Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 30

Bahasa pertuturan yang digunakan di Mesir adalah bahasa arab ammiyah. Iaitu bahasa arab asli mesir. Ia seperti bahasa pasar yang digunakan oleh orang arab. Berlainan dengan bahasa fushah, ada beberapa huruf yang digunakan berbeza dengan bahasa fushah. Contohnya huruf 'kof' digantikan dengan huruf hamzah. Seperti perkataan kolbi bermaksud hati, disebut menjadi albi. 

Huruf 'kof'digantikan menjadi 'hamzah' atau 'a'.
Huruf 'zai'digantikan menjadi 'dal'.
Huruf 'ja'digantikan menjadi 'ga'.
Huruf 'zo' digantikan menjadi 'dho'.
Huruf 'sa' pula menjadi huruf 'ta'.

Mina memandang seorang guru perempuan di hadapan kelas. Gadis itu bersemangat mencatit segala perkara yang dipelajarinya di dalam kelas. Rakan-rakan yang juga sama belajar telah bantu-membantu satu sama lain dalam subjek yang sukar. Malah, guru itu akan mengulang semula dan menerangkannya dengan lebih teliti tentang perkara yang tidak difahami. Mina nampak begitu fokus. 

Walaupun dia rasa penat, tetapi dia sangat suka belajar dan menuntut ilmu. Dia mahu menjadi orang yang berjaya dan dapat membantu orang lain. Baju kurung yang dipakai nampak masih kemas walaupun seharian dia keluar untuk belajar. Kelas dalam bidang kedoktoran bermula dari pagi sehingga ke petang. Kemudian selepas pukul 5 sehingga pukul 7 petang, Mina akan menghadiri kelas bahasa arab. Dia akan sentiasa membawa buku dan nota di dalam bag. Selalunya kelas bahasa arab akan diadakan pada hari jumaat, jadi keesokan harinya hari minggu, dia boleh rehat.

Adam Baihaqi katanya ada urusan penting. Mina malas bertanya kerana selalunya Baihaqi tidak akan berkata apa-apa selagi urusan itu tidak selesai. 

Kelas habis sedikit awal hari ini. Jadi, dia berhasrat untuk menaiki tram. Tram adalah sebuah kenderaan yang digunakan oleh rakyat Mesir. Ia adalah sebuah kereta api kecil. Jalannya hanya satu hala. Mina terus menaiki gerabak kereta api biru di Mahattah Raml atau Stesen Raml. 

Pintu kereta api ini selalunya tidak bertutup. Terpulang kepada gerabak mana yang dinaiki. Kadang-kadang pintu rosak disebabkan terlalu banyak sangat penumpang, mereka menahan pintu itu selagi mampu. Akhirnya ia tidak boleh tutup. 

Apabila di dalam gerabak, Mina berlari anak mencari tempat duduk. Dia duduk di sebelah seorang wanita tua. Duduknya berat. Dia penat. Mina memandang seorang lelaki berjambang putih yang sedang mengutip duit syiling. Mina menunggu gilirannya. Kelihatan lelaki itu mengetuk-ngetuk duit syiling pada palang besi.

Ting! Ting! 

Dia memberi peringatan kepada semua penumpang untuk membayar tambang. Mina menghulurkan duit  syiling 25 sen ginayh. Memang tambangnya murah. Jadi Mina boleh berjimat. Kalau naik teksi mahu harganya melambung menjadi 20 ginayh.

Mina mengeluarkan kertas yang perlu dihafal. Dia terkumat-kamit mengulang semula apa yang dipelajari. Bersungguh-sungguh mahu menjadi orang berjaya. 

Tiba-tiba dia terdetik sesuatu. Baihaqi buat apa seharian ni? Dia langsung tak mesej atau balas mesej Mina. Tak kan la dia nak bagi masa pada aku. Masalahnya ni kali pertama dia buat macam ni. Tak nampak langsung kelibat. 

Telefon Mina berdering-dering. Ha, panjang umur, detik hati Mina. Tetapi disangka Baihaqi rupanya Adam Bahri. Aik? Kenapa ya?

"Assalamualaikum. Mina? Sekarang dekat mana? Dah sampai hujung tram?"

"Waalaikummussalam. Belum lagi Bahri. Mina lagi satu stesen sampailah. Lepas tu Mina naik teksi balik rumah Kak Emilda."

"Saya tunggu awak tram terakhir. Baihaqi suruh ambik awak." 

Mina mengeluh berat. Dia rindu Adam Baihaqi. Mana pergi mamat ni!

"Oh yeke. Ok baik Bahri. Lagi sepuluh minit sampai la ni. Nanti dah sampai Mina call."

"Ok, Mina."

Talian serta-merta dimatikan.

Gerabak kereta api mula berhenti di stesen terakhir. Orang ramai berpusu-pusu turun. Mina berlari anak ke arah pintu. Barang-barangnya sudah dimasukkan semula ke dalam bag. Telefon telah disimpan di dalam poket. Apabila sahaja sampai di pintu, tiba-tiba dia ditolak oleh seorang budak lelaki dalam usia 9 tahun. Budak itu berlari dan menolak badan Mina. Gadis itu terus terjelepuk jatuh. Lutut terus menghentak tanah. Garisan luka kelihatan. Darah mula mengalir laju. Mina mengerang. Dia pandang budak lelaki yang sedang berlari meninggalkannya. Orang lain cuba menolong tetapi Mina kembali bangkit sendiri. Dia berjalan menaiki tangga dalam keadaan terjongket. Telefon di dalam poket dia segera bawa keluar. Belum sempat dia menelefon Bahri, kereta Bahri sudah berada di hadapannya. Mina memandang kereta Volkswagen Arteon. Cermin tingkap diturunkan. Adam Bahri menyahut nama Mina. Mina tersenyum lebar. 

Bahri terus kelam kabut keluar dari kereta apabila melihat Mina mengerang kesakitan. Jalannya tidak lancar. Dia nampak kain di bahagian lutut berdarah. 

"Mina, eh kenapa boleh jadi macam ni?"

"Ada budak tolak. Dia lari keluar tram. Mina tak sempat elak sebab tak perasan."

"Allahuakhbar. Boleh jalan tak ni?"

"Boleh. Tapi kena perlahan-lahan."

Adam bahri memapah Mina masuk kereta. Hati dia menyumpah seranah Adam Baihaqi. Dia tahu Adam Baihaqi pergi keluar dengan Aisyah Sadeeqa seharian. Katanya Hajar merindui Baihaqi. Tapi ini dah melampau. Hari ni dah masuk hari ke tiga dia berjumpa mereka. Malah, Mina tidak tahu apa-apa. Gadis ini juga telah ditimpa malang pula pada saat Baihaqi seronok keluar. Bahri menahan geram.

Nak dilihat kaki itu pula pastu Mina tidak selesa. Apa yang dia perlu buat?

"Darah tu macam mengalir lagi Mina." 

"Ha? Yeke?" Mina selak kain. Dia tarik kain sampai lutut. Dah darurat sangat ni. 

"Ada tisu tak? Saya tekan je dulu. Nanti dia berhentilah ni." Mata Mina meliar mencari tisu di dalam kereta Adam Bahri. 

Kotak tisu itu dibawa keluar. Beberapa helaian tisu ditarik dan ditekan pada lutut. Darah mengalir serta-merta. Tetapi sakitnya tidak hilang. Ia berbisa. Mungkin juga kerana hati Mina sakit merindui Adam Baihaqi. 

"Nak saya bawa jumpa doktor? Kita dah dekat ni."

"Tak apalah. Mina tengok luka ni tak dalam pun. Kena tekan je supaya darah tak mengalir. Mina ok. Balik nanti Mina cuci dan letak ubat. Bahri, jomlah balik."

"Betul ni?"

Mina mengangguk perlahan-lahan. Dia kena yakinkan Adam Bahri. Kalau ada Adam Baihaqi sekarang ni, mesti dia dah paksa pergi klinik. Macam mana Mina bantah pun, Baihaqi tak akan dengar. 

Adam Bahri segera menghidupkan enjin. Pedal minyak ditekan. Dia memacu kereta itu ke rumah Kak Emilda. Mina sedang merebahkan badannya di atas kerusi. Dia lempar pandangannya ke luar rumah. Jejaka di sebelahnya tidak berhenti menjeling beberapa kai ke arah gadis ini. Rindunya membuak-buak. Walaupun gadis ini berada di sebelahnya, dia masih tak boleh sayang dan luahkan perasaan yang sedang membuku. Perasaan ini telah mendera jiwanya yang menggelegak dan bergelora. Dia rasa tak puas hati atas layanan Adam Baihaqi terhadap Mina. 

Kau bawa perempuan ni jauh datang Mesir. Lepas tu kau buat balik perangai kau! Aku memang tak senang dengan perbuatan kau ni, Bai! Jangan sampai aku rampas dia daripada kau! Cinta tunjukla cinta! Jaga dia baik-baik! Ah, bencinya aku!

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.