Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 4

Mina membawa bag tarik itu masuk ke dalam sebuah rumah. Bangunan lima tingkat ini telah dipenuhi dengan pelajar malaysia daripada pelbagai jurusan. Ada yang mengambil jurusan kedoktoran, farmasi dan pergigian. Bangunan ini hanya untuk pelajar perempuan sahaja. 

Mina ditempatkan di tingkat tiga. Selaras tingkat tiga itu hanya ada dua pintu rumah sahaja. Setiap rumah mempunyai 4 bilik.  Rumah ini agak besar dan selesa.

"Assalamualaikum!" Cekpoh menyapa senior perempuan yang lain.

"Waalaikummussalam! Masukla. Bilik paling besar tu bilik aku. Sebelah dapur tu bilik Aina dan bilik depan ruang tamu ni bilik korang. Korang decide la nak mana satu. Dua-dua ada tingkap, katil dan meja belajar. Almari korang kena beli sendiri."

"Salam. Kak nama sapa?" Mina mencelah.

"Tak payah nak kak sangat. Aku baru tahun dua. Samalah Aina. Oh, dia pergi usrah. Kejap lagi dia balik. Panggil aku Puteri je. Nama penuh Puteri Aisyah." 

Mina melihat seorang budak perempuan sedang mencekak pinggang dengan seluar pendeknya. Rambutnya telah diikat tinggi dan disanggulkan. Mukanya penuh dengan bedak sejuk. 

"Ops, sorry! Aku pakai bedak ni! Tu yang bercapuk. Oh ya, nama korang apa?" Puteri memekik di depan pintu. Suaranya lantang. Dia tidak pula ringan tulang untuk menolong mereka. 

"Saya Syarifah. Panggil Cekpoh. Ni, Mina."

"Mina Arwiena" mina menyampuk.

"Ha, macam tula nama dia." Cekpoh garu kepala. 

"Korang buatla hal korang sendiri eh. Aku nak masuk bilik."

***
Mina mengeluarkan barang-barang daripada bag. Terasa sayu memikirkan adakah bumi Mesir ini akan menjadi rumahnya yang kedua? Keluarganya langsung tidak kasihankan dia. Terus berfikiran kolot tidak mahu menolongnya mencari ilmu. Tiada belas kasihan apabila dikutuknya sehingga lidah itu bercabang dua. 

Namun, gambar keluarganya di dalam bingkai kecil itu terus diletakkan di atas meja belajar. Dia masih rindukan ibu, abah dan Yuri. Kehilangan ibu sangat menyiksakan. Abah pula makin benci pada aku. Sudahla kaki pukul dan kaki minum arak. Yuri juga tidak kurang sama. Manakan tidak Mina juga berkeras mahu menggunakan duit yang ditinggalkan ibu untuk tujuan belajar. Masing-masing sudah mempunyai bahagian wang masing-masing. Tetapi abah dan Yuri berfikiran bahawa duit Mina adalah hak milik mereka. Pelbagai agenda yang difikirkan oleh abah dan Yuri untuk menghukum Mina. Akhirnya, Mina pilih untuk tinggalkan keluarga demi untuk menimba ilmu. Kalau dia tak ubah hidup dia, siapa lagi mahu tolong?

"Oh, lusa kelas nak mula. Esok aku kena beli barang-barang keperluan dengan cekpoh. Dia dah janji nak pergi sekali."

Cekpoh, malam ni nak makan apa? - Mina

Makan angin jom. Hihi. -Cekpoh

Aku ons. Jom ronda Alex malam ni. -Mina

Kau kemas dulu. Aku nak kemas jugak. Pukul 8 malam ni kita turun. -cekpoh.

****
Jalan Camp Caesar.
Alexandria, Egypt.

Tempat ni memang cantik. Lokasinya menghadap laut biru. Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup terasa sejuk membeku. Rasa segar udaranya. Kelihatan kereta teksi yang kebanyakannya nampak buruk berkeliaran di jalan-jalan mencari penumpang. Di hadapan laut itu, kelihatan bebrapa pasangan duduk berdua-duaan menikmati keindahan alam. Bunyi kereta hon juga tidak putus-putus berbunyi. Di kawasan yang sedikit jauh daripada mereka, kedengaran orang arab meraikan majlis perkahwinan mereka. Pakaian mereka sungguh mengiurkan. Yang lelaki kebanyakkannya berjambang. Yang perempuan tampak seksi tetapi masih lagi berselendang dan memakai baju lengan panjang. Majlis itu nampak meriah walaupun dibuat secara kecil-kecilan. Mina juga dapat lihat ada beberapa orang pengunjung yang menaiki kereta kuda. Lampu yang melingkar di bingkai kereta kuda itu nampak berkelip-kelip terangnya. 

"Ruh Fayn?(nak pergi mana?)" tanya seorang pemandu teksi yang sedang memberhentikan kereta di hadapan mereka. 

Cekpoh jeling Mina. Mata Mina meliar mencari seseorang yang boleh membantu mereka. Dia tidak faham. Al maklumlah, kelas bahasa arab akan bermula minggu hadapan. 

Dalam kesibukan bandar itu, susuk seorang lelaki melayu mendekati mereka. 

"Assalamualaikum! Korang nak aku tolong ke?"

Mina mengangguk. Pada waktu itu dia hanya memakai baju sejuk yang berbulu di bahagian tengkok. Labuhnya sehingga ke bawah lutut. Seluar dipakai hanyalah seluar biasa yang tiada jenama. Kasut sukan adidas itu pula peneman diri. Selendang berwarna biru tua itu nampak cantik terletak pada muka. Muka Mina yang memang putih seperti kapas dibiarkan tanpa calitan bedak. Hanya lipgloss maybelline sahaja dicalit sedikit pada bibir.

"Ha, boleh juga."

"Korang nak pergi mana?"

Mina mengetap bibir kemudian dia menggeleng kepalanya. "Sebenarnya kitaorang nak pergi makan tapi tak tahu nak pergi mana. Dan nak cari barang sikit."

"Oh. Kejap eh!" Lelaki itu menyampuk.

"Ya ammu! Ihna ruh il carefu! (Pakcik, kami nak pergi Carefour). Kam ginayh?! (Berapa ginayh?)"

"Asyarah!" ( sepuluh ginayh)

"Aywah!" (Baiklah)

Lelaki itu mempelawa diri untuk membawa mereka ke sebuah tempat membeli belah terbesar di Alexandria. Di sana mereka boleh mencuci mata dan sekali gus makan malam. Tiba di shopping mall tu, mereka terus turun.

Duit itu bertukar tangan. 

"Maafla ganggu pula." Mina menyapa budak lelaki malaysia tu.

"Haah, sorry doh. Aku kalau tahu pun perkataan surah al fatihah je. Siratol mustakim! Jalan yang lurus! Ha, nak suruh dia pergi straight. Betul ke?" Cekpoh berseloroh.

Mina siku Cekpoh. Malunya.

"Hahaha! Kau ni lawak gak. Aku Umar. Tahun tiga. Korang budak tahun pertama kan? Baru sampai?"

"Haah. Baru sampai. Kau memang selalu jadi tourist guide ke? Tak pasal-pasal datang sini." Tanya Mina.

Umar Al Marhaem tersenyum. Lelaki itu orangnya biasa. Matanya sepet. Rambut pendek. Agak tinggi setinggi 175cm. Badannya kurus tidak terlalu tegap. Nampak bersahaja.

"Oh!" Umar menampar dahi. "Bukanlah, dekat Mesir ni kita ada satu sistem tau. Nama dia sistem musyrif.  kalau budak perempuan nak pergi mana-mana, kena ada budak lelaki teman. Sebab orang arab sini selalu kacau budak perempuan. Macam aku buat ni. Tapi sepatutnya kena booking lah. Kitaorang pun ada jadual sendiri."

"Mantap gila." Cekpoh menepuk tangan. Mina hanya tergelak kecil tidak banyak cakap. Bila difikirkan tentang orang arab suka kacau budak perempuan, teringat the adams brothers. Adam bahri dan Adam Baihaqi. Mana korang ya?
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.