Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Tease 3


 "DEL... kamu udah kasitahu sama Indra kita udah selesai?"

"Oh! Belum, ma."

"Kok belum?"

"Del udah nelefon tadi waktu di dalem. Tapi handphonenya mas Indra lagi enganged!"

"Ayuh, dicoba lagi dong. Kalau masih nggak dapat, telefon sama Aryan atau baba."

"Iya, iya. Del nyobain lagi, ya."

Della capai telefon dalam beg. Nombor suaminya didail. Tetap sama. Engaged.

Memang suaminya tak ikut sama masuk tadi. Termasuk kakek, baba serta Aryan. Malas katanya. Tahu sajalah lelaki. Bab-bab shopping bukan hal kegemaran. Jadi mereka bawa haluan ke kafe berdekatan.

Masalahnya sekarang, tak tahu kafe mana jadi singgahan. Kalau tahu, bolehlah dia terus redah.

Berapa kali cuba tak dapat, talian dimatikan. Nombor Aryan kini jadi sasaran.

"Helo."

"Helo, Aryan! Aduh... kalian lagi di mana, sih? Ini Kak Del sama yang lain udah sele...,"

Zap!

Bicara Della tersekat. Mulutnya ternganga. Telefon terlepas jatuh. Kepalanya blank sekejap. Terpempan saat beg tangan disambar sepantas kilat.

"Hei! Pencopet! Balikin tas tanganku!"

Bergema suara Della di perkarangan pusat beli-belah Jetty Point itu.

"Heh! Lo jangan kabur! Balikin tas tangan itu!!"

Della terus berteriak. Dicapai high heelnya belah kanan lalu dibaling ke depan. Harap-harap melantun kena kepala peragut lelaki berkenaan. Nak lari, memang dia tak larat. Jadi itu saja pilihan yang tepat.

Tapi... balingannya tak kena.

"Heh! Awas lo, ya! Kalau aku dapat, siap lo aku kerjain!"

Della makin geram. Dicapai pula high heel belah kiri. Moga-moga tepat kali ini. Dihayun balingan sekuat hati. Namun mulutnya ternganga sekali lagi kala sosok Sefhia deras berlari melewati dan terus meluru ke arah peragut tadi.

"Arghhh!!!"

Sekelip mata lelaki itu tersungkur. Rebah mencium bumi saat tendangan Sefhia melekat ke belakang tubuh.

"Hei! Apa masalah kau, hah?!" jerkah peragut itu. Geram plannya diganggu.

Sefhia tak endah. Ditarik baju peragut tersebut agar bangkit. Tapi tangannya laju ditepis. Lelaki di depan cuba bangun untuk lawan balik.

"Kau nak cari pasal dengan aku ya, perempuan! Tak apa. Kau tunggu. Siap kau aku kerjakan!"

Depan khalayak ramai, lelaki peragut itu serang balas Sefhia. Tumbuk, tendang, terajang, semuanya keluar. Namun tak satu pun yang tepat. Balik-balik dia yang terkena.

"Arghhh!!" dengusnya geram. "Kau nak main-mainkan aku, ya!"

Keduanya kembali berlawan. Bertubi-tubi Sefhia diserang. Arah kiri, kanan, dari depan, belakang. Tiap sudut peragut itu kaw-kaw bagi penangan. Namun satu-satu dapat Sefhia patahkan.

Dah serupa tengok pertarungan dalam gelanggang, orang ramai makin berkerumun menyaksi pertelingkahan di tengah-tengah jalan. Kagum dengan kelincahan Sefhia yang bertudung. Atau sakit hati dengan lagak peragut yang menjengkelkan. Yang pasti, masing-masing nak tunggu macam mana ia berkesudahan.

Dalam keadaan agak cemas, di celah-celah orang ramai kerumunan, Aryan berlari menuju ke arah keluarganya. Pak Aryawan, Pak Aditya dan Indra turut kelihatan sama.

"Kak Del! Ngapain? Apa yang terjadi?!" tanya Aryan dalam mengah.

Punyalah kelam kabut dia bila dengar Della terjerit-jerit dalam talian. Dan-dan itu dia berlari keluar tinggalkan kafe tak fikir panjang. Sampai lupa baba, kakek, abang iparnya ada kat belakang. Mahu putus nafas mereka kejar dek langkah derasnya di depan.

"Kak! Aryan nanya ini? Kalian nggak apa-apa, sih? Hah, ma, nenek?"

Aryan menyoal lagi. Sambil periksa keadaan kakak, mama, nenek serta anak-anak

buahnya yang tegar diam tak berkutik.

"Aduhhh... kalian ngapain, sih?! Ditanya kok lagi diam!"

Della telan liur. Bibir rasa kebas nak balas soalan Aryan yang bertalu-talu. Kata-katanya dah hilang dek terperanjat dengan apa yang sedang berlaku. Sudahnya, tangan yang masih pegang high heel diangkat. Menunjuk ke arah 'drama' yang tengah berlansung hangat.

Aryan toleh. Ikut arah telunjuk Della. Pucat terus wajahnya sebaik lihat sosok Sefhia sedang bergelut separuh nyawa.

"Sefhia...,"

Sefhia terus balas tiap pukulan di depan. Sesekali rautnya berkerut bila buku lima peragut itu mengena wajah dan badan. 'Pertempuran' yang disangka sekejap nampaknya dah didrag jadi panjang.

Liat betul nak menyerah!

Sefhia jadi geram. Dah tak ada pilihan. Harap 'senjata'nya akan bagi kesan.

Dengan pantas tubuhnya diputar. Kaki kanan sekaligus diangkat, dilayang, lalu ditendang deras. Tepat ke ulu hati dan rusuk peragut di depan.

Serentak, lelaki itu terbatuk-batuk. Dadanya disentuh. Sakit, perit, bisa. Terasa segala organ dalamannya macam meletup-letup dek tendangan 'maut' tersebut.

Lihat keadaan itu, Sefhia dah tak lengah. Leher peragut cepat-cepat dilocked dengan tangan. Lengan kiri dipulas terus ke belakang. Dan serta-merta peragut itu mati pergerakan.

"Lepaslah!"

"Bagi beg."

"Aku tak cari pasal dengan kau punlah!"

"Bagi balik beg tu."

"Jangan harap!"

Sefhia naik berang. Cengkaman pada leher makin dikejapkan.

"Argghhh!!!"

"Bagi balik. Atau leher kau patah."

Tangan kanan Sefhia dan-dan beralih ke rahang. Tunggu masa saja tulang leher itu bakal dipusingkan.

"Okey, okey! Aku bagi. Aku bagi!" jerit peragut itu menyerah.

Kali ini dia benar-benar kalah. Kalau perempuan di belakang tak acah-acah, sekali rentap saja dia pasti akan rebah. Terkulai nyawa melayang dengan mudah.

Beg tangan di lengan lansung diserah. Sebaik Sefhia lepas pautan, peragut itu terus pasang langkah seribu tak tentu arah.

Sefhia lepas nafas. Habis itu tubuhnya dipalingkan. Dari jauh dia nampak keluarga Aryan. Dah baru kini juga dia sedar kawasan tersebut dah dikerumun ramai orang.

Endah tak endah, gadis itu atur langkah. Berpatah kembali pada Aryan sekeluarga yang menanti resah. Walau sedar tiap manusia di situ tak henti pandang dan berbisik tentangnya, namun dia hanya berjalan tenang sambil kesat peluh di dahi yang kian membasah.



















Previous: Tease 2
Next: Tease 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.