Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 24

          “Oiii mak cik.”

          “Dari tadi aku tengok kau ni murung je. Ada masalah ke?” Sergah Umai kepada Fida.

          “Entahlah, aku rasa tak sedap badan laa.” Sahut Fida dengan nada yang suram.

          “Hmmm, tak apalah. Kejap lagi nak balik, hari pun dah makin gelap. Esok, kau cuti jelah, tak payah pergi kerja.” Celah Umai sambil mengemas-ngemas kain sarung yang telah digunakan oleh pelanggan-pelanggan di hotel restoran itu.

          “Tulah.” Sahut Fida dengan keadaan badannya yang begitu lemah.

          Waktu sudah semakin gelap, mata pun sudah berasa berat untuk membukakan mata kerana masih lagi menunggu waktu habis kerja dan bayaran daripada pengurus sumber manusia untuk memberikan wang kepada kami. Kepenatan yang kami rasai sebagai pelayan restoran di hotel lima bintang itu memang berbaloi dengan bayaran yang diberikan.

          “Banyaknya program, adoiii. Minggu ni je dah ada empat program. Memang tak rest aku.” Nabila membebel seorang diri sambil memerhatikan papan tanda yang berada di bilik belajar.

          “Tulah Nabila, nak program sana, program sini. Sekarang, hadap sorang-sorang.” Bebel Nabila lagi lalu memarahi dirinya sendiri.

          “Habis aku macam ni……… Astraghfirullah Al Adzim!!!” Ketika aku sedang mengomel seorang diri, aku memusingkan badanku untuk bergerak ke bilik lalu aku terkejut apabila melihat keadaan Fida yang sudah terbaring di hadapan pintu biliknya itu.

          “Fida.. Fida.. Kau tidur ke.” Aku menjadi panik seketika tetapi aku berasa sedikit lega apabila melihat kedua-dua belah kaki Fida bergerak secara perlahan.

          ‘Fida ni biar betul, main gerak-gerakkan kaki pula. Nak tidur pun pergilah tidur dalam bilik. Taulah balik dari kerja mestilah penat, tapi janganlah tidur kat sini,’ aku bermonolog lalu aku hanya merungut sahaja.

          ‘Mana housemate yang lain ni, jenuh aku nak kena kejutkan dia,’ rungut aku sekali lagi. ‘Macam mana nak kejutkan dia ni. Haaa kejapnya, nanti aku datang balik,’ fikir aku seketika lalu terus menuju ke arah pintu tandas untuk mengambil sesuatu.

          “Nabila.. Nabila..”

          “Nabila..”

          “Oshh, mak kau!!! Kejut aku Nan, kenapa?” Jantungku berdenyut laju apabila Nanie muncul secara tiba-tiba di hadapan pintu tandas tersebut.

          “Fida pengsanlah, tak bergerak langsung.” Nanie begitu cuak apabila melihat keadaan rakan sebiliknya itu seperti mayat hidup yang tidak bergerak.

          “Seriuslah.” Aku pun terus bergerak untuk melihat keadaan Fida sambil memegang gayung yang berisi air di tanganku itu.

          Aku masih lagi memegang gayung yang berisikan dengan air tersebut untuk dituangkan ke atas muka Fida tetapi aku tidak sampai hati untuk berbuat sedemikian. Aku terus merenjiskan sedikit air ke atas muka Fida tetapi dia masih lagi tidak menyedarkan dirinya. Aku dan Nanie hanya terus-menerus mengejutkan Fida tanpa berhenti.

          “GUYS..!!! Sesiapa yang berada di bawah, tolong angkat Fida kejap.” Aku berteriak dari atas untuk meminta pertolongan daripada rakan serumah yang ada di dalam rumah pada ketika itu.

          “Kenapa!!!” Kak Gee bergegas lari ke anak tangga untuk ke tingkat atas. Dan diikuti dengan rakan-rakan yang lain.

          “Tak tau, dia tiba-tiba pengsan.” Jelas aku seketika.

          “Takpe takpe, mari kita angkat dia masuk ke dalam bilik.” Sahut Kak Gee lalu terus mengangkat Fida bersama-sama dengan rakan yang lain.

          Aku memegang kepala Fida supaya kepalanya mendapat sokongan dari belakang tanpa tercedera. ‘Ehh, kenapa berat sangat kepala dia ni,’ aku hanya memikirkan sahaja.

          “Weh, kejap. Berat sangat ni.” Ifah menyahut seketika.

          “Kejap kejap, turunkan dulu. Aku tersepit kat celah pintu ni.” Aku mencelah dan meletakkan semula kepala Fida di atas lantai.

          “Okay guys, kita baca doa pelindung dulu and then tenangkan diri masing-masing ye.” Tegur Kak Gee seketika lalu dia memulakan doa bagi menenangkan hati masing-masing.

          Aku hanya menuruti sahaja, housemate yang lain hanya mendiamkan diri mereka tanpa sebarang bantahan. Dengan segeranya, kami mengangkat Fida untuk meletakkannya ke dalam bilik. Bulu romaku meremang secara tiba-tiba seolah-olah ada benda yang sedang mengekori kami ketika berada di dalam bilik.

          Aku hanya mampu untuk beristighfar sahaja, ‘kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni. Meremang tinggi bulu roma aku ni,’ fikir aku seketika. ‘Aku dah lah cuti, time macam nilah benda yang bukan-bukan nak muncul. Fida, kau bawa bendalah ni. Aku memang merasakan sesuatu,’ fikir aku lagi lalu aku melihat ke arah jam yang digantungkan di dinding menunjukkan pada pukul 1:45 pagi.

          “Macam mana ni, Fida tak bangun-bangun lagi.” Aliya mula berasa cemas.

          “Nah.” Aku menghulurkan gayung yang berisikan air kepada Aliya.

          “Kau nak aku jirus ke muka dia ke.” Aliya tersentak lalu tersengih sahaja.

          “Uishh, jahat sangat ke aku ni. Kita bacalah beberapa ayat, lepas tu renjis kat muka dia sikit.” Aku menyahut.

          “Dia pun balik tengah-tengah malam macam gini. Tu, usap kat kaki dia juga.” Sambung aku seketika.

          “Okay korang, mari kita baca Yasin beramai-ramai.” Kak Su mengajak semua rakannya yang berada di dalam rumah itu untuk mengadakan bacaan Yasin bagi menenangkan keadaan sekeliling.

          “A’ah, jom korang. Ambil wuduk dulu.” Kak Gee mencelah lalu terus bangun dari tempat duduknya untuk mengambil wuduk di dalam bilik air.

          “Okay, saya duk kat luar ye, sebab tak boleh baca sekarang.” Aku pula yang mencelah lalu terus bergerak keluar dari bilik.

          “Bil, aku ikut kau.” Nanie bergegas bangun lalu terus bergerak ke arah aku.

          Aku hanya menganggukkan sahaja lalu terfikirkan akan sesuatu perkara.

          “Al, ambil minyak ni. Letak kat hidung dia. Mana tau dia sedar nanti.” Celah aku seketika.

          “Bil.” Sahut Nanie.

          “Hmmm.”

          “Nabila, aku ternampak sesuatu.” Nanie hanya membulatkan matanya ke arah anak tangga.

          “Apa yang kau nampak.” Aku hanya memandang ke arah anak tangga yang ditunjukkan oleh Nanie tetapi tiada apa yang mencurigakan.

          “AAAaaarrrgghhh….” Jeritan Fida semakin kuat dan telah mengejutkan semua orang yang berada di dalam rumah itu.

          Aku terkejut seketika lalu terus menuju ke bilik semula tetapi Nanie sudah memegang tangan kananku dengan begitu kuat dan membuatkan aku terhenti di depan pintu bilik. Aku hanya menoleh ke arah Nanie yang tidak mengelipkan matanya lalu terus rebah di atas lantai apabila jeritan Fida tadi tidak lagi kedengaran di dalam bilik tersebut.

          “Astraghfirullah Al Adzim. NAN..!!! BANGUN..!!!” Aku menjerit kerana tiba-tiba sahaja Nanie merebahkan dirinya ke atas lantai lalu menarik tanganku dengan begitu kuat sekali.

          “Astraghfirullah Al Adzim. Kenapa boleh jadi macam ni.” Kak Gee bergegas keluar dari bilik setelah Fida sudah menyedarkan dirinya.

          “Tolong korang, angkat dia.” Sambung Kak Gee lagi.

          Aku dan rakan-rakanku yang lain turut mengangkat Nanie untuk diletakkan di dalam bilik. ‘Apa yang dah berlaku ni, lepas sorang, sorang lagi yang tumbang,’ fikir aku sekali imbas.

          “Fida, kau okay tak.” Kak Su mengusap bahu rakan serumahnya itu.

          “Okay kak tapi….”

          “Tau tak, Fida terbaring kat luar tu.” Kak Gee menunjukkan arah di mana Fida terdampar di luar bilik setelah meletakkan Nanie di atas tilam kecil yang berada di dalam bilik itu.

          “Saya tak tahu pun. Mata saya berat sangat, badan pula rasa sakit-sakit semacam.” Jelas Fida seketika.

          “Takpelah, rest je.” Kak Gee menyuruhnya untuk berehat.

          “Tapi… kenapa hidung saya berasa panas.” Fida berasa kehairanan di situ.

          “Ni, aku letak minyak ni kat hidung kau.” Aliya ketawa sahaja lalu mnunjukkan botol minyak angin yang bersaiz kecil itu.

          “Hishhh kau ni, orang suruh letak kat dahi dia laa.” Celah aku seketika.

          “Ehh, bukan kau ke suruh aku letak kat hidung dia.” Aliya tersengih lagi.

          ‘Patutlah dia menjerit. Betul-betul dia pergi letak minyak kat hidung. Aliya, Aliya, kau ni memanglah,’ fikir aku sendirian.

          “Nah, bawa minum air dulu.” Kak Su memberikan segelas air kepada Fida.

          “Wekkkk…..Air apa ni, kak.”

          “Air Yasin ni, jangan buang. Minum habiskan.” Kak Gee hanya menepuk-nepukkan sahaja di bahagian belakang badannya itu.

          “Tak boleh kak, tak boleh.. wekkk…” Fida memuntahkan air yang diminumnya itu.

          Sementara Ifah masih lagi merenjis-renjiskan air suci Al-Quran ke muka Nanie yang masih lagi belum sedar. Fida hanya kebingungan di situ dan hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa membukakan sebarang kata-kata.

          Jam di dinding sudah berdetik tepat pada pukul 3.00 pagi. Keadaan dan suasana di dalam rumah itu telah menjadi tenang kembali. Masing-masing telah dibuai mimpi untuk merehatkan badan bagi melaksanakan hari tugasan mereka pada hari keesokkan.

          Hanya Nabila sahaja yang tidur bersendirian di dalam biliknya, bukan kerana dia tidak mahu tidur bersama di bilik ‘master’, cuma tidak selesa dengan keadaan yang begitu ramai di dalam bilik itu. Kak Gee dan Kak Su masih lagi berjaga di tengah malam kerana mereka sibuk dengan tugasan mereka yang masih belum selesai dan mereka juga tidak berasa untuk melelapkan mata lagi.

          Nabila membukakan kedua belah matanya lalu tersentak seketika apabila terlihat sesuatu yang berada di sebelah tempat tidurnya itu. ‘Ehh, makhluk apa pula ni. Tak habis-habis lagi ke,’ fikir aku lalu aku tidak mempedulikannya.

          ‘Ehh,bunyi apa pula tu. Siapa pula yang menangis ni,’ fikir aku lagi lalu aku berasa sedikit kesal kerana tidak tidur sekali di dalam bilik ‘master’ bersama mereka. Aku hanya menoleh ke arah suara yang hampir di sebelahku, ‘Ehh, Fida!!! Apa yang dia buat kat sini. Bila masa pula dia tidur kat sebelah aku ni,’ aku kebingungan dan terus bangun untuk melihat keadaannya yang telah menutupi seluruh muka dengan leraian rambutnya itu.

          “Fid, kau okay ke?” Aku menepuk-nepuk bahu Fida secara perlahan-lahan.

          “Kau nangis ke?” Aku menyoal lagi tetapi Fida hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

           ‘Ehh, siapa pula yang menangis tengah malam ni. Ada orang menangis kat bawahlah,’ aku tersentak lalu ingin bangun untuk menuju ke ruang tamu tetapi hatiku terdetik seketika, ‘kalau aku turun bawah, siapa nak jaga Fida. Tak payahlah aku pergi,’ aku bermonolog lagi.

          “Kau memang tak sejuk ke.” Aku menyahut lagi ketika melihat keadaan Fida dalam kesejukkan tetapi dia hanya menggelengkan sahaja kepalanya dan masih lagi menutupkan muka dengan leraian rambutnya itu.

          ‘Kau ni dari tadi angguk geleng, angguk geleng. Dahlah, aku nak tidur,’ aku bermonolog lalu aku kembali untuk melelapkan mata.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.