Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 21

Akumemalingkan muka kearah kiri sepanjang perjalanan pulang ke KL. Aku mengambilkeputusan untuk mendiamkan diri. Tidak ingin berbual dengan kedua-dua lelakiitu. Geram aku dengan Encik Aliff dan Encik Faries. Patutlah baik sangat denganaku rupa-rupanya ada agenda tersendiri. Hissh suka mengambil kesempatan di ataskebaikan dan kenaifan aku. Encik Faries ni pun satu kerana hendakkan akumenemaninya ke NZ sanggup hendak berkahwin dengan aku. Apa dia hilang akal ke?Dia ingat kahwin ni perkara yang boleh di buat main-main. Hari ni kahwin esoklusa berpisah begitu? Eii nasib baik tadi di depan abah aku terpaksa controlmarah. Kalau tidak aku sudah bertukar menjadi hijau macam ‘The Incredible Hulk’versi perempuan. 


Aku rasa Encik Faries ni bukan ada penyakit ‘OCD’ aje mungkinsakit otak juga nak kena hantar dia pergi CT scan agaknya. Berbuku hati akusekejap bila memikirkan ‘stunt’ Encik Aliff dan Encik Faries tadi. Merekasengaja tidak memberi tahu aku terlebih dahulu kerana mereka takut rancanganmereka untuk bertemu dengan mak dan abah aku tidak berjaya. Memang aku tidakakan membenarkan mereka ke kampung jika aku tahu akan tujuan mereka terlebihdahulu. Aku tak hendak mak dan abah secara tidak langsung mendesak aku agarmenerima lamaran Encik Faries. Bukan kerana mak dan abah hendak sangatbermenantukan celebrity seperti Encik Faries. Tapi mereka risau tentang diriaku, jika aku bersuami sekurang-kurangnya ada orang yang menjaga kebajikan aku.Aku selalu merungsingkan mak dan abah agaknya.

 

Tadisahaja Aisyah dan Liana beria-ia meminta agar aku terima lamaran Faries. Keranamereka setuju jika Faries menjadi abang ipar mereka. Yelah siapa yang takhendak jika abang ipar mereka itu celebrity terkenal. Aku faham perasaanmereka. Kalau hendak jalan pintas memang begitu caranya. Senang bersuamikanorang seperti Faries yang pakej lengkap. Tapi masalahnya sekarang, aku tahuEncik Faries hendak berkahwin dengan aku bukan kerana dia cintakan aku, tapikerana dia perlukan aku. Itu yang membuatkan aku lemah semangat bilamemikirkannya. Dan aku pula memang tiada perasaan cinta pada Encik Farieskerana aku sudah menganggap Encik Faries ‘boss’ aku maka aku sudah mindsetbahawa dia boss aku dan aku tidak boleh terpikat atau terjatuh hati padanyakerana tujuan aku bekerja dengannya kerana aku perlukan wang untuk melunaskanhutang Rizal dengan bank. Sebab itu, aku bekerja keras kearah itu. Dan akusememangnya tidak ada hati dengan kaum Adam. Aku masih serik untuk bercinta.

 

“Sudah-sudahlah merajuk tu..tak cantik muncung dari tadi,” tegur Aliff risau bila Nashamengambil keputusan untuk mendiamkan diri sejak balik dari kampungnya tadi.Salah dia juga kerana tidak berbincang secara baik dengan Nasha. Ini tidak main‘ambush’ sahaja. Tentulah Nasha melenting. Sekarang Nasha sudah merajuk makatugasnya untuk memujuk hati Nasha semakin sukar. Dan dia tahu Faries tidak akanmenerima sebarang alasan darinya.

 

“Cantiktak cantik bukan masalah Encik Aliff pun..saya bukan isteri Encik Aliff, apasaya kisah,” jawabku lalu menjeling Encik Aliff. Ini mesti pandai Encik Alifflah memberi idea merepek pada Encik Faries. Dia hendak selamatkan diri dia akupula yang menjadi mangsa.

 

“Tengokdia jeling kat aku Ries..,” ujar Aliff lalu memandang kearah Faries.

 

“Sayakisah,” jawab Faries tiba-tiba lalu menoleh kearah Nasha di sebelahnya. Diatahu Nasha marah dan merajuk dengannya. Dia senang dan sukakan perangai Nasha.Nasha simple person dan pandai membawa diri. Ditolak ketengah boleh di tolak ketepi pun boleh. She’s versatile. Sebab itu dia tidak mahu kehilangan Nasha.She’s special. Tentang soal hati dan perasaan dia serahkan kepada Allah.Mungkin sekarang dia tidak punya hati dan perasaan terhadap diri Nasha. Siapatahu hati dan perasaannya berubah setelah mereka berumahtangga. Begitu jugadengan Nasha. Dia tahu Nasha tidak punya perasaan cinta terhadap dirinya. 


“EncikFaries jangan nak mula dengan saya eh..saya tak ada mood hendak bergurau denganEncik Faries..I’m angry you know??..ANGRY!!!..,” ujarku lalu memeluk tubuh. Wajahku terasa panas kerana masih marah pada mereka. Aku rasa dah serupa Angry Birddah. Hati aku masih belum cool down lagi. Masih membara.

 

“Janganganggu Ries..nanti dia bertukar jadi hijau..masak kita nanti,” jawab Aliff tidakberputus asa cuba memujuk Nasha.

 

“Panggilsaya Faries sahaja tak perlu ber-encik dengan saya..tak pun panggil abang lebihmesra..,” usik Faries mencuba nasibnya.

 

“Isskkbencilah dengan Encik Aliff dan Encik Faries ni..sudahlah malas nak layan,”jawabku lalu menutup kedua belah telingaku dengan kedua belah tanganku tidakmahu mendengar usikan mereka. Dua lawan satu mana boleh menang.

 

Aliffdan Faries ketawa serentak seronok mengusik Nasha.


 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.