Namaku
Edraraniana-Akakosha Nolifa, anak kepada seorang penyampai cerita turun-temurun
dari generasi ke lima puluh dua; Nolifa Oshkakoshaka-Tetatotanama yang
seringkali tenggelam timbul dalam sejarah negara di sebabkan terlalu bersikap
suka berahsia. Kerana kami telah di amanahkan untuk memikul tanggungjawab yang
di berikan sejak berkurun lama bermula dari generasi yang pertama, kebanyakan
masyarakat setempat menganggap kami sebagai orang yang harus di curigakan tanpa
sebab dan musabab utama; walaupun tidak perlu rasanya, menurut pandanganku
dengan secara terbuka. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan harus
menerima dengan penuh kerelaan layanan mereka yang amat tidak
berperikemanusian. Ya, aku tidak inginkan sebarang imbuhan.
Amanah yang telah
di wariskan; itu yang aku utamakan dan aku langsung tidak mempeduli akan
sebarang tomahan dan kutukan. Bagiku, itu hanya satu dugaan, halangan dan
rintangan yang wajib di tempuh oleh mana-mana insan; seperti yang telah di
tetapkan oleh kehendak Tuhan. Sukar sekali untuk di pertikaikan kerana agama
semenjak permulaannya sudah menerapkan kepentingan memberi sepenuh pengabdian
mengabdikan diri mengakui bahawa nyawa ini adalah pinjaman berbayaran dan
mengamalkan segala suruhan serta menjauhi segala larangan yang di perkatakan;
paling di titikberatkan. Menurut ajaran Mahadeta Balama, ‘Hukum Anarkhum’ yakni pembalasan setimpal terhadap
setiap tindakan di lakukan mencetuskan pembaharuan dalam kefahaman
spiritualisma, moraliti, logika, jasmani dan holistika melalui konsep
pengimejan Geo-semisimetri
Infititi Suci.
Sepatutnya pada usia dua puluh lima tahun, aku layak untuk menjadi
seorang penyampai muda. Entah di mana silapnya, aku di ketepian atas alasan; ‘masih perlukan bimbingan
berpanjangan agar kesilapan yang terjadi pada masa lalu tidak akan berulang
kembali sekali lagi’… Kebabian apakah ini? Kebabian apakah ini?! Aku tidak
mengerti. Atau aku yang cuba untuk tidak mengerti dan menerima dengan senang
hati keputusan ini demi menyedapkan diri akan rasa sangsi terhadap famili
sendiri??
Sedih aku apabila mengenangkan semula keterkilanan yang masih berbuku
tebal di dalam dada; bagai menghiris-halus jiwa dan raga. Seolah-olah aku hanya
satu sandaran sahaja bila di inginkan dan di pulaukan andai kata aku tidak di
perlukan. Tidak dapat aku pendam perasaan ini untuk satu jangka masa. Jika
tidak, aku juga yang akan merana akhirnya. Argh! Cukup sudah, cukup dengan
segala rintihan yang tidak mampu untuk mengubah apa-apa!! Aku tidak mahu sama
sekali di belengu oleh rantai-rantai kesedihan untuk kesekian kalinya. Dari
terseksa kerana mengingatkan, lebih baik aku teruskan kehidupan aku sebagai
seorang sasterawan muda kepolitikan beraliran bebas berkesederhanaan. Itu jauh
lebih baik dan lebih menefaat dari menunggu dan tertunggu-tunggu dalam
ketidakpastian keputusan.
Aku
sungguh bersukacita untuk menjadi diri sendiri dari di bayangi oleh protokol
dan pengaruh yang di bentuk dalam keturunan Nolifa. Bukan kerana tidak pernah
merasa bangga. Cuma aku tidak mahu hidupku ini terlalu di kongkong seandainya
aku bandingkan dengan saudara-mara aku yang selalu menjadi keutamaan dan
perhatian lazim pada mata kepala keluarga.
Kebelakangan ini, aku terdengar
desas-desus dari kaum kerabat terdekatku mengatakan bahawa ‘Tragedi Sakrifikasi Tidak Rasmi
Kepada Para Betara Dan Betari Pada Hujung Malam Permulaan Hari Deridenimi’ menanti masa untuk terjadi sebagaimana
yang telah di ramalankan generasi ketiga puluh tiga selepas ‘Peristiwa Duka Menikam Seluruh
Lara Dan Atma Meratap Hiba Kehilangan Yang Agung Bijaksana Dari Dunia
Nyata’; lapan generasi yang sebelumnya.Bila aku tanya mereka kenapa,
masing-masing bermasam muka. Jawapan? Tidak dapat aku memperolehkan. Malah,
semakin kuat pula di persoalkan. Membuat aku penasaran. Terasa seperti aku
tidak di alu-alukan untuk menjadi sebahagian besar dari mereka semua yang agak
berkepentingan.
—————————————————————————————
Pada suatu hari yang aku sendiri
tidak pasti apa harinya, aku di tugaskan untuk mencari sumber rujukan yang
paling berharga tersimpan di sebuah pusat pengekstraktasian ilmiah kebangsaan
yang terletak di pendalaman Bahla oleh
seorang negarawan Gagera yang mentadbir seluruh Kepulauan Fekka di bahagian kesempadanan utara
bagi meringankan bebannya untuk menaksir dan mentafsir segala agenda yang telah
di renca dan rencana dengan sebaiknya.Tugasan
itu, bagi aku; kelihatan mudah pada mulanya seperti yang aku sangka.
Namun,
sangkaan aku mulai meleset; tidak setepat yang aku duga kerana perjalanan ke
sana memakan masa hampir sepurnama pada kiraan kasarnya dengan hanya
menggunakan kasut terbang yang di berikan oleh negarawan kebanggaan bangsa
minoriti Arba-Vaina itu. Herm, kenyataan itu sangat
menjengkelkan aku. Di tambah pula, kawasan itu juga merupakan kawasan
perbalahan besar di antara puak Posda, Rejha dan Elta yang berlanjutan selama beberapa
millenia kerana masing-masing ingin menyatakan hak bahawa mereka layak untuk
mempertahankan kedaulatan masing-masing dari di injak-injak secara membabi buta
tanpa hendak dan rela.
Menurut pandangan aku tentang ketiga-tiga puak
bertelagah itu, pertikaian bodoh mereka semua hanya berdasarkan pada satu
sentimen kenasionalismaan yang menggila. Di semarakkan lagi marakan api
kebencian dengan kepimpinan yang saling tidak pantang mengalah dan berkeras
kepala pada pendirian yang entah apa sebenarnya bermain-main di benak fikiran
minda mereka.
Biar aku lupakan permasalahan itu. Dari di fikiri terus, lambat-laun aku juga
yang jadi tak menentu. Selepas aku mengucapkan selamat jalan kepada negarawan Gagera itu, aku bergegas meluncur laju ke
langit biru seperti helang Mowkanaka pada kelajuan yang tidak tercapai dek akal
kewarasan pemikiran; bagaikan di tarik oleh satu medan kuasa kegravitian, tanpa
mengalihkan perhatian. Kepulauan
Fekka, nantikan aku pulang semula ke sini setelah selesai menjalankan semua
tugasan dan misi yang di beri. Aku harap kau akan mengerti setiap kata-kataku ini.
Semoga kita berdua di ketemukan kembali. Doakan aku supaya selamat pergi dan kemari.
—————————————————————————————
Sudah
masuk lima belas hari berlalu semenjak aku meninggalkan Kepulauan Fekka dari pandangan mata kasarku.
Perjalananku jika di hitung secara kalkulasi sejak permulaan ekspedisi ini,
kini sudah mencecah berpuluh jutaan batu Haowlu.
Anggarannya begitu. Tapi aku sahaja buat tidak tahu. Bagi aku, kiraan itu tidak
akan menentukan sama ada aku akan sampai ke sana atau sebaliknya. Tidak akan
menentukan apa-apa. Ya, benar tanpa dusta.
Sepanjang lima belas hari ini, pelbagai tempat yang aku lalui menjadi singgahan
untuk beristirehat dan beribadat sambil mencatat perihal kehidupan masyarakat
setempat. Keseluruhannya; tujuh puluh tujuh perkampungan nelayan, pertanian,
perladangan dan penternakan; enam puluh sembilan pekan perlombongan,
perindustrian, pembangunan dan penyelidikan berpemusatan; lima puluh lima ibu
kota ternama dan tiga puluh tiga kota raya terkemuka telah aku lawati dan
lewati.
Di antara semua tempat persinggahan itu, yang paling sukar untuk aku
melupakan antara semua sekiranya di perbandingankan salah satu dari kesemuanya
ialah Monumen Ferrarala
Kanoakasyta-Olevyia, Kuil
Termahsyur Hododododoa Yarna-Atyishda dan Istana Batu Bata Dahma-Kalkalkalea yang di senaraikan sebagai
tempat-tempat paling bersejarah yang tidak patut di lepaskan begitu sahaja
kerana tiada siapa yang sebertuah aku untuk menyaksikan di depan mata bukti
kelagendaan tersohor dalam mitos-mitos purba dahulukala, Sosko Nio-Ozolos.
Ekspedisi aku teruskan lagi. Pendalaman Bahla yang aku tuju masih tidak kelihatan
dari pandangan dan penglihatan. Kerana terlalu keletihan di sebabkan perjalanan
itu, aku melelapkan mataku bersandaran di sebuah pokok tua yang di beri nama Zaila-azazalia. Pokok itu; bila
sampai musimnya, akan menghasilkan buah yang manis, ranum, lemak lagi enak
sehingga menjadi rebutan ramai orang kerana buahnya tidak selebat buah Jarya Fia-Avea.
Tambahan pula,
kerana kelainan terdapat pada buah itu menyebabkan harganya berlambung melipat
kali ganda dari biasa. Selalunya buah Zaila-azazalia berharga dalam lingkungan beberapa
bentuk batu permata Roka atau
bersama dengan satu uncang kecil kepingan emas Karaha. Aku pernah menikmatinya
semasa aku masih belia remaja. Ya, aku akui memang kelazatan buah itu tidak
tergambar hanya dengan kata-kata. Memang benar kata orang-orang tua tentang
pokok Zaila-azazalia sehingga di syairkan dalam madah
pujangga sastera. Aku pejam rapat kedua-dua belah mataku; terlena.
—————————————————————————————
Seru
namaku…. Seru namaku… Seru namaku!!! Jangan ragu-ragu… Kerana, aku senantiasa
ada di sisimu! Senantiasa menemanimu… Tidak mengira perbatasan masa dan waktu
yang berlalu dengan laju!! Ini janjiku padamu, sayangku… Aku tidak akan menipu…
Hanya satu yang aku mahu darimu, seru namaku; seru namaku!!!
—————————————————————————————
“Shieylaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”
Aku terjaga dari lena seketika dengan secara tiba-tiba. Habis segala mergastua Qanua yang sedang berhinggap, melarikan
diri; pantas dari pokok Zaila-azazalia yang aku bersandar kerana ketakutan
dengan jerit lolokan aku itu. Lalu, aku berbisik pada diri aku tentang kejadian
yang berlaku terhadap diriku.“Shieyla?! S-s-siapakah dia? Apa yang dia mahukan dari aku??
Adakah aku sedang berilusi, berdelusi atau berhalusinasi???,” gelengan perlahan
ke kiri dan ke kanan - itu saja aku dapat berikan.Lantas aku bangun dari sandaran dan menyambungkan
semula perjalanan tanpa memikirkan mimpi tadi yang aku tidak mengetahui sama
ada imaginasi atau realiti.
—————————————————————————————
Akhirnya, aku sampai juga di pendalaman Bahla pada hari keramat Xema-amexama setelah hampir sepurnama. Hari
keramat yang di katakan itu di jadikan perayaan ulang tahun untuk memanjatkan
kesyukuran tidak terhingga terhadap Dewataraya
Chaca-akocha di antara puak Posda, Rejha dan Elta;di mana hari itu merupakan hari
yang di haramkan segala bentuk provakasi dan peperangan selama seharian. Sudah
banyak kemajuan di capai, di sini; tidak sama seperti dahulu di mana tiada
jalan berturap, gerbang utama dan hiasan-hiasan indah untuk memasuki kawasan
yang di kata oleh kebanyakan orang, ‘bukan yang calang-calang untuk datang
bertandang’.
Terpapar megah skripsi Bahasa
Saina-Awatta Illykha; loghat
utama bagi rantau Hena
Tora-ratoa di hadapan pusat
pengekstraktasian ilmiah kebangsaan yang bermaksud,‘Ilmu sama sekali tidak akan
menunggu kamu, tetapi kamu yang harus memburu ilmu itu; seandainya itu yang
kamu mahu, untuk terus maju dan maju sehingga menyebarangi gelora samudera nan
membiru; bahkan berkelana jauh ke ruang angkasaraya yang terbentang luas di
atas sana, tanpa sebarang bentuk curiga dan rasa syak wasangka’… Kata
perangsang itu; kalau tidak salah hemat aku, berdekad di jadikan warkah dari
ucapan seorang pendetawati bahasa rasmi ibu pertiwi yang berasal dari Kepulauan Fekka di bahagian kesempadanan barat daya.
Sebaik saja segala manuskrip dan kerja-kerja kertas berkaitan aku ambil, aku di
datangi seorang pegawai tertinggi pusat pengekstraktasian itu bersama dua orang
kakitangannya sebagai pengapit kiri dan kanan. Dia hanya memberi pesan ringkas
dalam Slanga Vaddava. “Segala-galanya bermula di sini…” Aku ternganga membiarkan dia dan
kakitangannya pergi dalam pembisuan bicara. Apa maksudnya yang sebenarnya?
Adakah pesanan ringkas ini berkaitrapat dengan mimpi ‘Shieyla’ sebelum ini,
keturunanku dan aku sendiri? Yang pasti, akan aku temui konklusi dari segala
konspirasi yang berselang-seli dengan perkara yang tidak berintisari; sejak dua
menjak kebelakangkan ini.Aku janji dan takkan memungkiri!!!
Bersambung...