Home Novel Cinta Hatiku Hanya Satu
Hatiku Hanya Satu
Fatina Mudz
13/8/2018 21:54:59
4,492
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Keadaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sangat sibuk dipenuhi oleh manusia. Ada yang kelihatan kelam kabut ke kaunter untuk check in, ada yang sedang menunggu kepulangan orang yang disayangi dan aku disini menunggu penerbangan aku ke Pulau Pinang bersama teman sepejabat aku untuk menghadiri kursus dan mesyuarat selama 3 hari yang dianjurkan oleh syarikat yang kami bekerja dan kali ini berlangsung di Pulau Pinang. Sedang aku khusyuk melihat keadaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini, hampir tidak sedar penerbangan kami sudah dipanggil. Mujur Aimi pergi sekali dengan aku, kalau tidak mahu terlepas penerbangan aku ni.

“Khusyuk betul kau termenung tadi, apa yang kau fikirkan Kayla? Masalah kerja ke? Setahu aku, kau tak ada masalah kerja. Masalah cinta pun tak ada. Ke kau ada boyfriend tanpa bagitahu aku ni?” Bebel Aimi. Aku malas nak menjawab soalan-soalan dia sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang aku fikirkan sebentar tadi.

“Oi Kayla! Aku cakap dengan kau lah bukan dengan dinding tau?” Sergah Aimi. Hah, ni lah dia Aimi ni, selagi tak dijawab, selagi tuhlah dia akan bertanya, kalau tak dijawab lagi mahu dalam flight nanti dia tanya dan tanya lagi.

“Aku dengarlah Aimi, ish kau ni, nak naik flight pun membebel lagi kau ni. Cuba bawak bertenang sikit, lari semua orang tau dengar suara kau yang kuat ni.” Mencebik terus Aimi ni bila aku jawab gitu. Macam-macam lah Aimi ni.

Hampir 1 Jam 10 minit didalam kapal terbang, mendengar celoteh Aimi tentang movie yang baru ditengoknya, akhirnya sampai sudah kami di Pulau Pinang. “Kayla, jom cepat naik teksi, sampai hotel cepat, aku penatlah nak rehat ni.”

“Yelah Aimi, jomlah cepat aku pun nak rehat juga ni.”

“Tapi kan Aimi, sebelum tuh, kau tak lapar ke? Sebab aku laparlah.” Tanyaku pada Aimi sambil menunjuk perutku yang lapar.

“Tuhlah tadi sebelum naik flight aku ajak pergi makan tak nak, jual mahal, kata kenyanglah, dietlah. Kau ni Kayla…takpe depan hotel kita tuh dekat dengan tempat makan, kita pi pekena Nasi Kandar Line Clear kat situ, katanya paling sedap!”

“Alah, kau ni janganlah membebel tadi tuh aku dah breakfast kat rumah lah. Lepas check in hotel karang kita terus pergi makan eh..lapar ni..” pujukku sambil buat muka paling comel. Menggeleng Aimi melihat kerenah mengada-ngada aku. Apa boleh buat ini je caranya untuk mengurangkan bebelan Aimi pada aku.

Sejurus lepas meletakkan barangan kami di bilik hotel, dengan pantas kami turun bawah untuk ke restoran bagi mengisi perut kami yang sudah berbunyi ini. Mujur restorannya berdekatan dengan hotel jadi hanya berjalan kaki sahaja sudah sampai.

“Weh, sedapnya nasi kandar kat sini! Nikmat gila dapat makan! Mahu kenyang gini sampai malam.”

“Sedapkan! Makan puas-puas weh, esok dah sibuk dengan kursus nanti.” Dengan penuh selera Kayla dan Aimi menikmati makanan mereka.

“Harapnya esok kursus ada lah mamat handsome yang boleh kita tengok-tengok. Hihihi.” Dengan penuh bersinar sungguh muka Aimi. Itu yang diingatnya.

“Sabar jelah kau ni..itu je yang kau ingatkan. Habis yang kat KL tuh kau nak sorok mana? Poket kau ke? Eeeei, gatal sungguh tak faham aku.”

