Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
17,891
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 5

Malam tu aku tak boleh tidur nyenyak. Banyak benda yang aku fikir. Macam mana nak teruskan hidup bila ada orang bermusuhan dengan aku. salah kah kalau aku pilih untuk terus berkawan dengan Que? Semenjak perubahan perasaan ni, kelakuan aku makin lain. Aku dah tak macam aku yang dulu. Ceria bila berkawan dengan dia. Senang ketawa bila bersama dengan dia. Que kawan aku, kawan baik aku. Dia dah kenal aku luar dan dalam. Dah tahu tabiat buruk dan baik aku. Adakah lebih mudah jika aku pilih untuk berjauhan dengan dia? Lagi mudah bukan?

 

            Ting! Ting! Bunyi mesej masuk dalam telefon. Aku buka fon. Cahaya daripada telefon jadi makin cerah. Aku terus selubung badan dalam selimut. Semua budak perempuan dalam khemah ni dah tidur. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku tak teragak-agak untuk buka bila nama Que terpapar. 

 

            Que : Dah tidur? 

 

            Aku : (^_^)’ 

 

            Que: Aku tak boleh tidurla. Jom jumpa. Aku tunggu depan khemah kau. 

 

            Aku: okay

 

            Rambut aku yang sedikit serabai aku perkemaskan. Rambut tebal yang lurus ni aku ikat ke belakang. Kening aku yang serabut ni aku sikat pakai sikat. Perlahan, aku capai baju sejuk dan keluar daripada khemah. Sejuknya menggigit ke tulang.

 

            “hai.”  Que sapa aku. Aku nampak ada seorang jejaka rambutnya serabut, berbaju sejuk dengan hoodie baju menutupi kepala. Dia berseluar pendek. 

 

            “Hai Que.” Aku melambai lalu merapati dirinya. 

 

            “kau dah tidur ke tadi?” 

 

            Aku menggeleng kepala. Keadaan sedikit tegang disebabkan kami masih tidak bersapa selepas kejadian tu. Aku dan Que terus pergi ikut haluan masing-masing. 

 

            “taklah. Aku tak boleh tidur.” Kataku.

 

            “kau ok ke?” Que bertanya sambil tunjuk kaki aku. ya, kaki aku luka sedikit sebab semangat sangat melarikan diri daripada hantu. 

 

            “oh, ni! kaki aku ni ok je. Tak sakit pun.”

 

            “tapi aku nampak luka dia macam dalam je.”

 

            “yeke?” aku angkat kaki cuba tilik kaki sendiri. Sebenarnya, aku tak perasan kaki ni luka sehinggalah Que tegur. 

 

            “Ellisha, Ellisha! Macam mana la aku tak risau. Kaki sendiri luka pun tak tahu. Meh sini.” Que keluarkan bekas ubat yang dia curi-curi bawa.

            

            Kami duduk di bangku panjang. Que dengan teliti sapu ubat tu dalam gelap. Aku suluh lampu menggunakan telefon bimbit.

 

            “El, janji dengan aku. tak kisahla macam mana susah pun kau waktu tu. Tolong jangan buat keputusan sendiri. Jangan tinggalkan aku atau cari aku. Biar aku datang cari kau.”

 

            “kenapa kau cakap macam tu? Aku ada buat salah apa-apa ke?”

 

            Que tekan luka aku kuat. “adui! Sakitla!” aku terus tarik rambut dia yang serabai tu. Menggelupur dia tahan sakit. Hidung dia kembang kempis cuba tahan tangan aku. Dan lepas tu masing-masing ketawa dengan gelagat sendiri. 

 

            Aku dengar Que keluh berat semasa duduk sebelah aku. Dia lempar pandangan dia jauh. “aku tahu Dalila yang suruh kau masuk hutan tu cari aku. kau pun satu! Sapa suruh pergi huh? Gila betul budak ni.” 

 

            “Aku ingat kau marah aku dan lari masuk hutan. Alah, kau kan selalu hilang kalau marah.”

 

            Jejaka tu ketawa lalu pandang aku. “kau tahu tak kenapa aku marah?”

 

            Iyalah, mestilah tahu. Aku angkat kening. “kau marah aku sebab aku kena marah dengan Dalila?”

 

            “tak.”

 

            “eh, yeke? Jadi kau marah aku sebab aku tegur Dalila?”

 

            “hmmph! Kata tahu. Cepat-cepat, aku nak dengar apa alasan kau ni.” Que letak tapak tangan dia dekat telinga dia. Menunggu jawapan aku. 

 

            “err.. sebab apa!”

 

            “aku bukan marah. Aku kecewa kenapa kau nak iyakan je apa yang Dalila cakap. Dia bukannya betul pun. Tengoklah macam mana pakaian dia datang hari ni.”

 

            Aku tepuk dahi. “tak cantik ke dia tu? Que, dia kata kau marah dia sebab aku. Betul ke? Tapi kenapa eh?”

 

            Que senyap. Dia kutip ranting tu lepas tu dia patahkan. “aku tak suka dia la. Tu yang pasti.”

 

            Entah kenapa aku laju tersenyum pandang mamat tu. Apa ni? Apa ni! dia suka aku kot?! Kan, kan!

 

            Sambungnya lagi, “aku suka kawan dengan kau. Sebab tu aku tak suka orang kacau kau.”

 

            Suka kawan. Ouch! Aku pegang dada aku. sakitnya! Aku terluka!

 

            “oh-“

 

            “eh, kau fikir apa weyh?!” 

 

            Ei, benci! Benci! Janganla tanya!

 

            “aku, err, dahla. Kau balik la! Aku rasa ada orang nampak kau ni. baik kau lari sekarang sebelum kau kena tangkap!” Aku terus tolak Que untuk bangun. Teragak-agak mamat tu nak balik. Dia kalih kiri kanan tak nampak ada sesiapa pun. 

 

            Kelibat Que dah hilang. Aku terus hela nafas panjang. Nasib baik dia tak perasan. Kalau tak daripada kawan jadi lawan. Mana boleh macam ni, El! Kau kena kawal rasa hati kau!

 

            Krak!

 

            Bunyi ranting patah dan daun bergeser kedengaran. Aku tinjau belakang khemah. Siapa pula tu? Dalam sedar tak sedar, aku nampak ada sepasang mata kemerahan sedang merenung aku. nampak macam kucing. Tapi kenapa besar sangat. Apa benda tu! Ish, betul ke wujud harimau jadian di sini. Ei, seramnya!

 

            Aku cuba nak mendekati tetapi sekali pantas kelibat tu terus hilang. Dalam samar kegelapan, aku nampak ada rantai bersinar-sinar atas daun tu. Siapa punya ni, ya? Cantik. Bentuk harimau la pula. “hello? Hello? Siapa di situ?”

 

                                                                        

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.