeleng kepala saja buat masa ni.

 

Tiba tiba ada satu mak cik tua datang kat aku.

 

Mak cik tua :"Assalamualaikum adik."

 

Loqman :"Waalaikumsalam ya mak cik."

 

Mak cik tua :"Adik mak cik nak minta tolong sikit adik,mak cik nak duit sikit boleh adik? Ada orang curi kerepek kerepek makcik."

 

"Mak cik tak da duit nak balik, mak cik lapar."

 

"Aku pun jadi sayu sebak dan sedih melihat keadaan makcik tu. Aku pun tak fikir apa-apa masa tu. Aku terus hulur saja duit Rm 10 katmak cik tu dan aku minta maaf sangat sangat sebab ini saja yang aku ada."

 

"Mak cik tua tu ambil duit Rm 10 dan cium duit tusambil menangis. Bila aku nampak macam tu buat macam ni dengan aku sekalimenangis."

 

Mak Cik Tua :"Terima kasih banyak banyak adik. AllahSwt saja boleh balas budi baik adik. Allah Swt akan jaga adik. "

 

Mak cik tua tu sambil kesat air mata terus berjalan menujuke Stesen untuk beli tiket. Aku seolah olah tertanya mak cik tua ni dah berapalama kat sini sebenarnya. Kenapa lah orang sampai sanggup mencuri semua kerepekmak cik ni.

 

Setelah mak cik dah dekat sampai stesen,aku pun terusberjalan. Jauh aku berjalan dari Stesen Padang Jawa ke kawasan Pusat Komersial.Aku jalan sampai kawasan lampu isyarat bertentangan pintu gerbang utama UITM.

 

Aku sangat sangat haus masa ni. Aku nak lintas jalan lalubelakang KFC pergi ke kedai cari kawan aku Pyan. Entah kenapa hati aku macamberbolak balik. Macam nak tak nak je melintas jalan ke sana.

 

Setelah aku berfikir panjang, aku buat keputusan untuk terusberjalan. Aku tak ada hala tuju masa ni. Aku main jalan je. Aku berjalan tadidah setengah jam. Berpeluh sungguh aku masa ni.

 

Sedar tak sedar aku dah sampai dekat kawasan lampu isyaratdi antara kawasan tasik dan Unisel. Aku lintas jalan dan masuk ke dalam lorongpertama. Aku sebenarnya aku tak tahu mana aku nak pergi.

 

Masa aku jalan melepasi kawasan padang permainan. Aku rasamacam nak pengsan. Aku mula rasa nak pening kepala. Aku gagahkan diri untukteruskan perjalanan.

 

Masa ni aku dapat rasa gerak hati aku menyuruh aku jalanmasuk ke Lorong Ambar. Aku jalan masuk dalam lorong ni. Berdenyut denyut kepalaaku. Aku jalan masuk dalam sikit.

 

Aku sampai di hadapan Surau At Taqwa. Aku pun tak berfikirpanjang. Aku terus masuk dalam perkarangan surau. Aku cari tempat yang sesuaidan aku baring di situ. Tak lama kemudian aku pun tertidur sebab terlalu letih.

 

Tengah aku terlena tidur,aku dikejutkan oleh seorang pakcik. Aku angkat kepala dalam keadaan letih. Terus pak cik tu bantu aku untukbangun dan duduk. Di surau situ ada rak air mineral. Sebotol hanya Rm 1.

 

Pak cik tu ambil 3 botol air dan letak Rm 3 di dan letakdalam tabung yang disediakan. Pak cik tu bagi aku 2 botol air dan untuk diacuma sebotol. Aku perasan ada bekas besar. Pak cik tu suruh aku pergi basuhtangan.

 

Sementara aku basuh tangan, aku nampak pak cik tu menyiapdua pinggan plastik,cedok nasi putih dan sediakan lauk. Dah selesai aku basuhtangan, aku pun duduk tempat tadi.

 

Sungguh aku tak sangka, ada nasi putih dan ikan keli masak denganlemak cili padi. Pak cik tu ajak makan. Sebelum aku sempat suap nasi masuk kedalam mulut aku,pak cik tu suruh tunggu dulu sebab dia nak suap nasi dalammulut aku.

 

Entah kenapa dengan aku setelah kali ke 3 aku disuap,mengalir terus air mata. Pak cik tu senyum dan kami pun makan macam biasa. Akupun makan dengan khusyuk sebab lauk pak cik tu sedap yang amat.

 

Setelah selesai makan minum semua, kami kemas sama sama.Kemudian pak cik tu ajak aku siap siap untuk solat Asar. Tersentak aku masa ni.Dah berapa lama aku tak solat. Aku pun ambil wudhu dan siap siap untukberjemaah di surau.

 

Sebelum aku nak nak berjemaah untuk solat Fardhu Asar, pakcik tu datang dan bagitau lepas dah solat dan doa semua jumpa pak cik. Pak ciknak ajak aku taa'ruf. Aku tak faham sebenarnya apa maksud pak cik tu, aku cumasenyum dan angguk kepala saja.

 

Lepas selesai solat berjemaah dan berdoa semua, aku punbangun pergi  ke perkarangan masjid dan menghampiri pak cik tu. Pak cik tuajak aku duduk dengan dia. Lepas tu barulah sesi perbualan kami.

 

Masa nak berbual tu pak cik tu pegang tangan aku. Pak cikkenalkan dirinya. Nama pak cik tu Durin. Jadi aku pun panggil namanya Pak cikDurin. Sambil aku berbual dengan dia, sambil dia picit bahu aku pula.

 

Pak cik Durin :"Adik nama apa? Adik asalkan mana dantinggal di mana?"

 

Loqman :"Nama saya Loqman,saya berasal dari PulauPinang. Di sini saya tinggal di flat dekat Pusat Komersial."

 

Pak Cik Durin :"Adik sebenarnya buat apa kat sini?Kerja ka belajar?"

 

Loqman :"Saya kerja di sini dan belajar di sini juga.Saya kerja di kedai makan Senyum Seminggu."

 

Pak Cik Durin :"Ooooo tau tau, situ kedai makan yangselalu ramai dengan pelanggan kecuali waktu petang."

 

Aku pun terkejut, terus aku bertanya.

 

Loqman :"Eh, macam mana Pak Cik tahu? Saya tak pernahnampak pun pak cik datang kedai."

 

Pak Cik Durin :" Laaahhh, pak cik orang sini. In ShaaAllah pak cik tahu serba sikit perkembangan perniagaan di sekitar Seksyen 7.Pak cik nak tanya sesuatu boleh?"

 

Loqman :" Oh boleh Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :" kamu sebenarnya apa masalahkamu?"

 

Loqman :" Eh tak da apa lah pak cik. Saya kebetulan jasinggah sini."

 

Pak Cik Durin :" Loqman, pak cik ni dah jumpa ramaihamba hamba Allah. Dari cara kamu ni,pak cik tahu kamu ada masalah."

 

Aku pun terdiam dan berfikir, perlukah aku cerita kat pakcik. Paling kuat pun pak cik ni boleh dengar ja masalah aku.

 

Pak Cik Durin :" Loqman..ceritalah. In Shaa Allah adarezeki pak cik boleh berkongsi jalan keluar dari masalah kamu."

 

Loqman :"Maksud pak cik,jalan keluar yang macam mana tu?Hutang piutang banyak sampai saya jadi buruan orang pun ada jalan keluar?"

 

Pak Cik Durin :" Adik, semua masalah ada jalan keluar.Masalah sebesar gunung pun In Shaa Allah ada jalan keluar."

 

Aku pun macam teruja nak tahu jalan keluar, aku rasa macam gembirasangat sangat masa ni. Aku dah letih nak lari sana sini. Dah macam buruan polispun ada.

 

Pak Cik Durin :" Ceritalah adik. Pak cik nakdengar."

 

Aku pun terus bercerita. Aku cerita dari awal sampai lahdetik aku sampai ke sini. Pak cik Durin dengar dengan teliti. Lama juga akubercerita. Setelah selesai cerita. Muka Pak Cik Durin jadi macam berkerut.

 

Loqman :"Pak Cik ok tak? Saya ada salah cakap ka?"

 

Pak Cik Durin :"Tak lah, pak cik nak tanya satuperkara. Kamu jawab dengan jujur ya."

 

Masa ni terus aku jadi seram sejuk. Kenapa Pak Cik Durinjadi macam ni. Tetiba jadi serious bagai.

 

Loqman :"ok ok apa dia Pak Cik?"

 

Terus Pak Cik Durin tenung muka aku dengan satu tenunganyang tajam. Berubah wajahnya dari seorang yang suka senyum senyum ketika bercakapjadi seorang yang bengis.

 

Pak Cik Durin :" Mak bapa kamu sihat? Apa ceritadiorang? Kamu dah telefon mak bapa kamu?"

 

Aku masa ni seolah olah rasa ada sesuatu yang menusuk dalamjiwa. Rasa bersalah dan rasa menyesal masa ni tengah memberontak dengan kuatdalam hati. Seolah olah telah berlaku satu perpisahan yang penuh kebencian dankesedihan.

 

Tapi aku masa ni kuatkan hati, aku lawan balik pak cik Durin. Aku tegas balik kat pak cik Durin yang aku bersungguh sungguh lalui semua inisebab aku nak kahwin.

 

Loqman :" Pak Cik Durin, cerita ni sikit pun tak dakena mengena dengan mak bapa saya. Sikit pun tak da. Saya buat semua ini, sayalalui semua jalan jalan yang menyakitkan hati ini demi cinta hati saya.

 

"Saya bersungguh sungguh nak kahwin dengan dia. Tapikeadaan sikit pun tak menyebelahi saya. Tak adil semua, semua ni tak adil!Akhirnya saya ditinggalkan konon saya tak berusaha bersungguh sungguh, saya takjujurlah,saya rancang semua ini dan akhirnya dia pilih untuk tinggalkan sayadan bertunang orang lain."

 

"Saya kecewa sangat sangat pak cik, saya kecewasungguh. Bila kita terlalu mencintai seseorang tapi akhirnya dia bukan untukkita. Kenapa kahwin ni terlalu menyusahkan? Kenapa pak cik? Kenapa?"

 

Aku masa ni aku luahkan semua ni kat Pak Cik Durin. Akuluahkan dalam keadaan orang yang sakit dan rasa dikhianati dalam percintaan.Aku luah seperti kejamnya dia meninggalkan aku kerana aku berjaya seperti yangdia nak.

 

Pak Cik Durin :"Baiklah, Pak Cik nak tanya ni. Jawabdengan jujur ya."

 

Loqman :"Apa lagi pak cik?"

 

Pak Cik Durin :"Sekarang ni siapa betul betul yangmencintai kamu Loqman? Siapa?"

 

Loqman :"Adaania !"

 

Pak Cik Durin :"Loqman ko masih buta ke buat buat butake apa? Siapa yang betul betul sayangkan kamu Loqman? Siapa?"

 

Loqman :"Adaania ! Berapa kali saya nak ulang?"

 

Pak Cik Durin :"Dia setia ka dengan kamu? Dia setia ka?Mana dia sekarang Haa? Mana Dia? Cakaplah mana dia!"

 

Aku terus menangis dengan kuat, rasa seperti terseksa denganperasaan. Walaupun aku masih menangis, Pak Cik Durin masih soal lagi kat aku.

 

Pak Cik Durin :"Siapa Loqman? Dari cerita kamu tadi,pak cik boleh dapat rasa yang ada seorang ni betul betul mencintai kamu."

 

Lama kelamaan, perasaan menyesal meronta ronta keluar darihati aku. Terlalu lama aku menutup satu kebenaran dengan 1001 penipuan.Perasaan takut, menyesal dan serba salah dah jelas terpancar di wajah aku.

 

Aku dah tak mampu nak menyorok lagi kisah aku. Aku dah mulaseram sejuk. Kejujuran yang sekian lama terkunci dalam hati kecil dibebaskan. Mulutaku nak menyebut kembali siapa cinta sejati aku.

 

Pak Cik Durin :"Siapa Loqman? Siapa?"

 

Kali ni keluarlah kalam yang penuh kerinduan setelah sekianlama terpendam dan penuh rasa menyesal. Keluarlah kalam itu dengan perlahanbunyinya.

 

Loqman :"Mak."

 

Pak Cik Durin :"Apa dia Pak Cik tak dengar lah, sekalilagi."

 

Loqman :"Maaaaaaaakkkkkk"

 

Pak Cik Durin :" Siapa Loqman?"

 

Loqman :"Maaaaakkkk!"

 

Terus aku dari posisi duduk berubah jadi sujud dengantangisan yang penuh dengan kecewa dan menyesal. Makin lama makin kuat akumenangis.

 

Pak Cik Durin :"Sekarang kamu faham kenapa kehidupankamu jadi macam ni?"

 

Aku tak berhenti henti menyebut nama mak. Aku juga takberhenti henti memohon kemaafan dalam sujud. Baru aku rasa betapa sengsaranyaaku, aku rasa sakit sangat jiwa aku masa ni memikirkan dosa aku."

 

Pak Cik Durin :"Loqman, bangunlah anak ku. Kamu perlukuat. Bangun Loqman."

 

Masa ni aku cuba bangun, tapi aku jadi lemah akhirnya dariposisi aku sujud tadi jadi aku rebah mengiring. Aku rasa terlalu bersalah danaku rasa terlalu berdosa. Aku tak berhenti henti menyebut nama mak. Kali ni akutambah kalam aku, mak ampunkan aku mak.

 

Pak Cik Durin :"Loqman anak ku, cerita kat pak cik.Cerita apa sebenarnya yang kamu dah buat."

 

Mata aku terbuka luas. Aku mula rasa sakit di dada aku. Akudah tak mampu sembunyikan apa apa dah. Masa ni, aku dapat imbas kembali denganjelas apa yang aku dah buat dekat mak bapa aku.

 

Ni Tengok ni!! Takkan aku makan dah nasi kat rumah bodohni!!"

Terus aku hempas pinggan.

Aku ludah atas nasi tu.

Aku keluar dari rumah.

 

"Sudahlah,nak ungkit balasan semua Jasa mak bapakKonon! "

"Eh dah macam bela Loqman ni macam bela seekor binatangtau"

"Cukup hari nak sembelih Loqman! "

 

"Arrghhhhh Tepilaaaahhhhh!! "

"Tepi aku nak keluar dari rumah ni!! "

"Tak guna!! bela anak pastu harap duit anak!! "

 

Pak Cik Durin :"Loqman, cerita Loqman! Pak Cik naktahu."

 

Semua ni jadi sebab aku nak hidup bebas. Aku nak hidupdengan mewah. Aku nak kahwin dengan wanita yang aku suka masa tu. Aku sanggupbuang mak bapa aku dari hidup aku.

 

Sekarang aku dah tiada pilihan. Aku pun ceritalahkeseluruhan. Raut wajah Pak Cik Durin dari serious berubah menjadi sedih danakhirnya dia menangis.

 

Pak Cik Durin :"Sampai hati kamu Loqman, sampai hatikamu buat macam ni kat mak bapa kamu. Kamu selagi tak mohon keampunan darimereka, hidup kamu tak kan pernah selamat.

 

"Hidup kamu dah tiada keberkatan Loqman, kamu mestitinggalkan negeri ini dan balik cari mak bapa kamu sebelum terlambat.Bertaubatlah Loqman, malam ni kita solat sunat taubat banyak banyak yaa anakku."

 

Maka malam tu kami sama sama sibukkan aktiviti beribadahdemi mencari keampunan Allah Swt. Solat sunat aku diimamkan oleh Pak Cik Durin.

 

Dah selesai Solat sunat dan solat berjemaah di surau, PakCik Durin menyuruh aku tidur di perkarangan surau. Pak Cik Durin minta diridulu dan In Shaa Allah dia akan datang kejut aku untuk Qiamullail. Pada mulanyaaku agak kekok dengan suasana sekelilling. Lama kelamaan aku jadi selesa.

 

Aku dah lama jadi bodoh. Aku hanya fikir apa yang aku nakcapai. Aku tak pernah rasa bersalah sikit pun dengan apa dosa yang aku buatsebelum ni

 

Sekarang sambil aku baring, jelas dan nyata aku bolehterbayang semula apa yang aku nak jadi sebelum ni tapi semuanya gagal. Aku ketawasambil kecewa. Di mana silap aku sebenarnya.

 

Aku ingat kembali semuanya bermula ketika aku berusia 20tahun. Masa ni Membuak membuak keinginan kebebasan dari masalah semuanya.Keinginan kekayaan dengan Cara senang juga menjadi angan angan yang perlu akukejar.

 

Oh banyak idola dari barat juga yang cuba aku jadi. Nama punidola. Haruslah aku tiru habis habisan. Kehidupan mereka, bentuk tubuh badanmereka, Cara mereka mempopularkan diri dan macam-macam lah lagi.

 

Percayalah aku pada masa ni, tahap keyakinan memang sangattinggi, keinginan kebebasan dan kekayaan dengan cara senang semakin menjadikuat dalam minda aku.

 

Aku sangat percaya kalimah zikir aku masa ini,

"Nothing Is Impossible"

"Nothing Is Impossible"

"Nothing Is Impossible"

 

Aku akan jadi orang yang penting diri sendiri. Janganberanganlah aku nak ambil tahu kisah sedih,masalah,kehendak atau kepentinganorang lain.

 

Yang Penting Aku!!

Yang Penting Aku!!

 

Lantaklah apa nak jadi, asalkan aku BERJAYA.

Aku nak semua orang tahu yang aku BERJAYA dengan cara akusendiri.

Aku nak semua orang tahu yang aku betul-betul HEBATorangnya.

 

Biar semua orang tahu kemasyuran aku. Aku berhak untuk buatapa pun. Aku bebas buat segalanya. Aku juga bebas pilih untuk Berjaya. Janganberani nak halang kehendak aku. Aku akan tendang muka sesiapa yang menghalangaku.

 

Allahuakbar betapa peritnya aku nak kenang kembali dosa aku.Aku hanya pentingkan diri sendiri. Masa ni punyalah susah keadaan. Bapa akubaru diberhentikan kerja kilang.

 

Tapi dia gigih cari kerja baru. Kerja baru bapa aku dikilang besi. Bapa aku tak kerja apa pun sebenarnya. Bapa aku selalu cakap katmak aku. Tak apa kerja macam ni, kurang kurang boleh hantar duit bulanan katLoqman.

 

Kesian dia. Bagi dia selesa belajar kat sana. Makan minumcukup. Biar Loqman berjaya. Bapa aku tak nak aku hidup susah macam dia.Punyalah komitmen tinggi bapa aku kerja di kilang besi sampailah kaki diaekzema.

 

Kulit kaki kering dan mengelupas. Macam macam ubat dia saputapi belum sembuh. Doktor pernah menyuruh bapa aku bercuti 2 minggu. Barulahboleh nak perubahan dan sembuh.

 

Tapi bapa aku tak nak. Bagi bapa aku 2 minggu bercuti akankurang gajinya nanti. Dia bekerja dari pukul 7.30 pagi balik 7 petang. Takpernah bercuti kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha sahaja.

 

Dia penah pergi kerja walaupun demam. Dia telan ubatparacetamol dan lumur badan dengan minyak panas naik motor pergi kerja. Hujanlebat ka hujan renyai ka cuaca redup ka cuaca panas ka, bapa aku sikit pun takpasal diri dia.

 

Mak aku pula seorang yang sangat penyayang,lemah lembut dansuka tengok perkembangan anak anak dia. Kami empat orang adik beradik. Seorangtelah meninggal dunia sebelum aku dilahirkan.

 

Mak aku, kalau bapa aku tak cukup duit untuk beli apa apakeperluan anak anak dia. Mak aku akan sendiri cari jalan. Pernah aku dulu satusemester aku gagal dapat pointer kurang dari 2 pointer.

 

Akibatnya semester depan tu aku tak dapat pembiayaan ptptn.Aku tak ada duit nak bayar yuran. Aku cuma mengadu dan menipu mak aku. Mak akusikit pun tak marah. Selang 2 hari dah ada duit yuran keseluruhan dan ada duitlebihan untuk aku belanja.

 

Aku tak tahu macam mana mak aku buat. Yang aku tahu bahagianaku semuanya selesai. Aku jarang telefon mak aku. Tapi sedihnya bila mak akuyang telefon aku, mak aku yang minta maaf kat aku sebab mak aku takut mengangguaku.

 

Mak aku minta maaf kat aku sebab telefon aku? Padahal diamak aku! Aku sebagai seorang anak, aku yang patut selalu telefon mak aku. Tapiaku tak buat. Allahuakbar, sampai hati aku.

 

Aku rasa sangat berdosa dengan mak aku. Mak aku rindu aku. Rindunak dengar suara anak dia. Allahuakbar tapi aku buat. Kadang mak aku beria riatelefon aku. Tapi aku buat buat tak angkat.

 

Tergamak sungguh aku. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,apa aku dah buat ni Ya Allah. Mak aku bila tahu aku cuti semester, dia akanmasak lauk kegemaran aku.

 

Tapi aku ni cukup tak guna. Memang aku boleh jangka mak akuakan masak lauk kegemaran aku lauk kari kepala ikan pada hari yang sepatutnyaaku balik. Tapi aku tak balik hari tu, aku balik 2 atau 3 hari lepas tu.

 

Mak aku tak marah pun aku. Mak aku senyum dan gembira sangatsangat bila aku sampai rumah. Mak aku kalau boleh masa cuti mak aku nak sangatluang masa dengan aku banyak banyak. Banyakkan masa dengan berbual dengan aku.

 

Tapi apa aku buat, aku berkurung dalam bilik. Buat hal akusendiri. Mak aku sampai kena ketuk pintu. Minta izin nak bersembang dengan aku.Ya Allah, kenapa aku buat macam ni kat mak aku.

 

Seorang mak kena minta izin nak berbual nak dengan anak dia?Kegilaan apa yang aku dah buat ni? Mak tak pernah merungut dengan perangai aku.Mak tunjuk sedikit yang terguris dengan aku.

 

Pernah aku sakiti hati mak aku. Aku pernah mengejek danmenghina mak aku. Aku pernah kata kat mak aku gemuk. Sampai hati aku. Aku wajahnampak wajah mak aku tersentak. Mak tak pernah sekali pun merajuk dengan aku.Betapa busuknya kata-kata aku masa tu.

 

Ya Allah, aku lupa yang suatu ketika dulu bila akukecil,doktor pernah sahkan yang aku ada penyakit asma. Aku ada masalah untukbernafas. Kahak terlalu banyak dekat paru paru aku. Perempuan aku pernah hinagemuk ni lah, yang jaga aku dengan penuh senyuman.

 

Perempuan gemuk ni lah yang masak air panas untuk buatmandian aku. Dia lah selalu pakaikan stokin dan baju tebal untuk aku. Perempuangemuk ni lah yang jaga sampai aku sihat sejahtera.

 

Perempuan aku yang pernah aku hina gemuk inilah yangmengajar aku membaca Al Quran masa aku kecil dahulu. Sikit pun mak aku takpernah marah. Aku dah lah lembab masa belajar Al Quran dulu.

 

Mak aku sentiasa senyum dan ulang ulang ajar aku sampaidapat. Habis aku belajar membaca Al Quran, aku akan salam mak aku dan mak akuakan peluk dan cium pipi aku. Mak aku selalu cakap,  In Shaa Allah taklama nanti boleh jadi imam dah anak mak ni.

 

Ya Allah, ampunilah kerana aku tidak menghargai mak aku.Masa aku darjah 2 dulu, mak aku pernah sakit senggugut sampai tak boleh bergerakbanyak. Bila aku sampai rumah, aku bagitau kat mak yang aku dapat no 4 dalamkelas. Mak aku senyum kat aku.

 

Mak aku cari jalan untuk bangun. Walaupun susah mak akubangun,mak aku peluk aku,cium aku dan ucap tahniah kat aku. Mak aku jalanperlahan lahan sambil seret pergerakan kaki pergi ke dapur nak bancuh air milotanda nak rai kejayaan aku. Demi nak gembirakan aku, mak aku bangun untuk aku.

 

Ya Allah aku rasa sangat berdosa dengan mak aku Ya Allah!

Ya Allah apa yang aku dah buat ni Ya Allah!

Ampunilah aku Ya Allah!

 

Pernah dulu masa darjah 2, aku tertinggal kertas lukisan dirumah. Aku pula dah mula keluar jalan kaki nak pergi sekolah. Cepat-cepat makaku lari keluar nak bagi kat aku. Punya kelam kabut nak kejar aku, mak akuterlanggar tong minyak gas. Akibatnya mak sakit lutut sampai ke hari ni sebabaku.

 

Aku tak mampu nak lelapkan mata walau sesaat. Aku tak mampunak menguap atau nak rasa mengantuk. Banyak sungguh dosa aku dengan mak danbapa aku. Ya Allah, memang benar Ya Allah. Mak bapa aku lah cinta hati aku yangsebenarnya.

 

Aku selalu manjakan cinta hati aku dengan bunga dan hadiah.Tapi betapa zalimnya diri aku,aku sendiri tak pernah beli bunga dan hadiahsetiap kali aku balik jumpa mak bapa aku. Allahuakbar.

 

Aku selalu menelefon cinta hati aku dan hampir setiap malamkami menelefon dan berbual macam macam topik. Tapi betapa zalimnya diri aku,aku tak pernah ada kesungguhan untuk telefon mak bapa aku dengan kerap.Seminggu sekali nak telefon pun punya susah. Allahuakbar.

 

Aku selalu terharu dan gembira sangat sangat dengan setiapsaat aku luang bersama cinta hati aku. Tapi aku lupa untuk bersyukur dan hitungsetiap nikmat dan kasih sayang yang mak dan bapa bagi kat aku. AllahuakbarAllahuakbar Allahuakbar.

 

Ya Allah, mak bapa aku lah cinta hati aku dunia akhirat YaAllah.

Ya Allah, mak bapa aku lah anugerah terindah dalam hidupaku.

Ya Allah, ampunilah aku ampunilah aku ampunilah aku YaAllah.

 

Aku selalu ucapkan perkataan I Love You buat cinta hati aku.Setiap kali jumpa dan setiap kali telefon mesti aku akan ucap perkataan I LoveYou. Allahuakbar kenapalah aku bebal sangat, kenapalah berat sangat aku ucap ILove You kat mak dan bapa.

 

Terngiang ngiang aku dengan kata kata Pak Cik Durin tadi,perasan tak sebelum ni hidup kamu ni ada saja masalah dan kesukaran. Bukankesukaran yang biasa biasa ni siap kena kejar lah kena pukul lah,nak makanpunyalah susah sampai kena mencuri bagai.

 

Tapi hari ini, rezeki kamu lain macam. Murah rezeki, tak daduit tapi makan di KFC pastu tiket pulak percuma. Sampai sini pun dapat makanminum percuma. Kamu masih rasa kebetulan ka? Boleh jadi mak kamu yang merinduikamu sangat sangat telah mendoakan untuk kamu.

 

Allahuakbar apa aku dah buat ni Ya Allah, aku rasa sangatsangat berdosa. Aku rasa macam aku nak sujud dekat kaki mak dan bapa aku. Akuanak derhaka Ya Allah. Ya Allah, berilah peluang untuk aku memohon keampunandari kedua ibu bapa aku.

 

Sambil aku mengimbau memori aku yang penuh dosa, tetiba akudengar suara Pak Cik Durin.

 

Pak Cik Durin :"Assalamualaikum anakku Loqman, bangunsayang pergi bersihkan diri. Pak cik bawa berus gigi baru dan ubat gigi untukkamu. Pastu datang sini alas perut dengan pak cik. Jom sayang."

 

Aku tak tidur lagi sebenarnya. Aku pun bangun basuh muka danberus gigi. Dah selesai semua aku pergi dekat Pak Cik Durin. Dia bawa kopi opanas dan beberapa bungkus roti krim. Subhanallah, sarapan pagi aku untuk harini pukul 4.15 pagi.

 

Sambil kami sarapan, Pak Cik Durin berkongsi tips untukmerasai kemanisan solat. Pak Cik Durin beritahu aku, banyak beza bila kita bacaAl Fatihah sekadar baca dengan kita baca Al Fatihah dengan penuh kasih sayang.

 

Bila kita baca Al Fatihah dalam solat dengan penuh kasihsayang, kita akan solat dengan hati yang tenang dan rasa rindu dengan AllahSwt. Dengan adanya rasa macam ni In Shaa Allah, kita akan mudah mengalir airmata. Kita dapat rasa betapa mahalnya solat yang kita lakukan ini.

 

Bila baca kita baca surah Al Fatihah. Kita baca satu persatuayat dengan penuh teliti. Fokus penuh pada setiap ayat yang kita baca. Janganbaca dengan kelam kabut. Baca perlahan lahan sampai habis. Surah lain kita gunacara macam ni juga.

 

Selesai sarapan,kami berkemas. Selepas itu aku mula gosokgigi dan ambil wudhu untuk solat. Selepas itu kami pun mula berjemaah. Kami puntunaikan solat sunat taubat,solat sunat hajat, solat sunat tahajud dan solatsunat istikharah.

 

Selesai semuanya, Pak Cik Durin suruh aku yang membaca doa.Kalau aku nak menangis nangis berdoa silakan. Jadi aku pun berdoa bersungguhsungguh dan memohon pertolongan Allah Swt untuk memudahkan dan melancarkanperjalanan aku balik ke Pulau Pinang. Aku juga memohon pertolongan Allah Swtuntuk melembutkan hati kedua ibu bapa aku untuk menerima kehadiran aku danmemaafkan aku.

 

Selesai semuanya, kami pun berehat sekejap dan siap sediauntuk solat berjemaah Fardhu Subuh di Masjid. Habis selesai solat dan berdoa.Pak Cik Durin, ajak aku baca Al Quran.

 

Masa ni aku dah mula rasa letih sangat, sebab aku tak tidurlagi dari semalam. Terkejut aku bila Pak Cik Durin ajak aku baca Surah Yasinsebanyak 3 kali. Aku dalam hati aku mula berkata, aku dah mengantuk sangat ni.Aku risau aku dah ke mana pastu Surah Yasin ni ke mana.

 

Jadi kami pun duduk dan mula membaca Al Fatihah dahulu danSurah Yasin sebanyak 3 kali. Aku pun mengaji sambil tersengguk sengguk. Pak CikDurin mulanya dia cubit aku. Lama lama bila aku asyik tersengguk sengguk, diapun biarkan sahaja.

 

Hampir sejam baru kami selesai membaca Surah Yasin sebanyak3 Kali, Pak Cik Durin pun membaca doa ringkas. Lepas tu, Pak Cik Durin punminta diri dan In Shaa Allah jumpa waktu Zohor. Aku pun selepas tu terus akupergi tidur.

 

Dalam pukul 10.15 pagi tiba tiba aku dikejutkan oleh seoranghamba Allah. Rupanya ahli jawatan kuasa surau. Diorang nak mop lantai. Jadi akupun bangun dan berdiri kejap di luar surau. 

 

Allahuakbar, masa tengah berdiri. Aku mula rasa lapar. Akuada

 

Aku hanya ada dalam 2 ringgit lebih macam tu. Aku pun tengokduit yang aku ada ni. Nak guna ke tak ni. Ada seorang pak cik yang tengahmenyapu. Dia nampak gelagat aku.

 

Pak Cik :"Assalamualaikum abang."

 

Loqman :"Waalaikumsalam pak cik."

 

Pak Cik :"Abang, kenapa dok tenung duit tu lama lama?Nak buat magic ke abang?"

 

Loqman :"Hahahaha, tak da lah pak cik. Saya laparsebenarnya tapi saya ada Rm 2 ja ni."

 

Pak Cik :"Alhamdulillah! Tahniah abang!"

 

Loqman :"Eh dah kenapa Pak Cik tahniah kat saya bagaini?"

 

Masa ni memang aku rasa pelik dengan Pak Cik ni.

 

Pak Cik :"Ha! Kali ni,abang boleh tengok sendirikeajaiban Sedekah. In Shaa Allah abang boleh tengok keajaiban yang Allah nakbagi kat abang."

 

Aku rasa pak cik sembang lebih apa. Aku ada Rm 2 ni. Palingkuat pun boleh beli roti krim 2 bungkus atau pun sebungkus nasi lemak billstelur.

 

Pak Cik :"Abang, dengar cakap Pak Cik ni. Abang pergidepan tabung surau. Abang sedekah Rm 1. Lepas tu abang niat bersungguh sungguhapa yang abang nak sekarang ni. In Shaa Allah mesti dapat."

 

Aku pun teragak agak nak ikut, karang aku buat tak jadimacam Pak Cik tu cerita. Mahu aku ajak Pak Cik tu bertumbuk di dalam surau ni.Tengok saiz Pak Cik tu macam senang je boleh dipukul.

 

Tapi Pak Cik tu bersungguh sungguh ajak aku pi bersedekah.Aku yang asal lapar,marah bagai tetiba hilang bila aku tengok cara Pak Cik tumacam memang ada keajaiban yang tengah menunggu aku.

 

Aku pun buatlah. Lepas tu aku pun berdiri kat situ. Lamakelamaan aku mula jadi serabut dan mula nak naik angin sebab aku tinggal Rm 1ja sekarang ni.

 

Loqman :"Pak Cik, saya dah buat macam Pak Cik ajartadi. Saya lapar ni. Saya ada Rm 1 ja ni. Elok tadi Rm 2 kurang kurang 2 bijiroti krim boleh saya boleh beli. Ni sekarang tinggal Rm 1 saja ni."

 

Terus Pak Cik tu soal balik kat aku.

 

Pak Cik :"Kalau kamu ada Rm 10 sekarang kat sini apayang kamu boleh beli? Sini tak da kedai makan dan kedai runcit. Dah tentu kamukena keluar dari taman ni sama ada jalan kaki atau naik motor pergi belimakanan."

 

"Kenapa kamu tak buat perkara yang sama? Ikut fahamankamu memanglah kamu nampak yang kamu akan makan dengan nilai Rm 1 yang ada.Tapi tadi kan kamu bersedekah, betul tak?"

 

Loqman :"Haah betul Pak Cik."

 

Pak Cik :" Ingat abang janji Allah Swt itu pasti. Jalankeluar bagi setiap permasalahan adalah dengan dahulukan Allah Swt dahulu.

Sekarang ni abang dah dahulukan Allah Swt dengan bersedekahkemudian abang baru nak pergi beli makanan. Allah Swt pasti akan tambah rezekiabang.

 

"Abang jalan keluar dulu. In Shaa Allah, jap lagi mestiada sesuatu yang Allah Swt hadiahkan untuk abang. Kalau abang tak merasa hadiahAllah Swt di dunia, abang akan merasa hadiah Allah Swt tu di akhirat."

 

Aku pun dah malas nak bercakap apa-apa. Jadi aku punberjalan lah keluar dari surau ni. Aku sampai hujung lorong Ambar, akuterserempak dengan sekumpulan pelajar tahfiz. Mereka bawa banyak bungkusan nasilemak.

 

Pelajar Tahfiz Remaja :"Assalamualaikum abang. Abang niada nasi lemak abang."

 

Aku terus rasa macam tertekan. Aku cuma ada Rm 1 sahaja. Apaaku nak makan kalau aku bagi kat budak budak ni Rm 1.

 

Loqman :"Waalaikumsalam, adik. Adik, abang harap adikjangan marah yaa. Abang memang ada Rm 1 saja ni tinggal. Dalam poket abang lainapa pun tak da. Abang kalo bagi Rm 1 kat adik. Abang tak tau makan apani."

 

Pelajar Tahfiz Remaja :"Subhanallah AlhamdulillahAllahuakbar, Rezeki abang ni sebenarnya. Nah ambil 3 bungkus nasi lemak."

 

Allahuakbar, aku jadi blur sekejap. Malu pun ada. Tadi akuberia buat tertekan sebab duit tinggal Rm 1. Alih alih aku pula yang jadibertuah dapat nasi lemak 3 bungkus.

 

Loqman :"Ya Allah, terima kasih banyak banyak adik,abang memang lapar sangat ni."

 

Pelajar Tahfiz Budak :"Abang ambil lagi 2 bungkus.Boleh buat makan selepas zohor."

 

Sekarang aku jumlah keseluruhan yang aku dapat 5 bungkus.Allahu malunya aku.

 

Pelajar Tahfiz Remaja :"Alhamdulillah rezeki abang.Abang,saja kami nak kongsi dengan abang. In Shaa Allah mulai esok pagi Ustazdan Ustazah kami buat jualan nasi lemak. Nak cari dana lebih untuk aktivitipembelajaran kami semua.

 

In Shaa Allah ada rezeki nanti abang datang lah supportperniagaan kami semua. Ajak kawan kawan abang sekali yaa.

 

Loqman :"In Shaa Allah baik baik. Errrr adik adiksemua, abang nak minta tolong boleh?"

 

Semua pun sahut kata In Shaa Allah boleh. Pastu tanya nakminta tolong apa?

 

Aku dengan tak semenanya aku sebak dan aku menangis terus disitu. Terus budak budak tahfiz peluk dan tanya kenapa aku menangis ni. Terusaku kata.

 

Loqman : Abang ni sebenarnya anak derhaka. Abang ni terlalubanyak dosa abang dengan mak bapa abang. Abang tak tahu sama ada mak bapa abangakan terima abang balik.

 

Pelajar Tahfiz Remaja :" Allahuakbar, abang janganmacam ni abang. Kita semua pendosa abang. Saya sendiri pun banyak dosa abang.Kami semua pun banyak dosa abang.

 

Loqman :"Dosa apa yang kamu semua ada, kamu semua budaktahfiz. Sentiasa solat dan mengaji semua. Lainlah abang ni, abang dahlahderhaka dengan mak bapa, lama tak solat, dah lama tak puasa,hidup abang dah taktentu arah adik.

 

Pelajar Tahfiz Remaja :"Abang kena ingat satu ni jaabang, Allah punya pengampunan tu cukup luas abang. Ni yang abang dok menangisnangis ni Allah Swt yang jentik hati abang suruh berhenti buat dosa maksiatsemua."

 

"Abang walau apa sekali pun abang, abang kena bersyukurtau sebab abang Ada mak bapa. Abang masih sempat merasa kasih sayang mak bapaabang. Macam saya dari kecil yatim piatu. Kadang rasa cemburu tengok kawankawan lain yang ada mak bapa."

 

"Saya redha dengan jalan yang Allah Swt bagi kat sayani. Saya redha ini ujian saya abang. Saya berazam bersungguh sungguh untukhabiskan hafazan 30 juzuk Al Quran demi kegembiraan saya, mak, bapa dankeluarga di Syurga."

 

Abang walau macam mana sekali pun, abang kena berusahabersungguh sungguh cari keampunan dan kemaafan dari mak bapa abang. Mereka lahdestinasi dan mereka lah kunci abang ke syurga. Abang kena kuat lalu ujianni."

 

"Abang minta tolong pegang beg beg plastik nasi lemakni. Jom semua kita selawat dan baca doa ringkas untuk abang ni."

 

Aku tak tahu nak cakap apa masa ni, aku rasa sangat terharudengan kesungguhan dan keikhlasan budak budak tahfiz ni berdoa. Merekamendoakan untuk aku dipermudahkan segala urusan dan usaha untuk mencarikeampunan dari kedua ibu bapa. Memohon pertolongan dari Allah Swt untukmelembutkan hati kedua ibu bapa. Menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dandi akhirat.

 

Setelah selesai semuanya, kami saling bersalaman danberpelukan. Aku ucapkan terima kasih untuk kesemuanya. Aku dapat rasa satu aurayang positif telah meresap dalam badan aku. Rasa sangat bersemangat pun ada.

 

Sebelum kami berpisah, pelajar tahfiz tadi memberi kata katasemangat untuk aku.

 

Pelajar Tahfiz Remaja :"Abang, kita berjumpa asbabAllah Swt yang aturkan. Ingatlah abang. Abang kena yakin dengan Allah Swt. Bilapertolongan Allah Swt sampai untuk abang, tak akan ada mana mana makhluk yangboleh menghalang."

 

"Abang kena ingat pertolongan dari Allah Swt sangatmahal. Bertuah siapa yang dapat. Abang,bila pertolongan Allah Swt sampai untukabang. Abang jangan sia sia kan peluang yaa. Bersungguh sungguh dan berusahalahperbaiki hubungan abang dengan mak bapa abang yaa."

 

Loqman :"In Shaa Allah, terima kasih banyak banyaksemua. Budi baik kamu semua hanya Allah Swt saja yang dapat membalaskesemuanya."

 

Selepas itu, aku memberi salam dan kami pun berpisah. Akupun balik semula ke surau tadi. Sampai saja aku di surau,aku jumpa balik pakcik tadi.

 

Pak Cik :"Assalamualaikum abang, Amboi abang, Rm 1boleh dapat 5 bungkus nasi lemak. Dasyat abang."

 

Loqman :"Hahahaha, Pak Cik sebenarnya saya dapat 5bungkus nasi lemak percuma pak cik."

 

Pak Cik :"Subhanallah, Percuma? Sini abang. Tolongcerita balik sebenarnya apa yang jadi tadi kat kamu. Pak Cik nak belajar daricerita kamu."

 

Jadi aku pun mulalah bercerita dari awal sampai aku balik kesurau sini. Selesai bercerita, Pak Cik tu pun senyum dan siap salam dengan aku.

 

Pak Cik :"In Shaa Allah semuanya akan jadi baik dandipermudahkan kesemuanya abang. Abang pi lah makan dulu. Pak Cik nak keluarkejap."

 

Aku pun makan 2 bungkus nasi lemak. Masa tengah makan, akuteringat dulu Waktu macam ni, aku pernah Solat Sunat Dhuha. Jadi selepas akuselesai makan terus aku ambik wudhu dan solat sunat Dhuha 2 rakaat. Selepasselesai Solat Sunat Dhuha, aku pun baca surah Yasin dan berehat setelahselesai.

 

Tepat waktu Zohor, aku nampak Pak Cik Durin pun sampai.Setelah selesai solat berjemaah di surau,maka bermulalah pengembaraan yang takdijangka bersama Pak Cik Durin. Pak Cik Durin tanya aku di mana rumah sewa aku.Aku pun bagitau lokasi. Terus dia bawa aku pergi ke sana.

 

Sampai saja aku ke sini, terus Pak Cik Durin suruh aku pergiberitahu ketua sewa rumah yang kamu nak keluar hari ni. Aku pun Ishhhh mendadakkeputusan nak keluar rumah. Nanti tak menyusahkan budak budak rumah nak kenacari pengganti dalam masa terdekat.

 

Pak Cik Durin terus kata serahkan saja segala bimbang akukat Allah Swt. Aku ada perkara yang lebih berat dari hal sewa rumah. Aku punberitahu kat ketua sewa rumah. Kebetulan pula ada kawan mereka pun tengah caribilik untuk disewa. Kira selesai satu hal.

 

Nanti kawan baru tu bagi duit deposit rumah, ketua sewarumah akan pulangkan semula duit deposit aku dulu. Aku pun mengemas dengankadar yang segera. Selesai semuanya aku pun bersalaman dan bermaafan denganbudak sewa rumah. Lepas tu aku jumpa Pak Cik Durin di bawah.

 

Terus dia ajak aku berehat dan solat berjemaah Fardhu Asardi Masjid Shah Alam. Setelah bertahun lamanya aku di sini. Ini lah kali pertamaaku jejak kaki di sini. Aku betul betul rasa jatuh cinta dengan Masjid ini.

 

Aku tak tahu macam mana gambarkan perasaan teruja dan jatuhcinta di sini. Ini lah kali pertama setiap Solat sunat dan solat berjemaah dimana setiap rakaat yang aku solat semuanya dalam keadaan aku menangis.

 

Aku rasa terlalu bahagia dan tenang berada di sini.Kenapalah aku tak pernah ke sini dahulu. Kenapalah aku terlalu sombong sangatdengan Allah Swt. Kalau lah aku tak sombong dengan Allah Swt, mesti kehidupanaku tak macam ni.

 

Dah selesai Solat berjemaah,aku dengan Pak Cik Durin punjalan sekelilling masjid, ambil angin dan aku tengok ada banyak kedai diperkarangan masjid. Aku pun sekadar cuci mata sahaja. Sungguh aku tak sangka,Pak Cik Durin beli aku sehelai baju berwarna hijau.

 

Aku rasa gembira sangat. Sungguh aku tak sangka nak dapathadiah macam ni. Baik sungguh Pak Cik Durin ni. Lepas tu Pak Cik Durin, punminta diri nak balik dulu. Nanti jumpa semula ketika nak berjemaah untuk solatFardhu Maghrib.

 

Aku pun terus ke bilik air masjid sini dan mandi. Selesaimandi aku pun duduk berehat dan tunggu untuk solat berjemaah Fardhu Maghrib.Suasana di sini, betul betul membuatkan aku rasa jatuh cinta di sini. Aku rasamacam nak tinggal di sini untuk selamanya.

 

Setelah selesai solat, syukur Alhamdulillah aku dapat jumpasemula Pak Cik Durin. Masjid Shah Alam sungguh besar dan luas. Mujur dapatjumpa. Pak Cik Durin bertanya pada aku.

 

Pak Cik Durin :"Loqman, agak agak sebelum kamutinggalkan negeri ini, ada tak sesiapa yang betul betul kamu berhajat nakjumpa."

 

Loqman :"Rasanya,mungkin semua kawan kawan lah kot pakcik. Kenapa Pak Cik?"

 

Pak Cik Durin :"Kalau diberi pilihan sorang saja yangbetul betul kamu nak jumpa sebelum berpisah. Ada tak Loqman, siapa dia?"

 

Aku pun diam seketika dan berfikir. Lepas aku dahpasti,terus aku beritahu.

 

Loqman :"Ada Pak Cik, nama dia Pyan. Sahabat baik sayadari Indonesia."

 

Pak Cik Durin :"Kenapa dalam banyak banyak orang, kamunak jumpa dia?"

 

Loqman :"Dia lah sahabat saya dunia akhirat Pak Cik.Dia lah yang mengajar saya kemanisan dalam persahabatan. Saya pun ada banyakdosa dan terhutang budi dengan dia.

 

"Saat saya buat silap buat keputusan, saya belakangkanpendapat ikhlas dia demi kesenangan kewangan saya. Itulah hari yang saya palingmenyesal. Dia sentiasa setia ada dengan saya walaupun saya banyak menyusahkandia."

 

Masa aku cakap ni, aku betul betul rasa sedih. Jujur akucakap, masa aku luahkan ni, seolah olah aku meluahkan perasaan betapa sayangnyaaku pada seorang sahabat.

 

Pak Cik Durin :"Baiklah hubungi sahabat kamu, In ShaaAllah kita jumpa dia selepas isya. Kita ajak dia sekali makan malam."

 

Aku minta pinjam telefon Pak Cik Durin sebab aku dahtercicir telefon aku. Mujur aku ingat nombor telefon Pyan sebab susunan nombortelefon dia senang dihafal. Aku pun hubungi dia.

 

Agak lewat dia jawab panggilan aku, sebab aku guna nombortelefon Pak Cik Durin. Kali keempat aku telefon baru dia angkat. Terus diatanya siapa ni? Setelah dapat tahu aku yang telefon dia, terus bertalu talusoalan yang dia tanya.

 

Senang cerita, aku kata jap lagi jumpa kita sembang. Jadikami pun berjanji berjumpa di satu tempat kedai Tom yam di Seksyen 7. Selepassolat berjemaah Solat Fardhu Isya,kami pun terus bergerak ke sana.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff