Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
25,473
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

PENGGERA telefonbimbit Huna berdering kuat jam 6.30 pagi. Huna yang tidur, terjaga dan bangun teruske bilik air untuk mandi solat subuh. Selesai sahaja solat subuh, dia membacaAl- Quran dan berdoa agar dia sentiasa bahagia bersama keluarga dan sentiasadijaga imannya. Kemudian lantas bangun menukar pakaian dan terus turun ke dapurmelihat Mak Long sedang menjerang air panas. Bunyi cerek bersiul bergema didalam rumah langsung ditutup gas oleh Huna.

            “ Mak Long masak apa sarapan harini?” tanya Huna sambil membancuh kopi panas.

            “ Masak kuey tiow goreng. Lepas tuMak Long ada buat cekodok pisang sikit. Huna kan lama tak makan cekodokkegemaran kamu ni.”

            “ Wah, cekodok pisang. Kalau adapisang goreng sekali mesti lagi syok.” Ujar Huna perlahan mengharap Mak Longnyadengar.

            “ Hmm... Yelah. Esok Mak Long buatpisang goreng ya.”

            Huna senyum sampai ke telingamendengar janji Mak Longnya. “ Mak Long...”

            “ Iya!”

            “ Tadi Huna pergi bilik abang lepassubuh, tak ada pula dia. Dia pergi mana pagi-pagi ni? Kalau pergi masjid mestidah balik dah rasanya.”

           “ Oh, abang kamu lepas pergi masjidterus pergi ladang getah kejap. Tolong tengok kerja orang yang Pak Long upah.Kadang-kadang abang kamu tu menoreh juga. Dia bukan buat apa pun kat rumah.Tolong Pak Long je lah.”

            “ Oooo..” panjang faham Huna sambilmengaduk air kopi dalam bekas air.

            “ Tadi Lupi cakap kat Mak Long, kamunak pergi kubur hari ni. Betul ke?”

            “ Haah. Nak pergi tengok kubur ummidan abah. Lepas tu Huna nak baca Yassin sekali dekat kubur kak Melin.”

            “ Jaga diri elok-elok nanti. SemalamPak Long ada nampak budak yang mencurigakan dekat rumah kita. Mak Long risaudia cari Huna sebab sebelum ni tak ada.”

            Huna agak terkejut dengan apa yangMak Long cakap. Belum sempat dia tanya, Mak Long menjawab,

          “ Mak Long pun tak tahu siapa Huna.Yang penting Huna jaga diri.” ujar Mak Long lalu memandang Huna kerisauan.

            “ Baik Mak Long.” Jawab Hunamemikirkan siapa yang cuba mengintainya.

 

PUSARA ummidan abah disiramkan dengan air bunga. Pokok kecil mula tumbuh di atasnya. Hunamengelap batu nisan menjelaskan lagi tulisan nama ummi dan abahnya. Selesaimembersihkan kubur ummi dan abah, Huna dan Luthfi membaca Yassin di kuburAmalina yang masih merah. Tiba-tiba Huna perasan bayang-bayang aneh sedangmenyorok di sebalik pokok.

            “Abang,” bisik Huna perlahan sambilmelihat Yassin yang sudah pun habis dibaca. “ Ada orang tengah perhatikan kitasenyap-senyap.”

            Luthfi yang pelik, menoleh kepalanyatiga ratus enam puluh darjah mencari siapa. Terlihat olehnya lelaki dalam umurpertengahan dua puluh tahun di belakang pokok berdekatan tempat kubur. PerlahanLuthfi bangun dan berpura-pura bergerak ke motor yang dinaiki.

            Lelaki aneh tersebut sedar akanpergerakan Luthfi berpaling bersandar di belakang pokok belum tahu yang Luthfisudah pun sedar akan keberadaannya.

            Tangan Luthfi mencekik leher lelakitersebut dari belakang pantas, “ Siapa kau? Kenapa nak intai senyap-senyap ni?!Hah?!”

            Huna yang melihat dari jauh langsungberdiri.

            “Sa...sa... ya.  Naak... nak... jum.....pa.... Yani!” ujarnyatersekat-sekat dek lehernya yang dicekik Luthfi.

            Mendengar penjelasan lelakitersebut, Luthfi melepaskan tangannya dan bertanya dengan nada tinggi, “ Kenapakau nak jumpa dia?!”

            “ yang bersama encik tu, Yani ke?”cuba dia tanya tapi cepat Luthfi menengking,

            “ Jawab soalan aku dulu!!!” Luthfimengangkat penumbuk ke belakang.

            Lelaki tersebut tersentak ke pokoktakut lalu dijawabnya pantas sambil melindungi dirinya dengan beg galas kecil,“ Amalina ada hantar barang dekat dia!”

            “Melin?”

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.