Home Novel Keluarga DOA CINTA HERSALINA
DOA CINTA HERSALINA
28/1/2014 19:47:48
41,094
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
2

“Tahniah puan! Puan dapat anak perempuan!” Ujar Mak Timah sebaik sahaja Rita tersedar dari pengsannya.

Gembira benar Mak Timah apabila mengkhabarkan hal tersebut. Seperti dia pula yang mendapat anak. Rita mulai mendegus geram. Kebenciannya kembali meluap-luap. Amarahnya kembali marak semula. Lalu dia bularkan matanya dengan pandangan menyampah lagi meluat.

“Mana budak tu?!” Tanya Rita yang mulai membengis.

Segera Mak Timah mendapatkan anak perempuan yang berbalut kemas dengan kain. Didukungnya anak itu dengan penuh hati-hati lalu dia peluk dengan penuh hati-hati. Seketika cecair jernih mengaliri tubir matanya. EntaH mengapa dengan tiba-tiba dia merasakan sebak begitu sekali. Anak yang berada didakapannya dibawa mendekati majikannya yang hanya terbaring sahaja.

“Aku tak mahu anak itu!” Bentak Rita sambil menepis kasar kehadiran anaknya itu.

Serta-merta Mak Timah kaget. Dia terkelu dan terkedu di situ. Tidak tahu mahu bericara apa lagi mengenangkan sikap kejam majikannya itu. Mujurlah sempat dia menarik anak itu kembali ke dakapannya. Kalau tidak mahu sahaja anak itu terpelanting dek tepisan tangan majikannya itu.

“Ini anak puan,” Tegas Mak Timah dalam nada yang penuh kelembutan.

“Apa kau cakap?! Ini bukan anak aku! Ini bukan anak aku!” Jerit Rita bersama hati yang penuh kebencian.

Tanpa segan silu air matanya mengalir lagi. Sedih mengenangkan anak yang menangis sedari tadi. Mungkin dapat merasakan kebencian ibunya terhadap dirinya. Mak Timah menelah sendiri.

“ Timah! Aku nak kau buang anak ini! Aku tidak mahu anak ini! Campakkan ke mana sahaja kau suka! Ke masjid, surau, rumah anak-anak yatim atau di tepian jalan sekalipun aku dah tak peduli!”

Kata Rita tanpa sedikitpun kasih tercebis buat anaknya itu. Kejam! Perempuan di hadapannya kini benar-benar kejam! Entah syaitan mana yang merasuk majikannya pun dia sudah tidak tahu. Yang dia kisahkan kini ialah nasib anak kecil mahu diusung ke mana lagi dalam kehidupan yang mencabar ini? 

Sungguh pun hatinya sudah lama dipagut pilu, lalu dia simpan di sudut hatnya yang paling dalam. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan majikannya ini. Lalu mahu ke mana hendak dibawa anak ini? Anak ini masih tidak mampu menentukan nasibnya yang masih terkapai-kapai lagi. Mak Timah sudah jatuh sayang dengan anak ini. Sebetulnya dia mulai menyenangi anak yang berwajah putih berseri. Anak itu walaupun tidak diingini oleh ibunya ternyata cantiknya anak itu mewarisi dari ibunya.

“Jangan puan! Anak ini tidak berdosa!” Kata Mak Timah cuba merayu.

Janganlah anak ini dibawa pergi. Dia sudah tidak sanggup berjauhan dengan anaknya ini. Kalau ibunya sudah tidak mahukannya, biarlah. Dia tetap mahukan anak ini. Anak ini mengingatkan anaknya yang satu itu.

“Aku tak peduli! Aku mahu anak ini dicampak ke mana-mana sahaja!”

“Jangan puan, kalau puan tidak mahukannya. Biarlah saya yang membelanya.”

Rita terdiam. Dari jauh dia memandang memyampah Mak Timah yang sedang asyik mendukung anak itu dengan penuh kasih sayang.

“Biarlah saya menjaganya sehingga besar. Nanti dia boleh membantu saya kerja dapur.” Kata Mak Timah lagi menguatkan keyakinan majikannya.

Rita diam lagi. Tidak tahu mahu berkata apa. Sebolehnya dia tidak mahu anak ini berada di rumahnya. Dia tidak mahu suaminya tahu yang mengandungkan anak haram selama pemergian suaminya ke luar negara selama setahun itu. Minggu depan suaminya bakal pulang. 

Dengan keadaannya ini semua rahsia yang mahu dia simpan akan terbongkar juga. Dia sudah tidak mampu menutupnya lagi. Suamiya pasti akan bertanya mengapa keadaanya begitu. Dia tahu dengan suaminya dia harus berterus terang. Lelaki yang panas baran itu kadangkala dia tidak boleh dibuat main. 

Tahulah dia bagaimana nanti untuk membuat cerita. Memutar belit cerita dari segala kepalsuan sudah lama menjadi mainan lembut lidahnya. Tahulah dia menggoda suaminya agar suaminya sujud kepadanya itu. Dia akan membuat suaminya mengasihaninya lebih dari apa pun. Dia akan membuat suaminya membenci anak haram itu lebih dari apa pun. Seketika dia tersenyum sinis. Bagai merencanakan apakah agenda yang perlu dilakukannya selepas ini.

“Baiklah, kau jagalah anak haram ini! Tapi ingat jangan benarkan anak ini tahu siapakah ibu dan ayahnya! Kalau aku tahu, kau dengan anak ini parah aku kerjakan!”

Kata-kata majikannya yang penuh amaran dan kebencian. Mak Timah sambut dengan anggukkan sahaja. Dia tidak lagi mahu berkata. Hanya bersykur kepada Allah bahawa anak ini dibawah jagaannya.

“Ingat Timah! Taraf anak ini bukan anakku! Dia hanya babu di rumah ni! Seperti kau juga!”

Mak Timah hanya menggangguk sahaja. Hati yang pedih pilu disimpan kejap dalam hati. Yang lebih meruntunnya dari tadi tangisan anak kecil yang tidak berhenti dari tadi. Sebak hatinya melihatkan anak kecil itu yang tidak tahu apa-apa diperlakukan bagaikan tidak ada belas ihsan. Mengapa kau menangis anak? Adakah kau sedang berduka? Mengertikah kau anak akan kata-kata ibu kandungmu tadi? 

Sabarlah anak! Hentikanlah tangisanmu anak! Dunia ini sebenarnya kejam. Kita semua telah menjadi bahagiannya. Aku ibumu sekarang. Aku akan menjagamu sehingga dewasa kelak. Akanku didikmu dengan ajaran Islam. Moga kelak kita semua akan berbahagia di dunia dan akhirat, anakku!




Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.