Home Novel Cinta Hatiku Hanya Satu
Hatiku Hanya Satu
Fatina Mudz
13/8/2018 21:54:59
4,493
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3
“Alah..apa salahnya Farah? Aku bukan apa, bosanlah duduk dalam bilik je. Lagipun aktiviti harini agak menarik, tak kan aku nak lepaskan peluang pula? Jomlah eh, kita join, ada treasure hunt tau, kau kan suka?” Farah hanya menjuling matanya ke atas bila aku sudah mula berperangai mengada-ngada dihadapannya.

Cuaca dipagi hari agak tenang dan mendamaikan jiwa. Namun, keadaan disekitar dataran sudah mulai sesak dipenuhi pelajar-pelajar yang mahu menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Terasa seronok kerana dapat berkumpul begini, dapat jugak menambah kenalan baru. Dalam keseronokkan hendak menyertai aktiviti pagi ni, timbul rasa bersalah kerana menyeret Farah untuk menemaninya.

“Farah, seronokkan dapat berkumpul ramai-ramai macam ni..janganlah marah, senyumlah sikit, tak cun dah tau masam macam ni..” Cuba memancing hati Farah yang masih sebal kerana aku.

“Nanti lelaki handsome nampak cik adik manis ni masam mencuka mahu lari lintang-pukang tau dek terkejut tengok kemasaman awak yang lebih masam daripada jeruk tau..” Ternyata usikkan aku kali ini membuahkan hasil apabila Farah sudah mulai tergelak dengan usikkan aku.

“Amboi, over eh kau ni Kayla..ada ke lelaki lari tengok muka aku masam kalah jeruk? Merepek betul!”

“Apa boleh buat, dah sememangnya masam gila muka kau! Ish, over lah kau ni nak merajuk..nasib badan lah sesiapa yang jadikan kau sebagai girlfriend dia..penat nak memujuk tau!” Farah hanya menayangkan sengih dia sahaja bila mendengar bebelan aku. Susah betul lah nak handle orang yang kuat merajuk ni. Pening otak aku.

“Dah lah, jom lah ke meja pendaftaran. Boleh kita daftarkan diri untuk piih aktiviti yang kita nak join!” Tangan aku diseret Farah. Citt, tadi jual mahal tak nak join, sekarang dia pula melebih. Sabar je lah dapat kawan macam ni Kayla Melissa oi..

Setelah selesai mendengar sedikit taklimat mengenai program hari ini, aktiviti treasure hunt akan dimulakan dahulu. Kami akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dalam satu kumpulan ada lebih kurang 6 orang. Aku dan Farah terpisah dalam pembahagian kumpulan. Dalam kumpulan aku, kebanyakkannya terdiri daripada pelajar yang daripada berlainan bidang. Dalam kumpulan aku, ada tiga orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan. Wah seimbang! Tapi apahal sunyi sangat kumpulan aku ni? Nampaknya aku kena mulakan dulu ni.

“Err..hai? Saya, Kayla Melissa..daripada jurusan Marketing..korang?” Fuhh kau, berdebar hati nak mulakan..dah muka semua pandang aku pelik semacam. Hekeleh..Nama pun berkumpulan kan, kalau tak kenal macam nak ada teamwork nanti.

“Saya Amir Aizat..pelajar Engineering!”

“Saya, Yasmin..jurusan Finance..”

“Hi semua..saya Farisha, daripada jurusan sains komputer..selamat berkenalan semua..”

“Aku Razak, pelajar akaun.” Kereknya sungguh mamat ni. Suka hati lah. Kali ni je aku jumpa engkau! Bentak aku dalam hati.

“Oh..hi semua, saya, Zarul Ilman, pelajar jurusan Akaun..selamat berkenalan semua. Semoga hari ini kita dapat beri kerjasama, since, we are one team, so, let’s do our best! Okay?” Pergh!! Hmm Nak cakap dia hensem, tak juga, tapi bila dia senyum, boleh bikin hati aku cair lah! Ehem! Gembiranya hati ni sebab membuat keputusan yang bijak untuk join treasure hunt hari ni. Fuhh..gembira hati aku! Hahahaha. Gelak besar aku hari ini.

Erm, rasa ada peluang tak, aku nak berkenalan dengan dia. Yela walaupun satu group, tak semestinya dia rajin nak melayan aku nanti kan? Dia sudah punya girlfriend tak agak-agak eh? Kalau ada melepaslah aku! Hmm..Papp! Aduh! Apa benda ni, sakit gila woi!

“Aduh, sakitlah!” Berkerut dahi menahan sakit dek tamparan dikaki aku.

“Alamak! Sorry sorry sangat Kayla, kita tak sengaja. Lagipun dari tadi kita panggil, awak tak layan, tu yang tepuk kaki awak ni. Sorry sangat tau.” Kesian pulak tengok Yasmin ni mendayu-dayu suara mintak maaf.

“Tak apa, tak apa, Yasmin. It’s okay. Eh, semua nak gerak dah ke? Pergi mana?” Tanya aku sebaik melihat semua sudah mula bangun. Eh kejap, bukan tadi tengah bincang strategi ke? Alamak! Aku tak dengar. Habis lah aku. Masalah besar ni!

