Bab 2

PUTERI SYARIFAH NAFISAH termenung di atas tikar sejadah. Dia teringat semua ujian dan derita yang pernah dilaluinya selama ini.

Pada awalnya, hidupnya sangat indah, ceria dan gembira tapi semua itu mulai hancur musnah tatkala dia mula berpindah dan tinggal di kawasan kampung yang sangat terpencil di Lafiya.

Ye, dia tinggal di kampung. Bukan di Mekkah seperti yang dia katakan kepada teman kecilnya; Raja Agong Amirul yang ketika itu masih memegang status sebagai Putera Mahkota Agong Lafiya.

Walidnya merupakan ustaz yang mengajar penduduk kampung tentang Agama Islam. Keluarganya pula sangat dihormati oleh penduduk kampung kerana walidnya terkenal dengan sikapnya yang alim dan wara'.

Tapi semua itu berubah saat dirinya berusia 17 tahun. Dia telah diperkosa oleh anak Ketua Kampung tersebut. Disebabkan peristiwa hitam itu, dia disahkan hamil. Saat itu keluarganya mulai dicemuh oleh masyarakat dan satu keputusan telah diambil oleh walidnya. Iaitu dia terpaksa dikahwinkan dengan orang yang telah memperkosanya.

Kehidupannya sebagai isteri kepada lelaki durjana itu, biasa-biasa sahaja. Bahagia yang ada cuma sekali dan boleh dikira dengan jari. Tapi yang banyak yang dilaluinya hanya derita. Derita yang dirasai olehnya semakin bertambah, saat suaminya itu berkahwin lagi.

Terang-terang ketika itu suaminya memang tidak adil kepadanya. Tapi dia bertahan, memikirkan anaknya ketika itu iaitu Muhammad Kabir. Ye, Kabir, ialah anak yang dikandungnya disebabkan peristiwa hitam itu.

Hatinya semakin sakit, bila dia dijadikan orang gaji di rumahnya sendiri. Dia terpaksa untuk bekerja bagi menyara keluarga memandang ketika itu ekonomi negara ketika itu tidak beberapa stabil. Difikirkannya, sebaik sahaja dia melahirkan anak keduanya; iaitu Muhammad Khalil, deritanya akan terhenti. Tapi tidak.

Suaminya tergamak menjadikan Kabir sebagai tebusan kepada pemiutang. Dia sendiri agak terkejut bila suaminya memberitahu bahawa dia sudah mempunyai hutang hampir satu juta dollar. Itu tak termasuk dengan suaminya mencuri duit syarikat untuk kegunaan peribadi.

Hampir gila dibuatnya disebabkan sikap suaminya itu. Sebab itu, dia tekad untuk bercerai. Dia sudah tidak peduli. Baginya perceraian lebih baik. Kalau suaminya boleh jadikan Kabir sebagai tebusan hutang, tak mustahil suaminya boleh menjualnya atau anak bongsunya pula bagi melangsaikan hutang.

Dan kini, dia sudah hampir empat bulan bercerai. Bekas suaminya itu sering menganggunya. Untuk apa? Untuk membayar hutang. Tapi dia malas mahu ambil tahu akan hidup bekas suaminya bersama bekas madunya itu. Biarlah, dia tidak mahu ambil tahu lagi.

Apa yang penting, dia mahu mencari wang bagi menebus anaknya semula, menyara dirinya dan Khalil. Sebab itu kerja sebagai dayang di Istana Rehat, diterimanya dengan rela hati.Tidak menyangka dia sama sekali akan berlaku kejadian yang tidak diingini. Kejadian seperti siang tadi. Ditangkap khalwat.

"Umi..." panggil Khalil.

Puteri Syarifah Nafisah pantas mengelap air matanya. Satu senyuman pahit terukir di bibirnya. "Ada apa sayang?" kepala Khalil diusap lembut.

"Umi menangis? Kenapa?" tanya Khalil yang berusia lima tahun itu.

Puteri Syarifah Nafisah menggelengkan kepalanya. "Tak lah. Mana umi menangis"

"Umi tipu. Ini air mata kan? Itu tanda umi menangis," ujar Khalil sambil mengesat air mata uminya yang bersisa.

Puteri Syarifah Nafisah hanya tersenyum pahit.

"Sebab abang ke umi? Pak cik kaya tu tak nak bagi abang dekat kita ke? Atau... papa kacau umi lagi?"

"Taklah."

"Umi selalu tipu Khalil."

"Khalil... dah malam ni, pergi tidur ye sayang," arah Puteri Syarifah Nafisah.

Khalil mengangguk. Dicium wajah uminya itu.

*****

"NO!" bulat mata Raja Agong Amirul memandang wajah Permaisuri Agong Jannah.

Permaisuri Agong Jannah sebaya dengannya, dan telah menjadi kawannya sejak kecil selepas Puteri Syarifah Nafisah dikatakan telah berpindah untuk tinggal di Mekah.

"Kanda..." panggil Permaisuri Agong Jannah dengan suaranya yang perlahan. "Ini saja jalannya."

"Dinda. Kita baru sahaja bernikah tiga bulan. Baru beberapa hari saja dinda keguguran dan baru beberapa hari kanda jumpa Adinda Mawar. Awal tahun ni, Alia baru sahaja mangkat. Dan sekarang, dinda mahu kanda bernikah lagi? Dengan dia?"

Permaisuri Agong Jannah menganggukkan kepalanya.

"Gila!"

Permaisuri Agong Jannah mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Tangan suaminya itu diambil. "Kanda... kalau dah jodoh, macam-macam cara boleh kita dapat untuk bersama dengan orang tu."

"Ini bukan jodoh. Ini aturan khianat manusia!"

"Kanda... tak baik kanda berfikiran seperti itu. Inikan takdir."

"Dinda. Dinda tahukan kanda benci poligami. Mana mungkin kanda mahu berpoligami sedangkan kanda sangat benci pada poligami."

Permaisuri Agong Jannah berdiam diri. Kepalanya diletakkan di dada suaminya. "Kanda, demi negara, maruah keluarga kita, demi rakyat... nikahilah Nafisah."

"Dinda!"

"Kahsian dia, kanda. Dia perempuan, anaknya pula masih kecil, dia pula baru sahaja empat bulan bercerai dan sering diganggu bekas suaminya. Kanda nikahilah dia, untuk membantunya."

"No!"

"Tolonglah kanda. Sekali ini, dengarlah cakap dinda. Nikahilah Nafisah."

Raja Agong Amirul hanya mendengus kasar.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh