Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia lihat Hyun dan disebelah
ketika matanya terbuka. Dan saat matanya terbuka juga dia teringat kecurangan
dan penipuan Soonie. Air matanya merembes keluar perlahan-lahan. Hyun yang
sudah tahu perkara sebenar menggenggam tangannya erat. Kang Hae Jin bangun dan
menarik wayar yang dicucuk ditangannya. Dia melangkah longlai keluar dari
hospital dan tidak mempedulikan Hyun dan jururawat yang memintanya kembali. Dia
lari dan terus lari dengan harapan ada kereta yang melanggarnya dan dia akan
mati daripada mengingatkan penipuan perempuan yang dicintai sepenuh hati itu.
Dalam keadaan terhuyung-hayang dia menahan teksi dan masuk ke dalam perut teksi
itu dan teks terus melucur laju menuju ke tempat yang di mintanya.
Hari-hari seterusnya dilalui dengan minum arak dengan
harapan dia dapat melupakan segala-galanya. Namun dia tahu, saat dia sedar
daripada mabuknya pasti kenangan itu muncul semula dalam ingatannya. Dan pasti
dia akan meraung mengenangkannya. Dan dia akan minum lagi sehingga mabuk lagi
untuk melupakan semuanya.
Sahabat sejati dan teman serumahnya, Hyun hanya mampu
menggelengkan kepalanya. Sudah berbuih mulutnya menasihati Kang Hae Jin. Sudah
dipujuknya sahabatnya itu melupakan segalanya dan memulakan hidup baru. Dia
tahu, Kang Hae Jin bukan orang yang mudah mencintai dan menyerahkan seluruh
hatinya buat wanita. Dulu, dia pernah mencintai tetapi kekasihnya itu meninggal
kerana kanser. Lama dia mahu melupakan kekasihnya itu sebelum bertemu Soonie
dan hatinya dibuka semula untuk mencintai. Dan kali ini dia kecewa lagi. Dia
tahu, pasti hati Kang Hae Jin hancur berkecai dengan kejadian ini.
“Jin, kau tak boleh terus menerus sebegini. Kau akan
hancur kalau kau terus macam ni.” Hyun cuba memujuk sahabatnya itu. Kang Hae
Jin yang mabuk hanya tersengih. Dia mengambil gelas di tangannya lalu meneguk
arak itu sehingga habis.
“Kau kan tahu Hyun, aku memang sudah hancur. Kau tak
tahu? Kau tak tahu?” Dia berkata lemah. Air mata yang tertahan-tahan akhirnya
merembes keluar.
Entah kenapa, kata-kata Soonie masih terngiang-ngiang di
telinganya. Dan saat kata-kata itu menerpa di telinganya pasti dia rasa terluka
kerana selama ini dia bodoh kerana tidak menyedari yang dirinya ditipu dan
dipermainkan oleh orang yang paling dicintainya itu. Seratus peratus dia percaya
pada Soonie dan akhirnya dia tenggelam dalam kepercayaannya sendiri.
“Aku tahu tapi sekarang kau masih perlu teruskan hidup.
Hidup kau masih panjang. Apa yang berlaku tetap sudah berlaku.” Hyun mahu mencuba untuk memujuk lagi. Dia
menepuk bahu Kang Hae Jin. Kang Hae Jin hanya membatu.
“Jin, aku minta maaf.” Suara halus yang dikenalinya itu
menyebabkan Kang Hae Jin mengalihkan pandangan pada si empunya suara. Ternyata
benar dugaannya, suara itu milik Soonie. Matanya berkaca melihat wanita itu
dihadapannya. Wajah yang selalu dirindui ditatap lama. Kata-kata maaf yang
kedengaran dari mulut mulus itu ternyata sudah melembutkan hatinya. Biarlah dia
melupakan sahaja apa yang berlaku hari itu. Sayangnya kepada Soonie melebihi
segala-galanya. Hatinya meronta mahu memeluk wanita itu dan memaafkannya.
“Aku harap kau tak dedahkan perkara ni pada wartawan. Kau
masih ada kerjaya dan aku masih ada kerjaya. Begitu juga Kim Jun. Aku harap kau
tak lupa yang aku adalah kekasih kau di mata peminat.” Kang Hae Jin terpempan
mendengar kata-kata itu. Sangkaannya Soonie mahu memujuk hatinya yang sedang
lara. Ternyata sangkaannya salah sama sekali. Rupanya Soonie hanya datang untuk merobek
lagi jantung hatinya. Dia merengus.
“Maksud kau? Kau nak aku akui kau masih kekasih aku di
mata peminat kau? Demi keuntungan kau?” Kang Hae Jin bersoal dengan suara yang
keras. Soonie mengangguk seperti tiada apa yang berlaku. Kang Hae Jin menghela
nafas keras melihat wajah tidak bersalah Soonie. Kemaafan yang mahu diserahkan
tadi melayang hilang. Kini hatinya dirobek dendam.
“Kau ingat aku cintakan kau selama ni? Aku juga gunakan
kau untuk kepentingan kerjaya aku. Jadi, kau tak perlu risau aku akan dedahkan
kepada sesiapa yang kita hanyalah kekasih boneka. Sebab aku juga sama macam
kau, kau faham?” Kang Hae Jin merengus keras sambil matanya tajam memandang
wanita itu. Soonie mengukir senyum yang dibuat-buat. Kang Hae Jin telan air
liur melihat senyuman itu.
Dahulu, senyuman itu menjadi penawar duka lara buatnya.
Menjadi kekuatan buatnya menghadapi hari-hari yang sukar. Namun, hari ini
senyuman itu ibarat pisau tajam yang menghiris hatinya. Perit dan pedih terasa.
“Okay, kalau
macam tu, aku anggap kita dah mencapai kata sepakat. Aku harap lepas ni,
hubungan kita masih seperti biasa walaupun tiada apa perasaan antara kita.”
Soonie tersenyum kelat sebelum memalingkan tubuhnya. Tanpa menoleh lagi, dia
menghayun langkah, keluar daripada rumah tersebut. Meninggalkan duka yang dalam
buat Kang Hae Jin.
Kang Hae Jin sedari tadi menahan rasa, terus mengamuk
menghempas gelas-gelas yang ada di sekelilingnya. Hyun yang sejak tadi menjadi
saksi menenangkan sahabatnya yang semakin menggila.