Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 22

          “Assalamualainaaa.” Aku memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

          “Assalamualaikum.” Dayana pula yang memberi salam.

          “Waalaikumusalam, siapa suruh masuk. Siapakah anda.” Aku menjawab salam lalu mengacah-acah untuk menghalau adikku untuk keluar semula dari pintu rumah itu.

          “Maafkan saya, saya baru sampai dari Itali. Benarkan saya masuk.” Dayana bergurau senda sambil memegang beberapa buah buku di tangannya itu.

          Suasana yang begitu riuh-rendah sekali apabila kepulangan Nabila di rumah ini telah menjadi sasaran keluarganya untuk berdrama seketika. Pelbagai ragam dan kerenah apabila mereka bergelak ketawa semasa meluangkan masa untuk kongsikan cerita bersama. Bukan selalu kami dapat meluangkan masa bersama, selagi masih ada waktu, selagi itu kami akan tetap meluangkan masa bersama-sama.

          “Angah.. Adik.. pergi tidur. Dah pukul berapa dah ni.” Puan Hasnah menegur anak-anaknya yang masih leka untuk bercerita.

          “Alaaa, nak borak-borak dulu.” Nasuha membuat muka manjanya ke arah Puan Hasnah. Dayana hanya tersengih sahaja.

          “Haa haa, apa tunggu lagi. Pergilah tidur.” Nabila mencelah lalu mencengkam pinggangnya itu.

          “Ehh, kakak pun sama, pergi tidur.” Puan Hasnah hanya menggelengkan sahaja kepalanya itu. Nabila hanya tersenyum sahaja apabila melihat renungan mata mamanya itu.

          “Haa, apa lagi. Tidurlah.” Sambung aku lalu aku terus menekan suis lampu dan kipas yang berada di dinding bilik itu.

          “KAKAKKK..!!!” Serentak Dayana dan Nasuha menjerit kerana takut akan kegelapan.

          “Kipas tu buka lah.” Dayana merungut.

          “Ada tangan kan, buka laa.” Nabila melambai-lambaikan tangannya sambil mengusik adik-adiknya itu.

          “Ishhh, kakak ni.” Dayana hanya merungut sahaja.

          “Padan muka.” Nabila tergelak seketika kerana dapat mengenakan kedua-dua orang adiknya itu.

          “Hishh, macam Kak Ros garang dia.” Dayana merungut lagi lalu membuat isyarat kepada Nasuha untuk menekan kembali suis kipas tersebut.

 

          “HAAAAaaaa….”

          “Uuu, terkejut..!!!”

          Terkejut adikkk…” Nasuha membulatkan matanya apabila kakaknya tiba-tiba muncul di muka pintu dengan riak mukanya yang menakutkan itu.

          Nabila tergelak sekali lagi kerana berjaya mengenakan adik-adiknya itu untuk kali keduanya. Kalau sehari tidak riuh memang tidak adil bagi kami, mesti ada gelak tawa dan usik-mengusik di antara kami tiga beradik. Walaupun Nabila sudah berjauhan dengan keluarga, dia akan selalu menghubungi atau teringat akan mereka di fikirannya.

          Jam di dinding menunjukkan pada pukul 2.30 pagi. Keadaan semakin sunyi sepi, resah di dalam hati semakin menjadi tidak tenteram. Dan jantung berdegup semakin laju, seolah-olah ada sesuatu yang semakin menghampiri. Secara tiba-tiba, peluh sudah membasahi seluruh muka kerana keadaan di sekelilingnya menjadi panas.

 

          ‘Aduh, kenapa panas sangat ni,’ Dayana tersentak seketika apabila terlihat sesuatu kelibat yang berlari laju tetapi keadaannya seperti samar-samar. ‘Apa tu, orang pergi tandas kot,’ fikir Dayana seketika lalu melelapkan kembali matanya itu.

          ‘Kenapa hati aku rasa tak sedap ni,’ fikir Dayana lagi yang masih lagi menutup kedua belah matanya itu. ‘Aku rasa macam ada orang yang menghampiri aku. Rasa macam semakin dekat. Perasaan apakah ini, ya Allah lindungilah aku,’ Dayana bermonolog lalu terus berzikir di dalam hati.

 

          “Angahhhh….”

          “Angahhhh….” Muncul satu suara yang mendayu-dayu memanggil Dayana dengan sebutan ‘Angah’.

          ‘Ehh, kakak ke tu. Kenapa suara macam menyeramkan,’ fikiran Dayana semakin bercelaru kerana tidak pasti akan suara tersebut yang entah muncul dari mana tetapi dia masih lagi memejamkan kedua belah matanya itu.

 

          “ANGAHHHHH...!!!”

          Dayana terkejut apabila seseorang menyergahnya dengan suara yang begitu kuat sekali lalu seseorang itu terus mencekik lehernya tanpa belah kasihan. Dayana cuba untuk memberontak tetapi genggaman orang itu sangat kuat dan dia tidak membenarkan Dayana untuk bersuara.

          ‘Ya Allah, kenapa kakak cekik aku,’ fikir Dayana sementara dia sedang bergelut dengan seseorang itu sambil dia melihat keadaan rambut kakaknya yang panjang mengurai dan gelak tawanya yang menggilai-gilai seperti puntianak itu.

          Sedangkan, adiknya yang sedang tidur lena yang berada di bersebelahan dengan katilnya, seolah-olah tiada sebarang bunyi bising yang boleh menganggu dari tidurnya.

          ‘Apa yang kakak dah buat ni… Astraghfirullah…,’ Dayana terfikir seketika. ‘Dia bukan kakakku, dia syaitan durjana,’ Dayana tersentak lagi apabila seseorang yang mirip sekali dengan wajah kakaknya itu menggilai dengan begitu kuat.

          ‘Ya Allah, tolonglah hambamu ini ya Allah… Aku berlindung ke atas nama-Mu, Ya Allah….,’ Dayana bermonolog lalu memulakan bacaan ayat Kursi di dalam hatinya. Dan dia masih lagi mencuba untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman syaitan itu. ‘Dengan nama Allah….’

          “ALLAHUU AKBARR…” Dayana dapat melepaskan diri dengan menyebut khalimah Allah.

          “Astraghfirullah Al Adzim.” Dayana tercungap-cungap dan berasa lega kerana dapat melawan makhluk durjana yang selalu menyesatkan hidup manusia di muka bumi ini.

          Dayana hanya mampu berserah dan bersyukur kerana dapat menjauhi situasi yang mengerikan itu. Ketakutan dalam dirinya masih lagi membuak-buak tetapi ketabahan imannya jangan disangka akan lemah begitu sahaja.

          Setiap pagi, keadaan di rumah menjadi sunyi dan sepi apabila ketiadaan Dayana dan Nasuha. Keadaan akan menjadi bising apabila mereka berdua pulang dari sekolah seperti biasa.

          Pada waktu pagi ini juga, Puan Hasnah akan menyibukkan dirinya untuk membasuh pakaian kotor dan kemudian akan menyidai jemuran di ampaian pada setiap hari. Itulah tugasan harian sebagai seorang suri rumah yang banyak berjasa untuk menjaga keluarga dan memberi didikan kepada anak-anak supaya mereka berjaya di hari kelak.

          “Assalamualaikum.” Nasuha mendahulukan salamnya ketika masuk ke dalam rumah.

          “Assalamualaikum, ada orang tak kat rumah.” Dayana pula yang memberi salam apabila sudah sampai di pintu rumah.

          “Waalaikumusalam, tak ada.. tak ada..” Nabila menyahut dari dapur.

          “Kakak buat apa tu.” Tegur Dayana seketika.

          “Tengah masak ni.” Nabila menyahut dengan selambanya. Dayana hanya kebingungan dan segera meletakkan beg sekolahnya di dalam bilik belajar.

          “Kakak tipu. Kakak tengah makan.” Celah Nasuha apabila melihat kakaknya yang sedang makan kuih-muih di atas meja makan.

          “Apa buktinya.” Nabila tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu.

          “Tuuu…” Nasuha menunjukkan sesuatu di mulut kakaknya. Dayana hanya tergelak sahaja dan dituruti dengan gelak tawa Nabila.

          “Kakak..”

          “Hmmm..” Nabila hanya menoleh ke arah Dayana apabila namanya dipanggil.

          “Kakak, nak tau tak…” Dayana terhenti seketika sambil tersenyum-senyum.

          “Senyum kambing pula, awat.” Nabila hanya tersengih sahaja.

          “Kakak ada panggil angah tak malam tadi.”

          “Pukul berapa tu.”

          “Dalam pukul dua lebih macam tu.”

          “Time tu, kakak tengah berenang dalam mimpi.” Nabila hanya tersengih lagi.

          “Kakak ni.”

          “Kenapa angah. Ada orang panggil angah ke.” Nasuha pula yang mahu penjelasan daripada angahnya itu.

          “Mungkin malam tadi angah mimpi kot.” Dayana memperlahankan suaranya. Nabila dan Nasuha hanya mendengar dengan teliti apabila Dayana ingin menceritakan sesuatu perkara yang pernah dia alaminya malam tadi.

          “Mimpi apa.” Nabila pula yang mempersoalkan.

          “Angah dengar kakak panggil angah. Bila angah buka mata, tengok kat pintu, tak ada sesiapa pun.” Dayana menerangkannya.

          “Lepas tu, angah pejam mata semula. Bila buka je, tengok kakak dah ada kat depan angah and terus cekik angah.” Dayana menerangkannya lagi.

          “Huishh, dashyat betul ceritanya.” Nabila terpegun seketika lalu hanya memikirkan sesuatu perkara.

          “Betul ke angah. Ke imagination angah je.” Nasuha mempersoalkannya lagi.

          “Tapi macam real sangat, dengan rambut kakak yang mengurai tu.” Angah menegaskan pendapatnya lagi.

          “Basuh kaki tak sebelum nak tidur.” Tegur Nabila seketika.

          “Dah, siap basuh muka sekali.” Dayana menunjukkan gelagatnya di hadapan kakaknya itu. Nasuha hanya tergelak sahaja melihat kerenah angahnya itu.

          “Yang tu, kakak pun buat.”

          “Ambil air wuduk tu buat tak.” Sambung Nabila lagi.

          “Terlupa.” Dayana hanya tersengih sahaja.

          “Biasalah tu, benda tu saja nak mengusik.” Puan Hasnah mencelah sambil memegang beberapa helai pakaian yang dibawanya untuk diletakkan di dalam biliknya.

          “Saka kakak kot.” Dayana tersengih lagi.

          “Sepatutnya, dia kena duduk kat Shah Alam.” Nabila meredakan keadaan di sekelilingnya.

          “Macam mana boleh terlepas tu.” Puan Hasnah menambahkan lagi gurauannya itu.

          “Tak taulah. Boleh pergi kat angah pula.” Sampuk Nabila lalu bingkas bangun untuk mengambil sesuatu di dalam biliknya.

          “Agak-agak malam ni, dia nak jelma wajah siapa ye.” Sambung Nabila lagi untuk menakut-nakutkan lagi adik-adiknya itu.

          “Ishhh, kakak ni.” Sengih Dayana seketika.

          Nasuha hanya tergelak sahaja lalu terus mengambil beberapa pinggan kaca yang berada di rak pinggan mangkuk tersebut. Puan Hasnah turut tergelak bersama sambil berjalan ke arah pintu biliknya.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.