Home Novel Cinta Cinta Itu Kita Yang Rasa
Cinta Itu Kita Yang Rasa
Maira Muazzam
29/11/2018 13:07:42
4,106
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

YUSUF merenung tajam pada emaknya.Sedang Hayati buat tidak tahu saja pada renungan itu.

“Apayang mak buat ni, mak? Kan Usop dah bagitahu mak yang Usop nak mak pinangkanImah untuk Usop. Yang mak pergi pinangkan Ezah tu buat apa? Siapa yang nakkahwin dengan dia?” bentak Yusuf. Tak pernah dia membayangkan yang Hayati akanbertindak di luar kawal dengan meminang perempuan lain untuknya.

“Usopsedar tak siapa Imah tu? Usop tau tak siapa ayah dia? Usop ingat mak nak restukalau Usop kahwin dengan anak banduan tu?” Hayati tidak kalah pada bentakananaknya.

Yusufmeraup wajah. “Itu ayah dia, bukan dia. Kita tak boleh hukum dia atas kesilapanorang lain. Imah tak bersalah mak.” Jelas Yusuf.

“Oranglain apanya? Banduan tu ayah dia. Darah daging dia. Mak tak nak perempuan tulahirkan cucu mak.” Sanggah Hayati.

Yusufmemandang ke suatu arah. Lama juga dia terdiam mencari kata balas.

“Usoptakkan kahwin dengan Ezah. Apa nak jadi pun jadilah. Usop akan tetap kahwindengan Imah sama ada mak suka ataupun tak.” Tegas Yusuf. Dia bingkas bangun dankeluar dari rumah.

Hayatimengejar ke pintu rumah.

“Kautakkan bahagia dengan perempuan tu!” laung Hayati pada anaknya yang sudahmenghidupkan enjin motosikal dan membonceng pergi.

Tak,mak. Usop akan bahagia dengan Imah. Imah seorang saja yang boleh bahagiakan Usop.Usop akan buktikan pada mak!

Yusufmembonceng laju ke arah simpang keluar kampung. Hatinya panas selepaspertengkaran dengan Hayati. Apatah lagi emaknya telah bertindak meminang wanitalain sedangkan Hayati tahu betapa dia sayangkan Imah.

Sebuahlori tiba-tiba muncul di jalan besar. Yusuf tak sempat memberhentikanmotosikal. Kenderaan itu bertembung kuat dengan lori terbabit. Bunyi kuatperlanggaran menarik perhatian orang ramai. Motosikal Yusuf tersorong ke bawahlori dan diseret agak jauh sebelum lori itu berhenti.

Orangramai mula mengerumuni tempat kejadian. Salah seorang dari mereka menjeritapabila melihat aliran darah hitam merah di atas jalanraya.

 

HAYATI dansuaminya juga Fatimah menunggu penuh gelisah di ruang menunggu bilik kecemasan.Doa dipanjatkan bersama tangisan yang lencun di wajah.

            Hampir 2 jam mereka menunggu disitutanpa sebarang perubahan.

            Ayah Yusuf, Azhar datang menghampiriFatimah.

            “Imah. Imah pergilah solat dulu.Waktu Maghrib dah nak habis.” Nasihatnya.

            Imah memandang lelaki itu denganwajah sayu.

            “Takde apa yang Imah boleh buat katsini melainkan menunggu. Pergilah solat, nak. Berdoa. Minta dengan Allah supayasemuanya selamat.” Pujuk Azhar lagi.

            Akhirnya, Fatimah akur. Dia bangun.Sempat dia melihat pada Hayati yang masih tekun memandang ke arah pintu bilikkecemasan.

            Fatimah menoleh lalu berjalanmeninggalkan kedua suami isteri itu. Kata Azhari ada betulnya. Daripada diamenunggu di situ, lebih baik dia memohon pada Allah supaya umur Yusufdipanjangkan kerana hanya Dia yang berkuasa menghidupkan juga mematikan. Doktorhanya mampu berusaha dan berikhtiar tapi segalanya adalah kuasa Allah.

            Selesai solat, Fatimah meluangkanmasa membaca surah Yassin. Dia mencari ketenangan. Dia juga memohon agarsemuanya akan kembali seperti sedia kala.

            Usai ibadat di surau hospitalberkenaan, dia kembali ke ruang kecemasan namun kelibat orang tua Yusuf sudahtiada. Dia tercongok sana sini mencari mereka sebelum menuju ke kaunterpertanyaan.

            Belum sempat dia bertanya, Hayatimenyentuh bahunya dari belakang.

            “Ikut mak cik.” Arah Hayati. Diamembawa Fatimah ke sebuah bilik.

            Sebaik pintu bilik dibuka, Fatimahmelihat tubuh Yusuf yang terlantar di atas katil. Wajahnya lebam sana siniselain luka kemerahan.

            “Alhamdulillah.” Fatimah memanjatsyukur.

            Namun, baik Hayati juga seoranglelaki berkot putih di tepi katil berwajah suram.

            “Kenapa, mak cik? Kenapa doktor?”tanya Fatimah bila melihat riak di wajah kedua mereka.

            Lelaki di depannya itu kelihatanteragak-agak sebelum bersuara. “Sebenarnya, cik. Pesakit ni dah meninggaldunia.” Ujarnya.

            Fatimah tercengang.

            “Kenapa dia ada kat sini kalau dia,”

            “Sebentar tadi kami dah berjayaselamatkan dia tapi bila kami pindahkan dia ke bilik ni, dia tak dapat bertahanlama. Dia dah kembali pada Ilahi.”

            Fatimah mengeleng-gelengkan kepala.Dia berundur setapak dua ke belakang. Matanya terpaku pada sekujur tubuh kakudi atas katil itu.

            “Tak. Tak. Tak mungkin.”

            Hayati memeluk Fatimah. “Sabar,Imah. Tuhan lebih sayangkan dia.”

            “Tak, mak cik. Imah tak percaya.”Ujarnya.

            “Semua ni dah takdir, nak.” PujukHayati.

            Fatimah cuba mendekati Yusuf denganair mata berjujuran. Dia mula menerima yang Yusuf sudah tidak lagi bernyawa.Mahu saja dipeluk tubuh itu tapi satu suara menghalangnya. Dia bukan yang halalbuat Yusuf. Dia bukan siapa-siapa untuk Yusuf. Hatinya luluh berkecai.

 

SELEPASmenghantar Fatimah pulang dengan sebuah teksi, Hayati kembali ke bilik yangmenempatkan Yusuf.

            Doktor lelaki yang tadi, masihberada di situ tapi kot putihnya sudah ditanggalkan.

            Hayati menyeluk ke dalam tas tangan.Dua keping not 50 dikeluarkan lalu diserahkan pada lelaki itu.

            Lelaki itu menyambutnya lalu duititu dikucup. “Terima kasih.”

            Lelaki itu beredar. Dia berselisihdengan Azhar di pintu.

            “Siapa tu?” tanya Azhar yang kembalidengan beberapa jenis kuih di dalam beg plastik yang dibawanya.

            “Takde siapa lah. Dapat ke kuihtepung talam tu, bang?” soal Hayati. Beg plastik dari tangan Azhar diambil.Isinya dilihat.

            “Ada. Nasib baik ada. Yang awaktiba-tiba suruh saya pergi beli kuih ni kenapa? Dah tak menyempat. Anak kita tubaru je lepas pembedahan.”

            “Dia kan suka kuih tepung talam nibang. Biarlah kalau dia buka mata tu nanti, ada benda yang dia suka nak makan.”

            “Dalam keadaan dia macam ni, muluttu pun belum tentu boleh buka. Awak nampak luka kat bucu mulut tu?”

            “Dah la, bang. Abang pergilah solatIsyak ke apa yang patut.”

            “Saya dah solat. Awak tu yangbelum.” Ujar Azhari.

            “Ye lah. Saya pergi solat. Abangjangan tinggalkan dia. Tunggu saya balik.”

            “Yelah. Tau lah saya.”

            Hayati keluar dari bilik dan menujuke luar hospital. Dia membuat panggilan telefon kepada seseorang.

            “Mat, aku ada kerja untuk kau. Kauboleh buat tak malam ni? A’ah. Malam ni juga. Aku nak benda tu setel malam ni.”Ujar Hayati pada lelaki di hujung talian. Sesekali dia menjeling pada kawasandisekeliling. Mujurlah langit sudah gelap dan orang yang berlegar di hospitaljuga tidak begitu ramai. Dia berjalan sedikit untuk menjauhkan lagi jaraknyadengan bangunan hospital.

            “Kau tolong bakar rumah Fatimah.Siti Fatimah, anak banduan pecah rumah tu lah. Siapa lagi! Bakar rumah diasampai rentung. Kalau orang dalam rumah mati lagi bagus. Faham?”

 

API MARAHmenyala dari tapak rumah Siti Fatimah. Orang ramai mengelilingi rumah itu cubamemadamkan kebakaran dengan air dari rumah berdekatan sementara menungguketibaan bomba. Namun, api yang menyala tinggi itu tidak terkesan walau sedikitmalah dia terus bermaharajalela menelan segalanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Maira Muazzam