Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,030,280
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 29 - Rasa nak cubit Mr. Lion King!

Dua hari kemudian…

Aku memberhentikan keretaku di hadapan sebuah kafe yang terletak di Shah Alam. Semalam mekanik yang membaiki keretaku ada telefon dan memberitahuku yang keretaku sudah siap dibaiki. Ketika aku tiba di sana semalam, tuan punya kedai terus menghulurkan kunci kereta kepadaku. Katanya bil kerosakan keretaku sudah dibayar. Berulang kali aku bertanya kepadanya adakah dia tersilap orang, tetapi katanya seseorang telah membayarkan bil tersebut untukku. Tanpa perlu meneka lagi aku sudah dapat mengagak siapa orangnya, Encik Izzaz Rayqal lah.

Aku keluar dari kereta. Aku memandang jam di tanganku. Pukul 5.30 petang. Aku tak terlambat atau tak tercepat. Tepat pada masanya aku tiba di tempat  yang diminta Mr. Lion King seperti yang diarahkannya melalui telefon pagi tadi. Aku masih ingat ketika aku sedang sibuk dengan kerja-kerja menukang di studio, telefon bimbitku berdering. Banyak kali ianya berdering tapi aku biarkan saja. Kerana tugasan yang diberikan Aaron untuk pelanggan kali ini due datenya singkat. Jadi aku perlu fokus agar projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang telah dijanjikan.

Namun deringan itu terus mengganggu konsenterasiku. Sejak dua hari yang lalu Firqin tidak berputus asa untuk menghubungiku walau pun aku tidak menjawab panggilannya. Aku rimas. Sudahnya aku biarkan saja. Aku terus fokus kepada kerjaku.

“Kesian orang yang call tu. Call banyak kali you tak layan pun. Jawablah Maya. Agaknya ada yang penting sangat tu.” Aaron yang baru muncul di muka pintu menyarankan aku supaya menjawab panggilan tersebut.

“Nantilah. I banyak kerja. Nanti tak dapat siap, you yang susah.” Kataku pula.

Aaron menghampiriku. Telefon bimbitku di atas meja tulis dicapainya. Berkerut dahinya apabila menatap skrin telefon bimbitku. “Mr. Lion King? Siapa ni Maya?”

Aku terus berpaling memandang Aaron. Aku mengetap bibir. Alamak Mr. Lion King ke yang call aku sejak tadi. Matilah aku. Mesti dia mengamuk punya aku tak angkat panggilannya. Aku teringat pesanan berbentuk amarannya beberapa hari yang lalu iaitu aku kena angkat panggilannya tidak lebih tiga kali bunyi tut tut. “Habislah aku.” Omelku.

Aku mencapai telefon itu dari Aaron. Aku keluar dari studio dan bergerak ke balkoni. “Dia call lagi! Aduhai dah lebih 15 missed call rupanya. Masak aku ni. Janganlah dia sembur aku pulak. Bismillah.”

Aku menekan punat hijau. “Asalammualaikum.” Ucapku lembut.

“Waalaikumusalam. Kau buat apa? Tidur ke? Kenapa tak jawab call aku?” Serius suara itu membuatkan aku menelan liur.

“Saya dalam studio tadi. Saya buat kerja menukang. Tu yang tak dengar telefon berbunyi. Saya minta maaf sebab memang saya tak dengar.” Bohongku. Berbohong untuk selamatkan diri.

“Kau sibuk lagi ke sekarang ni? Aku nak jumpa kau.” Kata lelaki di sebelah sana.

“Hah? Nak jumpa saya? Ada apa Encik nak jumpa saya?’ Soalku bertubi-tubi.

“Aku nak ajak kau dating kat KLCC lepas tu tengok wayang.” Lelaki itu ketawa.

Aku pelik. Kenapa mood Mr. Lion King berubah tiba-tiba. Tadi bukan main serius suaranya.

“Err..saya sibuk Encik. Encik jangan main-main pulak nak ajak saya keluar.” Balasku.

“Memanglah aku main-main ! Kau ingat aku nak ajak kau dating ke? Memang tak mungkin lah. Aku nak jumpa kau sebab nak bincang pasal perjanjian kita tu lah. Kontrak dan syarat-syarat aku dah siapkan. Aku nak kita jumpa petang ni pukul 5.30. Lagi satu sekali lagi kau panggil aku Encik, aku jentik kau nanti.” Macam biasalah suaranya sinis macam sebelum ni.

“Tapi saya sibuk.” Aku memberikan alasan.

“Aku pun sibuk. Aku ada perkerja seramai 656 orang di 12 cawangan seluruh Malaysia dan juga di Timur Tengah sana. Aku kena fikirkan duit berjuta-juta setiap hari tapi aku dapat jugak luangkan masa untuk jumpa kau. Kau ingat aku nak jumpa kau suka-suka ke kalau tak penting? Aku ni lagi super sibuk tau.” Bebelnya.

“Emm...awak nak menunjuk dengan saya ke apa ni? Saya tak tanya pun pasal 656 orang pekerja di 12 cawangan di seluruh dunia?” Balasku sengaja nak balas mulut jahatnya itu. Geram. Macam murai tercabut ekor, membebelnya kalahkan orang perempuan.

“Menjawab! Menjawab!. Suka hati aku lah. Aku nak ada 12 cawangan ke apa. Semua itu usaha arwah baba aku dan aku. Jadi aku patut bangga dengan pencapaian kami.”

Aku rasa kalau aku ada depan dia sekarang ni aku dah boleh bayangkan yang biji matanya dah tajam menikam wajahku. Tangannya pula sudah mencekak pinggangnya. Sikap sombong, garang dan angkuhnya tu meluatkan.

“Ya Izzaz. Saya tak menjawab. Okaylah. Kita jumpa petang nanti. Ada apa-apa yang saya perlu bawa ke nanti?” Aku berlembut. Lelaki ini lagi aku menjawab, lagi aku bercakap kasar sikit dia lagi menjadi-jadi. Biarlah dia aje nak menang. Tak faham aku perangai dia ni lah. Memanjang nak garang.

“Tak payah. Kau bawak diri aje. Em.. ni kereta kau macam mana?” Soalnya.

“Kereta saya dah ambil semalam. Terima kasih sebab bayar bil untuk saya. Nanti saya ganti duit awak balik ya.”

“Tak payah lah. Kepala kau sakit lagi ke?” Soalnya lagi.

Berkerut dahiku mendengar soalannya itu. Kenapa dia ni ambil berat pasal aku pula? Mungkin sekadar nak ambil tahu aje kot. Aku membuat andaian.

Aaron muncul di belakangku. “Sayang...I keluar dulu nak jumpa wakil Golden Summit Group. Don’t worry, I tak akan suruh you jumpa lelaki tu.”

Aku senyum. Mujur Aaron memahami yang aku dan CEO Golden Summit tidak sehaluan. Aku menceritakan tentang perselisihan antara aku dan Taufiq kepadanya. Mujur Aaron yang baik hati itu memahami. “Thanks, Aaron. I see you later.” Ujarku sebelum Aaron beredar.

Aku kembali meletakkan telefon pintar ke telinga. “Hello Iz. Sorry. Emm..apa you tanya tadi? Oh! Kepala saya alhamdulillah dah okay. Dah tak sakit.”

Lelaki di sana diam. Agak lama. “Hello....Iz...” Panggilku.

Terdengar deheman lelaki itu. “Err.... err... siapa tadi tu? Boyfriend kau ke?” Soalan yang pelik lagi dikemukankannya. Personaliti lelaki ni memang pelik macam ni ke? Aduh! Muka dah hensem tapi perangai macam ni rupanya. Sombong, angkuh, sinis ditambah yang baru pelik. Lengkap!

“Suami saya.” Jawabku.

“Hah! Kau dah kahwin? Kau ni biar betul?” Terjerit Mr. Lion King tu dibuatku.

Aku ketawa. Aku menutup mulutku. Baru aku usik sikit, dah terkejut beruk macam tu. Hari tu bukan main lagi dia kutuk aku terkejut beruk, dia tak sedar ke sekarang siapa beruk tu sebenarnya?

“Awak rasa?” Aku sengaja tarik tali.

“Mana aku tahu. Aku tak ada masa nak main Jumanji, teka silang kata atau teka-teki dengan kau lah. Betul ke tidak ni?” Bebelnya lagi.

“Tadi tu Aaron, dia bos saya. Saya belum kahwin lagi lah. Kenapa awak nak tahu sangat yang saya ni dah kahwin ke belum?”

“Saja. Kau ingat kau artis aku nak ambil tahu. Memang tak lah. Aku Izzaz Rayqal yang perlu berfikir tentang duit masuk berjuta-juta, tentang bisnes sana sini. Aku ada taste aku jugak tau. Kau ingat aku minat dengan kau ke, kau bukan taste aku pun. Lagipun...aku pakai baju mahal-mahal...” Apa yang mamat ni bebelkan ni? Tajamnya lidah dia.

Aku terus memotong percakapannya. Bingit telinga aku dengar bebelannya. “Kejap, kejap Iz....Oh iya ke? Baguslah kalau macam tu sebab awak pun bukan taste saya. Okay lah Iz. Saya ada banyak kerja lagi ni nak kena siapkan. Boleh saya letak telefon sekarang? Petang nanti kita jumpa ya?” Aku masih lagi berintonasi manis.

“Emm...iya lah. Nanti aku whatapps alamat tempat nak jumpa tu. Bye!” Pap! Terus dimatikan telefonnya.

Aku menggeleng. Melepaskan keluhan. “Mulai hari ni aku kena menghadap Mr. Lion King ni hari-hari. Aku kena banyak kan makan vitamin ‘sabar’ kalau ada jual kat farmasi.”Bebelku sendiri.

Di hadapan The Potluck cafe, 5.32 petang

Aku menolak pintu masuk cafe itu. Di satu sudut aku ternampak Encik Izzaz sedang menghirup minuman panasnya. Hari ini Mr. Lion King memakai sehelai t-shirt berwarna oren dan seluar khaki berwarna coklat.

“Baju dia pakai ni sesuai dengan ‘title’ Mr. Lion King yang aku bagi dia tu. Warna baju dengan seluar pun dah sama dengan warna bulu singa. Sesuai sangat.” Kutukku ketika aku melangkah menghampirinya.

Aku memberi salam sebelum duduk di hadapannya. Dia menjawab salamku sambil matanya memandang wajahku. Agak lama kami diam. Aik, kenapa lelaki in diam pulak hari ni? Agak kekok keadaan kami ketika itu. Aku segera mencapai menu untuk membuat pesanan. Selesai aku membuat pesanan, aku kembali memandang wajahnya.

Tapi diam dia tu sekejap aje.“Jangan order yang berat-berat. Makan tu kawal, badan tu jaga sikit. Aku tak nak ada adik gemuk pulak karang.” Izzaz tiba-tiba mengataku. Amboi! Mulut dia memang tak ada insuran kan. Geramnya aku!

“Saya nak makan apa pun suka hati saya lah. Saya tak lunch tadi. Nanti saya bayar sendiri apa yang saya makan ni okay. Ni awak tak kerja ke hari ni Iz?” Soalku sekadar pembuka bicara.

Lelaki itu mencebik. “Kenapa tiba-tiba kau tanya?” Balasnya.

“Tak adalah. Sebab awak pakai baju biasa. Saya saja tanya.”

“Aku kerja. Apa tak boleh ke aku pakai baju t-shirt pergi kerja? Aku bos. Suka hati aku lah nak pakai apa saja pun.” Amboi berlagaknya.

Aku menggaris senyuman. “Boleh. Tak ada salahnya. Awak kan Bos.” Perkataan bos tu aku tekankan. 

Dia mencapai sekeping roti lalu disuapkan ke dalam mulutnya. “Ni aku nak tanya dah berapa lama kau jadi anak angkat?” Soalannya yang tiba-tiba itu membuatkan aku terkedu.

“Hah?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.