Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 1.1

            Nasib Fana lebih baik dari aku.Selepas keputusan SPM keluar dua tahun lepas, aku terus duduk dikampung.  Keputusan peperiksaan  aku taklah teruk mana, cuma cukup-cukup makanje. Kalaulah aku tak demam teruk masa examSPM tu, aku rasa mesti  dah sama-samabelajar dengan Fana. Astagfirullah al’azim. Tak baik salahkan takdir. Mungkinada hikmah yang Allah nak bagi. Hurmm.. Aku redha J

            Bertimpa-timpa dugaan yang aku dapatsejak dua menjak ni. Subhanallah, susahnya nak jadi hamba Allah yang baik kan?Tapi aku tetap bersyukur, sekuat mana ujian yang datang. Aku masih bolehtersenyum. Sampai  mak pun naik pelikdengan aku. Tabah sangat. Nampak je tabah, dalam hati ni dah melantun-lantungundah gulananya.

            Mataku terpandang frame gambar diatas meja sisi katil.Gambar disaat Mak Nah menyarung cincin dijari manisku. Dah dekat sebulanperistiwa kecewa itu berlalu. Dalam masa aku sibukkan diri dengan macam-macamjenis kerja, baru sekarang aku perasan framegambar tu masih utuh disitu tanpa beralih tempat. Kalau orang lain mesti dahlempar ke dinding kan?

            Buat apalah nak buat macam tu,kenyataannya takdir tu tak boleh diubah. Perlahan aku mengambilnya. Urmm, manisjugak aku ni ye? Patutlah Mak Nah marah sangat kat Razif. Alahai Mak Nak, takada rezeki kite nak jadi menantu Vsmentua. Bakal menantu Mak Nah pun jauh lebih cantik dari kita. Lebihberpelajaran, dan dia dah jadi permaisuri dihati anak Mak Nah tu. Kita ni,jangankan jadi pemaisuri. Jadi tukang lap cermin kat hati dia  pun belum tentu tercalon.

            Mengeluh sekejap, buang rasa peritdihati. Terkilan usah dicakaplah, terlalu terkilan. Ada baiknya aku simpangambar ni kat bawah katil. Eh, tak boleh. Nanti cencorot makan pulak. Tikus‘kesayangan’ mak tu  kalau dah dapatmakan, kayu pun dia rasa macam keju.

            Kalau macam tu, aku simpan kat rebanayam katek mak. Eh! Tak boleh! Hina sangat la pulak. Apa kata kalau aku simpankau kat sini. Perlahan aku letakkan framegambar itu didalam laci almari cermin yang paling bawah sekali. Dalam laci tujugak ada macam-macam jenis kenangan yang aku bersama Razif. Aku pernah  nak pulangkan semuanya, tapi empunya barangtak nak. Katanya dia ikhlas bagi semua tu. Dia cakap, kalau dah tak nak sangat,buang saja. Tapi! Kalau aku buang, rasanya akulah manusia yang tak retibersyukur!

            Gila apa nak buang satu set barangkemas hadiah pertunangan dulu? Kain hela sutera yang masih belum berjahit, satualbum gambar yang berjuta-juta memori yang susah nak dilupakan, dan yang palingberharga ialah baju pernikahan berwarna putih ini. Adoi, boleh meleleh air matatiap kali terpandang baju jubbah maxiitu. Kalau diikutkan, lagi tiga minggu lagi pernikahkan antara aku dan Razifakan berlangsung. Tapi takdir tidak berpihak kepadaku, aku redha. Biarpun sakitnak terima semua ni. Teringat pertemuan pertama selepas hampir setengah tahuntak berjumpa, dan akhirnya ia juga adalah pertemuan terakhir yang mengakhirisegala-galanya…..

 “Eh, abang.Awal pulak sampainya, kata pukul tiga. Lama tunggu? Sorry, tadi Zirah ambik Jihah kat rumah kawan dia.” Seperti biasaaku mesti bawak Jihah sekali bila berjumpa dengan Razif. Dan Razif akan bawaadiknya juga yang bernama Yayah. Biasalah darah manis, tak elok berjumpaberdua. Dan sejak bercinta lagi mereka akan membawa adik masing-masing bilabertemu.

Kisah cinta aku tak seindah macam korang. Kisahcinta aku ni pelik! Sampai sekarang Fana masih ‘ternganga’ tak percaya yang akuakhirnya jadi tunang Razif. Ha..ha! Ratu membuli ditawan oleh mamat kaki buku?Ajaib!

Razif masih terdiam sambil matanya melontar jauhmemandang Jihah dan Yayah yang sedang bermain ombak berhampiran kami.

“Ada apa nak jumpa ni? Mak Nah kan tak bagi kitaberjumpa.” Lama sangat menanti ayat dari mulut lelaki itu, aku cuba bersuara.Kalau setakat nak duduk sini teman dia mengelamun, baik aku balik je. Kat rumahtu banyak benda aku kena buat. Kena habiskan buat bunga telur yang lagisekotak, hantaran yang masih berselerak dalam bilik, kad kahwin yangberkepuk-kepuk diatas meja tanpa diusik sejak seminggu diterima tempoh hari.Haaaihhh! Banyaknya kerja kalau nak kahwin ni.

Previous: Bab 1
Next: Bab 1.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.