Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 66

“Assalamualaikum,” 


“Waalaikumsalam…eh abang? Encik Aliff..bila abang sampai..Cha ambikkan kak long tudung cepat!!,” ujarku kelam kabut kerana terperanjat bila menyedari orang yang memberi salam dan bertandang ke rumahku itu adalah suamiku Encik Faries dan juga boss aku Encik Aliff. Seperti tidak percaya aku bila melihat Encik Faries berdiri di hadapanku kelihatan kacak, segak dan bergaya. Ala-ala James Bond. Apa taknya pakai suit hitam lengkap gitu. Dia hendak kemana? Eh dia tak pergi anugerah ke? Soalku pelik kerana Encik Faries sepatutnya menghadiri anugerah filem sebab itu dia memakai suit. Suit yang aku suka ‘Savile Row’ ingat juga Encik Faries akan suit kesukaanku itu. Dia pernah berkata hendak memakai suit itu untuk menghadiri Anugerah filem. 


“Baru sampai,” jawab Faries lalu membuahkan senyuman kepada Nasha. Nasha kelam kabut melilit tudung kepalanya. Faries tersenyum rindunya pada Nasha tidak terkata. Ingin sahaja dia memeluk isterinya itu kerana teramat rindu dengan belaiannya. Namun dia tidak berbuat demikian kerana dia perlu uruskan sesuatu terlebih dahulu. Itu lebih penting.


“Abang tak pergi anugerah ke?..,” soalku hairan. Yelah untuk celebrity popular seperti Encik Faries mana mungkin dia tidak hadirkan untuk anugerah-anugerah seperti itu. Memenangi anugerah penting buat orang seperti mereka.


“I don’t have too…I just want to be with you,” ujar Faries lalu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Dia duduk lalu memeluk bahu Nasha rapat kepadanya. Pipiku di cium perlahan. Aku dapat terhidu akan cologne kegemaran Encik Faries. Aduh sedapnya baunya. Aku miss Encik Faries. 


Aisyah dan Liana pakat tersenyum bila abang iparnya tiba-tiba mahu romantic dengan kak longnya. Yelah bayangkan abang iparnya handsome to the max macam Prince Charming siap pakai tuxedo lagi manakala kak longnya hanya memakai baju buttefly lengan panjang. Macam Prince Charming dengan ugly duckling. Sungguh tak glam.


“Want to be with me..,” jawabku terlopong seketika bila Encik Faries berkata demikian lalu memandang wajah Encik Faries tepat. Apa tebiat laki aku malam ni. Romantik nah? 


Encik Aliff meminta Liana dan Aisyah membersihkan meja di hadapan kerana dia hendak meletak laptop di atasnya. Encik Aliff memasuki lelaman rasmi anugerah filem mereka dapat menonton secara live dari lelaman itu.


“Shhhh!!…ok senyap…diaorang nak umumkan anugerah pelakon paling popular ni,” ujar Liana meminta semua yang berada di rumah diam kan diri.


Kami semua mendiamkan diri menumpukkan perhatian kepada kaca tv. Jantungku berdegup kencang lagak macam conga kerana merasa suspen teramat sangat. Siapakah bintang paling popular tahun ini..boleh jadi artis wanita dan boleh jadi artis lelaki.


“Calon-calon bagi kategori bintang paling popular ialah..Hakimi Salim…Puteri Ernisa…Faries Syamri dan Siti Nurhafiza..silakan sebut nama pemenangnya Ehsan,” ujar Noraini lalu menyerahkan kad kepada Ehsan Iskandar.


“Pemenang bagi kategori bintang paling popular tahun ini jatuh kepada…drumroll please..,” ujar Ehsan lalu tersenyum sengaja dia tidak mahu mengumumkan kerana mahu memberi suspen kepada penonton.


“Eii cepatlah orang dah nak pengsan ni..,” ujar Liana tidak sabar ingin tahu.

 

“Pemenangnya…ialah Faries Syamri,” ujar Ehsan lalu menepuk tangan. Semua yang menghadirkan diri di anugerah tersebut memberi tepukan gemuruh bila nama Faries Syamri disebut. 


“Alhamdullilah..YES!!..Yes!!..yuhoo..tahniah abang Faries,” jerit Aisyah dan Liana gembira lalu berjabat tangan dengan abang iparnya. Tidak menyangka abang Faries memenangi anugerah bintang paling popular sekali lagi.


“Terima kasih,” ujar Faries hanya mampu tersenyum melihat gelagat adik-adik iparnya yang kelihatan gembira dan teruja bila dia memenangi anugerah bintang paling popular. Dia turut merasa gembira dan bersyukur. Dia tidak menyangka anugerah itu di milikinya pada tahun ini kerana pesaing-pesaingnya hebat-hebat belaka. Rezeki anak.


“Awal anugerah tadi Encik Faries tidak dapat menerima..but we have special request from bintang popular kita..Faries…Faries do hear us?,” ujar Ehsan lalu menekan earpiecenya perlahan. Matanya tertumpu kearah skrin gergasi di belakang pentas. 


Aku tersentak bila Ehsan berkata demikian. Special request?? Aku menoleh kearah Encik Faries. Apa maksud Ehsan special request. Mereka ambil video ke?


“Eh kak long..tengok camera,” ujar Aisyah bila skrin itu menunjukkan video abang Fariesnya dan kak longnya. Dia tidak menyangka abang iparnya memuatkan video live untuk anugerah filem.


“Apa camera??,” ujarku kalut bila Aisyah meminta aku memandang kearah kamera. Mana ada kamera? 


Aku tersentak bila kedengaran suara orang ketawa. 


“We are live on anugerah..smile dear,” bisik Faries perlahan lalu memandang ke arah kamera laptop. Gulp! Live on tv. Aku mengalihkan pandangan kearah peti TV. Oh my gosh..baru aku perasan kami berada di video live. 


Hendak tak hendak terpaksa aku memandang kearah camera di hadapan dengan senyuman manisku. Eii malunya aku kerana berjuta penduduk Malaysia dapat melihat wajah aku yang tidak seumpamanya. Dahlah tak glam dengan baju butterfly, selendang main lilit gitu sahaja. Issk Encik Faries ni pun..berilah aku chance untuk ganti baju ke apa ini tidak? Nak lari pun tak boleh kerana Encik Faries memeluk pinggang aku kejap. 


“Assalamualaikum..terima kasih di atas sokongan dan undian para peminat saya di luar sana? Tanpa sokongan anda anugerah ini tidak bermakna..anugerah ini bukan untuk saya sahaja tapi untuk peminat-peminat semua..thanks for your support..thanks to AF14..thanks to the all organizer..dan rakan-rakan artis..last but not least..I would to share with my fans and media that I’ve been married to this lovely lady Nasha Nordin..,” ujar Faries lalu menoleh kearah Nasha lalu tersenyum. 


Semua pengunjung di majlis anugerah terkejut bila Faries berkata demikian kerana mereka tidak tahu bahawa Faries Syamri sudah berkahwin. Namun mereka menjerit mengucapkan tahniah dan memberi tepukan gemuruh kepada Faries kerana so sweet mengumumkan tentang statusnya secara live di tv.


“Dear wife thanks for being understanding, supportive and stand by me through thick and thin for the last 5 months of our lives together..I will cherish and love you forever as long as I live..insyallah,” ujar Faries lalu mencium pipi Nasha.


Airmataku mengalir perlahan kerana merasa terharu dan gembira bila Encik Faries mengotakan janjinya padaku. Kini aku bukan lagi isteri rahsia Encik Faries kerana seluruh rakyat Malaysia yang menonton tahu siapa Nasha Nordin. 


“You are the man, Faries,” terdengar seseorang menjerit di ikuti dengan siulan dan tepukan gemuruh dari para pengunjung Anugerah bergema di ruang auditorium. Mereka memberi standing ovation kepada Faries kerana mengisytiharkan cintanya terhadap isterinya di hadapan umum. Ramai rakan artis wanita tersentuh dengan cara Faries meluahkan perasaan cinta dan sayang kepada isterinya. It is so romantic.


“Thank you so much..from Mr. & Mrs. Faries,” ujar Faries lalu melambai kearah kamera. 


“So back to Anugerah Filem..whoa how often we see romantic gesture from someone we love..hmm tak sangka Faries Syamri seorang lelaki yang begitu romantic..and damn he got Nasha as his wife..,” ujar Ehsan lalu ketawa. Semua yang hadir turut ketawa bila Ehsan memberi komen sedemikian. Ehsan turut terperanjat bila Faries mengatakan bahawa Nasha adalah isterinya. Patutlah Nasha tidak menerima cintanya rupa-rupanya dia sudah di miliki. 


Aku hanya mampu tersenyum bila Ehsan berkata demikian. So now Ehsan tahu kenapa aku tidak dapat menerima cintanya. Aku merasa gembira dan lega kerana tidak perlu sembunyi-sembunyi lagi. Semua orang sudah tahu bahawa pelakon lelaki terkenal Faries Syamri sudah beristeri. 


Aku terlentok manja di atas bahu Encik Faries lalu memandang wajah kacaknya. Encik Faries memandang ke arahku bila aku berbuat demikian. Dia mencapai tanganku lalu di cium perlahan. Hatiku meruntun sayu setiap kali Encik Faries memanjakan aku dengan belaiannya. Aduh! Encik Faries sudah mood romantic. Cair aku di buatnya. 


“I love you, and our baby,” ujar Faries tersenyum lalu menyentuh perut Nasha perlahan.


“Abang tahu??,” ujarku terperanjat kerana aku tidak memberitahunya bahawa aku hamil kerana aku tidak berkesempatan untuk memberitahunya semasa di Canada. Lagipun masa tu Encik Faries sibuk melayan Ernisa dan aku ketika itu masih merajuk dengannya. Hehe. Ingatkan nak rahsiakan dahulu. 


Faries menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum. Faries duduk menegak bila terasa mual tiba-tiba. Aduh! Dia dah mula lagi. Dia tidak tahu kenapa rasa mual itu tidak hilang sejak kelmarin. Penat dia berulang alik ke kamar mandi memuntahkan apa yang di makan tadi. Sudahlah semua makanan kegemarannya tidak di sentuh lagi malah dia makan makanan yang tidak pernah dia sukai sebelum ini iaitu yang tidak organic dan berkhasiat. Semalam tiba di Malaysia sahaja dia meminta Fiza membuatkannya Laksa Johor yang tidak pernah dia sukai kerana ianya berlemak. Entah macamana semangkuk Laksa Johor dia berjaya menghabiskan semua tanpa meninggalkan sebarang sisa. Dia tidak tahu kenapa? Ubat dari doctor tidak mampu melegakan sakitnya kerana dia masih merasa mual dan muntah-muntah.


“Kenapa bang? Abang tak sihat ke?,” ujarku panic. Aku perasan tempoh hari semasa di Canada Encik Faries tidak berapa sihat. 


“I don’t know I have been this condition since that day,” ujar Faries lalu menyentuh dadanya cuba menahan rasa mual yang di rasa.


“Abang tak jumpa doctor??..kita masuk bilik,” ujarku risau lalu membawa Encik Faries ke dalam bilikku. Aku menanggalkan jaketnya dan melonggarkan tali lehernya  lalu membaringkannya di atas katil. Faries meletak lengannya di atas kepala cuba melegakan rasa pening di kepala. Aku membuka laci mencari minyak angin. Setelah menemui minyak angin serai aku kembali ke katil lalu duduk. Aku membuka penutup minyak serai.


“No..no dear..I can’t stand lemongrass smell,” ujar Faries lalu bangkit dari katil. Dia berjalan laju menuju kearah dapur. Aku berkejar mendapatkannya takut terjadi apa-apa padanya. Teruk sangat aku tengok keadaannya. Risau pula hati aku di buatnya. Encik Faries sakit apa? Keracunan makanan?


Encik Faries muntah di sinki dapur. Aku mengosok belakangnya perlahan. Sayu pula aku melihat keadaannya. 


“Eh Faries bila sampai? kenapa dengan Faries, Nasha..?,” tegur Encik Nordin bila di lihatnya menantunya itu muntah di sinki dapurnya. Dia mahu ke tandas dan terperanjat bila dilihatnya Faries muntah-muntah di sinki dapurnya. 


Balik dari kenduri tadi, dia suami isteri terperanjat melihat kereta Cayenne menantunya itu berada di pengkarangan rumah. Bila Faries sampai? Setahu mereka Faries berada di Canada di rumah emaknya. Bila Faries balik ke Malaysia?


“Entah abah, abang Faries tak sihat..sejak itu hari lagi,” ujarku dengan wajah risau. Masih lagi mengosok belakangnya perlahan. 


“Tak pergi jumpa doctor..teruk sangat abah tengok keadaan kau, Faries,” ujar Encik Nordin turut merasa risau melihat keadaan Faries. Keracunan makanan ke? Harus di hantar ke hospital. Tidak boleh di biarkan nanti melarat.


Faries menutup paip sinki. Bagai hendak pengsan dia dibuatnya kalau keadaan ini berterusan. Aku mengelap wajahnya dengan tuala kecil lalu membawanya duduk di kerusi berdekatan. Faries menarik nafas perlahan. 


“I’m going to get very sick,” ujar Faries dengan wajah tidak bermaya.

“Ah Faries kenapa ni??,” tegur Puan Normah pula terperanjat melihat keadaan menantunya yang terduduk di kerusi dalam keadaan tidak bermaya. Apa yang berlaku. Faries tidak sihat?


“Abang Faries muntah-muntah mak..katanya sejak kelmarin lagi,” ujarku lalu mengurut kepalanya perlahan. 


“Muntah-muntah dari kelmarin? Pembawakan budak agaknya?,” ujar Puan Normah lalu tersenyum. Anaknya Nasha mengandung, suaminya pula yang terkena alahan. Nasha tidak muntah-muntah dan dia kelihatan sihat sahaja seperti tidak mengandung. Nasha tidak mengidam juga. Kata orang jika suami terlalu cintakan isterinya. Suaminya yang mengalami alahan ketika isteri mengandung. Dan tengok dari caranya macam begitu.


“Pembawakan budak? Really?,” aku tersenyum gelihati lalu menoleh kearah Encik Faries. Encik Faries memandang wajahku dengan wajah keliru tidak faham akan maksud ibu mertuanya. Dia sakit pembawakan budak? 


“Thanks for loving me so much abang,” ujarku lalu mencium pipinya perlahan. Love my hubby. Haha kesian pula aku tengok keadaan Encik Faries. Dia terkena alahan orang mengandung. Aku pula alhamdullilah sihat walafiat tidak terasa mabuk-mabuk atau mengidam. 


“Abang tak faham?,” ujar Faries dengan wajah keliru.


“Apa yang abang alami sekarang ni..selalunya berlaku kepada wanita mengandung. Sakit kepala..mabuk dan muntah-muntah..mengidam, sepatutnya Nasha yang alami keadaan seperti itu tapi abang pula yang mengalaminya..ini bermakna abang sayangkan Nasha deep-deep,” ujarku lalu memeluk Encik Faries dari belakang.


“So you know how much I love you now..,” ujar Faries lalu tersenyum. Selama ini Nasha tidak tahu betapa dalamnya cintanya terhadap dirinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya. Jika dia terpaksa menanggung alahan wanita mengandung dia rela demi untuk isteri tercinta. Jadi selama ini dia tidak terkena keracunan makanan, tapi mengalami alahan wanita mengandung. Patutlah dia tidak dapat menyentuh langsung akan makanan organicnya dan seleranya bertukar. Dia mengidam makanan yang tidak pernah dia sentuh sebelum ini. 


Previous: Bab 65
Next: Finale

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.