Home Novel Cinta Dear First Love
Dear First Love
Suhailah Selamat
7/2/2020 23:36:57
512
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

“Selamat pagi, mama!” ucap Myria sebaik saja melihat kelibat Puan Marwah yang sedang bersarapan di meja makan. 

Puan Marwah menoleh sambil tersenyum pada anak tunggalnya. Sudu di tangan terus diletakkan di tepi pinggan.

“Jom sarapan nasi goreng dengan mama.”

“Ayah mana, ma?” soal Myria. Kepalanya tertoleh-toleh mencari kelibat Dato’ Remy. Kerusi kosong di hadapan Puan Marwah ditarik dan punggungnya terus dilabuhkan di situ.

Puan Marwah tersenyum kelat. Nasi goreng yang dikunyah dari tadi, perlahan-lahan ditelan.

“Ayah… Ayah kamu tak ada, sayang. Dia terus keluar lepas bersiap tadi.” Puan Marwah tertunduk ke bawah. Jari-jemarinya mula bermain dengan rambutnya yang panjang mengurai. 

Myria terdiam. Wajah kusut wanita di hadapannya dipandang dengan perasaan simpati. Dato’ Remy keluar awal pagi pun bukan sebab ada hal urgent ke apa. Tapi, lelaki itu ingin bertemu dengan kekasih hati yang merupakan janda anak empat! Gila betul! 

Paling membuatkan Myria menyampah. Lagak ayahnya tidak ubah seperti gaya orang muda bercinta. Apa orang kata, mandi tak basah, tidur tak lena. Siang malam asyik teringatkan si perempuan. Eh, silap. Si betina! Sedangkan isteri dekat sebelah langsung tak sudi nak pandang! Itulah perumpamaan yang paling sesuai buat Dato’ Remy. 

“Malam tadi mama gaduh dengan ayah lagi ke?” Lambat-lambat Myria bertanya. Rambut kusut Puan Marwah diperhati dengan lama. Dulu mama tak macam ni. Wanita itu akan sentiasa memastikan rambut panjangnya berada dalam keadaan kemas dan terjaga. Supaya Dato’ Remy tidak rasa serabut setiap memandang ke arah wanita itu.

Puan Marwah mengangguk perlahan. Lebam yang kelihatan di dahinya cuba disembunyikan dengan rambut. Tidak mahu berita mengenai dia dipukul oleh Dato’ Remy sampai ke pengetahuan gadis itu. Dia tidak mahu Myria berdendam dengan ayahnya sendiri.

“Ma,” panggil gadis itu dengan lembut. Myria bingkas bangun dari duduk lalu dia melangkah perlahan mendekati wanita itu. Sejak tadi Puan Marwah seakan mengelak dari bertentang mata dengannya setiap kali berbicara.

“Eh, kamu nak ke mana tu, Myria? Duduk ajelah dekat kerusi kamu tu. Nanti kalau nasi goreng tu dah sejuk, rasanya tak sedap pula.” Puan Marwah mula panik. Dia ingin bangun namun sepasang tangan terus menahan bahunya dari bergerak ke mana-mana.

“Mama kena pukul dengan ayah lagi ke?” Myria mula melutut di hadapan Puan Marwah. Rambut yang terjuntai di dahi Puan Marwah ditolak dengan jari telunjuk.

“Tak! Ayah kamu tak pukul mama! Kamu jangan nak memandai tuduh ayah kamu yang bukan-bukan, ya!” Puan Marwah tiba-tiba bangun lalu menolak tubuh Myria hingga terduduk di lantai.

“Ma!” Tanpa sengaja, Myria telah meninggikan suara pada Puan Marwah.

Puan Marwah merengus kasar. Garfu di atas meja dicapai lalu di hala ke arah Myria.

“Suami mama tak mungkin tergamak pukul mama! Dia sayangkan mama. Kamu faham tak, Myria!” Garfu di tangannya diletak ke atas meja dengan kasar. Puan Marwah kemudian berlalu ke tingkat atas dalam keadaan tergesa-gesa.

Myria mengesat pipinya yang sudah basah dengan air mata. Bawah bibirnya digigit dengan kuat. Puan Marwah benar-benar sudah berubah. Semuanya gara-gara perempuan tak guna itu!


“Apa? Kau nak serang perempuan tu? Biar betul!” tekan Nas sambil matanya khusyuk memandang ke arah telefon pintar di tangan. Tengah syok main game lawan-lawan, masa ni jugalah si Myria, budak jiran depan rumahnya datang nak luah perasaan. Selalunya gadis itu datang waktu petang. Ini dah terbalik pula. Tak layan nanti merajuk pula budak kecik ni. Jenuh dia nak memujuk! Layankan ajelah…

“Habis tu, sampai bila Myria nak kena tengok mama sedih macam tu? Sikit-sikit nak nangis. Kalau dibiarkan makin lama, Myria takut ayah… Ayah bunuh mama! Sekarang ni pun ayah dah mula berani naik tangan pada mama. Esok lusa siapa mana tahu ayah terajang mama pula.” Nada suaranya bertukar sebak. Nas masih juga begitu. Sibuk menghadap telefon baru dia!

Kecik hati dia dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh Nas. Lambat-lambat Myria bangun dan ingin beredar dari ruang tamu rumah lelaki itu. Selalunya bila dia tengah sedih memang rumah Nas yang akan ditujunya. Teman sepermaian Myria sejak dari kecil lagi.

“Ayu marah ke? Abang minta maaf, okay?” Lembut suara itu memujuk. Telefon pintarnya sudah diletak ke tepi. Pergelangan tangan Myria dicapai dan dia mula bangun lalu berdiri di sisi gadis itu.

“Siapa Ayu? Panggil Myria lah, abang. Macam tak biasa pula!” gumam Myria lalu menampar tangan lelaki itu.

Nas tersengih-sengih. Tangannya yang terasa perit digosok-gosok perlahan. Nak gurau sikit pun tak boleh…

“Baik, Myria. Sorry makan kuih kaswi.”

Myria menjeling geram. Nampak sangat menyampah dengan sikap Nas yang suka sangat menyakat dia…

“Hish! Ini bukan masa yang sesuai nak bergurau dengan Myria lah, abang! Jom teman Myria jumpa dengan ayah kat ofis dia. Sekarang!”

“Eh? Tak naklah abang!” 

“Abang takut ke?” Myria tersenyum sinis. Seolah-olah gadis itu sedang mencabar lelaki di depannya ini.

“Takut?” Nas tergelak perlahan. Bebola matanya dijuling ke atas. Jangan buat lawaklah! Dia anak kepada CEO Hartanah dan Sekuriti Bhd. Mana mungkin selayaknya dia bersikap penakut!

“Okay… Abang terima…”

“Jangan nak mengarutlah, Nas. Mama tak izinkan!” tegas Puan Rona. Kepala Nas dihempuk kuat dengan buku kulit keras berwarna merah. Buku kegemaran mama Nas yang akan dibaca hanya ketika wanita itu berkelapangan. Buku bertajuk ‘I Love you, Idiot!’ karya Annabella Watson.

“Sakitlah, mama,” rungut Nas. Belakang kepala diusap perlahan. Wajahnya sudah bertukar keruh. 

“Ha, tahu pun sakit. Nak lagi sakit, cubalah buat perangai nakal tu lagi.” Mata Puan Rona sudah terjegil besar memandang ke arah anak lelakinya itu. Faham-faham sendirilah maksud dia tu, ya. Tak faham juga, maknanya Nas memang tak pernah belajar dari kesilapan lalu!

“Baik, mama…” Nada suara Nas sudah mula mengendur. Dia kembali duduk bersandar di tepi kerusi sofa. Tercengang dia tatkala melihat perkataan game over pada skrin telefon pintarnya. Mama punya kerjalah ni. Suka sangat membebel pasal benda yang dia belum buat lagi.

“Bagus.” Puan Rona pantas mengalihkan pandangannya ke arah Myria pula. Gadis itu sekadar tercegat di pintu rumah sambil tersengih-sengih melihat mereka. Tak nampak takut langsung bila tengok muka dia yang dah serupa macam emak rimau! Mungkin dah terbiasa sebab selalu sangat nampak dia buat muka begitu dengan Nas…

“Myria dah makan? Jom makan tengah hari sekali dengan auntie dan Nas. Boringlah asyik makan berdua aje. Sesekali nak juga bertiga.” Puan Rona tersenyum penuh makna.

Myria tergelak manja. Sedikit demi sedikit perasaan amarahnya beransur hilang.

“Nak makan bertiga hari-hari, kenalah suruh Nas kahwin cepat!”

“Ah, mengarutlah kau!” Sebiji kusyen dibaling tepat ke arah Myria. 

Myria tak sempat nak elak. Balingan kusyen itu tepat mengenai muka dia.

“Adui…! Auntie, tengoklah abang Nas ni. Perangai mengalahkan budak tingkatan 5!”

Merah padam muka Puan Rona. Tahan gelak punya pasal. 

“Yalah, habis tu perangai kau tu mengalahkan siapa pula? Sikit-sikit nak emo. Sikit-sikit nak menangis. Sikit-sikit nak mengadu… Aduh…!” Sekali lagi kepala Nas kena hempuk dengan buku. Tapi kali ini bukan Puan Rona yang hempuk kepala dia…

“Padan muka!” Myria jelir lidah sebelum berlari ke halaman rumah. 

“Hei, nanti dulu! Jangan cuba nak lari dari abang, ya.” Nas terus mengejar Myria sampai ke luar rumah. 

Puan Rona sekadar menggelengkan kepala sambil memerhati tingkah laku mereka dengan senyuman. 

“Pagi-pagi lagi budak-budak tu dah buat bising, ya,” tegur Tuan Zarif yang tiba-tiba muncul di pintu dapur. 

Puan Rona tersentak. Jarang sekali suaminya muncul di rumah kecuali dirinya sedang bermimpi! Biasanya lelaki itu hanya akan pulang ke rumah setelah ‘tugas’nya selesai. Atau pun bila dirasakannya perlu…

“Awal abang balik…,” tegur Puan Rona sambil menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Tubuhnya disandarkan pada sofa. Mukanya nampak dingin. Nampak macam tak rindu. Tapi dalam hati… Tengah meronta-ronta nak peluk lelaki itu dan menghamburkan segala rasa rindu sambil bersandar di dadanya yang bidang.

Tuan Zarif perlahan-lahan mengukir senyum paling ikhlas. Isterinya memang seorang yang ‘cool’… Mempunyai hati yang kental sehinggakan sepanjang mereka berjauhan. Jarang sekali wanita itu menghubunginya untuk bertanyakan khabar. 

“I’m going back, I wonder why. I’m running fast to get home.”

Sekali lagi Puan Rona tersentak. Hatinya yang keras macam batu perlahan-lahan mula cair. Alahai, lelaki di hadapannya ini tak pernah tak sweet! Ada saja ayat bergulanya yang keluar dari mulut Tuan Zarif yang ada bela misai nipis di atas bibirnya.

Tuan Zarif yang jarang berada di rumah kerana sering bertugas di luar kawasan. Pergi pun senyap-senyap. Balik pula secara mengejut… Macam mana hati dia tak sakit. Satu bulan kena tinggal bukannya satu tempoh yang sekejap! 

“Who knows?” 

“Don't you miss me?” ucap Tuan Zarif, tidak mahu membuang masa mereka lagi. Masa yang ada terlalu berharga untuk dibazirkan. Kedua-dua tangannya kemudan didepangkan ke sisi.

“Of course i miss you. It’s unbearable!” ujar Puan Rona separuh menjerit. Dia terus menerpa ke arah lelaki itu dan memeluknya erat. Nak tunggu suaminya buat begitu. Sampai ke sudah tak habis-habis bertanya ‘don't you miss me’.  

“Alahai, comelnya dia orang,” ujar Myria separuh berbisik. Sejak tadi dia sibuk terhendap-hendap dekat depan pintu rumah yang terbuka separuh itu. Kagum sungguh dia melihat pasangan suami isteri itu yang luarannya sahaja nampak gangster. Tapi dalam hati… Masing-masing romantik habis!

Nas sekadar menjungkitkan bahunya ke atas. Malas nak ambil port sangat pasal kisah cinta mereka yang tak serupa macam pasangan suami isteri yang lain.

“Kau pun nak jadi macam dia orang juga ke?” soal Nas tiba-tiba.

“Ha? Apa maksud abang?” Wajah gadis itu sudah bertukar kehairanan.

Nas cuma tergelak jahat.

“Aku dah lama tahu yang kau sebenarnya sukakan Alex Kim, kan…”

“Mana ada!” Tubuhnya yang membongkok separuh pantas ditegakkan semula. Mukanya sudah bertukar merah macam ayam baru lepas kena panggang.

“Oh, aku ingatkan kau suka dekat dia tadi. Baru aku cadang nak kenalkan kau dengan dia masa dekat sekolah esok. Emmm… Kalau macam tu terpaksalah aku cancel plan tu.” Nas berjalan ke halaman rumah dengan muka yang selamba. Meninggalkan Myria terpinga-pinga di situ!

“Eh, nanti dulu, abang!” Gadis itu terus berlari mendapatkan Nas yang sudah pun duduk di atas buaian besi. Cepat betul lelaki itu berjalan…

“Abang, Nas. Janganlah macam tu,” rayu Myria yang seakan ingin menangis.

“Okay.” 

“Okay? Apa yang okay?” Myria berdiri di sebelah Nas bersama kerutan di dahi.

Sekali lagi Nas tergelak besar.

“Bye!” Lelaki itu melompat turun dari atas buaian sebelum berlari mengelilingi kolam ikan.

“Abang jahat!” Myria terus mengejar lelaki itu sambil mulutnya tidak henti-henti menyuruh Nas berhenti berlari.


























Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat