Home Novel Cinta Just Mine
Just Mine
Lemon
3/4/2019 14:31:34
44,391
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
DUA

Rafiq membetulkan posisi samping, tidak beralih pun mata lelaki itu dari memandang refleksi diri pada cermin. Sesekali lelaki itu membetulkan songkok yang memang sudah rapi. Atas sampai ke bawah, Rafiq memang kelihatan sudah sedia. Tapi hatinya penuh gusar dan gementar. Arian hanya memerhati tingkah kawan baiknya itu. Iyalah, siapa saja tak gementar bergelar raja sehari? Mengahwini wanita impian pula tu. 


"Ian, kau rasa aku nampak elok tak? Aku takut betul kalau-kalau samping aku tertanggal, atau butang aku tercabut. Aku tak nak buat malu keluarga Lia, keluarga aku" Adu Rafiq, dahi lelaki itu kerut seribu.


Arian menggelengkan kepala. Dia bangun, meletakkan tangan pada bahu Rafiq. "Bro, kau dah sangat elok. Cuba kau bawa bertenang, duduk. Tarik nafas. Ke nak aku ambil air untuk kau?"


"Eh, tak payahlah. Aku tak haus. Aku cuma, nervous. Aku risau kalau ada perkara yang tak berjalan lancar nanti. Mana tahu, aku tersasul ke salah lafa-"


"Astaghfirullahalazim. Fiq, kau ni dah kenapa? Kalau mak kau dengar, dia suruh mandi bunga kejap lagi. What is there to worry about? Everything's will be alright. Apa yang kau perlu buat sekarang, bertenang" 


Baru sahaja ingin membalas, telefon Arian berdering. Terkejut bakal pengantin dibuatnya, nasib tidak kena serangan jantung. Gementar punya pasal, benda kecil pun boleh jadi besar. Semut lalu di kaki pun mungkin Rafiq boleh jatuh pengsan. Haih.


"Cuba bawa mengucap. Kau ni, haih. Bunyi telefon pun nak gelabah ke?" Tegur Naufal. Hairan melihat tingkah Rafiq. Orang yang nak berkahwin pun tak gelabah macam dia.


"Aku terkejutlah. Siapa telefon kau tu?" 


"Amir. Jap, aku buka speaker. Ha, Amir. Ke


"Wa'alaikumsalam. Ha, Amir. Kenapa ni?" 


Lincah sahaja gerak jari jemari Medina menyolek wajah Alia. Dia mulakan dengan perkara asas iaitu menyapu alas bedak pada seluruh wajah. Kemudian dia lanjutkan dengan bahagian kening, pembayang mata, mengoles gincu dan menyapu sedikit pemerah pipi. Tidak dia lupa untuk menyembur sedikit Dia Ringkas sahaja solekannya tapi cukup membuat Alia kelihatan menyerlah hari itu. Makin bertambah seri wajah manis yang akan bergelar isteri kepada Ahmad Rafiq itu. 


Proses solekan selama dua setengah jam itu selesai. Medina mengukir senyum, tidak berkelip matanya memerhati Alia yang kelihatan berpuas hati. "Macam mana, Alia?" 


"I love it, Medina. Macam tak percaya saya tengah tengok muka sendiri. Betul cakap Harry, awak memang ahli sihir moden. Tapi lebih cantik dan bergaya. Terima kasih tau" Balas Alia, masih lagi dengan senyuman lebar. Dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja Medina.


Siapa tak kenal Naura Medina? Jurusolek terkenal yang sudah menjadi pilihan ramai. Tak kisahlah orang kaya, artis atau siapa pun. Bak kata Harry, gadis itu ahli sihir versi moden 2.0. Cakap sahaja nak bagaimana, Medina tahu macam mana nak buat. Sentuhan jari jemari Medina mampu membuat wajah masam jadi gembira bagai tiada hari esok.


Medina tersenyum kecil. Lega mendengar respons yang positif dari pelanggannya. "My pleasure, Alia. I'm glad you love it" 


"Sis, tolong solek I sekali. I pun nak kelihatan menawan dan menggoda, gitu" Sampuk Harry yang sedari tadi menunggu untuk masuk line. Jasmine hanya menggelengkan kepala. Entah anak siapa lagi yang dia nak usha nanti? 


Jasmine bergerak ke hadapan cermin, merapikan dirinya buat kali terakhir sebelum meninggalkan ruang itu. Dia mencapai dua buah klip lantas dia selitkan di kedua belah rambut sisi. Kemudian, dia menarik beberapa helai rambut sisi untuk membuat juntaian. Rambut depan dia kemaskan sedikit. Hujung bibirnya naik, berpuas hati dengan penampilan diri. 


"I pergi cari Amelia dulu, tau. Anything just inform me" Pesan Jasmine sebelum melangkah keluar dari bilik. Dia mendapatkan Amelia yang berdiri memandang pelamin. Apa yang tak kena? 


"Pandang apa tu, Mel?"


"Oh, Jay. I feel like something is missing but I don't know what is it. Benda tu ada di hujung lidah I tapi I macam tak dapat nak teka apa dia" ucap Amelia, tidak lekang dari memerhati pelamin tersebut. 


Pelamin itu nampak tidak sempurna di mata Amelia. Cuma gadis itu tidak pasti apa yang hilang. Bunga ada, hiasan juga ada. Lampu? Sudah cukup semua. Fikiran dia sajakah? Tapi kenapa hati dia rasa macam tak puas hati? 


Jasmine turut memerhati. Mata gadis itu semakin lama semakin mengecil, ingin mencari tahu jawapan di sebalik jawapan Amelia. "I think everything is already perfect, Mel. Wait. Wait a minute. Something is not right. This side looks...different" 


"Ha, kan?! I'm glad I'm not the only one to notice that. Masalahnya, I tak dapat nak kenal pasti apa dia. It's like playing find the difference game. You know how much I hate that game. I risau kalau I buat tak peduli, ada tetamu nampak nanti dia fikir apa? I nak impress tetamu yang datang nanti" Balas Amelia, dua sahabat itu masih lagi melekat di hadapan pelamin.


Jasmine mengangguk. Faham apa yang Amelia alami. Dia mengetap bibir, cuba memproses otak yang sedang berjalan. Tiba-tiba Jasmine memetik jari. "Right, that's what missing. A lace ribbon. You perasan tak belah sana, ada tiga lace ribbon dan dekat sini pulak ada dua aje. No wonder dia nampak berbeza"


Menyedari itu, Amelia turut memandang ke arah yang Jasmine maksudkan. Automatis dia menarik Jasmine ke dalam pelukan. Riben! Kenapa pula dia tak perasan dari tadi?! "Thank you, Jay. Boleh tak you tolong ambilkan lace ribbon dalam kereta? Lepas tu you kasi dekat my team. I nak pergi jumpa someone. Thank you, Jay. I love you!" 


Arian mematikan enjin kereta. Sempat lagi wajahnya dipalingkan ke arah cermin kereta, membetulkan rambut yang nampak serabai itu. Wajah gadis misteri yang dia jumpa dua hari lalu bertandang di fikiran. "I wonder what's her name" 


Arian mengeluh panjang. Dia mengambil kamera yang tergantung di belakang kerusi, ingin membuka pintu kereta bila ada susuk tubuh meluru masuk ke dalam kereta miliknya. Hampir jatuh juga jantungnya saat itu. Siapa pulak ni?


"Excuse me, who are yo-"


"Shh. Do not move, do not say anything and please stay still for a minute" Tutur Jasmine tanpa melihat pemilik kereta itu. Biarlah, itu sahaja kereta yang tidak berkunci ketika itu. Nanti-nanti sahaja dia mengambil riben dari dalam kereta. Apa yang penting sekarang, Haji Muhsin tidak melihat bayang dia di sini. 


"But still, this is rude. You ada masalah ke ni? Siapa kejar you?" Soal Arian, memandang aneh pada gadis yang membelakangi dia ketika ini. Tak ada adab, tak ada salam, main masuk sahaja. Nasib baik kereta. Kalau rumah? Tak pasal-pasal mereka kena tangkap basah.


Jasmine mengeluh panjang. Dia memusingkan badannya menghadap pemilik kereta itu. Keningnya bertaut. Macam pernah kenal, di mana? Saat bertentangan mata dengan gadis itu, Arian bagai kaku. Jodoh atau kebetulan? Baru sebentar tadi dia memikirkan gadis ini dan sekarang dia ada di depan mata Arian. Ini bukan mimpi, kan?


Cantik juga pakai baju kurung macam ni. Sweet! Puji Arian, dalam hati.


"I'm sorry for being rude but I really need your help right now. I bukan kena kejar, tapi lebih kepada menyorok daripada orang tua miang yang tak sedar diri" Jawab Jasmine, sesekali memandang pada cermin sisi. Haji Muhsin semakin mendekat, jangan cakap lelaki tua itu nampak dia masuk ke dalam kereta ni?


Dahi Arian berkerut. Aik? Dah tua pun masih nak menggatal? Ini tak sedar diri namanya. Kubur dah kata mari tapi masih buat perangai. "Mana lelaki tua tu? Biar I tolon-"


Tidak habis Arian berbicara, Haji Muhsin tiba-tiba merapatkan dirinya pada tingkap kereta. Panik, Jasmine menyelimuti diri dengan jaket milik Arian. Nanti-nantilah dia minta maaf. Sekarang ini, dia harus menyelamatkan diri. Tingkah itu hanya mengundang senyum di bibir Arian. Gadis itu terlalu spontan, dan sedikit comel. 


"Dia buat apa? Dia cari I ke?" Bisik Jasmine.


Arian memerhati sahaja tingkah Haji Muhsin. Lelaki tua itu mendekatkan wajahnya pada tingkap milik Arian sebelum mengemaskan misai tuanya. Tak cukup dengan itu, dia pergi sikat tepi pula rambut yang sudah berubah. "Kau nampak macam orang 20-an, Muhsin. Aku yakin Jasmine nanti akan terpesona" 


Arian hanya menggelengkan kepala. Kalau diikutkan hati, nak sahaja dia buka tingkap dan tumbuk lelaki tua yang tak sedar diri itu. Melihat Haji Muhsin sudah melangkah pergi, Arian mengalihkan pandangan pada Jasmine. "There's nothing to worry about. Dia dah pergi dah pun" 


Jasmine menanggalkan jaket, kepala dia larikan ke kiri dan kanan. Yakin yang lelaki tua itu sudah tiada, Jasmine melepaskan satu keluhan lega. "Thank you so much. I'm sorry sebab meluru masuk macam tu je. I mean, I panik and your car is the only car yang tak berkunci"


Arian melepaskan tawa kecil. Melihat Jasmine seakan ingin pergi, dia terus menyambung bicara. "It's okay. So, Jasmine, huh? I, um, Arian. Arian Farees" 


Jasmine menoleh, senyuman dia lemparkan buat Arian. Dia tak boleh lama-lama di sini. Apa pula kata Amelia yang mencari dia? "Nice name, I guess. Thank you so much and nice to meet you, Arian" 


Jasmine melangkah keluar dari kereta BMW putih itu. Baru selangkah dia berjalan, tubuhnya tertarik semula ke arah kereta. Bahagian belakang kain kurung itu tersepit di pintu. Jasmine cuba menarik namun malang memakan diri bila kain itu terbelah dua, menampakkan belakang kaki yang terdedah.


"Oh great, what a life!" Adu Jasmine. Ini satu-satunya baju kurung yang dia bawa ke sini. Sekarang ini macam mana? Amelia mana pakai baju kurung. Medina pula bawa satu baju aje ke sini. Takkan nak pinjam Alia punya? Saiz mereka agak berbeza dari segi ketinggian. 


Turut terkesan dengan kejadian itu, Arian meluru keluar dari kereta. Sempat lagi dia mencapai jaket kemudian dia pautkan pada pinggang Jasmine. Wajah cemas Jasmine dia toleh sejenak. "Be careful next time. Kain you ni dah macam belah tengah pulak. You nak I teman masuk ke dalam tak?"


"Thank you, tapi I boleh jalan sendiri. Jangan risau, I akan bagi balik jaket you selepas majlis" Tutur Jasmine sebelum meninggalkan Arian sendiri. Mana dia nak cari skirt lebih? Alahai, Alia pun Alia lah.  

Previous: SATU
Next: TIGA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon