Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 8 ; Tawaran ke KGV

Bab 8

Dapat tawaran ke sekolah KGV

Sudah seminggu keluarga kami berpindah. Aku sudah mula dapat membiasakan diri duduk di kampung ini. Malah aku juga sudah berjumpa dengan kawan-kawan lamaku disini. Mereka semua gembira aku kembali semua ke kampung ini. Tapi aku tidak bersempatan untuk bermain lama dengan mereka... setakat main bola itu adalah ( mak aku sudah beri amaran.. kalau aku mengikut mereka mandi sungai atau buat aktiviti kampung... mak tidak akan membelikan aku kasut bola.. jadi aku terpaksa akur dengan arahan mak ). Walaupun begitu, kami sering meluangkan masa melepak dan berbual-bual di halaman rumah aku.. ada pangkin yang arwah nenekku selalu berbual dengan orang-orang kampung atau tempat dia makan sirihnya. Macam-macam cerita yang kami bualkan.....

Ayah dan emak aku sudah mula bekerja ( sebelum ini bercuti hampir seminggu untuk berpindah dan mengemas rumah ). Hanya ada aku dan angah sahaja di rumah. Adik pula dihantar ke rumah pengasuh ( bosan gila kalau geng dengan angah... yang dia tahu baca buku.. baca majalah.. baca apa-apa sahaja yang boleh dibaca. Main bola??? Malas katanya... tapi aku tengok angah ni ada skill yang bagus. Badan tinggi.. tegap.. malah lebih tinggi dari aku. Ramai orang terkeliru mana satu along.. mana satu angah. Angah pernah diminta untuk menjalani latihan pasukan sekolah. tetapi beliau enggan, katanya malas nak sakit-sakit badan. Tetapi kekadang dia main jugalah. Tapi taklah sekerap seperti aku. 

Dan disebabkan dia ini mengikut kata mak aku jangan main bola, Angah menjadi anak kesayangan mak. Tetapi walaupun begitu, angah tidak pernah mencampuri urusan aku terutama dalam hal bermain bola. Dia menghormati minat aku malah pernah memberi aku wang tabungnya untuk aku membeli stokin dan pad setelah emak aku enggan membelikannya untuk aku.

Sedang leka membaca majalah kepunyaan mak aku, posmen membunyikan hon di luar.. aku keluar dari rumah dan mendapatkannya;

“Ada orang dah rumah ni... abang ingatkan surat siapalah ni. Dah lama rumah ini tak berpenghuni.. kamu ke Zaidi bin Abu?” tanya abang posmen itu kepadaku.

“Ye saya bang” aku berkerut.. siapa pula kirim surat kepada aku ini. Mungkin kawan aku dari Taiping kot.. tapi baru semalam aku telefon mereka bagi alamat aku disini. Nadiya?

“Emak kamu pindah sini balik ye?” tanya abang posmen lagi.

“A ah.. lagipun ayah hendak pencen.. jadi dia minta balik ke sini” jawabku.

“Oooooo.. kirim salam dengan ayah kamu. Abang kenal dengan mak dengan ayah kamu. Saudara jauh jugalah. Oklah.. abang hendak hantar surat lagi ni.”

“Terima kasih bang” kataku. Posmen terus berlalu pergi.. aku membelek surat tersebut... “ Urusan Seri Paduka”aik.!!! Apa pula urusan aku dengan Agong ni? Lantas aku membuka surat tersebut dan menuju ke pangkin. Kemudian aku membacanya...... “Dengan ini kami menawarkan kamu Zaidi Bin Abu tempat ke Tingkatan satu di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan. Berserta dengan surat ini juga kami menawarkan kamu borang penempatan asrama” Yahooo!!!! Aku melonjak kegembiraan..

“Yes!!! Yes!!! Yes!!!!” akhirnya aku berjaya menempatkan diri di sekolah yang aku idam-idamkan. Adik aku yang mungkin terkejut mendengar sorakan aku keluar dari rumah.

“Long. Asal macam kera dapat bunga? Makwe bagi surat ke?” laungnya dari beranda rumah. Aku berlari anak mendapatkan angah bagi memberitahunya berita gembira ini. Semasa berlari aku terfikir hendak membuat skill balik kuang yang selalu aku buat apabila berjaya menjaringkan gol. Aku membuat lompatan pertama,berjaya mendarat dengan selamat. Dengan yakinnya aku buat lompatan kedua. Kali ini nasib tidak baik, aku tergelincir ( tanah pasir ) menyebabkan aku terjatuh. Macam nangka busuk aku jatuh. Kedengaran angah gelak sakan di beranda;

“Hahahahahahahahahahahahaha. Balik kuang konon!!! Macam nangka busuk jatuh. hahahahahahahahahaha” amboi angah.. gelak sakan nooooo.... aku bangun dan membuang pasir yang melekat di seluarku. Sakit juga di bahagian punggung aku rasakan. Nasib baiklah tiada apa-apa yang terjadi. Aku berjalan kembali mendapatkan angah di beranda rumah. Aku duduk berhadapan adikku;

“Sedap ye gelakkan along.”

“Hahahahahahahahaha.... nak buat skill pun agak-agaklah long. Ini nak buat balik kuang kat tanah berpasir. Macam nangka busuk. Hahahahaahahha” amboi. Makin kuat pula gelaknya.

“Amboi sukanya gelak. Takpa... sat lagi bila angah jatuh. Masa itu abang balas balik,”

“Adoi. Relakslah long. Yang along ni kenapa tiba-tiba buat skill balik kuang ni? Dah buang tebiat? Surat apa tu?” aku menghulurkan surat itu kepada angah.. angah mengambil dan membacanya;

“Tahniah long.. nampaknya cita-cita along hendak bersekolah di sini nampaknya sudah menjadi kenyataan. Tapi angah tahu kenapa along hendak sangat bersekolah di sinikan?” katanya sambil mengenyitkan mata.

“Kenapa?” kataku buat-buat tidak tahu.

“Ala... itukan sekolah yang agak ternama dalam bidang sukan terutama ragbi dan bolasepak.. macamlah saya tidak tahu.”

“Syhhhhhhhhh... kau jangan beritahu mak. Kalau mak tahu aku sekolah sana disebabkan pasal bola. mahu mak mengamuk nanti. Selama ini mak tahu sekolah itu sekolah budak-budak pandai sahaja.”

“Heheehhehehehehehe. Jangan risaulah bang. Saya adik abang ni mengerti minat abang. Tapi dengan satu syarat” alahai. Syarat apa pula ni?

“Apa dia? kau nak minta rasuah ker?”

“Takdelah... tiap-tiap kali balik, jangan lupa beli makanan atau majalah tahu bang. Terutama majalah Apo atau Ujang. Boleh?”

“Banyaklah kau punya majalah... kau ingat mak bagi ke beli majalah begitu. Aku mana ada duit hendak beli majalah itu semua.”

“Ala bang. Pandai-pandailah seludup. Lagipun abangkan dapat biasiswa masuk asrama” aik!! Mana adik aku tahu.

“Mana angah tahu?”

“Lah... abang tak baca surat itu sampai habis ke? kan ada tulis muka surat 2 bahawa abang akan dapat biasiswa RM 90 sebulan.... ni ada tulis ni” adik menyerahkan semula surat itu kepadaku. A ah.. ada tulislah aku bakal mendapat RM 90 sebulan..... mungkin sebab aku terlalu gembira agaknya menyebabkan aku tidak membaca isi surat tersebut sampai habis.

“Alhamdulillah... boleh buat belanja.”

“Belanja saya sekali tau.”

“Wah.. makan duit atas angin je angah nikan.”

“Hehehehehehehehe” katanya tersengih.

“Yelah... yelah... nanti abang beli majalah tu. Pandai-pandailah kau sorok dari mak. Kalau kantoi.. habislah.”

“Terima kasih.. bahagian mana yang sakit long.. meh saya urut”

“Pandai angah nak membodekkan” aku kembali membaca surat tersebut. Petang ini sebaik sahaja kedua ibubapaku pulang dari kerja.. aku akan memberitahu mereka berdua.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.