“Alah sekali-sekala..bukannya selalu pun.” Menggeleng aku mendengarnya. Suka hati Aimi lah, asalkan dia bahagia, aku pun tumpang bahagia.

“Sebelum balik hotel, apa kata kita pergi kedai runcit, beli apa yang patut, malam karang tak payahlah keluar, boleh rehat je, malas aku nak keluar, esok dah lah pagi kursusnya,” aku memberi cadangan pada Aimi. Bila mendengar cadangan aku, lantas dia mengangguk bersetuju. Yela, penatkan, semalam habis je kerja terus balik ke rumah, mengemas barang untuk ke sini. Letih menyiapkan kerja yang bertimbun dipejabat pun belum habis lagi dah ke sini menghadiri kursus pula.

Dalam sibuk-sibuk memilih snek-snek untuk makan dihotel, seseorang telah melanggar bahu aku. Habis jatuh barang aku. Nak cakap sakit tuh taklah tapi geram yang amat pada orang yang langgar bahu ni memang geram. Punyalah besar kedai ni, nak juga kena langgar bahu orang. Bengang betul aku. Sedang elok, selepas mengutip barang-barang aku yang jatuh, dia sikit pun tak nak tolong. Biadap punya manusia! Tunggu kau mendapat penangan bebelan aku.

“Hey! Kau ni…”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, lidah jadi terkelu, terkedu apabila mataku bertembung mata dengan dia. Dia yang aku tidak mahu lagi ingat, dia yang meragut kepercayaan aku beri, dia yang memberi kesedihan, kepedihan yang amat pada hatiku. Dia yang aku masih...sayang jauh disudut hatiku.

Dan dia, lelaki yang berada didepan aku kini juga terkejut melihat aku.

Ye dia. Setelah sekian lama aku tak berjumpa dengan dia. Kini, dia muncul kembali didepanku. Dan kelihatan dia juga terkedu melihat aku. Entah apa yang dia fikirkan bila melihat diri aku didepan dia ini. Ah, lantak dialah. Aku malas mahu mengambil pusing tentang hal dia. Lebih baik, aku cepat membayar dan cepat beredar dari tempat ini. Tanpa peduli dengan panggilan dari dia atau Aimi. Hanya satu pada fikiran aku – pulang dengan segera ke bilik hotel.

“Kenapa aku boleh bertemu dengan dia dekat sini?” bentak hati aku.

Sungguh hati aku menjadi keliru dan membuat aku tidak keruan dikala ini.

Setelah hampir 5 minit aku berjalan keluar dari kedai serbaneka, baru aku perasan. Aimi! Aduh, aku benar-benar terlupakan Aimi. Bila aku pusing belakang kelihatan Aimi, jalan agak laju menuju kearah aku. Yang pasti, aku kena hadap bebelan daripada Aimi yang pastinya mahu akan penjelasan tentang apa yang berlaku tadi. Habislah aku.

“Woi, engkau apa masalah keluar dari kedai laju-laju, tak tunggu aku pulak tuh, aku jerit panggil kau pun, kau buat tak tau. Malu tau semua orang tengok aku terpekik panggil kau tadi. Kau ni pun..ish geramnya aku dengan kau ni lah.” Berdesup-desup bebelan Aimi menyinggah telinga aku.

“Sorrylah. Aku…” tak habis aku menjawab, Aimi menyampuk lagi.

“Kau apa? Hah..kau apa? Lari daripada mamat yang langgar bahu kau kat kedai tadi? Hah..baik kau cakap lelaki tuh siapa? Apa kena-mengena dia dengan kau? Kenapa kau lari dari dia sampai tak menyempat tunggu aku? Jawab soalan aku, Kayla Melissa!” Bertubi-tubi Aimi menyoalku.

“Aku nak jawablah ni…kau ni pun Aimi, satu-satulah soalannya. Banyak sangat soalan sampai aku tak tau nak jawab yang mana dulu.” Jawabku perlahan sambil menayang muka sedih.

“Kau jangan nak tayang muka sedih, konon nak raih simpati dari aku. Kau patut kesiankan aku sebab jalan laju nak kejar kau! Sampai hotel baik kau ceritakan semua kat aku!” Marah Aimi.

"Kot ye pun nak tau wahai cik Aimi ku sayang, janganlah membebel dekat aku ditepi jalan ni. Kita baliklah hotel dulu, okay?" Tersengih-sengih Aimi bila mendengar aku kata begitu.

"Alamak! Maaf, beb. Jom, kita balik ke hotel dulu." Lantas kami bergerak bersama menuju ke hotel.

Sebolehnya aku malas nak membuka cerita lama. Cerita yang sudah aku tutup, yang sudah aku buang jauh-jauh dari hidup aku. Cerita yang aku mahu lupakan, kembali menjengah kotak fikiran aku. Lelah hati aku bila teringatkan cerita lama itu. Teringat bebelan Aimi padaku setelah aku meninggalkan dia di kedai serbaneka tadi, mendengar arahannya untuk aku menceritakan apa yang terjadi, terpaksa juga aku gagahkan diri untuk bercerita tentang dia.

Sejurus sampai sahaja dibilik hotel, sebelum Aimi bersuara. Aku bersuara dahulu.

“Aimi, kita bersihkan diri dulu. Solat dulu. Lepas tuh aku akan bercerita tentang apa yang berlaku tadi. Aku akan cerita semuanya. Aku janji, okay?” Tersengih Aimi memandang aku lalu mengangguk setuju.

Setelah selesai membersihkan diri, solat dan mengemaskan barang-barang yang kami bawa tadi. Makanya, bermulalah sesi aku bercerita pada Aimi.

“Ceritalah Kayla, aku dah tak sabar nak dengar ni.”

“Yelah cik akak oi. Aku cerita eh. Pertama sekali, aku minta maaf sebab tinggalkan kau dekat kedai macam tuh je tadi. Patutnya aku tunggu kau tadi. Sorry sangat-sangat Aimi. Aku betul-betul rasa bersalah tadi. Maafkan aku eh.” Pujukku sambil menayang muka sedih aku pada Aimi.

“Ish kau ni Kayla..takpe aku maafkan. Janji lain kali jangan buat lagi! Okay, sekarang. Cepatlah cerita! Tak payah nak tukar topik lagi eh!” Asak Aimi.

“Yelah aku ceritalah ni..Lelaki yang kau nampak tadi kat kedai tuh. Dia, lelaki yang hampir menjadi tunang aku. Hampir eh belum jadi tunang aku lagi!” Terlopong Aimi seketika.

“Ish mulut tuh tutup sikit Aimi, jangan besar sangat, masuk dek lalat nanti.” Tergelak aku melihat perangai Aimi yang satu ni.

“Serius lah? Kau biar betul? Tak pernah cerita dekat aku pun! Teruknya kau ni, Kayla! Eeeeiii…sabar jelah”

“Bukan aku tak nak bercerita kat kau..tapi benda tuh lah aku nak lupakan sebenarnya, sebolehnya aku tak nak ingat langsung pasal dia. Sikit pun tak nak. Tapi tuh lah siapa sangka, aku terjumpa pulak dengan dia harini. Dia pun terkejut tengok aku tadi!”

“Kenapa kau tak jadi tunang dengan dia? Kau ada orang lain ke? Atau dia ada orang lain ke? Ataupun keluarga korang dua tak setuju?”

Eh budak sorang ni, bertubi-tubi pulak soalan dia bagi. Sabar jelah dengan Aimi ni. Gumam aku dalam hati. “Kalau aku ada orang lain, tak ada maknanya tau aku nak lupakan dia sangat bagai semua. Keluarga kita orang tak ada masalah langsung tapi dia, lelaki tuh yang bermasalah! Aku betul-betul tak faham dengan lelaki macam dia tuh lah!” Amarah aku meningkat bila bercerita tentang dia. Inilah sebab aku tidak mahu membuka cerita lama ni.

Aku menyisip sedikit air milo sebelum aku meneruskan lagi cerita aku. Perlahan aku menarik nafas dan menyambung bercerita pada Aimi lagi, “Entahlah sebenarnya aku pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Dia nak kan aku ke tak? Dia serius dengan aku ke tak? Dia ada orang lain ke? Dia nak apa pun aku tak tahu. Sampai sekarang pun aku tak jawapannya. Jadi, untuk menjawab persoalan kau yang seterusnya, aku tak dapat memberi jawapan sebab aku tiada jawapan untuk soalan itu.” Kelihatan Aimi termenung melihat aku.

“Jadinya, dia yang minta putus atau kau yang minta putus? Sorry lah aku tanya gitu, aku pun keliru jadinya lepas dengar cerita kau..tak pernah pulak dibuat dek orang lain..aku rasalah kan, tak tau lah ada jugak yang sama kes dengan korang ni.”

Tergelak aku dengar soalan Aimi ni. “Dia lah mintak putus tanpa beri apa-apa jawapan. Bila aku tanya kenapa, dia tak jawab pun. Tapikan hubungan kita orang ni memang pelik kau tau. Komunikasi dalam perhubungan tuh penting kan? Dalam 3 tahun bercinta, kita orang ni jarang gila komunikasi antara satu sama lain. Dalam sebulan adalah 3 ke 4 kali je kita orang communicate.”

“Apa jenis hubungan engkau dua ni, weh? Nak bajet kononnya, saling percaya mempercayai terlampau sangat ke sampai kurang komunikasi ni? Zaman dah maju weh, sosial media berlambak kau orang boleh guna, apa ke jadahnya sampai gitu jadinya. Betul tak faham aku.” Menggeleng-geleng Aimi membebel pada aku. Hanya mampu tersenyum sahajalah yang mampu aku berikan.

Jujurnya aku tiada jawapan untuk aku menjawab persoalan Aimi. Betul apa Aimi katakan tadi. Zaman dah maju, Whatsapp, Telegram, Facebook, Twitter, Instagram…semua jenis sosial media boleh digunakan untuk komunikasi antara satu sama lain. Bukannya kami berdua tak ada langsung sosial media tuh semua. Ada tapi dua-dua macam orang asing walaupun sebenarnya kami bercinta. Pelikkkan? Tapi itulah realiti yang aku alami.

Penat bercerita tentang bermacam perkara, akhirnya Aimi tertidur tinggal aku seorang yang masih celik mata memikirkan perkara petang tadi. Percintaan yang berlangsung selama 3 tahun, putus begitu sahaja tanpa sebab yang pasti. Meruntun jiwa aku bila dia buat begitu, lebih-lebih lagi apabila kedua belah pihak keluarga sudah saling mengenali antara satu sama lain dan sudah pun bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan kami tapi akhirnya, punah segala harapan dan impian untuk bina mahligai bersama. Malu sungguh aku pada keluarga bila aku memikirkannya. Kenapa dia buat begitu pada aku? Adakah kerana aku terlampau jarang komunikasi dengan dia? Atau dia mempunyai insan yang lain dalam hatinya? Letih memikirkannya sampai tak sedar bila aku tertidur.

Keesokan paginya, aku terlewat bangun, itu pun nasib baik si Aimi ni ada tolong kejutkan, mana taknya suara dia yang nyaring tuh buat terkejut orang je. Lintang pukang juga lah bersiap-siap. Yelah mana taknya dah pukul 6.50 pagi, padahal kursus bermula jam 8.30 pagi. Aduhai, solat subuh pun aku hampir terbabas, sarapan pun belum lagi ni.

“Kayla, cepat sikit, aku nak pergi sarapan ni, nanti tak pasal-pasal dalam dewan perut aku berkriuk-kriuk bunyi dia.”

“Ye, aku dah siap pun ni. Alah, dewan dalam hotel ni juga. Relax lah.”

“Dah siap. Jom!” Tangan aku ditarik laju. Tak menyabar betul Aimi ni.

Selesai sahaja bersarapan, tanpa berlengah lagi, laju kami menuju ke arah dewan untuk pendaftaran kursus. Ramai juga rupanya orang yang menghadiri kursus. Sedang elok kami mengambil tempat duduk masing-masing, mata aku tertancap pada sang lelaki yang aku temui semalam.

Apa pula dia buat kat sini? Dia bekerja dengan salah satu anak syarikat aku ni ke? Ini yang tak seronok ni! Bentak aku dalam hati.

Ternyata sepanjang kursus dan mesyuarat, aku tidak dapat menumpukan perhatian langsung. Apa yang dibicarakan oleh pihak syarikat dihadapan pun aku tak berapa nak jelas sebenarnya. Yang pastinya, aku terpaksa berada didalam satu dewan yang sama untuk hari ini dah jugak esok. Sakit kepala bila memikirkan berada didalam situasi yang sungguh tidak menyenangkan ini.

Sedar tak sedar, dah pun pukul 12 tengahari, kami semua diberi rehat selama dua jam untuk makan tengahari dan menunaikan solat zuhur. Laju aku menapak ke bilik selepas ambil makanan tengahari yang disediakan. Tak ingin aku makan kat dewan tuh, tak pasal nampak muka dia lagi.

“Oi, kau kenapa dari tadi muka cemberut je? Dari dalam dewan tadi, aku perhatikan kau ni, badan ada sebelah aku, fikiran aku tak tau kat mana” laju Aimi bertanya.

“Kau tak perasan ke dekat dewan tadi, dia, mamat tuh ada dekat dalam dewan yang sama jugak!”

“Lah kau lupa ke? Tak baca memo ke cik Kayla Melissa? Bukan ke semua department wajib menghadiri kursus dan mesyuarat ni.”

"Aduh, ye ke? Alamak Aimi, aku rasa aku tak perasan pulak yang tuh. Hmm Tapi yela department Marketing kita ni pun cukup besar, Aimi mana lah kita nak kenal semua kan?" Balas Aimi perlahan.

"Tuhlah, kerja tu kena lah teliti. Baca memo pun kenalah..." Belum habis menyudahkan ayatnya, Aimi terkejut mendengar tangan Kayla menepuk meja ditepi katil.

"Oi, kau dah kenapa, Kayla? Terperanjat lah aku.."

Bulat mata Kayla ketika memandang arah Aimi dengan tanpa rasa bersalahnya mengejutkan Aimi, Kayla berkata, "Eh, kejap..kejap..kejap! Weh, dia kerja satu syarikat dengan kita lah! Tapi kan dia duduk depan dekat meja pihak atasan syarikat kita tu. Maknanya dia dah kerja lama lah kat syarikat ni ke? Kenapa aku tak pernah perasan kan dia sebelum ni? Kau pernah nampak dia ke Aimi?"

Mencebik Aimi memandang Kayla, "Aduhai Kayla oi, baru perasan ke? Tapi kau nak risau apa, entah-entah dia bekerja di cawangan Pulau Pinang ni ke. Lagipun, kita pun baru bekerja kan, jadi mestilah mustahil kita kenal semua, nak tau semua kan sebab tu lah syarikat kita anjurkan kursus ni sekaligus dengan mengadakan mesyuarat tahunan ni. Dah lah, jangan lah risau, jom lah kita solat."

Tanpa membalas kata-kata, Kayla kaku di tepi katil manakala Aimi sudah bergerak menuju ke tandas untuk mengambil wuduk, tinggal Kayla yang masih termenung jauh.

Kenapa aku tak pernah perasan dia berada dalam satu syarikat dengan aku? Mungkin juga dia berkerja di cawangan sini. Harap-harapnya begitulah. Getus Kayla sendirian. Ah, lantak lah dia. Bukan aku satu department dengan dia pun tak pun dia cawangan sini. Bisik Kayla perlahan. Moga aku dapat memberi perhatian didalam dewan selepas ini. Janganlah dia duduk berdekatan dengan aku.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fatina Mudz