Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
43,984
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

PuanAini memandang beg kertas yang terletak di atas sofa. Ada sehelai jubah didalamnya. Dia kembali ke dapur. Menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anaknya.Nurin sudah ke tempat kerja. Imani cuti semester. Baru semalam pulang ke rumah.Anak ketiganya itu bakal menghabiskan ijazah sarjana mudanya pada tahun depan. Afiqdan Nabil menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang perguruan. Merekabeza hanya setahun. Dua tahun lagi tamatlah. Shira pula jauh bezanya. Anakbongsunya itu baru saja menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sarawakdalam bidang kejuruteraan. Dalam ramai adik-beradik, Shira paling pandai jugapaling pendiam.

            “Mak, mana Alang? Kata dah sampaisemalam?” Syakila menghampiri emaknya. Nasi goreng belacan kegemarannya barusaja siap di masak.

            “Lewat sangat kamu balik semalam.Sampaikan Alang tak dapat nak tunggu. Dia letih sangat.”

            “Ila habiskan kerja kat office tumak. Seorang kerani Ila berhenti semalam. Banyak kerja tertangguh.”

            “Bila kamu pergi KLCC? Mak tengokada jubah atas sofa tu.”

            “Oh… jubah tu Sufian bagi. SemalamIla pergi jumpa dia.”

            “Kamu dengan Sufian tu ada apa-apake?” Puan Aini meletakkan teko kembali ke atas meja. Wajah Syakila dipandang.Dia kenal Sufian. Tapi entah kenapa dia tidak senang bila tahu Syakila rapatdengan Sufian.

            “Apa-apa macam mana mak?” Syakilacuba berkias. Dia tahu maksud emaknya. Tapi dia tidak mahu membesarkan hal ini.Dia dan Sufian tidak ada apa-apa hubungan.

            “Dia tu suami orang Ila. Mak tak nakkamu jatuh hati. Mak takut. Mak tak nak kamu sakitkan hati perempuan lain.”

            Syakila menarik nafas. Entah kenapaemaknya tiba-tiba menimbulkan soal begini di awal pagi.

            “Ila tak ada apa-apa dengan dia mak.Mak tak payahlah risau.”

            “Ila… memang sekarang kamu cakapmacam ni. Tapi emak risau lah. Lagipun mak tengok kamu tak ada mana-mana kawanlelaki. Sufian itu ajelah yang kamu ada sekarang ni.”

            “Mak ni… Ila ni tak lah terdesaksangat nak kahwin sampai nak kaut Sufian tu mak… dia tu suami orang lah.Lagipun Ila kenal isterinya. Mak janganlah fikir yang bukan-bukan.”

            “Apa yang dibualkan tu? rancaksangat. Kak Ila nak kahwin ke?”

            Puan Aini dan Syakila memandangImani yang muncul di dapur.

            “Kamu ni…. salam pun tidak,tiba-tiba menyampuk orang tua nak bercakap.” Syakila mencubit lengan adiknya.Muncul saja anak ketiga itu, terus mencuit nasi goreng yang baru di hidang didalam pinggan. Dari kecil lagi, Imani agak lincah orangnya. Kadang-kadang diapun geram. Adiknya itu hidup bagaikan tiada peraturan. Main terjah saja.Kecil-kecil dulu, dia yang paling banyak masalah. Tidak reti duduk diam. Mahumembantu jauh sekali. Sekejap saja hilang pergi main di laman orang.

            “Kak Ila, nampak makin comel sekarang.baru tiga bulan kita tak jumpa. Kak Ila semakin kurus lah.” Imani menompangdagu di bahu kakaknya. Tubuhnya yang agak tinggi membuatkan mereka seringmenganggap dia anak sulung dalam keluarga.

            “Kamu nak bodek kakak kamu pagi nikenapa? Adalah benda yang kamu nak tu.” Puan Aini menyampuk. Sambil tangannyaleka mencuci kuali yang baru digunakan tadi. Sudah menjadi kebiasaan, sehabissaja memasak, dia akan terus membersihkan dapur. Segala peralatan yangdigunakan dicuci lalu dikeringkan. Usai makan, dia akan simpan semua peralatanitu ke dalam kabinet dapur.

            “Mak ni, Alang ikhlas nak puji KakIla. Betul lah.. Kak Ila semakin kurus. Muka pun nampak berseri-seri aje. Cubabagi Alang petua.”

            “Sudah, tak payah nak pujilebih-lebih. Cuba cakap apa yang Alang nak.”

            Imani menarik nafas panjang. Sukarmahu diungkapkan. Tapi sampai bila dia harus simpan.

            “Alang nak kahwin!”

            Puan Aini dan Syakila melopong.Masing-masing memandang wajah Imani tajam. Imani tertunduk sepi. Mulutnyaberkumat-kamit sendiri membaca doa agar mereka tidak memarahi atau menegah.

            “Apa yang kamu merepek ni Alang.Belajar pun tak habis lagi dah nak kahwin. Kamu jangan main-main dengan mak.Janganlah nak buat mak sakit jantung.”

            “Alang.. betul ke Alang nak kahwin?”Syakila meminta kepastian. Dia faham sangat dengan Imani. Adiknya itu jarangmeminta tapi bila dia mahukan sesuatu memang sesuatu yang besar. Kalau bolehbulan bintang di capai bawa ke bumi.

            “Kamu nak kahwin dengan siapa?”

            “Dengan Ustaz Zaki lah mak.”

            Puan Aini diam. Syakila jugatergamam. Baru sebulan lepas dia bertelagah dengan Angah fasal Iman mahu datangmeminang. Ini adiknya pula mahu berkahwin!

            “Eh…. Jangan nak mengada. Jangan nakmenggatal cepat sangat. Kakak kamu ni pun tak selesai lagi. Kamu pula dah nakkahwin. Belajar pun tak habis lagi. Mak nak kamu habiskan belajar dulu, lepastu dapatlah kerja elok sikit barulah kahwin.” Puan Aini menggeleng kepala.Belum habis peningnya dengan Nurin. Ini Imani pula buat hal yang sama.

            Syakila masih diam. Dia tidak tahumahu berkata apa.

            “Mak, Alang dan Zaki tu dah lamasangat berkawan. Emak dan ayah dia nak pergi haji tahun depan. Kalau boleh dianak kami disatukan dulu sebelum pergi. Lagipun, Zaki tu satu-satunya anaklelaki dia mak. Alang dah cakap dengan Angah. Kami tak kisah kalau nak buatsekali kenduri.”

            Puan Aini tepuk dahi. Tempoh hariNurin sibuk mahu Iman masuk meminangnya. Dia saja yang belum kata ya danmemberikan tarikh. Ini Imani pula mahu berkahwin. Tidak…. Tidak….pandai-pandaipula mereka berdua merancang nak bersanding sama…. Tidak!

            “Apa lah yang Angah dan Alang fikirni. kamu tak pentingkan pun kakak kamu. Sepatutnya kamu kena biarkan kakak kamukahwin dulu. barulah Angah kahwin. Alang, kamu tak lama lagi nak tamat belajar.Takkan tak boleh nak tunggu setahun lagi?”

            Syakila juga bersetuju dengankata-kata emaknya. Bukan lama pun. Selama ini sanggup menunggu berpuluh tahun,tapi takkan tak mampu untuk menunggu setahun saja lagi. Zaki ini pun satu, takkan tak boleh pujuk emak dan ayah dia.

            “Mak, Kak….. Kami sebenarnya dahrancang lama nak berkahwin. Masa abang Zaki habis belajar empat tahun lepas.Tapi kami tunda dulu sebab….” Imani tidak sampai hati menyambung kata-katanya.Memang dia jenis yang cakap lepas, tapi bab ini dia harus berhati-hati. Adahati yang perlu dijaga.

            “Sudah lama? Kamu tak pernah punbercerita dengan emak?”

            Imani kelu. Dia dan Nurin sudahmenyangka akan jadi begini. Soalan demi soalan akan muncul ketika ini. Itusebabnya Nurin menyerahkan dia untuk bercakap. Nurin yang agak lembut dan sukamengalah itu tidak sampai hati meneruskan niatnya untuk berkahwin.

            “Macam mana nak cerita dengan mak…..mak dari dulu lagi sibuk nak kahwinkan Kak Ila. Alang dengan Angah tungguajelah majlisnya. Tapi, sampai sekarang Kak Ila belum juga ada jodohnya mak.Habis tu, takkan Alang dengan Angah nak tunggu lagi.” Imani cuba berkataselembut mungkin. Walau nampak kasar bunyinya. Tapi dia tidak ada pilihan.

            Syakila tersentak. Dia tidakmenyangka dua adik perempuannya sudah merancang sejauh ini. Kini dirinya terasabagai penghalang antara keduanya. Penghalang kebahagiaan adik-adiknya. Lantarandia tidak berkahwin lagi, dua adik perempuannya juga bertindak menangguhkanperkahwinan. Itu dia tidak pernah tahu. Mereka tidak pernah berbincangdengannya.

            “Alang, kenapa tak pernah bincangkansoal ini dengan akak? Ni bukan soal kamu nak sambung belajar, atau soal kamunak kerja kat mana. Ni soal masa depan. Kamu nak tempuh sepanjang hayat. Bincanglahdengan kami. Ini bukan perkara main-main.”

            Imani menghampiri Syakila. Kakakyang banyak berkorban untuk mereka semua. Tapi bukan mereka tidak menghormati.Malah mereka sanggup buat apa saja untuk kakak kesayangan mereka itu. namun,bukan mudah untuk mereka menunggu sesuatu yang tiada kepastian. Sepertiperkahwinan kakaknya…. Bila?

            “Kak, kami minta maaf. Bukan kamiketepikan kakak. Tapi, dah lama sangat kak. Abang Iman dengan Abang Zaki dahbuat keputusan. Mereka nak datang juga meminang.” Imani memandang emaknya. PuanAini diam membisu. Menunjukkan kemarahannya. Menunjukkan rajuk hatinya. Imanimenunduk ke lantai. Tidak sanggup merenung wajah yang mencuka itu lebih lama.

            “Dah lah… Mak, mari kita sarapan.”

            Syakila memandang wajah emaknya.Puan Aini Maih membisu. Seketika kemudian, wanita itu bangkit dari duduknya.

            “Mak nak naik atas. Kamu sarapanlahdulu. Mak nak berehat sekejap.”

            Syakila dan Imani hanya memandang.Tanpa mampu berkata apa-apa.

            “Kak, kakak tengoklah emak tu. macammana Alang nak bincang. Angah pun dah cuba pujuk emak. Banyak kali kak. Darizaman tak habis belajar lagi. Sampailah Angah kerja. Dia try cakap dengan maknak kahwin. Tapi mak tetap nak suruh kakak yang kahwin dulu. Kak, kami punkalau boleh nak kakak kahwin dulu. Tapi…..” Imani tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

            “Alang, kakak faham. Kakak cubabincang dengan emak dulu. Kalau keputusan di tangan kakak, dah lama kakak bagikamu kahwin. Tapi, apa pun kita tak boleh belakangkan emak. Kita kena mintapersetujuan mak. Kakak harap kamu bersabar.”

            “Kak…..”

            Imani memandang Syakila. Lidahnyakelu. Kata-kata yang ingin diungkapkan tadi hilang entah ke mana. Pagi itusuram. Hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi menambah kelesuannya.Mereka suma berharap, dan berharap kesuraman itu akan berlalu dengan pantas.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.