Home Novel Cinta AYK
AYK
Suhailah Selamat
31/1/2021 09:42:05
13,394
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Dua sahabat itu melangkah keluar dari ruangan bilik pensyarah setelah selesai menghantar laporan akhir untuk semestar ini pada Prof Benjamin. Sedari tadi masing-masing tidak henti-henti mengukir senyum kerana setelah ini mereka tidak lagi memegang status sebagai seorang pelajar universiti. 

“Kita dah bebas, Jali. Syoknya hidup!” Muaz bersuara, sekali gus mematikan lamunan Jali.

Jali sekadar membalas dengan anggukan. Fikirannya sudah jauh melayang teringatkan seseorang yang sedang menunggunya di kampung. Siapa lagi kalau bukan si gadis pujaan hatinya…

Muaz menggeleng perlahan melihat keadaan sahabat karibnya yang seperti orang angau. Dahinya ditepuk perlahan. Sah-sah si Jali ni memang tengah angaukan seseorang. Siapa lagi kalau bukan…

“Eh, bukan ke itu Mawar?”

“Ha? Mana! Mana dia Mawar aku?” Soalan dibalas dengan soalan sambil lelaki itu sibuk tertoleh ke kiri dan kanan.

“Ini. Kau tak nampak ke Jali cik bunga mawar kita yang kembang mekar dengan rupa paras yang menawan,” balas Muaz dengan nada suara yang sengaja dilagukan. Tangannya sibuk menunjuk ke arah deretan pokok bungan ros yang ditanam di hadapan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat.

Naik merah muka Jali menahan marah. Muka sahabatnya dipandang lama sebelum tawa masing-masing meletus kuat.

“Untuk pengetahuan kau. Cik Mawar aku yang duduk dekat kampung tu berganda lagi cantik daripada bunga ros tu,” ujar Jali dengan bersungguh-sungguh. Rambutnya yang panjang separas bahu diikat dengan getah oren. 

Dia bukan saja-saja tak nak potong rambut. Gara-gara Jali terlalu fokus menyiapkan laporan akhir yang ketika itu hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Jali sampai terlupa nak potong rambut. Malah, pagi tadi pun Jali tidak mandi gara-gara terlambat bangun. Entah-entah bukan hari ini saja dia tidak mandi. Mungkin semalam, tempoh hari atau seminggu lamanya dia tidak menyentuh air! Setakat basuh bawah ketiak dan bersihkan apa yang patut sebelum menunaikan kewajipan sebagai umat Islam…

Muaz sudah ketawa mengekek-ngekek. Matanya yang berair menghalang pandangan lelaki itu dari terus menatap wajah serabut Jali. Dah serupa macam peminta sedekah bila Jali bela jambang. Dengan seluar jeansnya yang terkoyak di bahagian lutut sebelah kanan. Belum dilihat pada bajunya lagi. Sudah berbuih Muaz nasihatkan sahabatnya itu supaya baju kemeja petak itu digosok dulu baru dipakai.

Jali memang degil. Segala nasihatnya dibuat tidak endah sahaja. Tshirt lusuh yang gambar depannya sudah kelihatan pudar menjadi pilihan lelaki itu. Lalu dipadankan dengan baju kemeja kotak yang tidak bergosok! 

Muaz sudah kehilangan kata-kata melihat lelaki itu yang agak keras kepala. Muka hensem buat apa kalau penampilan sekadar boleh sahaja….

“Yelah. Mawar kesayangan kau tu yang paling cantik. Bonus, paling menyerlah di antara bunga yang ada…”

“Tunggu kat sini sekejap. Aku nak siram mawar kesayangan aku ni sekejap. Nanti mati kekeringan dia orang sebab tak cukup air.” Belum sempat Muaz membuka mulut. Jali sudah berdesup pergi lalu hilang dari pandangan mata.

“Mak ai… Cepatnya dia jalan. Tup tup dah tak ada depan mata,” ngomel Muaz seorang diri. Sudahlah cuaca panas terik. Baju yang dipakainya juga sudah basah lencun akibat peluh. Nak tak nak terpaksalah dia tunggu si Jali di tepi koridor sambil mengibas-ngibas baju tshirtnya.


Kereta yang dipandu Rose mula memasuki kawasan petak parkir berhadapan dengan bangunan fakultinya. Rose tidak terus keluar. Sebaliknya beg kertas yang berada di kerusi sebelah dicapai lalu diletakkan di atas ribanya,

“KFC?” Kedua-dua pipinya terus mengembang bagi menahan tawa yang hampir meletus keluar.

“Awww! Sweetnya Darwin. Ada ke patut dia bagi aku ayam goreng. Emmm… Ayam goreng pun bolehlah…” Rose bercadang ingin menjamah seketul ayam sebelum masuk ke dalam kelas. Namun sebaik sahaja penutup kotak KFC dibuka. Bukan ayam yang dia lihat. Tetapi…

“Wah, Darwin bagi aku cincinlah. Cincin emas pula tu. Siap ada batu berlian warna biru dekat atasnya. Mesti mahalkan.” Senyuman Rose sudah melebar sehingga ke telinga. Siapa yang tak suka bila dapat hadiah mahal dari mr crush!

Telefon bimbitnya yang terletak elok di atas dashboard kereta mula mengalunkan lagu ‘You were my crush’ nyanyian Alyn Zenn. Kebetulan sangat…

Skrin telefon bimbitnya disentuh. 

From Hayla aka minah paling gediks.

Selamat pagi, Cik Rose. Sorry aku terlupa nak bagi tahu kau. Malam tadi. Prof Anne ada inform dekat aku yang kelas pukul 10 terpaksa dibatalkan. Aku dah bagi tahu dekat budak-budak kelas kita yang lain. Dan, kau orang yang terakhir aku bagi tahu. Jangan marah, ya. Tak nak aku kena duri beracun kau tu. Make peace, not war, okay? ^-^.

Rose mendengus geram. Wah, minah sekor ni memang dah melampau! Boleh aje Hayla bagi tahu yang kelas Prof Anne dibatalkan melalui group whatsApp. Buat apa hantar mesej sorang-sorang kalau bukan sebab nak mendengki dia!

 Paling membuatkan dirinya sakit hati. Ada ke patut dia orang terakhir yang tahu kelas hari ini dibatalkan. Patutlah tempat parkir kereta ni nampak lengang semacam. Hanya ada sebijik dua kereta termasuklah kereta dia! Selalunya penuh sampai Rose terpaksa letak keretanya di tempat parkir pensayarah.

‘Splash! Splash!!’ Tiba-tiba cermin keretanya disimbah dengan air.

Rose menoleh ke sebelah dengan muka yang terkejut. Kus semangat! Nasib tak terlepas cincin pemberian Darwin di tangannya. 

“Hisy, siapa yang rajin sangat nak tolong cucikan kereta aku pagi-pagi buta ni!” bebel Rose sambil menolak daun pintu kereta dengan kasar. Nasib baik tak tercabut pintu itu dia tolak. Ini kereta pinjam beb! Keerta siapa lagi kalau bukan Datin Suzannya yang punya. Ini kalau sampai bercalar cermin keretanya. Rose tak teragak-agak nak minta ganti rugi! Nanti tak pasal-pasal Datin Suzanna tak bagi dia pinjam keretanya lagi.

“Hei!” Belum sempat Rose menghamburkan kemarahan. Dia sudah disimbah dengan sebaldi air! 

‘Splash!’

“Ops!” Jali menekup mulut dengan tapak tangan. Terkejut punya pasal sampai terlepas baldi berwarna merah itu dari tangannya. 

Pandangan Jali mula terarah pada seraut wajah itu. Boleh tahan cantik gadis di depannya ini. Sempat lagi dia berangan sebelum tubuh sasanya tiba-tiba terdorong ke depan. Mujur tak terjatuh lepas kakinya tersepak baldi yang sudah jatuh bergolek-golek ke dalam longkang.

Rose terus terjeda. Wajah yang tadinya bengis kini berubah kosong. Sekosong-kosongnya. Seakan ia suatu petanda yang tidak baik buat Jali…

Melihat reaksi ‘luar biasa’ gadis itu. Jali sudah mula panik …

‘Dup! Dap! Dup! Dap!” Tangan dinaikkan ke dada. Jali dapat merasakan degupan jantungnya makin hilang rentak. Dia tertoleh-toleh, mencari kelibat Muaz. 

Bibirnya diketap geram. Dasar kawan makan kawan betullah mamat sekor ni… Bila dia tengah susah. Mulalah si Muaz ni bertukar jadi halimunan. Entah ke mana lelaki itu menghilang. Jali benar-benar yakin yang si Muaz tu pasti tengah perhatikan dia dari suatu tempat. Sambil makan pop corn sambil tonton wayang free! Lepas tu, kalau ada babak kelakar. Mulalah si Muaz tu tergelak tak ingat dunia!

“Kau tengah buat apa sebenarnya?” Rose bersuara setelah lama berjeda. Sempat dia menilik penampilan lelaki berjambang tebal di hadapannya itu dari atas ke bawah. 

Tiba-tiba gadis itu mencebik. Selekeh giler. Sah, pasti lelaki ini tukang kebun baru di kolejnya. Jika tidak, kenapa baru hari ini Rose melihat jejaka ini di depan fakultinya.

“Siram pokok bunga rose.” Keningnya dijungkit kedua-dua belah. Selamba sungguh Jali membalas. Sedangkan di dalam hatinya tidak henti-henti mengucap dua kalimah syahadah. Minta-mintalah dia tidak kena baling dengan kasut tumit tinggi yang dipakai gadis itu. Silap haribulan boleh jadi arwah terus! Sebab tu Jali mengucap dulu… Takut nanti tak sempat nak mengucap….

Geleng kepala sekejap!

“Hei! Aku tanya elok-elok, kau pula sibuk berangan,” rungut Rose. Kakinya menapak laju menghampiri Jali.

Jali terus tergamam apabila gadis itu tiba-tiba mendekatkan wajah ke arahnya.

“Cik tengah buat apa ni?” Jali berdehem perlahan bagi menyembunyikan rasa gusarnya.

“Pandang kau.” Rose tersenyum senget. 

“Kau tanya aku apa tadi?” 

“Kau tengah buat apa?”

“Kan aku dah cakap tengah siram pokok bunga. Tak dengar ke,” tegas Jali yang sudah mula lemas dengan sikap gadis itu. Hembusan nafas gadis itu jelas terasa mengenai wajah Jali.

“Aku tahu.”

“Dah tu, kenapa asyik tanya benda yang sama berulang kali?” tempelek Jali dengan muka bengisnya.

“Tapikan, encik jambang berbulu halus. Itu namanya bukan siram pokok bunga. Tapi, simbah kereta mama aku! Lepas tu, kau siram aku dengan air sampai aku basah kuyup. Ke kau sebenarnya tak tahu cara nak siram pokok bungan? Nak aku tolong ajarkan? Boleh aje. Meh aku ajar kau sekarang juga!” Nada suara Rose sudah naik seoktaf. Tangan Jali ditarik dengan kasar lalu dia memaksa lelaki itu supaya mengekorinya.

Ternyata tindakan Rose hanya sia-sia sahaja. Tubuh sasa Jali bukan sekadar perhiasan semata-mata. Dengan hanya sekali rentapan, tubuh Rose sudah berada dalam dakapannya. 

“Hey, girl. Don't try to mess with me.” Matanya tajam menikam ke anak mata gadis itu.

“Nama kau apa?” soal Jali. Kali ini, dia pula yang bergerak menghampiri Rose yang kelihatan terpaku dengan tindakan mengejutnya. Akhirnya, Jali yang kasar dan ganas sudah membuat kemunculan!

“Rose…”

“Aku bukan tanya nama bunga yang aku siram tadi. Aku tanya nama kau? Kau faham ke tidak?”

Rose mengepal penumbuk lalu diayun ke dada Jali.

“Kau tu yang tak faham bahasa! Aku cakap nama aku Rose! Helena Rose.”

Jali tersenyum nakal.

“What a beautiful nama,” ujar Jali separuh berbisik. Betul-betul di sebelah telinga Rose.

“Kau… Kau cuba buat apa ni?” Rose seakan sukar untuk bernafas. Dia cuba menjauhkan diri dari lelaki itu. Namun tangan besar itu terlebih dahulu memaut pinggang rampingnya.

“Tak ada apa. Aku cuma nak cakap yang nama kau hampir sama dengan nama teman wanita aku. Nama dia Mawar. Rose dan Mawar. Nama bunga kesukaan aku.”

Senyuman Rose mula bertukar sinis. Makin lama dia pandang muka lelaki berjambang ini. Makin membuak-buak rasa menyampahnya terhadap lelaki itu.

“Ada aku kisah? Yang aku kisah kau sebenarnya pandai ke tidak siram pokok bunga?” Menjegil sepasang mata bundar itu gara-gara terlampau marah. Mulut Rose sedikit melopong melihat anak mata lelaki itu. Anak matanya berwarna hazel… Sama dengan Darwin.

Jali tergelak sinis.

“Mestilah aku pandai. Bab siram-menyiram, lelaki mana yang tak pandai.” Jali jilat bibir bersama senyuman nakalnya.

“Ah! Dasar orang tua gatal!” jerkah Rose lalu mengayunkan tendangan penaltinya tepat mengenai celah kelengkang lelaki berjambang itu!

‘Buk!’

Jali tersentak. Dengan tidak semena-mena kepalanya terasa pening-pening lalat dan matanya berpinar-pinar. Bawah kelengkangnya yang berdenyut-denyut sakit disentuh sebelum dia jatuh terduduk di atas tanah.

“Jali!” Muaz yang sedang bersembunyi di belakang pokok terus berlari mendapatlan sahabatnya.

“Tolong aku, bro,” ujar Jali dengan nada yang tersekat-sekat. 

“Hmmm… Padan muka kau! Siapa suruh cari pasal dengan aku.” Rose bercekak pinggang sambil tayang muka sombongnya. Gadis itu berpaling dan ingin beredar dari situ. Namun, tangan lelaki itu pantas memaut kaki kirinya hingga dia hampir hilang imbangan.

“Hei, lepaslah, orang gila!” marah Rose. Tubuhnya menggigil menahan amarah bercampur takut. Tubuhnya meronta-ronta cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki berwajah buas itu.

“Okay!” balas Jali, ringkas. Pegangannya mula dilepaskan.

‘Gedebuk!’ Bukan jatuh di atas tanah. Tapi dekat dalam parit yang dalamnya setakat kepala lutut orang dewasa.

Sekali lagi Rose terjeda. Berkelip-kelip matanya memandang lelaki berjambang itu. Reaksi mukanya ketika itu di antara keliru dan terkejut.

“Argh! Kurang ajar! Dasar orang tua gatal!”

Makin kuat Jali ketawa. Makin kuat suara Rose menghamburkan kemarahan pada lelaki itu.

“Tak guna! Tak guna! Tak guna!”

“Hahahahahah!”



Previous: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat