Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
555,549
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Hampir dua minggu berlalu pergi. Bagi Nur Alia segalanya begitu lambat berlalu. Sesak nafasnya meniti hari-hari yang langsung tidak seperti dulu. Setiap langkahnya perlu diatur sesuai dengan gelaran yang baru dia dapat walau tanpa rela namun itu percaturan hidupnya. Dulu dia bebas ke mana saja, bebas melangkah dengan ketawa. Bersama kawan-kawanya, bersama Ikbal. Walaupun dia sedar Ikbal menaruh cinta sepenuh hati untuknya, tapi dia sudah katakan perasaannya tidak seperti itu. baginya Ikbal seorang sahabat yang baik dan dia amat sayang hubungan persahabatan yang terjalin dari dia menimba ilmu di sini.

Beberapa hari kebelakangan ini dia jarang bersua muka dengan Fahmi. Dia keluar lebih awal dari biasa, dan selalunya akan bersarapan terlebih dahulu bersama dengan Lina dan Sasha. Petang pula dia sibuk dengan mesyuarat dan dia terus menuju ke kelas sebaik mesyuarat tamat. Malam dia pulang ke rumah, kereta Fahmi masih tidak ada. Hanya esok pagi ketika mahu ke tempat kerja baru dia melihat kereta suaminya terparkir di lama rumah. Selama itu dia tidak bersua dengan Fahmi. Tapi Mak Jah ada mengatakan Fahmi selalu pulang pukul 2 pagi, banyak masalah baru timbul di syarikatnya. Dia tidak bertanya, tapi Mak Jah yang selalunya akan membuka cerita. Dari Mak Jah juga dia tahu Fahmi hanya akan berada di sini sebulan lagi.

Malam itu selepas beberapa malam berlalu, Fahmi pulang lebih awal. Semasa sampai di rumah, Nur Alia sudah pergi ke kelas. Makanan yang Mak Jah masak tidak membangkitkan seleranya. Aina yang cuba menarik perhatian Fahmi langsung tidak dipandang. Lina dan Sasha berpandangan. Apa yang sedang terjadi di antara Fahmi dan Nur Alia. Selama beberapa hari ini ada yang tidak kena pada pandangan mereka berdua.

“Tunggu Lia balik ke?”

Fahmi mengangguk sambil memandang tubuh Mak Jah yang sibuk mengemaskan dapur.

“Nanti Fahmi makan dengan Lia. Lauk tu biarlah atas meja, Mak Jah dah nak masuk tidur ke?”

“Mak Jah dalam bilik, kalau nak apa-apa ketuk pintu Mak Jah”

Fahmi mengangguk. Tubuh mak Jah hilang disebalik pintu. Fahmi kembali keruang tamu Lina dan Sasha seperti selalu sedang asyik menonton TV, dia sudah kenal dengan minat dua orang wanita itu dengan drama bersiri di TV3 yang disiarkan setiap hari jam 9.00 malam.

“Lina, siapa hantar bunga ni?”

Aina yang keluar dari bilik mencapai sejambak bunga di atas meja. Hampir layu. Agaknya orang tu hantar pagi tadi.

“Dah layulah, tak romantik langsung. Bagilah sendiri…..” Tangan Aina gatal membuka kad kecil di dalamnya.

“Eh, untuk Lialah. Pasti dari Ikbal. Tak puas jumpa di kelas, siap bagi bunga lagi” Aina meletakkan kembali bunga ditangannya ke atas meja. Lalu duduk di sebelah Fahmi.

Fahmi membatu. Dia tidak menyangka isterinya itu akan berhubung lagi dengan lelaki tersebut. Kalau bunga mawar merah jadi pilihan, pastinya sedang hangat bercinta. Tapi dia tidak boleh marah sebelum siasat perkara sebenar. Kalau benar isterinya itu bercinta dengan Ikbal. Mungkin dia terpaksa lepaskan. Dai mahu Nur Alia bahagia walau dia sendiri tidak tahu sanggupkah dia melepaskan Nur Alia.

“Fahmi nak pergi mana? Ain ada benda nak minta tolong ni” Aina bersuara manja apabila Fahmi terus bangkit dari duduknya.

“Nak masuk dalam bilik. Panaslah di sini.” Fahmi tidak menghiraukan kata-kata Aina. Masuk saja dalam bilik dia terus mengunci pintu.

Linda dan Sasha tersenyum simpul. Aina pula mendengus kasar apabila cubaan demi cubaan untuk menggoda Fahmi tidallk berbalas.

Fahmi terlentang di atas tilam. Matanya sukar untuk ditutup. Hatinya masih tertanya-tanya betulkah Ikbal yang menghantar bunga itu, hanya lelaki itu yang dia tahu. Lagipun sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu muka dengan gadis itu. Dia sebenarnya rindu, tapi tuntutan tugas disyarikat menyebabkan dia terpaksa utamakan perkara lain selain dari menunggu Nur Alia.

Jam menunjukkan pukul sebelas. Kedengaran kereta Nur Alia baru saja memasuki perkarangan rumah. Fahmi bangkit dari tidurnya, terus keluar membuka pintu.

“Lia…….”

Nur Alia tersentak, terkejut melihat Fahmi berdiri dimuka pintu. Lama dia tidak melihat wajah itu, bau wangian yang selalu menjadi igauannya hampir lupa baunya. Nur Alia terpaku berdiri, dia seolah tahu ada arahan yang bakal suaminya itu katakan.

“Temankan Fahmi makan, Fahmi tunggu kat dapur…….”

Nur Alia mengangguk. Walaupun dalam hatinya merungut tapi dia sedar sebagai seorang isteri dia harus jaga perasaan Fahmi. Tapi apabila dia teringat kejadian malam itu yang memaksa dia berkahwin marahnya tiba-tiba datang. Lagipun dia tidak pernah kenal lagi sikap Fahmi, hatinya selalu tertanya-tanya adakah lelaki ihklas menyayanginya.

Selepas membersihkan diri, Nur Alia menuju ke dapur. Tertib dia menuang nasi ke dalam pinggan sebelum duduk di sisi Fahmi. Suasana sepi, tiada satu pun butir bicara keluar. Nur Alia terpandang sejambak bunga mawar merah di atas meja. Lama dia renung….

“Untuk Lia, Lina kata tadi ada orang hantar”

Bunga di atas meja dipandang sepi, lalu pandangan Nur Alia beralih kepada Fahmi yang sudah bangkit menuju ke sinki. Matanya memerhati Fahmi yang membasuh pinggan. Nur Alia bangkit perlahan, mengemaskan lauk pauk di atas meja.

“Dah malam ni, masuklah tidur. Thanks sebab temankan Fahmi makan”

Nur Alia diam membisu. Hanya matanya yang bercahaya mengiringi langkah suaminya masuk ke dalam. Nur Alia kembali menyudahkan kerjanya. Selepas itu dia membancuh secawan Milo lalu kembali duduk dimeja makan. Bunga yang hampir layu itu dipandang lagi. Kad kecil berbentuk hati di tatap isinya. Memang sah dari Ikbal, patutlah lelaki itu langsung tidak mempedulikannya, tapi dalam diam ada rancangan lain yang dia buat.

Beberapa hari Ikbal berbuat begitu dia selesa. Kurang rasa bersalah yang bersarang. Namun selepas melihat jambangan bunga mawar merah di hadapannya, hatinya berbelah bagi. Pernah suatu ketika dia merasakan amat memerlukan Ikbal. Pada masa itu dia belum lagi menjadi isteri Fahmi. Dia tidak pernah menyintai Ikbal tapi dia senang dengan kehadiran Ikbal yang amat memahaminya. Pernah juga dia terfikir untuk menerima saja Ikbal dalam hidupnya apabila keluarganya di kampung selalu bertanyakan keputusannya untuk menerima pinangan dari jiran tetangga. Tapi itu dulu, status yang dipegangnya kini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam bergaul. Nur Alia mengusap kuntuman bunga yang hampir layu kemudian dia meneguk Milo yang sudah suam. Terasa bahunya di pegang oleh seseorang.

“Tak tidur lagi ke? Tadi dah jumpa buah hati takkan tak puas lagi. Lama Fahmi tengok Lia pandang bunga tu…..Kalau Ikbal tu buah hati Lia, cakaplah terus terang. Tapi saya masih nak teruskan hubungan kita. Saya tak nak lepaskan awak” Fahmi berbisik ketelinga Nur Alia. Nur Alia gelisah, Fahmi tersenyum kecil melihat isterinya. Sengaja dia meninggalkan Nur Alia tadi lalu keluar semula perlahan-lahan. Ingin menduga Nur Alia, dan melihat sendiri apa yang isterinya akan buat dengan jambangan bunga itu. Dia cemburu, apatah lagi dia sendiri dengar kemesraan Nur Alia dengan Ikbal suatu masa dulu dari Lina dan Sasha. Dia lihat sendiri Nur Alia di sebuah restoran walaupun pada masa itu bukan hanya isterinya dan Ikbal tapi jelas ketawa isterinya menunjukkan dia gembira kalau nak dibandingkan dengan keadaan isterinya yang sepi di rumah.

“Aku tak ada apa-apa dengan dia!…..” Perlahan suaranya keluar.

Fahmi tersenyum kecil. Sengaja tangannya beralih lalu mengusap rambut ikal isterinya. Wangi! Matanya mencuri pandang kewajah Nur Alia yang pucat, kaku dan tidak bergerak walau sedikitpun. Senyumnya semakin lebar, suka melihat wajah isterinya begitu.

“Fahmi…..nanti ada orang nampak….”

“Biarlah, biar mereka tahu awak dah jadi isteri saya ……Saya pun nak juga Ikbal tu tahu yang awak ni isteri saya”

Nur Alia bangkit, kasar langkahnya menjauhi Fahmi. “Kalau kau nak tahu, aku dan Ikbal tak ada apa-apa hubungan, Faham!”

Nur Alia cuba menjauhkan diri dari Fahmi namun lelaki itu lebih cekap. Kejap dia menggenggam lengannya.

“Lia……..I want you…..Now!” Suara Fahmi keras menusuk telinga Nur Alia.

Nur Alia terkesima, marahkah dia…….Argh….Nur Alia bergegas meninggalkan dapur. Terus masuk ke dalam bilik dan menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Nasib baiklah Lina dan Sasha tidur lena. Fahmi…..kau memang kejam!


Previous: Bab 11
Next: bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.