Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
17,752
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 6

Usai makan tengahari, Cikgu Adli mengarahkan semua orang untuk berada di dewan untuk aktiviti seterusnya. Kami dikehendaki melakukan persembahan secara berpasangan. Aktiviti Merapatkan Silaturrahim itu akan diadakan selepas makan malam. Sebelum kami sempat bergerak ke dewan, Cikgu Adli memperkenalkan seseorang kepada kami di meja makan.

 

            “baiklah! Murid-murid sekalian. Hari ni kita ada murid baru yang bakal bersama-sama kita di sekolah nanti. Samuel, perkenalkan diri kamu.”

 

            Samuel mula berjalan ke hadapan dengan gayanya yang bersahaja. Budak perempuan yang lain tengah melopong melihat kekacakan Samuel. Dia nampak sangat tinggi dengan seluar coklatnya yang senteng. langkahnya besar. Tangan yang dimasukkan ke dalam poket segera dikeluarkan. 

 

            “omo! Omo! Omo! Kacak gila!” aku nampak Dalila tengah ketuk bahu Putri secara bertubi-tubi. Mulut Putri dah meleleh dengan air liur. Gadis yang lain dah rebah pada pangkuan rakan masing-masing. Cik Siti Wan Kembang tengah pura-pura hiris tangan sebab Sam nampak terlampau cantik! 

 

            “hai! Aku Samuel. Panggil Sam cukup. Harap kawan-kawan yang lain dapat membantu dan terima aku secara terbuka. Salam.” Ringkas dan padat saja. Tiada pendahuluan yang berjela. 

 

            Aku nampak Que tengah kuis-kuis nasi tu. Dia geram melihat semua orang tergila-gilakan Sam termasuk aku. Aku melambai-lambai Sam. Hai, sini, saya di sini. Saya lah tu malam tadi. Hai, hai!

 

            “Makan! Makan! Makan nasi ni!” Que sumbat segenggam nasi yang dikepal dalam mulut aku. Meronta-ronta aku agar dilepaskan. Kurang asam mamat ni!

 

            “ish! Que!”

 

            “makanlah. Tak payah nak pandang-pandang. Nanti buta. Ketumbit besar tumbuh!”

 

            “diam! diam! aku nak bagi aura aku pada dia. Fuuuuuuuh. Ingat aku. ingat aku! muahahah!”

 

            Que sekeh kepala aku. aku terus jelir lidah bila rambut aku dah masuk dalam sup. Bak sini kuasa apa lagi yang kau ada, huh, Que! Aku tunjuk penumbuk. Dia tunjuk penumbuk dia. Mak aih, lagi besar. 

 

            “semua murid-murid sila mengucap panjang. Samuel ni hanya akan berada di sekolah kita buat sementara waktu sahaja. Baiklah! Untuk aktiviti berpasangan seterusnya, saya difahamkan yang semua orang dah berpasangan, jadi Samuel boleh pilih kumpulan mana-mana untuk sertai mereka sekali. Siapa yang-” 

            Semua orang angkat tangan kecuali kumpulan lelaki. Bila aku nak angkat tangan, Que tarik tangan aku ke bawah. Berlawan-lawan aku nak angkat tangan. Tepilah! Ni la peluang aku nak mengawan! Kau tak nak aku kan, Que! Ha, siapa suruh!

 

            “hai!” Sam lambai pada aku. “Cikgu, saya duduk dengan Ellisha!”

 

            Yes! Aku bersorak kecil. Murid yang lain dah muncungkan bibir. Ada juga kedengaran suara orang kutuk mengutuk. Aku dah tak kisah! 

 

            “hai Que! Que kan?” Sam menegur rakanku disebelah.

 

            “Hmmph!” sepatah je Que menjawab. 

 

                                                                        ~8~

 

            Waktu tu dah hampir petang. Kami sudah bersiap sedia untuk mempersembahkan persembahan itu malam ni. Kami akan melakukan sketsa harimau jadian. Pada mulanya, Sam tidak bersetuju kerana mengatakan dia tidak selesa. Manakan tidak, kami memaksanya memakai kostum harimau itu. Sudahla panas dan tebal kainnya, siapa mahu. Jika tiada Sam, semestinya Que yang kena pakai. Aku, takkan pakai!

 

            Sepanjang persiapan ni, Sam tak banyak bercakap. Aku ingat orangnya bersahaja, tetapi pendiam juga dia. Tapi kan, dia mula makin diam selepas kami menyuarakan tentang harimau jadian. 

 

            Que siku aku. “apahal mamat tu? Muram semacam. Ni lah orang yang kau nak sangat kan!” Mata Que menjeling aku. 

 

            Aku cepat-cepat tekup mulut Que. Tapi aku terus lepas bila dia jilat tapak tangan aku. Bau dia, busuk! 

 

            “ish! Kau tak gosok gigi eh?”

 

            Que sengih menampakkan gigi dia yang putih. “eh, aku gosok gigi ok! Nampak ni putih dan berkilat.”

 

            Samuel kelihatan sedikit tidak sihat. Kenapa ya? Apa yang membuatkan perubahan pada diri dia? Ada apa-apa tak kena? Dia demam? Dia sakit perut?

 

            Aku terus berjalan menghampiri Sam yang sedang leka menggunting kertas warna untuk dijadikan bahan prop nanti. Air kotak laici tu aku hulur pada Sam. Dia capai tanpa berkata apa-apa. Aku duduk sebelah dia. 

 

            “Sam, kau ok ke?”

 

            “oh, Ellisha!”

 

            Aku tersenyum. “panggil El jela lain kali.”

 

            “kenapa korang pilih sketsa harimau jadian ya?” nampak tegas Sam berkata-kata. Dia nampak runsing. 

 

            “Que yang suka. Aku ikut je. Tapi sebab dia dah sediakan kostum tu dan bahan-bahan sketsa awal lagi, aku rasa tak salah kita cuba. Kau tak sihat ke? Aku nampak bibir kau pucat ni.” 

 

            “Aku rasa aku nak rehat sebentar. Nanti nak tiba persembahan, aku datang semula. Boleh? Bahan lain aku dah siapkan. Aku jumpa kau dekat sini ya, pukul 8 nanti?”

 

            Aku tak membantah malah mengiyakan. Dia nampak nak pengsan. Seakan-akan dia kehausan. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku malam ni. 

 

                                                                     ~8~

 

             { Sudut Pandangan Samuel }

 

            Aku kehilangan rantai itu. Ya, rantai yang terukir muka harimau. Itu adalah penghalang untuk aku menjelma sebagai harimau jadian. Aku duduk keseorang di bilik rehat ni. Mata aku dah merah. Ah, sakitnya! Badan aku dah mula menunjukkan yang aku akan berubah. Bulu-bulu misai dah mula tumbuh sikit demi sedikit. Bahu aku dah mula nak kepak menjadi bahu yang lebar. Aku dah tak tahan! Mana aku nak cari rantai ni!

 

            

 

Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.