“Haah. Tu yang nak bagitau awak, semua orang dah bersiap sedia nak mulakan aktiviti ni. Perbincangan dah selesai semua dah. Nama group pun dah dipilih. Nama group kita, victory. Simple tapi buat semangat berkobarkan untuk menangkan?” ujar panjang lebar Yasmin. Mampu terangguk je lah aku, yela bukannya aku dengar pun apa dorang bincang tadi. Aduhai. Apa teruk sangat kau ni, Kayla? Memalukan sungguh!

“Oh, kejap, jujur kita blur sebenarnya, macam mana aktiviti ni bermula, Yasmin?”

“Eh sebelum tu, tak payahlah panggil Yasmin, panggil Min je, short and simple, gituuu…” Terserlah lesung pipit si Yasmin ni, bila dia senyum. Manis je.

“Oh okay Min. Jadinya, macam mana permulaan ni?”

“Lah, Kayla, awak tak dengar ye tadi? Berangan lah ni! Sabar jela awak ni. Untuk dapatkan first clue, kita kena buat game yang dorang ni dah sediakan, jadi, bila kita berjaya dalam permainan kita main tu, baru kita diberikan satu clue dan begitu lah seterusnya sampai kita kumpul semuaklutersebut. Okay? Faham tak?” Aku anggukkan sahaja. Bila buat nanti baru faham, sekarang ni memang blur lah gamaknya.

Hampir 3 jam aktiviti ni berlangsung. Penatnya tak terkata padahal treasure hunt ni dibuat dalam kampus je. Tapi game yang pihak fakulti sediakan boleh tahan mencabar guna habis fizikal dan mental nak selesaikannya tapi yang penting seronok. Baju pun dah kuyup, peluh campur baling-baling belon air tadi semua. Rakan-rakan semua pun dah mula nak beransur tapi…

“Eh, kawan-kawan, tunggu kejap, sebelum beredar, since, misi mencari harta karun ni, kumpulan kita telah menang, apa kata kita semua raikan bersama esok nak? Kita pergi makan bersama sambil tuh boleh eratkan silaturrahim kita semua. Setuju ke?” Zarul merangkap ketua kumpulan

Serentak semua memberi persetujuan. “Okay, semua pun dah bersetuju, boleh kita bertukar nombor telefon untuk mudahkan kita berkomunikasi esok?”

Selepas selesai bertukar nombor, dengan laju aku berjalan nak pulang ke bilik aku, bukan apa, penat, badan melekitnya tak payah katalah. Yang aku tau sekarang nak pergi mandi, makan dan rehat. Letih sungguh!

“Ah, leganya weh, dapat baring. Seronoknya dapat tilam…” ujar aku sambil bergolek diatas tilam.

“Haa tau penat! Siapa yang cadang nak join Treasure Hunt ni? Haa? Haa? Siapa? Dah menang pun nak bebel lagi. At least, kumpulan kau menang, berbaloi lah penatnya. Aku? Hampeh. Yang dapat penat badan berganda-ganda je tau!” Nampaknya Farah dah mulakan misi bebelan yang bakal menghangatkan telinga aku. Citt!

“Alaaaa, Farah janganlah marah-marah. Tak cun nanti muka. Lari semua lelaki dalam kampus ni kalau nampak tau.” Misi memujuk cik Farah kita seorang ni. Fuh.

“Eh kau ni tak habis-habis lelaki lari lelaki lari. Tak ada modal lain ke? haih Aku bukan marah, tapi penat, geram, semua adalah.”

“Geram pasal apa? Ada orang buli ka? Tak pun marah ka?”

“Yela bengang tau tak, dapat kumpulan yang tak nak bekerjasama, sibuk rasa diri dorang lagi pandai. Menyampah lah aku. Bila orang kata A, dia sibuk kata B, last-last, yang kata B tu lah yang salah. Apa punya orang lah.” Sambil membebel dikoyak-koyak kertas yang dia dapat dari misi tadi. Timbul rasa bersalah memaksa Farah join aktiviti ni sekali.

“Farah, sorry lah sebab aku, kau stress, marah-marah macam ni…kalaulah aku tak ajak tadi, tak ada lah kau rasa macam ni kan..sorry sangat…”

“Tak apa lah, Kayla..At least, aku tau dorang macam mana, aku boleh jauhkan diri daripada dorang kan?” Aku hanya mengiyakan dan menggangguk sahaja tapi hati tetap rasa bersalah.

“Lah, kau jangan macam ni Kayla..Aku okay..Cuma terkilan dengan budak-budak tuh tadi..Tak mau sedih-sedih lah. Tak syok ah gini, kau macam tak kenal aku kan, macam mana..” Tersengih-sengih si Farah ni.

“Yela Farah. Aku tau Cuma aku rasa bersalah je. Dah lah, jom lah kita rehat kejap. Badan ni pun tahap lenguh-lenguh dah semua rasa.”

“Yela, jom lah rehat. Marah-marah pun menambahkan lagi sakit kat kepala pulak, kan.”

Baru 5 minit aku nak terlelap, handphone aku bernyala-nyala menandakan ada mesej masuk. Lantas aku capai untuk melihat..rupanya Zarul buat group whatsapp. Terus mata aku segar. Bukan apa tadi aku tak sempat save nombor dia, sekarang dah ada. Erm…tak sabar pulak nak jumpa esok. Tidur dalam senyuman lah aku malam ni. Hehehe….


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fatina Mudz
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham