Bab 17

"ADIK." Khalil terus mencium dahi adiknya sebaik sahaja dia sampai ke rumah Encik Fuad. Adik seayahnya. Adik yang sangat dirinduinya. "Adik rindu abang tak?"

Hanim mengangguk. "Abang." Hanim membalas dengan memeluk tubuh abangnya. Barang mainan di tangannya terjatuh sebaik sahaja dia mahu memeluk tubuh itu. Sudah tiada minat dengan mainan yang dimainnya dari tadi. Perhatiannya kini lebih terarah untuk Khalil.

Encik Fuad melihat sahaja reaksi anak-anaknya itu. Nampak sangat dua beradik itu sangat merindui antara satu sama lain. Beg sekolah Khalil yang tidak jauh darinya dipandang lama. Senyuman nipis diukir. Dia akan pastikan rancangannya berjaya.

Dia sebenarnya tahu siapa ayah tiri Khalil yang sebenarnya iaitu Raja Agong Amirul. Raja Lafiya yang mempunyai kedudukan tertinggi sekali. Yang paling berkuasa, paling kaya dan pastinya lebih berpengaruh. Dia juga tahu penerimaan raja itu terhadap bekas isterinya. Rumah tangga mereka, layanan sang raja itu. Pendek kata semuanya.

Keluar sahaja dia dari lokap kerana menceroboh masuk ke rumah bekas isterinya, terus diintip Permaisuri Agong Nafisah secara diam. Kalau diikutkan, sepatutnya dia lama lagi dia sepatutnya berada di dalam lokap.

Selain menceroboh, dia juga cuba buat benda tak baik terhadap bekas isterinya. Tak lupa mencederakan anaknya sendiri. Tapi, Permaisuri Agong Nafisah hanya membuat aduan mengenai dia menceroboh sahaja. Dua lagi tindakan jahatnya tidak diadukan.

Tangannya mula mengambil beg sekolah tersebut. Dan dibawa jauh dari ruang tamu. Tidak mahu Khalil tahu apa-apa.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH mengambil telefon bimbitnya. Nombor telefon madunya dicari. Kemudian dia menekapkan telefon bimbit ke telinga kanannya setelah menekan punat call. Matanya dijerling ke arah jam dinding. 'Sepatutnya Sham dengan Ridz dah balik. Mereka dekat Istana Rehat ke?'

"Assalamualaikum kanda."

"Dinda. Waa'laikumussalam. Sham dengan Ridz dekat istana sana ke, dinda?" soal Permaisuri Agong Jannah.

"Tak."

"Tak?"

"Kenapa kanda?"

"Sepatutnya mereka dah sampai istana sekarang. Sama ada kat sini atau Istana Rehat. Ye la, dah 30 minit berlalu dari masa sepatutnya mereka balik."

"Pihak tadika tak cakap apa-apa?"

"Rekod tadika mereka menunjukkan yang mereka dah balik sebaik sahaja habis tadika tadi."

"Balik? Ini pelik. Mereka bertiga tak ada dekat sini."

"Ya Allah! Anak-anak kita ni hilang ke dinda." Permaisuri Agong Jannah sudah mula gelabah.

"Sabar kanda. Sabar. Tak hilang tu. Ada la tu mereka melencong sekejap."

"Kanda call fon Ridz, tak dapat. Kanda risau. Kanda tak sedap hati."

"Pemandu Istana dengan Pengawal Peribadi mereka?"

"Dah call. tak angkat semua. Eee... kalau kanda jumpa mereka, memang nak kena!"

"Sabar kanda. Kita tunggu sekejap lagi ye? Mungkin jalan sesak ke?"

"Ye la. Kanda harap mereka bertiga tu ke istana dinda kalau tak ke sini."

"Insya-Allah. Dalam perjalanan la tu. Nanti apa-apa, update ye kanda."

"Ye."

*****

BULAT mata Puan Suhana tatkala kedua bebola matanya melihat anak tirinya; Khalil sedang bermain dengan anaknya di ruang tamu."Woi!"

Terhinjut bahu Khalil akibat disergah sebegitu. Khalil terus menoleh ke arah suara. Pucat mukanya melihat wajah garang mak tirinya itu. Matanya meliar, mencari papanya. Takut.

"Apa kau buat kat sini!" Dihampiri anak tirinya itu. Tangannya terus mencubit tangan kiri Khalil. "Kau... buat apa ha? Nak mengemis ye! Dasar orang miskin!"

"Sakit..." Air mata Khalil bergenang. "Mak cik... sakit..."

"Kau tahu tak, ni bukan rumah kau lagi! Mak kau yang bodoh tu, bagi rumah ni kat aku." Dikuatkan lagi cubitannya. "Rumah kau dekat reban sana! Berambus!" halau Puan Suhana.

Encik Fuad bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar suara ribut taufan itu. Terus ditarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam bilik yang berdekatan. Ingin berbincang.

"Kenapa bawak anak abang tu kat sini? Tahukan orang tak suka!"

Encik Fuad menekan punat lock pada tombol pintu. Dipandang wajah marah isterinya. "Rileks. Ingat, Khalil tu siapa. Dia dan Kabir pewaris harta Nafisah bodoh tu."

Satu keluhan berat dilepaskan. "Mata ni... tak suka tengok budak tu. Tak kisah la dia pewaris harta ke tak ke. Suruh dia balik sekarang!"

"Sabar, sabar. Dia tu... lubuk emas kita. Lubuk besar sekarang."

Wajah yang tadinya tegang, kini mulai kendur. "Saya tahu mak dia yang bodoh tu masih kaya tapi... apa rancangan abang sebenarnya ni? Nak buat kita lagi kaya ke?"

"Lebih dari kaya." Encik Fuad tersenyum-senyum. Dia menunjukkan telefon bimbit milik Ungku Ridzuwan yang ada di dalam beg sekolah Khalil ke arah isterinya.

"Nak mintak duit tebusan ke? Dekat your stupid ex-wife tu?" soal Puan Suhana. Maklumlah cuma itu sahaja yang terlintas di dalam benak fikirannya tatkala suaminya mengatakan bahawa Khalil ialah lombok emas mereka. Iaitu salah seorang pewaris harta Permaisuri Agong Nafisah.

Dia tahu bekas madunya itu ialah Kerabat Diraja Lafiya. Sudah lah mempunyai darah kerabat diraja, kaya-raya pulak tu. Harta melimpah ruah. Tujuh keturunan belum tentu habis dimakan. Sebab itulah dulu dia sanggup berkongsi suami dengan Permaisuri Agong Nafisah. Ingin menumpang kesenangan hidup permaisuri itu.

Sebenarnya dia dan Encik Fuad sudah lama merancang untuk membolot semua harta milik Permaisuri Agong Nafisah sejak permaisuri muda itu remaja lagi. Dia juga tahu status terbaru madunya sekarang, Permaisuri Agong Lafiya. Pastilah bekas madunya itu kaya bertambah lagi kaya.

Encik Fuad menggeleng. "Ada hal yang lebih dahsyat yang akan berlaku lepas ni."

"Apa dia?"

"Dalam ni... ada nombor telefon peribadi Raja Agong Amirul."

Bulat mata Puan Suhana mendengarnya. Senyuman ditarik. "Nombor... peribadi raja? Bunyi macam menarik."

"Ye, memang menarik dan kita akan gunakan nombor ini untuk hancurkan hidup Nafisah. Abang tak akan biarkan dia hidup senang. Ingatkan lepas bercerai hidup merempat, rupanya tak."

"Nak merempat apanya bang? Harta dia melimpah. Mak dengan ayah, sama-sama kaya. Yang kita dapat ni... tak sampai separuh dari semua harta milik dia. Sepatutnya dulu abang siasat habis-habis jumlah harta dia. Jadi bila dia mintak cerai khulu', boleh mintak semua. Clean habis harta dia. Biar padan muka. Tengok, dia masih ada harta lagi. Semua salah abang la. Gelojoh sangat. Tak boleh sabar nak bolot harta dia."

"Masa tu abang nak buat dia gila. Biar cepat sikit kita kaya. Tu yang gunakan Kabir. Tak sangka dia bijak pulak mintak cerai lepas tu. Tapi bila difikirkan balik kan, dia tu bodoh jugak sanggup nak bercerai khulu' sedangkan dia layak mintak fasakh. Apapun sebab kebodohan dia tu la kita mewah sekarang."

"Memang your ex-wife tu bodoh pun. Gila pulak tu. Sanggup dia nak lepaskan sebahagian kemewahan milik dia ni... hanya untuk bayar abang ceraikan dia. Lepas tu tinggal dekat reban ayam pulak tu sedangkan dia boleh duduk rumah mewah dia dekat Taman Perumahan Kerabat Diraja tu. Masih kaya tapi suka hidup miskin. Gila." Punggung dilabuhkan di atas katil yang ada.

Encik Fuad hanya diam buat seketika. Kemudian dia memandang wajah isterinya dengan senyuman lebar. "Bagus jugak dia tak gunakan harta dia untuk tebus Kabir. Sebab harta tu akan jadi warisan untuk Kabir dan Khalil nanti. Kita boleh gunakan mereka lagi dimasa akan datang."

"You are smart. Tapi masih tertanya... kenapa dia tak gunakan harta warisan dia yang lain untuk tebus Kabir."

"Senang je. First, dia tak nak anak-anak dia tak ada harta nanti kalau dia gunakan harta tu untuk tebus Kabir walau dia guna sikit. Second, untuk harta walid dia tu... pembahagian harta belum buat lagi."

"Belum apa? Kan terang-terang dia dapat semua. Semua."

"Tu harta yang mana? Harta peninggalan walid dia di sini. Lafiya. Dekat Arab sana ada berlambak lagi."

"Apa kata... kita bunuh je dia sekarang, lepas tu kita jaga Khalil dan Kabir. Kita jadi pemegang amanah untuk harta dia bagi Kabir dan Khalil."

"No... tak semudah itu. Dia dah jadi permaisuri sekarang walau orang tak tahu. Ingat senang ke nak bunuh isteri raja?"

Puan Suhana terdiam.

Encik Fuad duduk di sisi isterinya di atas katil. "Kita rosakkan lagi hubungan mereka suami isteri."

"Sampai bercerai?"

Encik Fuad mengangguk.

"How?"

"Adalah. My stupid ex-wife tu... dia lupa pasal gambar panas dia dengan abang."

"Jadi nak hantar gambar tu ke dekat raja sekarang?"

"Belum lagi. Kita kucar kacirkan dulu hidup mereka. Baru best. Tiba masa yang sesuai nanti... baru kita buat. Masa tu, mesti raja akan ceraikan dia. Bila dia dah bercerai nanti, mesti dia rasa nak lari je dari Lafiya."

Puan Suhana ketawa berdekah-dekah. "Ye la, sebab orang tahu status dia. Mesti malu dia."

*****

"AKU lapar la Sham. Jom balik istana. Nanti bonda cari kita," desak Ungku Ridzuwan. Rimas dia dari tadi hanya duduk di dalam kereta sambil memerhati rumah Encik Fuad.

Putera Agong Hisham menggelengkan kepalanya. Dia menoleh ke wajah saudara tirinya. "Kita balik dengan Khalil."

"Aku lapar bagai nak mati dah ni."

"Sabar la. Sekejap je. Aku pun lapar ni."

Ungku Ridzuwan mengeluh. "Aku tengok Khalil tak keluar pun dari rumah tu dari tadi."

"Ni yang risau ni. Mana tahu papa dia dah ikat dia. Eee, nak je aku masuk dalam."

"Kau jangan cari pasal."

Putera Agong Hisham merenung wajah Pengawal Peribadinya. "Pergi panggil Khalil dekat rumah tu."

"Baiklah, tuan putera."

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH pantas memeluk tubuh Khalil saat dia melihat Khalil keluar dari kereta milik istana di halaman Istana Rehat. "Khalil... kenapa balik lambat sayang? Umi risau." Pelukan direngangkan. Wajah Khalil dipandang. "Khalil okey? Ada cedera tak dekat mana-mana?"

Khalil tersenyum. "Khalil okey. Umi ni... jangan risau."

"Mana umi tak risau. Dari tadi umi tunggu Khalil balik." Menitis air mata si umi. Hatinya tidak enak bila madunya menelefon mengkhabarkan tentang kehilangan ketiga-tiga anak mereka.

Ungku Ridzwan dan Putera Agong Hisham hanya berdiam diri. Mereka memandang sahaja dua insan di depan mereka. Tekun melihat si anak mengelap air mata si umi.

Permaisuri Agong Nafisah kemudian menoleh ke kiri, ke arah Ungku Ridzwan dan Putera Agong Hisham berdiri. Tangannya didepakan ke arah anak-anak tirinya. "Kamu berdua okey tak?" soalnya tatkala anak-anak tirinya berada dalam pelukannya. Tangannya membelai rambut kedua budak lelaki itu.

"Okey je! Tapi kami lapar..." rengek Putera Agong Hisham.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum mendengarnya.

"Umi jangan lah nangis. Kami okey la. Tak pergi mana pun cuma tunggu Khalil je." Ungku Ridzuwan mengelap air mata Permaisuri Agong Nafisah yang mengalir. Tidak suka melihat air mata wanita itu mengalir.

Mulanya dia susah nak terima kehadiran wanita itu sebagai madu bondanya, tapi kerana layanan Permaisuri Agong Nafisah yang sangat lembut kepadanya, akhirnya dia menerima dengan rela hati.

"Tunggu Khalil?" soal si umi. Wajah Khalil dipandang. "Khalil pergi mana?"

"Khalil main dengan adik dekat rumah papa tadi," sampuk Khalil. Memberitahu hal sebenar.

Permaisuri Agong Nafisah terganga mendengarnya.

"Khalil tak tahu pulak yang Sham dan Ridzwan ikut Khalil sampai rumah papa dan tunggu Khalil tuk balik sama-sama."

"Pergi... rumah papa? Dengan siapa? Naik apa?" soal si umi penuh kerisauan. Dia menarik Khalil mendekatinya. Tangannya mulai memeriksa setiap inci badan anaknya. Terkejut dia bila melihat ada bekas cubitan pada tangan anaknya. Pasti bekas madunya mencubit Khalil tadi. Dia yakin!

"Papa la. Papa datang tadika tadi. Ajak Khalil main dengan adik."

Dada Permaisuri Agong Nafisah sudah berombak kuat. 'Ya Allah! Macam mana dia tahu mana sekolah Khalil? Dia... dia tahu ke siapa aku sebenarnya? Dia tahu ke siapa suami aku sekarang?'

"Umi..." panggil Khalil tatkala dia melihat uminya hanya berdiam sahaja.

"Mak cik... cubit Khalil ke?"

Khalil mengangguk perlahan. "Tak apa. Sikit je ni." Khalil mengukir senyuman.

Putera Agong Hisham dan Ungku Ridzwan hanya diam. Tidak mahu masuk campur.

Permaisuri Agong Nafisah terus memeluk ketiga-tiga budak lelaki di hadapannya. "Lain kali bagi tahu nak pergi mana ye sayang-sayang semua. Jangan buat umi atau bonda macam ni lagi. Bonda risau tadi. Nyaris je kami nak telefon ayahanada. Kalau ayahanda tahu korang tak balik istana... macam mana?"

"Sorry... umi..." serentak Ungku Ridzuwan, Putera Agong Hisham dan Khalil berkata. Tangan kecil mereka membalas pelukan sang permaisuri itu.

"Dah la. Tadi kata lapar, kan? Jom, kita pergi Dewan Santapan. Dayang dengan umi baru masak tadi." Pelukan dilepaskan oleh si umi.

"Yeay! Umi masak!" Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham bersorak suka. Mereka berdua memang suka dengan masakan isteri kedua Raja Agong Amirul itu. Sedap.

"Umi kita masak sedap tau," tambah Khalil.

"Lepas makan...pergi mandi, mengaji. Dah selesai, baru balik Istana Agong ye Sham, Ridz," pesan Permasuri Agong Nafisah kepada anak-anaknya.

"Umi.... nak tidur sini, boleh?" pinta Putera Agong Hisham.

Permaisuri Agong Nafisah membelai rambut anak sulung suaminya. "Nanti umi cakap dengan bonda dulu ye?"

Putera kecil itu mengangguk.

"Jom, kita makan!" Ungku Khalil mula melangkah ke Dewan Santapan.

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman manis lagi menawan. Lega dia bila semuanya baik-baik sahaja. Langkah kaki dibawa menuju ke Dewan Santapan bersama anak-anaknya.

Dalam masa yang sama...

'Kenapa Fuad cari Khalil? Harta? Tak cukup ke harta yang aku dah bagi dulu? Nak banyak mana lagi?' ujar hati kecil permaisuri dengan rasa geram.

Geram rasanya apabila bekas suaminya mencari dan menganggu hidupnya hanya kerana nakkan harta miliknya.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh