Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
196,842
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Bab 10

MAKCIK Sue menangis teresak-esak. Sanggup Arlisa buat begini padanya. Dia tak menyangka Arlisa juga seperti Arissa. Melarikan diri dari rumah. Namun nasib baiklah ada Nida yang datang mententeramkan Makcik Sue.

“Kau tengok ni Nida.. tengok apa dia tulis,” Makcik Sue menghulurkan surat yang dijumpainya di bilik Arlisa.

“Baiklah Makcik Sue,” sambut Nida. Dia rakan baik Arlisa sejak Arlisa bekerja di taska lagi. Dia pun tidak menyangkan Arlisa membuat keputusan sedrastik ini.

Surat dibuka dan isinya baca. Ia berbunyi begini:

“Kehadapan Makcik Sue yang disayangi. Pada ketika Makcik Sue membaca surat ini, Arlisa mungkin sudah berada di awan biru. Arlisa mintak maaf atas segala kesalahan Arlisa selama ini. Lisa tak bermaksud untuk menyakiti hati Makcik Sue dengan pemergian ini, tetapi Arlisa lakukan semua ini demi kesejahteraan hidup Makcik Sue. Halalkan segala makan minum Lisa selama Lisa tinggal dengan Makcik Sue. Jangan cari Arlisa lagi! Anggaplah Arlisa tidak wujud lagi. Insya Allah kalau ada jodoh panjang, kita akan bertemu dan Arlisa akan menjelaskan segala-galanya. Selamat Tinggal.

Arlisa Rahman”

Nida melipat semula surat tersebut. Dari apa yang mampu dia simpulkan, Arlisa sedang menyembunyikan sesuatu dan gadis sudah terlibat dengan masalah yang besar. Masalah yang dihadapi Arlisa ini mungkin tidak dapat diselesaikan sesiapa pun dan dia tidak mahu menyusahkan sesiapa yang rapat dengannya.

“Makcik Sue, janganlah risau. Saya yakin kita akan jumpa Arlisa. Saya juga rasa dia ke KL ni makcik,” simpul Nida.

“Ke KL? Buat apa?” Makcik Sue mengelap airmata yang mengalir.

“Cari Kamal mungkin?”

“Kenapa pulak cari Kamal?? Lelaki tak guna tu.. heeee geram akuuu!” Makcik Sue emosi. Kalau si Kamal tu ada di depan mata aku ni, mau aku renyuk-renyuk buat ulam!

“Ntah.. ntah…” Nida menimbulkan suspen.

“Apanya Nida oiiii?”

“Lisa mengandung kot Makcik Sue..” Spekulasi tak berasas telah ditimbulkan Nida. Itu ajelah alasan yang paling logik.

“Eh? Mulut kau tu jaga ya! Karang aku cilikan kan.. haaaa.. tapi.. aku pun tak tahulah Nida..” Makcik Sue tak percaya Arlisa berperangai begitu. Tak mungkin anak saudaranya itu mengandung atau berani melakukan apa-apa perkara seburuk itu.

“Hmm saya pun tak tahu la makcik. Rasanya baik kita pi solat hajat. Mana tau dapat petunjuk,” kata Nida. Ini idea bernas!

“Betul jugak cakap hang Nida..” Makcik Sue bingkas bangun menuju ke tandas.

****

“YANG mana satu bilik Puan Murni?” Arlisa merasakan dirinya seperti dalam labyrinth. Mungkin sudah sesat agaknya mencari bilik Puan Murni.

“Puan..” Mak Jah menegur Arlisa dari belakang.

“Oh Mak Jah..” Arlisa terkejut disapa Mak Jah.

“Puan cari apa..?” Dah kenapa dengan Puan Arissa ni? Takkan tak jumpa bilik Puan Murni.

“Bilik Puan Murni..” Arlisa tergagap dalam mengucap kata-kata. Tolonglah jangan syak apa-apa. Aku serius tak tahu ni!

“Dekat depan tu. Puan nak cakap apa dengan Puan Murni?” Mak Jah tiba-tiba berubah sikap menjadi tegas.

“Saya nak pujuk dia turun makan bersama..” jawab Arlisa.

“Saya tak benarkan! Saya tak mahu kesihatan Puan Murni terganggu dengan kata-kata Puan,” Mak Jah mula menunjukkan taringnya.

“Mak Jah.. saya janji yang saya akan cakap baik-baik dengan Puan Murni. Saya takkan bagi dia sedih atau apa-apa.. kalau Mak Jah tak percaya, Mak Jah boleh ikut saya masuk ke dalam sekali. Dan kalau saya ada cakap benda yang Mak Jah rasa tak sesuai, Mak Jah boleh panggil suami saya sendiri naik ke atas.” Panjang lebar Arlisa memberi penjelasan. Susah betul nak yakinkan orang yang dah hilang kepercayaan pada kita ni.

“Baik,” Mak Jah bersetuju. Mereka berdua masuk ke dalam bilik Puan Murni.

Arlisa terkejut dengan keadaan bilik Puan Murni yang sedikit kelam kabut. Cadar yang agak kotor dan bau yang tidak menyenangkan. Mungkin Puan Murni sudah terlalu lama tidak keluar dari biliknya. Bilik ini juga perlukan udara segar!

“Mama..” Panggilan pertama Arlisa menimbulkan kecurigaan Mak Jah. Puan Arissa tidak pernah memanggil Puan Murni dengan panggilan Mama.

Puan Murni menoleh dan dia sangat terkejut melihat Arlisa di dalam biliknya.

“Kau panggil aku apa? Kau keluar sekarang! Kau tak berhak panggil aku Mama. Mak Jah!!!! Bawak perempuan ni keluar!!!!” Puan Murni seperti histeria. Menjerit tidak tentu pasal. Mak Jah pula mula memegang lengan Arlisa dan ingin menariknya keluar.

“Tunggu, kalau Puan Murni nak halau saya Puan boleh lakukan selepas ini. Tapi tolong dengar apa yang saya nak cakap.. tolonglah!” Arlisa cuba mengawal keadaan. Dia tidak mahu Adam dan adik beradik lain masuk campur.

“Kau nak cakap apa?? Cakap lah cepat! Cakaplah!” Puan Murni masih menggunakan nada amarahnya. Arlisa masih lagi tenang. Tidak melawan.

“Kalau Puan sayangkan anak Puan, tolonglah turunkan ego Puan dan turun ke bawah. Puan sayangkan Adam, Arman dan Fida bukan? Kasihan Adam Puan, dia beriya-iya nak Puan makan bersama malam ni,” jelas Arlisa dengan nada lembut. Nada yang tak pernah terlihat dari diri Arissa.

“Aku boleh turun.. tapi aku tak mahu kau ada sama. Boleh? Aku tak rasa kau akan setuju kan?” Puan Murni tahu benar dengan perangai Arissa. Perempuan tu takkan semudah itu nak menyuruh dia turun ke bawah dan makan bersama-sama yang lain. Mesti ada muslihat disebaliknya.

“Baiklah. Saya takkan turun. Saya akan berada di bilik saya. Lagipun ini gathering family Puan kan? Saya tak penting dalam makan malam ni. Kehadiran Puan sangat penting. Jangan susahkan mereka Puan Murni. Mereka sangat sayangkan Puan. Dan jangan buat mereka bencikan Puan dengan sikap ego Puan ini. Saya keluar dulu.” Arlisa menjawab dengan penuh diplomasi dan kelembutan. Dia kemudian keluar dari bilik Puan Murni dengan hati yang tenang dengan harapan Puan Murni akan mendengar nasihatnya.

Puan Murni dan Mak Jah tercengang. Apa yang sudah terjadi? Arissakah itu yang bercakap dengan mereka sebentar tadi? Dia kelihatan sangat tenang dan tidak sedikit pun tanda-tanda dia bengang atau marah. Puan Murni mengarahkan Mak Jah menyiapkan pakaiannya. Dia mahu turun dan menikmati makan malam bersama tiga orang anaknya.

****

ADAM, Arman dan Fida menikmati makan malam tanpa Arlisa dan Puan Murni. Mereka bertiga masih tertanya-tanya mengapa Arissa sampai sekarang tidak turun-turun ke bawah lagi. Adam pula berfikiran mungkin sudah tercetusnya pergaduhan di antara Arissa dan ibunya. Malam ini bukan malam yang dia impikan.

Namun mereka tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran Puan Murni yang berpakaian baju kurung hijau dan rambutnya diikat sanggul dengan kemas. Adam dan Arman menyambut ibu mereka ke meja. Namun Arissa tiada mengekori. Ini membuatkan Adam bertambah curiga.

“Mama.. macam inilah! Kami seronok tengok mama turun makan sama,” kata Arman.

“Yelah mama..! We miss you so much!” sahut Fida pula.

Manakala Adam masih lagi diam. Dia tercari-cari susuk tubuh yang dia sayangi. Mana Arissa?

“Adam? How about you dear?” tanya Puan Murni.

“I’m happy.. tapi mana Arissa mama?” Pertanyaan Adam yang menimbulkan kebencian di hati semua orang tidak bersambut. Lalu Adam bangun dari meja makan.

“Adam nak ke mana tu?” Puan Murni bertanya. Adam ni kalau tak nampak wajah isterinya walau sesaat sekali pun mahu jugak gila anak aku ni!

“Saya nak tengok Arlisa kejap kat atas,” kata Adam sambil membasuh tangannya di sinki berdekatan meja makan.

“Adam, tak payahlah. Dia dah janji dengan mama yang dia takkan turun kalau mama makan bersama kamu semua,” kata Puan Murni.

“But..”celah Adam. Dia tidak berapa setuju dengan perjanjian mama dan Arissa.

“She has made a promise. And… I really hope that she doesn’t break that promise. Dia juga ada cakap yang ini semua untuk kamu Adam. Appriaciate please.. your wife sacrifices.” Puan Murni memberi kata penamat.

“Sacrifices la sangat,” bisik Fida.

“I’m sorry,” balas Adam. Dia meninggalkan ruang makan dan terus menuju ke kamar Arissa.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail