Home Novel Keluarga Gadis Bermata Hazel
Gadis Bermata Hazel
Lily Irdina
11/1/2019 23:07:49
17,844
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Prolog

            Nissan Skyline GTR R34 miliknyadipandu laju membelah angin malam itu. Dia tidak kira. Dia mesti menangperlumbaan kali ini. Fokusnya terpaku pada pemanduan. Otot matanya sangat aktifketika itu. Sekejap-sekejap ke kiri. Sekejap-sekejap pula ke kanan. Otot yangbergerak seiring dengan stereng yang berpusing. Stereng dikawal dengan penuhhati-hati memandangkan jentera bagaikan seekor harimau bintang yang dipandu itusememangnya laju. Dia tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Mengawal sterengsudah sewajibnya perkara yang sudah sebati dalam kehidupan mereka yang bergelarpelumba tegar seperti dirinya.

            Dia tidak lemah. Dia tidak mahukalah dengan pesaingnya sekarang ini. Dia akui perlumbaan kali ini memangmencabar dirinya. Dia tahu semua yang berlaku tatkala itu sememangnya gila!

            Tumpuannya sekarang hanyalah untukmengalahkan Subaru BRZ yang dipandu oleh lelaki yang tidak sudah mahumencabarnya. Lebih tercabar dia apabila pertaruhan malam itu melibatkanperempuan yang berada di sebelahnya.

            Ah! Kenapalah perempuan itu sanggupterlibat dengan benda gila macam ini? Perempuan itu sepatutnya duduk diam-diamdi rumah dan bersenang-lenang di atas katil menikmati malam dengan tidur yangcukup seperti gadis-gadis biasa di luar sana. Tidak perlu terbabit dengan bendayang memang lazim dengan spesies manusia yang bernama lelaki.

            Huh! Tapi disebabkan sukan gila itudia kenal dengan gadis itu. Mungkin sebilangan orang akan menganggapgadis-gadis kereta sering dianggap perempuan murahan yang hanya mahumendapatkan perhatian lelaki, tetapi padanya gadis itu lain daripada yang lain.Gadis itu sungguh berbeza. Melihat sukan lumba kereta memang sesuatu yangdiminati perempuan itu. Dia tidak akan membenarkan mana-mana lelaki rapatdengannya. Itu prinsip perempuan itu. Mana-mana pemuda yang cuba mendekatidirinya berjaya dielak. 

            Pegangan yang ada itulah yangmembuatkan jejaka bernama Kai tertarik dengan gadis yang menjadi temanwanitanya kini. Lelaki itu satu-satunya manusia yang telah berjaya meruntuhkanteras yang utuh di hati.

            Apabila terlihat pesaingnya semakinmenghampiri, pedal minyak ditekan lagi menyebabkan enjin kereta bekerja denganlebih gigih. Semakin laju GTR R34 itu meluncur.

            “Kai...” Nadia disebelah menyebutnamanya. Lembut tetapi dapat dicapai oleh deria pendengaran.

            “Ilove you,” ucap Nadia. Kata-kata yang tidak pernah diungkapkan sebelum ini.Kata-kata yang padanya dirasakan perlu diucap. Mungkin kali ini saat-saatterakhir dia dapat berdampingan dengan jejaka itu.

            Gadis itu tahu dia telah membuat Kairasa risau yang amat. Namun, dia tidak tahu cara lain yang boleh membuatkanlelaki itu berdamai. Hanya cara itu sajalah yang boleh menyelesaikan semuamasalah. Biar orang lain kata dia gila. Biarkan! Dia tahu apa yang dia lakukan.Semuanya adalah untuk kebaikan semua orang. Segala-galanya adalah untuk Kailebih-lebih lagi.

            “Nadia...Kai...” Lelaki itubersuara.

            Subaru BRZ berwarna biru itumerempuh kenderaan Kai menyebabkan kedua-dua Nadia dan Kai hampir tercampakdari tempat duduk masing-masing. Kai cuba mengawal kembali pemanduan. Perasaangeram dizahirkan dengan memusingkan stereng keretanya ke kanan lalu melanggarsisi kereta yang baru tadi merempuhnya.

            Lantaklah dengan keretakesayangannya. Persetankan calar-balar dan sewaktu dengannya! Yang penting diahanya mahu menang waktu itu.

            Nissan Skyline GTR R34 dan SubaruBRZ. Kedua-duanya saling menghampiri antara satu sama lain. Masing-masing laju.Masing-masing mahu tunjuk belang kehebatan. Jeritan Nadia di tepi langsungtidak diendah. Kereta di sebelah dihentam beberapa kali tanpa henti.

            “Kai, sudahlah tu!” jerit gadis itu.Debaran di dada rasa tidak mahu berhenti lagi dengan adegan kenderaanmasing-masing.

            “Diamlah, Nadia! Sebab Nadia Kaiterpaksa buat macam ni tahu tak!” tempik Kai. Nadia pula terdiam. Pertama kalilelaki itu meninggikan suaranya. Tidak sangka ucapan kasih dibalas dengantengkingan seorang lelaki yang sangat dicintai sepenuh hati. Terasa tangisanmahu dihamburkan saat itu juga.

            Subaru BRZ terus diasak. Pintukereta Kai hampir tercabut gara-gara langgaran bertubi-tubi. Tanpa disedaricahaya di depan terus mendekati. Kenderaan yang berada jauh semakin lamasemakin dekat mendekati Kai dan Nadia.

            “Kai! Kai!” pekik Nadia lagi. Bebolamatanya semakin jelas kelihatan. Tangannya pantas menepuk bahu Kai. “Tengokdepan, Kai!”

            Tiada tempat untuk mengelak. Tiadatempat untuk melarikan diri. Kenderaan di depan sahaja yang boleh menghentikanlajunya Kai. Rempuhan bagaikan fizik.

            Your wish is now finally granted, Nadia. Your death isworth with the one you love. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina