Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,655
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Cepat-cepat Damia Marlissa mengemaskan buku sekolahnya. Kelam-kabut pagi itu. Seperti biasa, dia memang lambat ke sekolah. Sudah hampir jam 8 pagi. Sikit lagi pintu pagar sekolah akan tutup. Dalam 15 minit saja. Mujur kemeja dan skirt sekolah sudah digosok malam tadi.

Selesai memasukkan buku-buku ke dalam beg, Damia Marlissa buat tengok sekali lagi. Takut-takut ada buku tertinggal. Yakin tak ada yang tinggal, beg sekolah digantung pada bahu kanan. Tie sekolah dibetulkan.

Damia Marlissa melangkah keluar dari bilik. Nampaknya adiknya yang beberapa tahun muda darinya sudah siap untuk ke sekolah.

Damia: Dik, nak pergi dah ke?

Soal Damia Marlissa kepada adiknya, Arzil.

Arzil pula macam acuh tak acuh saja jawab ya. Dia malas nak layan kakaknya yang lambat dalam setiap hal. Memang mereka dah biasa pagi-pagi macam ni. Selalunya Arzil akan ke sekolah dulu walaupun mereka belajar di satu sekolah.

Melihatkan adiknya yang macam malas nak melayan, Damia Marlissa membalas dengan jelingan. Nafas dihembus berat. Dia melangkahkan kaki masuk ke dapur. Perutnya lapar. Mana boleh orang kuat makan macam Damia tak makan pagi. Lambat ke cepat ke Damia Marlissa tetap makan pagi sebelum ke sekolah atau beraktiviti.

Siap makan, Damia Marlissa bangun dari meja makan dan menuju keluar dari dapur. Kelihatannya ayahnya, Encik Nor Idriss sedang memakai tali pinggang di ruang tamu.

Nor Idriss: Kak Mia lambat lagi? Hari-hari lambat Kak Mia ni.

Damia Marlissa hanya membalas dengan sengih kerang busuk apabila ditegur begitu oleh ayahnya.

Puan Roliza: Biasalah Kak Mia tu. Asyik lambat aje.

Maknya pula sedap sekali menambah api. Perangai mak-mak biasalah bila ayah tengah marah kan. 

Damia Marlissa menghulur tangan pada ayahnya untuk bersalaman. Kemudian dihulurkan pula pada maknya dan meminta diri untuk beredar.

Tekocoh-kocoh dia melangkah keluar dari pintu rumah. Beg sekolah diletakkan dalam bakul basikal yang tergantung. Terketar-ketar tangannya membuka mangga pada basikal. Ni lah jadinya bila terburu-buru macam ni.

Setelah mangga terbuka, cepat-cepat Damia menuntun basikalnya ke pintu pagar rumah. Tanpa berlengah Damia Marlissa menaiki basikalnya. Pintu pagar pun tak ditutupnya. Nak cepat punya pasal.

Lebih kurang 10 minit dia mengayuh, akhirnya sampai juga di sekolah. Kayuhannya laju sehingga mampu mengalahkan pelumba moto gp.

Papan tanda Sekolah Menengah Tinggi Bandar Adamilia terpampang di pintu pagar sekolah. Tapi sayangnya, pintu pagar sekolah dah tertutup rapat. Tiada ruang pun untuk Damia mencelah. Nak tak nak kenalah dia panjat. Sekali lagi. Seperti semalam, kelmarin, minggu lepas dan bulan lepas. Boleh dikatakan setiap hari dia panjat pagar sekolah. Boleh dikira pakai jari hari-hari Damia Marlissa datang awal.

Basikal diletakkan di luar pagar. Dikuncinya dengan rantai mangga. Dah pasti kemas, Damia berdiri mengambil beg sekolah dari bakul.

Disangkutnya beg pada bahu. Pastikan beg betul-betul tersangkut. Damia Marlissa menarik nafas panjang. Kuatkan semangat hati untuk memanjat pagar setinggi empat kaki.

Diletakkan kaki kanan pada rongga-rongga yang ada pada hiasan pagar. Dan pap! Kasut hitam Damia Marlissa berjaya menjejak kawasan sekolah.

Cepat-cepat dia membuka langkah. Takut-takut dirinya tertangkap bulat-bulat di sini.

...: Ehhem!

Belum sempat Damia Marlissa meloloskan diri, suatu suara menegur. Buat-buat batuk dibelakangnya.

Damia seperti dapat mengagak gerangan itu. Ditolehnya ke belakang pelan-pelan. Armine, pengawas yang boleh tahan kacak dan skema terpacak di situ. Damia Marlissa tersengih seperti kerang busuk. Nampaknya sekali lagi namanya akan memenuhi buku pengawas Si Armine. 

                                   *****
Tangan kiri Damia mengenggam tangan kanannya erat. Matanya melilau melihat keadaan bilik guru besar. Ni semua salah Armine penyibuk tu aku kena panggil dengan guru besar. Haih. Rungut Damia Marlissa dalam hati. Guru besar pula dari tadi tak habis-habis membebel. Tak tercabut ke mulut dia membebel. Telinga Damia Marlissa dah terasa seperti nak tertanggal.

                                 *****
Damia Marlissa menerjah masuk kelas aliran Sains yang terletak disebelah kelasnya. Kosong. Hanya seorang lelaki yang berada di dalam kelas tu.

Damia: Oi, Armine! Oi! Kau ni memang tak guna lah. Mentang-mentang lah kau pengawas kau ingat kau boleh buat suka-suka hati kau ke?! Armine! Dengar tak aku cakap ni!

Tengking Damia Marlissa. Namun budak lelaki itu tak memberi balasan. Dia tetap tekun dengan bukunya.

Damia Marlissa mula terasa ragu-ragu. Eh kenapa Armine ni macam pelik aje.

Damia tak puas hati. Dia pergi pula merapati budak lelaki itu.

Damia: Oi! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!

Bahu budak lelaki itu ditolak kasar. Sebaik saja budak lelaki itu memalingkan wajahnya. Jantung Damia Marlissa berdebar. Terkejut. Bukan Armine tapi orang lain.

...: Aremine tak ada. Dia pergi jumpa cikgu.

Jawab lelaki itu tenang dengan senyuman terpalit di bibir.

Kacak. Satu hal saja yang terlintas di fikiran Damia Marlissa sebaik terpandang wajah budak lelaki itu.

Damia: Oh...

Hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lidahnya kelu tak boleh berkata apa-apa. Kerana malu atau kerana kekacakan budak itu, dia tak pasti.

Damia Marlissa beredar dari situ seperti orang yang kosong fikirannya. Lelaki itu mengekori pemergian Damia Marlissa dengan matanya. Dia terketawa kecil dan menggelengkan kepala sebaik kelibat perempuan itu lesap.

                                 *****
Damia Marlissa cepat-cepat mengambil tempat duduknya di sebelah Raini, sahabatnya dari sekolah rendah. Raini yang sedang tekun belajar aneh melihat kawannya. Seperti ada sesuatu yang sudah berlaku.

Raini: Kau kenapa, Mia?

Soal Raini kehairanan melihat tingkah Damia macam cacing kepanasan.

Damia: Tak ada apa lah.

Jawab Damia Marlissa pendek. Nadanya seperti berombak kecemasan. Kepala otaknya masih ligat memikirkan kejadian tadi. Budak lelaki kacak tu. Malunya dia. Macam mana sajalah dia boleh tersilap orang. Dah sah-sah tanda nama budak tu tak ada tulis pengawas.

Raini pula malas ambil tahu hal Damia. Dijongketkan kedua bahunya dan menyambung semula mengulang kaji. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau