Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,761
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab4(1)

TAK sangkabermain snuker seorang diri sangatlah bosan! Niat di hati ingin menghiburkanhati yang bosan tetapi bertambah bosan pula jadinya!

‘Arghhhh! Aku bosan!’ jeritImani dalam hati. Ditenung bola yang berwarna merah itu masuk ke dalam poketmeja snuker setelah di terkena impak tolakan bola putih. Dia lantas mengeluhlemah sebelum memaut batang kayu itu.

“Haish, bosannya…”

“Hai, nampak macam bosan je.”

Bagai mengerti, tiba-tiba sahajaada suara garau menegur dari tepi. Dia lantas mengalihkan pandangan dankelihatan seorang jejaka sederhana tinggi sudah berada, berdiri di tepinya.

Sejak bila? Dia pun tidakperasan.

“Boleh berkenalan?” soal jejakaitu lagi.

Imani buat tidak layan. Diakembali bermain snuker itu. Kali ini bola berwarna hitam pula menjadisasarannya. Setelah batang kayu diletakkan pada posisi bersedia, dia menolakbola putih itu lalu terkena bola hitam lantas masuk ke dalam poket meja.

Yes! Tujuh mata untuk Iman!

“Amboi, sombongnya!” Jejaka itubersuara lagi. Ternyata dia masih lagi berada di situ dan tidak berganjak.Imani yang rimas mula beralih ke hadapan meja snuker itu dan permainanditeruskan. Kali ini bola hijau menjadi sasarannya. Sebenarnya, dia tidak ikutaturan permainan. Sepatutnya dia menghabiskan bola yang berwarna merah barulahboleh memasukkan bola berwarna lain.

Tapi dia peduli apa!

Sedangkan peraturan jalan rayadan undang-undang pun dia langgar, inikan pula peraturan permainan snuker.

Sedang dia asyik membongkok,tiba-tiba sahaja ada jemari kasar menyentuh alur belakang tubuhnya. Jemarikasar itu perlahan-lahan bergerak dari atas ke bawah dan apabila tiba dibahagian pinggang, kedengaran suara gatalnya berkata.

“Nice body, young lady. Sayaberkira-kira kalau awak sudi tunjukkan tubuh badan awak yang cantik tu dekatsaya. Malam ni.”

Imani terdiam. Dia sedangberkira-kira mahu bertindak dari mana. Berdasarkan ekor matanya, dia dapatlihat jejaka itu berada di sebelah kanannya sedang menayangkan nafsu kudanyaitu. Dia biarkan jejaka itu berseronok dahulu sebelum bertindak.

“Itupun kalau awak masih sihatlagi,” balasnya seraya menyiku wajah jejaka itu. Jejaka tersebut yang sedangmenunduk untuk menghidu bau tubuh Imani tidak dapat mengelak lantasterkebelakang sedikit sambil menekup hidungnya yang terasa sakit itu.

“Tapi malangnya awak kena masukhospital malam ni.”

“Arghhhhh!”

Imani menyepak celah kelangkangjejaka itu sekuat hati membuatkan jeritan bergema di sekitar pusat snuker itu.Jejaka gatal itu mengerengkot kesakitan.

“Malangnya nasib kau tak dapatnak ratah badan aku,” ujarnya sambil tersenyum sinis. Dia lantas memijak perutboroi jejaka itu sebelum menghayun langkah keluar dari situ.

Namun, kegembiraan dia hanyaterhenti di situ sebelum ada orang menepuk bahunya dan tindakan refleksnyamenoleh lantas tanpa boleh dielak penumbuk padu melayang ke pipinya.

“Urghhh!”

Imani dapat rasakan darah yangsudah bercampur air liur di dalam mulutnya. Dia ambil waktu senggang beberapasaat memandangkan sang empunya penumbuk itu tidak menyerangnya untukmenstabilkan kedudukan tubuhnya yang terpusing tadi.

“Kau dah buat onar dalam tempatni…” Seorang jejaka mula bersuara. Kelihatan tiga orang jejaka yang berbadantegap berdiri di hadapannya dengan masing-masing posisi bersedia. Seorangpaling hadapan dan dua orang lagi berada di kiri dan kanan. Macam cerita tamil!

Takut? Gentar?

Tidak! Imani tidak gentarmalahan dia tersenyum. Ternyata malam ini dia bakal berseronok dengan tigaorang jejaka ini. Dia membetulkan tubuhnya kepada posisi bersedia.

“…jangan harap kau boleh lepas!”

“Incoming fun, heh!”

Tumbukan dilepaskan oleh jejakayang berada di kanan namun, berjaya ditepis oleh Imani. Dia mencengkam eratbuku lima jejaka itu lantas menujah perutnya. Jatuh tergolek jejaka itujadinya.

Kemudian, jejaka yang paling kiri pula meyerang.Kali ini jejaka berjambang itu menggunakan senjata tetapi tidak dapatmenandingi kecekapan Imani. Gadis itu pantas mengunci pergerakannya lalu dengantenaga wanita yang dia ada, diterbalikkan tubuh jejaka ituke atas meja. Terbelah dua meja snuker itu jadinya. Habis segala bolaberterabur di atas lantai.

Keadaan di dalam pusat snukeritu sungguh hingar-bingar dengan jeritan pengunjung lain yang ketakutan.Masing-masing berlari keluar dan tidak mahu ikut campur termasuk penjagakaunter.

Imani menggunakan kesempatan iniuntuk melarikan diri.

PRANGG!!!

Bunyi kaca pecah dan serentakitu dia dapat rasakan pedih di sekitar belakang ke palanya. Pada waktu itu, diamenoleh ke belakang dan kelihatan jejaka yang paling hadapan sedang memegangbotol arak yang sudah berkecai.

“Jangan lari!”

Cepat-cepat Imani angkat kakisebelum jejaka itu sempat mengejarnya dengan menggunakan senjata. Dalam kalutdia berlari, dia tidak sedar yang dia sudah berada di jalan raya. Dan padaketika dia sudah tersedar, segalanya telah terlambat. Bunyi hon yang panjangdiikuti dengan lampu kereta yang tinggi sebelum dia terasa tubuhnya terhentakdi atas jalan raya lalu sekelip mata dunianya gelap. 
Previous: Bab3(2)
Next: Bab4(2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.