Home Novel Cinta Cinta Itu Kita Yang Rasa
Cinta Itu Kita Yang Rasa
Maira Muazzam
29/11/2018 13:07:42
4,110
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

MATANYA yang letih kembali segarmemandang hamparan sawah padi kehijauan di depan mata. Hembusan bayu lembutmembuat lautan hijau itu bergelora indah. Pesona ombak itu mengusik hati SitiFatimah yang sedang duduk di pangkin tidak jauh dari situ.

Pandangannyapada sawah padi itu tiba-tiba saja terlindung. Sekuntum bunga raya muncul didepan mata. Sebaik dia menoleh, seorang lelaki pula muncul dengan senyuman.

Fatimahtersenyum. Sekuntum bunga raya itu diambilnya dari tangan Yusuf.

Sorry. Bunga raya je jumpa. Nanti bilasaya pergi pekan, saya belikan awak bunga ros.” Ujar Yusuf yang kini sudahmelabuhkan duduk di sebelah.

Fatimahmasih tersenyum.

“Takpe.Saya suka bunga raya. Saya suka bunga apa je yang awak bagi.” Balas Fatimah.

Serentakkeduanya tersenyum.

“Awakdah cakap ke kat mak awak pasal saya nak masuk meminang?” tanya Yusuf.

“Dah.”Jawab Fatimah tersipu-sipu. Hatinya melonjak tatkala membayangkan yang akhirnyahubungan mereka akan melangkah satu tapak lagi ke hadapan. Sudah setahunmenyulam kasih, dapat juga mereka bersatu dalam satu ikatan suci.

“Jadi,bila boleh pergi rumah awak?”

“Sabtu.”

“Sabtuni?”

Fatimahmengangguk.

Yusufmemandang Fatimah disebelah. Lama.

“Kenapapandang macam tu?”

“Takdeapa. Saja. Cantik.”

“Dahsetahun awak tengok muka saya. Cantik lagi ke?”

“Cantik.Setahun tengok pun saya belum puas. Saya nak tengok awak bertahun-tahun. Kalauboleh sampai saya tutup mata.”

“Tutupmata tidur ke? Tutup mata mati?”

“Duadua.”

Getarrasa yang dirasakan Fatimah membuat dia segera melarikan mata dari terusbertaut dengan Yusuf.

“Sayabalik dulu.” Ujarnya seraya bangun.

“Eh,dah nak balik ke? Biarlah saya tengok awak lama sikit. Dah la semalam kita takjumpa.” rungut Yusuf

“Lepaskahwin nanti, hari-hari kita boleh jumpa.” Fatimah memujuk.

“Yelah.Assalamualaikum.” Yusuf mengalah.

“Waalaikumsalam.”

Yusufmelihat hingga Fatimah hilang dari pandangan. Semakin wanita itu jauh, semakindia tak keruan. Namun, hati itu mampu ditenangkan bila dia mengingatkan yangtidak lama lagi mereka akan bersama dalam satu ikatan. Ikatan yang takkanputus. Dia dan Fatimah akan bersama selamanya.

 

LANGKAH KAKIFatimah terhenti di balik daun pintu rumahnya. Perbualan ibu dan adiknya jelaskedengaran.

“Mak,kakak tu boleh je kahwin lambat sikit. Lagipun, mak nak ke tengok Na bawa perutni ke sana sini tak berlaki? Kalau mak tak nak bagi Na kahwin, mak bagi duituntuk Na gugurkan kandungan ni.”

JantungFatimah bagai gugur mendengar pengakuan Husna.

“KenapaNa buat mak macam ni, Na? Kenapa sampai boleh mengandung?” Nafisah mengelengkepala. Sebak hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarga mereka. Sudahlahsuaminya banduan di penjara. Anak bongsunya pula sudah terlanjur di luar ikatanperkahwinan.

“Mengandungtu benda normal lah, mak. Dah namanya perempuan. Nak buat macam mana?” jawabHusna.

Nafisahhanya diam. Luluh hatinya mendengar bicara Husna. Di mana silapnya dia sebagaiibu? Apa yang telah dia lakukan sehingga Husna jadi begini?

“Takpayah nak nangis sangatlah. Bukan benda sedih pun. Sekarang ni, Na bagi jalanpenyelesaian. Mak buat kenduri, Na kahwin lepas tu takdelah orang nak mengatabila perut Na dah besar esok. Na suruh buat kenduri ni sebab Na tak nak mak maludengan orang kampung. Kalau mak tak kesah orang kampung mengata takpelah. Natak kahwin pun takpe tapi mak tau lah macam mana orang kampung ni. Sibuk jagatepi kain orang!” getus Husna mengenangkan wajah-wajah wanita berusia yangsering berkumpul di laman rumah Mak Cik Esah untuk membicarakan topik-topikterkini. Topik utama tentulah pasal gosip rumahtangga orang-orang kampung sini.Rimas dia melihat kelompok mak cik bawang setiap kali dia lalu di hadapan rumahtu.

“Kitabuat serentak. Kamu bersanding serentak dengan kakak kamu.” Cadang Nafisah.

“Mak,kakak tu entah bila nak kahwin. Ke hulur ke hilir dengan Usop tu dah bertahuntapi kahwinnya tak juga. Na kena kahwin minggu ni juga. Perut ni dah 3 bulanlebih. Takkan nak naik pelamin dengan perut macam belon?” bangkang Husna. Diatidak mahu menunggu lagi. Dia sudah kesuntukan masa.

“Taklama. Sabtu ni, Hadi nak masuk meminang. Nanti mak letak tarikh yang cepatsikit.”

“Mak.Mak. Mak. Mak ni tak faham ke? Na dah tak boleh tunggu. Sabtu ni baru nak masukmeminang. Bertunang entah bila. Kenduri lagilah lambat. Perut ni dah tak bolehtunggu mak.”

“Takkannak buat dua kali kenduri. Mana mak ada duit?”

“Sekarangmana yang penting? Anak mak yang sekarang ni dah mengandung atau anak mak yangmasih suci murni tu? Mak pilih.” Husna memberi kata dua. Kakinyadihentak-hentak sambil berjalan masuk ke dalam bilik.

Fatimahyang menadah telinga di luar terkaku. Fikirannya bercelaru. Dia buntu denganapa yang harus dia lakukan.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Maira Muazzam