Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Snopsis


Genre :  Romance, action, family, friendship

Main Characters : 

Aryan Wong

Sefhia  (Miss of Crazier)

Zen  (Head of Crazier)

Reyes  (Son of Crazier)

 

ARYAN ALFIANSYAH WONG. Impiannya nak jadi seperti Ibnu Batutah. Kembara keliling dunia. Cari ilmu, cari pengalaman, bantu yang memerlukan. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang. Setelah puas menjelajah semesta alam.

Oh, Malaysia! Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touched down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... the most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.   

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

 

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” -  SEFHIA

“Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” -  ARYAN WONG

 

Masin mulut Aryan. Atas takdir ALLAH, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangkakan. 

 

EMERLINE SEFHIA. Jadi ini nama kamu? Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?” -  ARYAN WONG.

 

Seboleh-bolehnya Sefhia nak lari jauh dari Aryan. Tapi sekuat-kuatnya Aryan mahu ikat gadis berkenaan. Atas rencana ‘gila’, gadis itu dinikahi. Nak selamatkan keadaan dan identiti diri.

 

Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.” -  SEFHIA

Oh, yaWe will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” -  ARYAN WONG.

 

Dalam tercari-cari rentak keserasian, dua hati itu seakan bertemu corak kebahagiaan. Aryan terus memujuk. Sefhia bagaikan terbuai.

 

Aku tak layak nak bertaubat. Tak mungkin ada lagi ruang suci untuk pendosa macam aku.” -  SEFHIA

Tidak ada lafaz yang lebih agung yang aku tunggu-tunggu. Selain kalimah cintamu ‘Lailahaillallah’ terhadap-NYA.  Dan ‘Muhammadurrasulullah’ terhadap Rasul-NYA. Dan saat ungkapan ini udah terlahir di celah bibirmu, nescaya kamu akan bisa ngungkapin rasa cintamu terhadap sesama makhluk setelah itu. Termasuk diriku.” -  ARYAN WONG.

 

Baru indah mula bertebaran, namun segalanya direntap di tengah jalan. Sefhia dirampas semula. Aryan ditinggal bak patung tak benyawa.

 

“You need to get back to me. Forget about him, forget about your love. Come back to your life, and return to your old worldYou are mine, Sefhia!”  -  ZEN

Dia bukan milik kau. Aku cuma bagi pinjam kejap. Dan sekarang, aku ambil dia balik!” -  REYES

 

Penemuan ‘sesuatu’ milik Sefhia buat keluarga Pak Aryawan tambah tak keruan. Gadis itu harus dicari. Bukan hanya untuk kembalikan semangat Aryan. Tapi demi menokhtah rahsia lebih 20 tahun yang sekian lama tergantung misteri.





NOVEL RELAKU PUJUK...

Sudah diterbitkan...

Officially published on 12.12.2020...


🍁  Available on Shopee & Bookstores...




Previous: Bab 31
Next: Tease 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.