Home Novel Keluarga Gadis Bermata Hazel
Gadis Bermata Hazel
Lily Irdina
11/1/2019 23:07:49
17,786
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 3

[20tahun kemudian]

            Wajah itu bersinar-sinar dek cahayakamera yang memancar berkali-kali. Udara yang berpusing dalam kelajuan yangsederhana itu telah berjaya membuat rambut panjangnya melambai-lambaimenyerlahkan lagi keanggunannya sebagai seorang model ternama di kota London.

            Selena...Siapa sahaja yang tidakkenal dengan model itu? Wajah itu bak gadis juga model popular Cara Delevigne.Rambut hitam kecoklatan sungguh mengiurkan tiap-tiap kali ditiup anginsepoi-sepoi bahasa. Sepasang mata coklat itu cukup indah apabila dilihat.Namanya gah terpampang di helaian setiap majalah fesyen yang ada bersertadengan wajahnya yang menjadi pakej utama membuatkan ramai lelaki yangtergila-gilakannya. Meskipun usia baru mencecah 22 tahun, diri itu sudahmenempah nama di persada fesyen.

            Selena...Siapa sahaja yang tidaktergoda melihatkan kecantikan wajah itu?

            Selena membuat gaya. Wajah fierce tapi masih lagi cukup menawan.

Pretty! That’s just gorgeous!” Melambung-lambung pujian dihadiahkan oleh jurukamerayang diupah. Darjah kamera hendaklah betul supaya gambar yang terhasil akanmenjadi begitu halus dan cantik serta memberi kepuasan kepada mereka yangmelihat.

            “Okay!We’re done here! Great job, Selena!As always,” kata jurukamera tersebut kepada gadis itu yang kelihatanmenghampiri dirinya. Selena tampil pesona dengan rekaan terbaru mamanya yangmerupakan salah seorang pereka fesyen terkenal di kota London. Gaun labuh ungugelap itu menyerlahkan lagi kecantikannya yang putih melepak.

Memangtidak dapat dinafikan Selena merupakan salah seorang model yang terbaik yangpernah dia jumpa. Kerjasama yang diberikan oleh gadis itu amat menakjubkan.Selena juga baik orangnya. Tidak seperti model lain yang selalu sahaja angkuhhanya dengan berbekalkan wajah cantik tetapi hati kotor.

            Masing-masing bersalaman atas dasarhubungan kerja yang agak akrab.

            “Thankyou,” ucap Selena.

            “It’ssuch a pleasure to have work with you,” kata jurukamera yang dikenalisebagai Ben. “Nak tengok dulu tak gambar-gambar ni?”

            Selena hanya tersenyum. Memang diatahu itu sahajalah pertanyaan yang akan diajukan oleh Ben setiap kali sesi photo shoot selesai. Selalu juga diaakan melihat hasil seni Ben sebelum pergi ke mana-mana untuk mengetahui tahapgayanya. Manalah tahu kalau-kalau ada apa-apa gaya yang harus diperbetulkan.Namun, hari itu dia terasa malas pula. Dia tahu Ben akan melakukan kerja yangbaik.

            “Emm, tak apalah, Ben. Lain kalijelah. You yang lagi arif pasal fotografi,” balas Selena. “Lagipun, I tahu Imesti nampak cun melecun dalam gambar-gambar tu.”

            Ben ketawa. Gadis itu sememangnyatahu dia mempunyai rupa. Kalau tak mana boleh jadi model.

            “Seeyou later, girl.

            “Later.”Selena berpaling lalu bergerak pergi. Kasut tinggi mengeluarkan bunyi sambildia berjalan menuju ke arah bilik persalinan. Badan terasa letih. Dalamfikirannya hanya mahu menjejakkan kaki ke dalam rumah.

 

***

 

Kuncirumah yang betul dimasukkan lalu tombol pintu dibuka bagi membolehkannya masukke dalam rumah. Suasana yang sejuk di luar telah membuatkannya agak menggigil.Pipinya agak kemerah-merahan. Winter coatdibuka lalu disangkut pada tempat gantung baju yang berhampiran dengan pintu.Begitu juga beanie berwarna merahyang menyarung kepala.  Keadaan dalamrumah yang agak panas dek heatermenimbulkan rasa lega. Memang boleh beku kalau heater dalam rumah tu rosak.

            Selena terus bergerak menghala kearah dapur yang terletak di tingkat yang sama. Apa yang dia mahukan waktu ituhanyalah minuman dan makanan panas. Apa-apa yang panaslah! Tubuhnya yang terasamacam nak beku itu perlu dihangatkan terlebih dahulu.

            “Selena, sayang!” Kedengaran suaramamanya Amira yang berada di dapur. Entah sejak bila dia berada di situ, Selenasendiri tak tahu. Rasanya tadi macam tak dengar apa-apa suara pun masa sampairumah. Bunyi kuali pun tak dengar. Ah, lantaklah!

            “Macam mana shooting hari ni?” tanya Amira mesra dengan anak perempuannya.Tangan ligat menyediakan Mexican chickensoup. Dah lama tak asah bakat memasak. Sekali-sekala teringin pulak dia nakke dapur.

            “Macam biasalah, mama,” jawabSelena. Tangannya juga ligat seperti mamanya. Tinggal lagi dia membuat aircoklat panas untuk santapan dirinya.

            “Mama tahu anak mama ni memangcantik, lagi-lagi kalau pakai rekaan mama sendiri,” kata Amira yang masih lagiberapron. Menjadi pereka fesyen untuk Miracle dan pengurus kepada anakbujangnya membuatkan wanita berkerjaya itu agak sibuk. Mujur hari itu diaberkelapangan sikit. Bolehlah dia masak apa-apa yang patut buat alas perut.

            Selena hanya mendengar. Mulutnyakini perlahan-lahan menghirup air coklat panas yang baru dibuat. Oh, nikmatnyatekak!

            “Kenapa mama masak hari ni? Mana Makcik Emma?” sambung anak muda itu lagi bertanyakan pembantu rumah mereka yangtelah bekerja di situ sejak dirinya masih kecil lagi.

            “Mama suruh dia berehat. Hari nibiar mama aje yang masak. Dah lama mama tak masuk dapur ni,” jawab Amira yangketika itu sudah sedia untuk menghidangkan juadah makanan.

            Selena mengangguk. Pelik betuldengan mamanya. Tak pernah-pernah nak suruh Emma tu berehat. Hari ni dalamsejarah tiba-tiba mamanya berbuat sebaliknya. Apa mimpi agaknya mama tu?

            “Selena, pergi ajak Emma makansekali,” arah Amira.

            “Ala mama. Penatlah. Mama ajelahyang pergi ajak dia makan,” balas Selena. Kepalanya diletak ke atas meja sambiltangan menutup kepala. Mengada-ngada betul budak seorang tu!

            “Hei, jangan nak banyak songeh.Cepatlah pergi sana. Tak lengkaplah kalau tak ada dia. Tak boleh nak celebrate.” Amira berkira-kira untukmembuka apron yang dipakai pada badan.

            Selena yang mendengarkan jawapanmamanya berkerut lantas berkata, “Celebrate?Nak celebrate apa? Hari ni adaapa-apa ke yang istimewa?”

            “Hehehe...” Mamanya menyeringai.

            “Apa hehehe?”

            “Hihihi...”

            “Apa hihihi?”

            “Huhuhu...”

            “Ish, mama ni! Main-main pulak denganSelena,” ujar Selena yang sudah mula muncung merajuk. Alahai, manja betul anakseorang ni!

            Amira mendapatkan anak perempuannyalalu didakap. Kepala anak itu disental-sental kuat. Sengaja dia mahu mengusikanak itu. Seronok dapat buat macam tu. Tengok Selena muncung, rasa kelakarpulak. Dah besar tapi perangai macam budak umur lima tahun. Merajuk tak sudah.

            “Ish, mama! Apa ni? Sakitlah. Habisrambut Selena tau!” Selena cuba melepaskan diri dari mamanya. Rambut panjang nikena jaga. Aset penting ni oi! Kalau ada masa nak kasi insurans sama rambutsendiri.

            “Hahaha!” Amira menghamburkan ketawatatakala itu juga. Geli hati dengan reaksi anaknya itu.

            “Selena!” tegur Emma dari belakangmenyebabkan Selena berpaling menghadap dirinya. Pandangan mata terjatuh padasebiji kek coklat kecil yang berada di tangan pembantu rumahnya. Aik, kek?

            ‘Seriously,apa yang dia orang nak sambut ni?’ bisik Selena dalam hati. Pelik betul! Harini hari apa? Apa yang specialnya?Teori hari jadi dah memang tolak awal-awal. Nak kata hari tu hari Malaysiamerdeka ke? Eh, takkan sampai ke situ pulak? Malaysia merdeka 31 Ogos. Sekarangbaru bulan berapa. Musim bunga pun tak masuk lagi ni!

            “Congratulation!”Amira dan Emma serentak berkata. Muka riang tak terkata. Sengih aje mereka berduadari tadi.

            “Ha?” Muka Selena memang peliksangat masa tu. Tahniah untuk apa?

            “Youare now the face of Victoria’s Secret, honey! Isn’t that wonderful?” ucapAmira dengan nada sungguh gembira sekali. Dia pulak yang rasa terlebih ecxited! Anak aku jadi model Victoria’sSecret. Siapa yang tak seronok oi! Oh, myGod! I’m the happiest mom in the world!

            “Ha?” Selena bagaikan tidakmempercayai apa yang sampai di telinganya. “Betul ke ni, mama?”

            “Apa? Ingat mama nak main-main kebenda-benda macam ni? Sekarang Selena salah seorang model penting untukVictoria’s Secret. Impian Selena tercapai juga akhirnya!”

            Tak semena-mena gadis itu menjerit.Setinggi mana frekuensi bunyi tu, dia sendiri tak tahu. Biasalah, orangperempuan kalau dah menjerit sampai jiran sebelah pun boleh dengar!

            “Ahhh! Tak tahu nak cakap apa ni,mama! Excited sangat ni!” Amboi,menjerit-jerit! Selena memandang mamanya. Masing-masing Emma dan Amiramemandang Selena.

            “Ah!!!” Amboi, gembira betul tu!

            “Cepat tiup lilin ni,” ucap Emmakemudian dalam sisa kegembiraan. Lilin yang menyala-nyala kuning itu ditiupperlahan oleh Selena. Masing-masing menepuk tangan.

            “I’mso proud of you,” ujar Emma dan Amira serentak. Dahi Selena dikucup lembut.“Eh, kita cakap serentaklah!”

            Selena ketawa kecil melihatkanreaksi kedua-dua mama dan pembantu rumahnya. Nampak betul masing-masinggembira. Emma melangkah lalu meletakkan kek coklat tersebut di atas meja. Pisaudiambil lalu memotong kek yang ada.

            “Nah, makan sikit,” kata pembanturumah yang berasal dari Indonesia itu. Sudah besar Selena ni. Dulu kecil-kecilcomel aje. Dah besar cantik sangat macam mamanya. Dia berasa sungguh terhutangbudi dengan jasa baik Amira yang telah mengambilnya bekerja di saat dia beradadalam kesempitan hidup. Bolehlah dia mencari makan di kota besar itu.

“Alamak,esok ada shooting lagi, mama,” kataSelena. “Takkan nak makan kek. Nanti berat naik.”

            “Ala, tak payah risaulah. Mama kanada. Mama back up kamu nanti.Lagipun, bukannya selalu pun kita nak celebratebenda-benda macam ni,” ujar Amira. “Makan aje kek tu. Susah-susah mak cik Emmani beli untuk kamu. Kat luar tu dahlah sejuk.”

            Selena ragu-ragu untuk makan kekyang sudah dipotong itu. Nampak sedap tapi nanti takut beratnya naik secaramendadak pulak hanya kerana sepotong kek. Kek kan banyak kalori. Kalori banyaktu sememangnya musuh utama model.

            “Makan ajelah kek ni,” kata Emmakemudiannya. “Meh sini mak cik suapkan nak?”

            Selena menelan air liur. Memangnampak menyelerakan betul kek tu! Coklat yang mencair bersinar-sinar di matanyabagai watak anime yang ternampak lelaki kacak. Aduh! Macam mana ni? Esok ada photo shoot. Gila aku kalau kenaketawakan dengan model lain kalau tiba-tiba baju tak muat!

            “Ish, kamu ni, Selena! Tak adamaknanya berat kamu tiba-tiba nak naik. Muat punya baju yang kamu nak peragakanesok.” Kata-kata Amira bagaikan mengetahui isi fikiran anaknya itu. Biasalah,nama pun model. Berat merupakan topik paling penting dalam hidup. Naik beratbadan dalam 0.5 kilogram pun nak menangis. Apatah lagi kalau baju tak muat.Saiz badan mesti saiz dua.

            “Yalah...yalah...kalau esoktiba-tiba baju tak muat, Selena cari mama tau!”

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina