Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 17A

Emelbuat muka blur! Pelik melihat kawannya itu macam apa je.

            Salam dilepaskan. Irwan masih tidaklekang dengan senyuman. “Aku rasa memang tepat bakal pengantin perempuan yangkau pilih ni! Kau jangan risau! Aku sentiasa sokong kau. Zirah dah tahu? Sejakbila kau jatuh cinta dengan dia ni?” Irwan menyiku-nyiku perlahan lengan Emeldihadapannya itu.

            “Sejak bila aku jatuh cinta denganminah Cicak Kobeng tu?” Jawab Emel tak berperasaan.

            Terkebil-kebil kelopak mata Irwan.“Habis tu, kau cakap nak kahwin dengan dia kan tadi?”

            “Memang lah. Tapi aku tak cintakandia.” Jawab Emel bersahaja.

            “Habis tu macam mana kau nak kahwindengan dia?” Soal Irwan. Tiba-tiba otaknya mula dapat mengesan tektik jahatdalam otak Emel tu.

            Emel hanya tersenyum dan kemudianketawa sendiri. Tangannya meraba-raba strawdidalam botolnya yang diambil dari peti ais mini dibilik pejabatnya itu. Namunniatnya mahu menghirup air oren tergendala. Bila menyedari air didalam botolnyaitu kosong! “Kau ganti  balik air aku!Selamba kau je habiskan ye!” marah Emel.

            Giliran Irwan pula ketawa kuat.Alahai Emel! Cakap ajalah yang kau dah tangkap lentok dengan Si Zirah tu! Kalautak disebabkan aku ni bakal jadi suami Anis, dah lama aku sapu si Zirah tu! Sekalipandang pun dah boleh jatuh cinta. Inikan pulak si Emel pandang hari-hari!Bukan takat jatuh cinta, jatuh tangga pun boleh!

            Apapun! Tahniah sebab dah membukakanhati kau yang macam bilik kebal tu buat insan yang bernama Nur Ainul Nazirah!Syabas!

Previous: Bab 17
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.