Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 63

YANImasih terdiam, takut pulak nak menyoal kawannya itu. Rasanya tak sesuai untukdia bertanya dalam waktu ini. Nanti kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Zirahitu mahu tercacak atas kepala. Zirah ni boleh tahan jugak garangnya.

            Zirah mengeluh. Dalam waktu sekaranghanya Yani saja kawan yang paling memahami. Pelbagai alasan yang aku berikankepada Kak Masyitah untuk beri aku kebenaran tinggal dirumah Yani buatsementara waktu. Tak akanlah aku nak pulang kerumah Kak Masyitah dengan matabengkak macam ni?

            “Kau kenapa Zirah?” Setelah beberapajam, Yani berkesempatan untuk bertanya.

            Aku hanya tersenyum. Yani tak tahupun aku dah kahwin. Yang tahu hanya Haji Hanif, Kak Masyitah dan Ashraf. HajiHanif tahu pun sebab dia yang temuduga aku masa mula-mula aku masuk bekerja diFQ.

            Rasanya Yani berhak tahu siapa aku,status aku. Aku dah berkawan dengan dia hampir Sembilan bulan. Susah senangkami sama-sama. Tak sampai hati pula aku terus merahsiakannya.

            Perlahan-lahan aku berceritadengannya. Dan Yani mendengarnya dengan penuh teliti. Sesekali dia mencapaitisu dan menghembuskan hingusnya. Gayanya itu sudah seperti melihat ceritaHindustan di depan TV. Nak tergelak pun ada aku melihatnya.

            “Sampai hati kau tak ceritakan kataku kan? Kata kawan baik.” Yani mengelap lagi air matanya setelah aku selensaibercerita.

            Aku hanya ketawa. “Aku ingatkanbenda ni tak berlaku lagi, tapi tak sangka pulak ini jadinya. Kalau aku tahu,aku tak balik tempoh hari.”

            “Sabarlah Zirah. Aku pun tak tahunak nasihat apa dengan kau. Cuma aku cadangkan kat kau, sebelum kau ambilkeputusan apa-apa. Ada baiknya kau jumpa dia balik, berbincang. Bagi tahu dia apayang kau pendam selama ni. Kadang-kadang setiap yang berlaku mesti ada sebab.”Yani memberi nasihat. Nak nasihat lebih-lebih, dia pun tak kahwin lagi. Huhu!

Previous: KEJUP 2
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.