Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 2

Kali Pertama


Sarah terbangun daripada lamunannya dek suara garau tapi lembut suaminya.


"Sayang, masuk tak cakap abang"? tegur Al Hadi. 


Sarah buat-buat betulkan-betulkan bantal. Kemas katil. Dia panik. Kali pertama berdua-duaan dengan Al Hadi, ada satu perasaan malu, segan dan banyak lagi yang timbul. 


Al Hadi membuka tengkoloknya lalu diletakkan di atas meja solek. Kemudian, sampinnya pula dileraikan. Sarah berdebar-debar dan masih buat sibuk kemas bilik. 'Aduh jantung, diam sikit. Nanti kau terkeluar pula'. Detik hati sarah.


Sarah beredar ke meja solek pula, apabila Al Hadi mencari baju dalam begnya. Al Hadi menukar baju yang lebih selesa. Sarah sibuk membetulkan meja soleknya pula. Tidak lama, Sarah terasa ada tangan yang memeluknya daripada belakang. 


Terasa panas bahu Sarah apabila Al Hadi sengaja meletakkan kepalanya di bahu Sarah. Mereka berdua melihat cermin. Al Hadi senyum.


"MashaAllah, cantiknya isteri abang", puji Al Hadi.


Sarah tersipu malu dan cepat-cepat meleraikan pelukan suaminya. Al Hadi, romantik sekali. Sarah langsung tidak menyangka begitu sekali tahap romantik suaminya ini. 


"Eh, nak pergi mana"? tukas Al Hadi.


"Sarah nak mandi", jelas Sarah.


"Nanti kita solat Zohor sama-sama", beritahu Al Hadi. Sarah mengangguk dan keluar dari bilik menuju ke bilik air.


Usai solat Zohor kali pertama sebagai suami isteri, Al Hadi membaca doa dengan kuat, malah membaca maknanya sekali. Ia membuat hati Sarah jadi sayu. Jiwanya jadi syahdu. Kemudian, airmata Sarah mula turun laju.


Selesai doa, Al Hadi memusingkan badan, menghulur salam. Sarah menyambutnya seraya Al Hadi terus menggenggam. Sarah mencium tangan suaminya. 


"Terima kasih sudi jadi isteri abang", bisik Al Hadi.


Sarah tertunduk malu. Tidak terjawab kalimah itu. Sarah mahu menjawab kalimah yang sama, namun tidak mampu. Sedang dia berjeda, Al Hadi terus memeluknya erat sekali. Sarah menangis lagi. 


"Kenapa nangis? Abang ada kan? tegur Al Hadi lagi. Sarah diam saja. Kemudian melepaskan pelukannya.


"Jom, rehat-rehat. Abang letih", kata Al Hadi.


"Sarah nak tolong kemas periuk belanga semua", jawab Sarah.


"Nanti petang kita buatlah. Sekarang abang nak baring dengan Sarah", jawab Al Hadi sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Sarah panik. Jantungnya laju.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham