“Selamat petang...” Rakan sekerja pun semuanya baik hati... Pengurusan kedai pun tak abaikan kami... Cuma ada satu ja masalah yang aku ada... Dia...
Aku geram sungguh bila Darwan ambil perhatian budak-budak sekolah seusia dengan aku... Kenapa semua perempuan suka kat dia, ha?! Siap bermesra-mesra depan aku pula tu... Dia ni memang nak makan kepitan cuping telinga ni!!! Jap, jap; kena kau ngan aku!! Darwan!
Aku segera meluru ke arah dia tanpa mempedulikan budak-budak sekolah tu sedang bermesra-mesraan dengan dia, lalu aku cubit telinga kanan dia itu tanpa banyak bicara. “Oi, kerja; kerja!!!”
Darwan yang terkejut sepertimana budak-budak sekolah itu mula membalas dengan pantas.
“Aduh, sakitlah; Phillia!”
“Tak habis-habis nak menggatal... Tak tau malu!!!”
“Aku tengah kerja la ni... Haish!”
“Ya la tu...” Aku tinggalkan Darwan sebaik dia menerima unjuran dari aku. Dia memang begitu. Menjengkelkan tapi aku tidak tahu kenapa dia sangat menjengkelkan aku. Argh, daripada melayan dia tu; lebih baik buat apa-apa yang patut untuk aku lakukan...
***
Aku yang kehabisan kerja mula berangan dengan diri sendiri. Entah apa yang aku sedang angankan, aku sendiri tak pasti. Soal hati, entahlah; aku sendiri tak mengerti. Aku tak tahu kenapa aku sangat benci pada Darwan. Entah-entah aku pun...
“Ala, ala; ala, cik adik... Mari la sini, temankan abang...”
“Encik, lepaskan tangan saya!” Angan-anganku terganggu bila Ymirabergelut mahu melepaskan diri dari terus di ganggu oleh seorang lelaki dewasa. Aku tidak cakap banyak... Aku meluru pantas ke arah lelaki itu dengan segelas air pelanggan yang masih lagi panas lalu kucurahkan ke kepalanya.
“Phillia!!!” Jerit Darwan namun takku pedulikan...
“Panas, panas; panas!!!” Lelaki itu meronta-ronta lantas segera bangun dari tempat duduknya mahu menyerang aku. “Kau akan terima balasannya!!!”
Belum sempat aku di tumbuk oleh pengacau gatal itu; Darwan menghalang dengan mengunci serangannya. “Tak baik lelaki pukul perempuan; encik...” Lelaki itu yang kelihatan tidak kepuasan dengan apa yang di lakukan terhadapnya memberi amaran.
“Nahas aku akan kerjakan kalian!!!” Dia terus berlalu pergi tanpa banyak bicara.
Aku mendapatkan Ymira yang masih lagi terganggu namun cuba bertenang dan di tenangkan kawan sekerja
Elysa. “Kau tak apa-apa, Ymira???”
“Aku ok... Masih Phillia...” Ymira membalas tatkala Elysa terus menenangkan dirinya.
Namun tidak bagi Darwan. Dia capai tangan aku dan seraya berkata, “Ikut aku, Phillia... Ada benda nak aku cakapkan secara berdua”. Aku hanya mengikut tanpa banyak bicara walaupun terkejut pada ketika itu.
***
“Kau bodoh betul, Phillia! Kenapa kau buat camtu kat dia!” Darwan yang kelihatan kecewa mengasak aku hingga ke dinding kedai. “Dia tu besar dari kau; kalau dia hemuk kau...” Aku berkeras dengan pendirian aku walaupun Darwan terus mengasak aku dengan amarah.
“Aku tak buat apa yang salah, apa yang aku nak takutkan?!”
“Aku kan ada, jangan bertindak melulu, dungu!” Darwan makin geram dan itu membuatkan aku lebih berang. “Lepaskan aku!!! Darwan!”
Aku lantas pergi dari bilik persalinan itu tatkala aku berselisih dengan Cik Pengurus. Cik Pengurus segera mendapatkan Darwan yang masih lagi kelihatan terkilan dengan tindakan aku.
“Biar dia sejuk sendiri, Darwan...”
“Cik Pengurus...” Balas Darwan nadanya perlahan...”
“Kau sendiri pun tau, di sebabkan mak bapa dia; dia tak bergantung harap pada orang lain, selain dirinya sendiri...” Darwan memandang ke lantai kerana malu dengan dirinya. “Saya memang kagum dengan dia... Tapi kalau saya boleh, saya nak dia bergantung harap dengan kita juga...” Cik Pengurus menghela nafas lalu berkata dalam hati. “Darwan, Darwan...”
***
Hari sudah malam dan aku keseorangan berjalan kaki balik ke rumahku. Di kala sorang diri ini, aku cuba untuk menenangkan amarah yang berbuku di dalam hati dengan tindakan Darwan menengking aku. Pada masa yang sama aku cuba menyoal kembali kewajaran dalam tindakanku itu. Aku tak pernah tengok Darwan marah sebegitu rupa...
Tiba-tiba, lelaki yang menganggu Ymira tadi berhadapan denganku. Mukanya berang dengan pisau pemotong daging di acukan kepadaku. “Kau yang curahkan air kat kepala aku?! Aku takkan maap kau yang malukan aku depan semua orang!!!”
D-Dia ni biar betul?! Takkan pasal tu pun nak bunuh aku...
Dia makin menghampiri aku tatkala aku mulai ketakutan... “Tolong aku, Darwan!!!”
Entah bagaimana, Darwan muncul tanpa aku dapat menduga dari mana dia datang dan melepaskan tumbukan sulung di muka pengacau tadi hingga tersembam ke Bumi...
“Kalau kau kacau perempaun ni lagi, aku akan hancurkan semua tulang-belulang kau, paham!!!”
Aku tak menyangka Darwan menyelamatkan aku dari di bunuh lelaki itu. “Aku risau kat kau, tu yang aku ikut dari belakang mana tau kau di apa-apakan sesiapa...” Aku mula menangis teresak-esak lalu mendapatkan Darwan. “P-Phillia...”
“Aku takut... Huhuhuhuhu...”
Darwan menenangkan aku dengan apa yang termampu... Di peluknya aku tanpa teragak-agak lalu di usapnya kepala aku. “Takpa, takpa... Aku kan ada...”
Aku yang malu-malu segera mencubit kedua-dua cuping telinga Darwan. “Dah-dah, sampai bila nak peluk-peluk ni...”
Darwan tersenyum bila aku kembali kepada sedia kala. Baru aku tahu kenapa aku rasa jengkel dengan dia... Rupa-rupanya aku pun suka kat dia juga...
-Tamat-